Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Cinta

Sunyi

Cerpen sebelumnya:
Pemuda Milenial Ep 4.
Cerpen selanjutnya:
Diari: Rindu

Astafirullahalazim….

Dia beristifar panjang. Kesekian kalinya. Entah kenapa,beberapa hari ini,hatinya terasa lain sangat. Degup jantungnya bergerak dengan pantas. Hatinya berdebar-debar. Adakalanya dipagut sayu. Tapi kehadiran insan yang teramat dicintainya itu membuatkan dia masih berdiri. Biarpun beberapa hari ini dia bagaikan dihambat kerisauan yang tak ketahuan.

Ditoleh ke sisi,gadis itu yang kebetulan terpandang ke arahnya mengukirkan senyuman. Hatinya tiba-tiba jadi sedih. Ya Allah, mengapakah?bisik hatinya.

Gadis itu menghampirinya. Masih lagi dengan senyuman yang tak lekang dibibir. Manis sekali. Dan senyuman itulah yang membuatkan hatinya cair. Yang membuatkan malamnya tidak lena. Dia sayangkan gadis itu.

“Kenapa ni? Min tengok awak lain macam je beberapa hari ni? Kenapa? Fiq ada masalah ke?” tanya gadis kesayangannya itu.

Dia hanya membalas dengan gelengan. Lantas tangannya mencapai jari-jemari gadis itu. Jari-jari mereka bertemu. Perlahan di usap jemari gadis itu, lalu dibawa ke bibirnya. Dikucup perlahan jari mulus gadis kesayangan itu.

Gadis itu tersenyum bahagia diperlakukan sebegitu.

“Kenapa ni?”tanya gadis itu lagi sambil mengusap lembut kepalanya. Manja sekali.

“Tak ada apa-apa. Pergilah Min sambung kerja. Fiq nak siapkan sikit je lagi stok ni. Nanti kita balik ye? “ Dia cuba mengabaikan gelodak perasaannya. Dia tahu gadis itu mula risau melihat perlakuannya sedemikian. Tapi entah kenapa…beberapa hari itu, hatinya lain sangat. Gadis itu mengganguk dan kembali semula ke meja cashiernya sambil tersenyum.

Melihat gadis itu tersenyum, dia juga tersenyum. Terutama sekali bila mengenangkan detik pertama pertemuan dia dan gadis itu.

Sewaktu itu, hidupnya tunggang-langgang. Temannya hanya air tin mahupun botol yang terkenal dengan kandungan alcohol. Tidurnya juga dimana-mana saja yang sempat. Adakala dibawah jambatan, adakala di tepi jalan. Bilang saja apa nama jalan,ceruk kaki lima di bandaraya Kuala Lumpur itu. Mana yang tidak pernah dijadikn tempat tidurnya. Semuanya hanya kerana melayankan perasaan kecewanya.

Dia bukannya miskin. Keluarganya tidaklah sedaif mana. Dia bukan tidak berpelajaran, dia dididik dengan baik. Bekas graduan di universiti antarabangsa di Kuala Lumpur dalam bidang yang super hebat. Dia bukan calang-calang orang. Dari isu politik, bahasa hinggalah bidang seni,semuanya dia tahu. Tapi dia ikut hati. Ikutkan kawan-kawan. Dia tersilap pilih kawan, lalu dia berjink-jinak dengan air setan itu. Kemudian dia dibuang dari universiti. Hatinya rusuh. Kata kawannya, ganja bias bantu dia melupakan rasa hatinya yang rusuh,sesak dan libang-libu itu. Di ikutkan kata-kata kawannya. Kemudian hidupnya lagi celaru. Keluarganya pula buang dia. Tapi nasib sentiasa menyebelahinya. Dia dipertemukan dengan Ivy. Anak tunggal keluarga cina yang kaya. Ivy turutkan kata-katanya. Mewahkan dia dengan duit ringgit. Beer dan wine bagaikan air kosong yang membasahi tekaknya. Bekalan ganja dan syabu tak pernah putus. Saban malam masanya dihabiskan di kelab-kelab malam di Jalan Bukit Bintang atau di Mont Kiara berhibur atau membuat persembahan pentas atau gig. Dia tidak lagi tinggal di tepi-tepi lorong. Tidurnya ditemani gadis cantik berketurunan cina itu.bukan saja gadis cina itu, malah ramai lagi perempuan tanpa mengira agama dan bangsa tewas diatas ranjang bersamanya. Dia bagaikan di langit ketujuh. Indah bagaikan syurga petala ke tujuh. Dosa dan pahala diletakkan ke tepi. Dia langsung lupa pada tuhan yang disembah.

Namun langit tak selalunya indah. Ivy pergi tinggalkan dia dalam sebuah kemalangan jalan raya gara-gara memandu dalam keadaan mabuk. Dan semuanya berubah. Segala kesenangan yang diberikan Ivy hilang sekelip mata. Dia kembali ke tepi jalan ditemani dengan gitar kapuk dan camera digital yang dihadiahkan Ivy pada ulangtahun mereka yang ke lima tahun. Lima tahun dia bersama Ivy, namun untuk lima tahun itu, dia tidak pernah menghargai Ivy biarpun ada cinta terputik dihatinya. Dia menyesal,tapi dia tahu dia tidak mampu melawan takdir.

Dengan kamera dan gitar itu,dia terus menyambung nyawa. Dia berkerja secara part-time dia sebuah majalah fesyen sebagai jurugambar. Di waktu senggang, dia buskin’ di tepi jalan bersama-sama rakan-rakan yang meminati muzik. Hidupnya kucar kacir tanpa arah. Dia benar-benar hilang pedoman. Benar-benar sesat.

Tapi, suatu hari, tuhan utusinya dengan gadis comel itu. Gadis comel itu hulurkannya RM5 ketika dia sedang tersandar kelaparan di dinding batu berdekatan bas stand Klang berhampiran Pasar Seni. Dia masih ingat lagi,senyuman manis gadis itu menegurnya.

“Awak yang buskin’ kat depan Petaling Street tu kan? Tapi kalau tak salah saya…awak pun pernah perform kat Arts Week di KLPac dua tahun lepas kan? Apa awak buat kat sini?” gadis comel itu duduk bercangkung disebelahnya yang comot,lapar dan sudah hampir seminggu tidak mandi.

“Hrmmmm…awak lapar eyh? Jom saya belanja awak makan,” kata gadis itu lagi sambil menarik tangannya. Dia bangun menurut langkah gadis itu.Perut yang berkeroncong meminta-minta untuk diisi.

Bermula dari perkenalan itu, mereka mula rapat. Setiap hari gadis itu akan singgah padanya sebelum atau selepas kuliah. Gadis itu pelajar diploma jurusan IT di sebuah kolej swasta di ibukota.  Mereka menjadi rapat. Perlahan-lahan, kehidupannya berubah. Kerana gadis itu,dia berkerja di Pasar raya Jimat Superstore mencari sesuap nasi sehinggalah dinaikkan pangkat menjadi supervisor. Gadis itu juga membantunya mendapatkan tempat tinggal. Gadis itulah jugalah yang mendahulukan duitnya untuk membantunya dalam segala hal. Dan gadis itulah juga yang mengajarnya menghadap Yang Maha Esa.

Setahun bersama gadis istimewa itu, dia benar-benar gembira. Walaupun, dalam diam ada sesuatu yang ditakutinya. Dia takut hilang wanita itu. Dia tahu, dia telah meletakkan gadis comel kesayangannya itu dalam bahaya. Dia tinggalkan rakan-rakan yang sama-sama menelan segala macam jenis dadah kerana gadis itu. Lalu, dia diburu oleh kawan-kawannya. Dia jadi risau bila mengenangkan hal ini. Dia telah berjanji pada dirinya, dia akan melindungi gadis itu dengan seluruh nafasnya. Dia juga berjanji, tidak akan membiarkan walau setitik air mata gadis itu tumpah ke pipi.Dia tidak sanggup. Sayangnya pada gadis itu melimpah-ruah.

Beberapa minggu lepas, dia terserempak dengan Roy ketika menanti bas bersama gadis kesayangannya itu. Pandangan Roy tajam sekali pada mereka. Namun,dia hanya berlagak biasa. Tapi dia tahu, Roy si pengedar ganja itu tidak akan melepaskan dia sebegitu sahaja. Dan sejak pertemuan itu, dia menjadi risau. Pulang kerja, dia pastikan gadis itu sampai ke rumah dengan selamat, biarpun dia terpaksa menapak beberapa kilometer hingga ke rumahnya gara-gara terlepas bas terakhir ke rumahnya. Namun, dia tidak kisah. Asalkan cinta hatinya itu selamat. Biar dia terseksa, asalkan gadis itu bahagia,selamat dan gembira. Kegembiraan gadis itu amat penting buatnya.

Dia mengeluh lagi mengingatkan hal itu.

Dan tiba-tiba, bahunya ditepuk lembut.

“Apa yang Fiq menungkan tu? Jauh sangat,” tanya gadis itu sambil manja bersantai dagu di bahunya, memeluk erat dari belakang. Dia hanya tersenyum.

“dah masa balik, tak mahu balik ke?” tanya dia lagi. Dia terkesima seketika. Sudah masa balik?dia benar-benar hanyut dalam khayalanya.

“Jom balik,” ajaknya ringkas sambil menarik tangan gadis itu. Gadis itu tersenyum.

“Jom. Tapi, Min nak kena singgah Times Square dulu. Nak amik barang Shima pesan,” kata gadis itu.

Mendengarkan nama Times Square, dia jadi cemas cuak dan risau. Situ tempat yang selalu Roy dan kuncu-kuncunya berlegar. Dia tidak mahu bertembung dengan mereka itu. Bagaikan terhidu bahaya di sana.

“Amik apa?” tanyanya kembali.

“baju. Boleh eyh? Fiq temankan Min?” pinta gadis itu manja.

Dia cuba melindungi rasa hatinya, “ ingat Fiq bagi ke pergi sorang-sorang?” Gadis itu tersenyum. Manis sekali. Namun, hanya tuhan sahaja yang tahu getar hati lelakinya.

Ya Allah..moga dijauhkan segala bahaya,doanya.

“Lepas amik baju..terus balik. Tak mahu singgah mana-mana. Fiq letih,nak terus balik!” dia berpesan. Mahu dielak dari berlegar-legar dikawasan itu. Gadis itu mengganguk faham.

Pulang kerja jam 7 petang, mereka terus ke Times Square mengambil baju yang dipesan kawan serumah gadis pujaannya. Mereka menaiki bas Metro dengan tambangnya RM 1.90 seorang.

“Fiq, Fiq sayang Min tak?” tiba-tiba gadis itu bersuara. Kedengaran sebak di telinganya.

“Kenapa Min tanya macam tu?” dia jadi risau.

“ Entahlah Fiq. Hati Min macam tak sedap je beberapa hari ni.  Macam nak terjadi sesuatu je kat Min,”kata gadis itu.

Dia pegang tangan gadis itu,mengusap perlahan, “Min, jangan cakap camtu. Fiq tak suka. Tak ada apa lah. Fiq kan sayang Min. Min jangan sedih ye. Fiq ada sentiasa dengan Min”

Gadis itu manja bersandar kepala dibahunya. Ada esak kecik disebalik suara gadis itu.

“kalau apa-apa jadi kat Min, Fiq janji ye. Teruskan hidup Fiq. Jangan lupa Allah,” sayu kata-kata gadis itu menyentap benak rasanya.

“Min, apa Min merepak ni. Dah, Fiq tak mahu dengar Min mengarut lagi. Min tahu kan, betapa sayangnya Fiq kat Min. Boleh mati Fiq kalau apa-apa jadi kat Min. Dah…jangan merepek lagi,” dia sedikit marah.

Mereka tiba di Times Square kira-kira jam 8 malam; menempuh kesesakkan jalan raya. Setelah mengambil baju yang dipesan, mereka terus ke stesyen bas mengambil bas untuk pulang. Namun, bas yang dinantikan itu masih belum tiba-tiba.

Hatinya ketika itu berdebar teramat kencang. Rasa seluruh nafasnya mula tersekat-sekat. Ya Allah,bencana apakah yang akan terjadi ini, bisik hatinya.

“Fiq, ingat tau, walaupun apa yang terjadi, Min sayang sangat Fiq seluruh nyawa Min. Ingat ye janji Fiq,” tiba-tiba gadis itu bersuara sambil merenung lembut ke wajahnya.

Belum sempat dia menjawab kata gadis itu, bunyi siren kereta polis bergema dengan kuat sekali mengejar sebuah kereta yang dipandu dengan lajunya disusuli dengan bunyi beberapa das berbalas tembakan sebelum kereta dihadapan yang dipandu laju itu merempuh kuat pembahagi jalan di hadapan mereka. Sekali pandang,dia tahu siapa lelaki yang dikejar kereta polis itu. Dia kenal sangat lelaki itu. Lelaki yang ditakuti akan menyakitkan gadis kesayangan itu. Lelaki bernama Roy yang dibimbangkan itu. Bila melihat kereta itu terbabas, dia bagaikan mahu bersorak. Tiada lagi orang yang dibimbangkan. Dia berharap riwayat lelaki itu tamat di situ saja.

Suasana sepertinya terhenti seketika dan apabila dia kembali menoleh ke arah gadis kesayangannya, gadis itu telah tersungkur lemah di atas jalan betul-betul dihadapannya dengan berlinangan darah pekat warna merah dari badan gadis itu. Ada sebutir peluru sesat tersasar ke badan gadis itu ketika dia leka melihat kejadian tembak-menembak dan kejar-mengejar dihadapannya. Dia lalai dan leka seketika. Dia terlambat melindungi gadis kesayangannya itu. Dia mungkir janji yang dibuatnya untuk melindungi gadis yang dipujanya itu. Dia gagal!

Nafasnya bagaikan terhenti. Kakinya lemah. Dia terjatuh dihadapan gadis kesayangannya yang tidak lagi bernyawa. Dia mengesot perlahan mendekati gadis kesayanganya itu. Ada segaris senyuman di wajah gadis itu. Tenang sekali wajah putih yang dicintainya. Kaku. Tangan gadis itu mula sejuk.

Air matanya mula merembes dan dia menjerit semahu-mahunya. Dia tahu, dunianya kembali kelam. Dan kelam malam itu bagaikan tiada jalan keluar lagi untuknya.

Di hujung satu sudut, dia melihat kelibat Izrail sedang berpeluk tubuh.Sunyi. Sesunyi hidupnya.


Cerpen sebelumnya:
Pemuda Milenial Ep 4.
Cerpen selanjutnya:
Diari: Rindu

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
4.0
11 Penilai

Info penulis

Putri AlyA

unpredictable...antagonist, emo, psychosis, blurrrr!
putri_alya | Jadikan putri_alya rakan anda | Hantar Mesej kepada putri_alya

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya putri_alya
NUR III | 2318 bacaan
Tetamu Senja | 8495 bacaan
Biar Jiwa | 2863 bacaan
Kepulangan Yang Dinanti | 1937 bacaan
Kopi Cinta Andalusia | 2856 bacaan
3 HATI | 2679 bacaan
Demi Cinta | 4154 bacaan
Bila Rasaku Rasamu... | 2522 bacaan
Mahkamah Dewata Raja-raja | 3629 bacaan
Aku yang tak mengerti... | 4089 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

13 Komen dalam karya Sunyi
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik