Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

~Bab 1: Memori~

  • 6
  • syud
  • 14 years ago
  • 3,820
  • FREE

 

Nota Kepala (letak awal-awal takut orang pertikaikan) =P:

This is sedikit chapter novel yang tidak berjaya disiapkan oleh saya tapi terasa sayang disimpan buat pekasam. So, nak share. Kalau nak baca silalah. Nanti ada next episod but not the whole. Apapon, it won't tergantung~ ;)

ENJOY!!!

---

Seriuslah aku memang dah nak terlelap dekat kerusi Mines tu. Hampir-hampir nak terjun tasik yang banyak ikan baung,eh ke keli? Ikan dalam tu dahlah gemuk dan sihat-sihat belaka. Bab menunggu ni memang selalunya bisa membuatkan gue panas hati. Aku kerling jam tangan Fossil yang elok melekat dekat lengan kiri. Postur duduk dah tak berapa sopan sebenarnya sebab aku dah mula meleper, menggelongsor dan mungkin akan jadi seperti karpet beruang kutub yang terbaring di lantai rumah.Padahal aku baru tunggu tak sampai sepuluh minit. Aku ngantuk sebenarnya weh!

Malam semalam aku terpaksa menahan biji mata dari terjojol keluar akibat stay up untuk menyiapkan proposal lawatan sambil belajar ke Bandung.  Padahal aku memang bukannya suka sangat kerja secretary ni. Atas paksaan kawan-kawan yang rendah peratusan moraliti dan suka main tangkap sumbat je siapa-siapa, aku yang telah menjadi mangsa terpaksa akur dan pasrah. Tengah elok mata kejap buka kejap tutup, ringtone I’ve Got You  nyanyian Mc Fly bergema. Aku pun dengan gagahnya meracau-racaukan tangan dalam beg tote aku.

“Yes dear...mana you ni?” Nada suara aku memang lembik habis. Macam mangsa kebuluran Dhafur.

“I’m on my way,You dah sampai ke?.” Si dia membalas dengan suara yang masih macho tapi risau [takut lewat ah tu]. Aku menguap kecil sambil kejap-kejap menutup mulut yang dah menganga besar. Rasanya memang muka dah sedia toye dan macam tapai. Cantiklah tu. Senang sket nak menjalankan plan.

“A’ah..” balas aku, masih lagi leper dekat kerusi.

“Yang tengah dok meleper macam siput tu you ke Yang?.” Hah? Dia dah sampai ke? Kantoi! Hehehe.Talian terus mati.

Terus aku duduk tegak. Memandang ke kiri dan ke kanan tapi hampeh, tak nampak pun batang hidung mamat tu.Aku yang masih tak hilang ngantuk terus buat aktiviti stretch up. Jemari kanan dengan kiri bersilang, lepas tu push ke luar.

 Tiba-tiba aku rasa mata aku kena tutup dengan tapak tangan yang kasar. Satu je ye memandangkan aku dah tau siapa punya kerja. Tangan lelakikan memang selalunya besar. Satu je dah cukup nak tutup dua biji mata ni.

“Hello cik kak, tempat stretching bukan dekat sini. Hee..girlfriend siapalah ni.” Sempat lagi mengutuk tu! Tak tunggu lama aku terus pijak kaki dia dan dia mengaduh.

Aku terus berpusing ke arah Armand, tersenyum. Senyum yang tak pernah lekang tiap kali aku melihat sepasang mata bundar tu. Padahal first time jumpa dulu aku cukup anti dengan mamat ni. Mau taknya, perkenalan kitorang dimulakan dengan sebiji bola sepak.

Ye,sebiji bola sepak yang elok melayang dekat perut ni dan membuatkan aku jatuh terduduk. Senak sebab layangan bola tu boleh tahan padu. Memang puas aku menyumpah seranah dalam hati waktu tu. Air mata rasa nak meleleh tapi aku tahan je. Yang pasti lepas tu aku diam sebab memang Tuhan je yang tahu macam mana sakitnya dihentam oleh objek keras macam tu.

Armand selaku si pesalah cuba nak minta maaf waktu tu tapi waktu dia nak datang dekat dan aku dah sedia bangun, aku angkat tangan tepat ke muka dia. Tanda jangan dekat, kang ada yang dapat flying kick percuma. Dia pun berundur beberapa tapak lagi-lagi bila tengok isyarat tangan dari Cheryl. Nasib baik lepas tu aku still boleh bermain futsal dengan jayanya even perut still rasa sakit. Rasa nak menyumpah mamat MMU tu! Cisss

Habis dari sport’s carnival tu, dia sms macam ni,

Sorry for the accident. Please accept my apologies.” – Armand Iskandar

Uh,nama sedap tapi rabun. Adeke main sepak je bola ke tepi? Tak nampak orang lalu lalang? Kot ye pun syok nak sumbat gol at least carefullah sikit.

Siapa sangka rupa-rupanya memang betul pun mamat tu rabun dan mamat rabun persis Dean Cain itulah buah hati aku sekarang. Hoho

****

Aku menonong laju ke kaunter tiket manakala Armand mengekor je. Mamat tu melonggarkan tie dark blue yang ala-ala tie budak sekolah rendah tu. Nasib baik baju tak putih, kalo tak sah-sah aku bahan macam budak skema daun!

“You serius nak tengok movie ni?.” Dia mendekat sambil mata kitorang sama-sama browse list movies yang sedang ditayangkan.

“Urm..” Aku mengangguk. Padahal tak ada movie best pun tapi seriuslah, I have to make full use of the time. Zul kata budak-budak ni sampai after maghrib. Ni baru pukul 4.30!

“ Kata hari tu make a quality time for us sebab I dah start keje.” Dia sengih. Spek mata dah nak jatuh dari hidung. Macam atok aku je rupanya. Sambil tersengih tu sempat lagi dia menyinsing lengan. Er,macam kurang selesa je balak aku dengan kemeja dia ni.

“Are you okay with your shirt?.” Aku buat pekak dengan ayat dia sebentar tadi. Quality time apekah kalau aktiviti yang sama je dibuat. Kang aku ajak gi tepi pantai over romantik plak. Hehe

“Yep,I’m okay.” Dia mengangguk laju-laju. Alahai comelnya...

Bila dah tiba giliran kitorang, aku tarik lengan dia dan pilih seats paling tengah. Superman Return pun supermanlahhh. Dia naik pelik tengok aku selamba je pilih superman padahal dia tau, selain Dean Cain, orang lain jadi superman aku tak minat. Macam tu juga dengan watak Louis Lane. Jangan tukar dengan siapa-siapa! Dahlah baru seminggu lepas aku berikrar tak nak tengok cite tu sebab bukan Dean Cain. Alih-alih aik? Confirm mamat ni ingat awek dia terencat. Huhu

“Aik? Are you sure?.” Kan dah cakap. Mesti keluar punya aik dia tu.

Giliran aku pulak mengangguk. Please, tolonglah jangan tanya lagi. Dah buntu nak pegi mana. Kalau KLCC banyak jugalah kedai nak pegi, ni setakat Mines pusing-pusing dah habis tawaf. Kang aku bawa pergi Giant cakap aku buang tebiat pulak.

“Takpe,saya dah bawak Dean Cain saya ni haa.” Aku senyum dan mamat tu pun blushing sampai merah pipi. Haha

Tak sampai 15 minit menunggu, TGV cinema dah open seatings untuk movie tu. Armand macam biasa, mesti nak beli satu popcorn caramel dengan coke. Bila dia tunjuk dekat aku hotdog 109, automatik aku geleng-geleng. Padahal mana penah aku tolak bab-bab makan ni. Rasa macam dalam state sedative hypnotic. Armand datang dengan muka ceria. Biasalah dia, dapat makan terus excessive euphoria.

“Jom?.” Armand mengajak dan aku terus rangkul lengan dia. Masuk-masuk je dalam cinema, aku terus khusyuk memandang ke skrin tanpa menghiraukan kiri dan kanan. Armand pas popcorn pun aku boleh buat bodoh. Tersenyum Armand tengok perangai aku. Entah bila, kepala aku terlentok kat atas bahu Armand dan aku dah berlayar ke  alam mimpi. Yang aku dengar sebelum aku mamai-mamai ayam...

“Aik? Tido dah minah ni? Hehehe.” Armand giggle sorang-sorang dan tersenyum. Sempat dia belai-belai kepala aku macam belai baby menyebabkan bertambah syok aku melentok dekat bahu dia. Even dah petang, tapi bau perfume dia still menusuk kalbu. Mengkhayalkan. Aku tarik tangan kiri atas telapak kanan, lepas tu terus sambung pejam mata. Tak sampai sepuluh minit lena,tiba-tiba aku rasa vibration dekat poket jeans belah kanan. Cesslaa!!! Aku ngantuklah mangkuk tingkat! Aku gagau tangan dan seluk poket. Muka dah monyok macam platypus, Armand sengih je sambil geleng-geleng kepala.

Zul -  ‘Lambat sket. Sorry Win’

Aku - ‘Takpe,take ur time. I dengan Man tengah tengok wayang.’

“Siapa?.” Kepala Armand dah senget. Tertoleh-toleh. Aku terus flip off handphone. Lepas tu terus petik jari depan mata Armand.

“Eh,hello bang! My private stuff please.” Mata aku menjegil. Automatik lidah terjelir. Armand senyum menampakkan lesung pipit dikedua-dua belah pipi dia. Ish,geram pulak tengok mamat ni senyum. Cubit kang!

Aku sambung melentok dekat bahu dia. Armand bantai gelak dengan perangai aku. Dia terus berbisik.

“Sayang..datang sini nak tido eh?.” Err..cis ini budak. Mengutuk takde tapis punya. Aku angkat kepala, lepas tu tepuk bahu dia sekuat hati.

“Kedekut bahu tu cakap jela. Orang ngantuklah!.” Tiba-tiba aku ter on loudspeaker. Armand dah macam kerang busuk bila satu cinema kecoh. Armand terus tarik lengan aku keluar dari cinema.

Hehe.Nasiblah dapat minah kecoh macam aku.

****

“Hey Zul!!”  Armand dah menjerit bila nampak Zul. Dah nak tercabut anak tekak bila nampak member kamceng dia tu.

Kelihatan Zul tengah khusyuk berkata sesuatu dengan pelayan Pizza Hut sementara Ijal dengan Acai tengah sibuk lawan pedang guna garfu dan pisau. Sengal tahap gaban. Kawan sape tah. Acai berpaling bila mendengar nama Zul dipanggil. Eceh, pandai btol berlakon.

“Hey bro! Hai Win. What’s up?.” Acai terus bertanya sambil bersalaman dengan Armand. Muka dah habis ceria bila tengok member-member dia tu.

“Eh,korang ni start keje je terus lupa aku eh?.” Armand dah mula membebel. Padahal aku rasa dia pun dua kali lima je dengan member-member dia. Nasib baik lah aku ni girlfriend yang prihatin. Kalau tak dengan aku pun mau dia lupe.

“Ler.Rileks ah bro. Kitorang tanak kaco sebab tau kau bizi dating!.” Acai ketawa mengekek. Zul datang selepas mengorder dan duduk join kitaorang. Baru je Armand nak angkat tangan order dia dah tarik tangan Armand.

“Aku dah order.” Selamba dia menuturkan kata-kata itu.

“Huh? I thought you didn’t notice us?.” Armand angkat kening ala-ala The Rock.

“A’ah,ikut hati nak je aku ignore kau. Hawau punya member! Nama je kawan. Kontek aku tanak.Blahla lu” Zul tarik lengan baju dia yang dihempap lengan Armand. Menarik muka.

“Eh? Alaa..dengan aku pun nak ngajuk? I’m quite busy bro. That’s why lah.” Armand beria-ia merayu. Sambil tu sempat lagi dia bagi isyarat mata dekat Acai dan Ijal supaya back up dia. Seakan faham Acai cepat-cepat mencelah.

“Hek eleh bro. Rileks ah. Yang emo ni pehal? Macam perempu...” Tak sempat Acai nak teruskan kata-kata aku dah menjegil. What the heck?? Ni apehal gender discrimination takes place nih?

 Bila Acai dah tersengih dengan he-he-he dia tu aku terus keluarkan cubitan ketam! Diorang memang dah sedia maklum aku cukup pantang kalau isu-isu sensitif macam ni dibincangkan. Panas weh!!

“Adoihh..sakitlah. Man, bila kau nak ceraikan bini garang kau nih?. Aku dah tak larat jadi mangsa deraan fizikal dan mental. Tolonglah...aku merayu niii.” Acai pura-pura buat muka terseksa. Aku ketap bibir. Memang nak kena sepak mamat sorang nih. Serentak dengan itu aku cuba menyepak kaki dia dari bawah meja. Acai elak lepas tu menjelirkan lidah. Ketawa seronok.

Sengal! I hate this!

 

Aku kerling jam. Menjeling ke arah Zul sambil gerak-gerakkan bibir.Bertutur perlahan tapi tanpa suara.

Weii..mana Joe ni?

Zul dah angkat-angkat bahu.Geleng-gelengkan kepala. Haa..cantik sangatlah tu. Angguk-angguk geleng-geleng, Aku hempuk sampai teleng nak? Aku jegil bijik mata. Konteklah mamat tu. Meja ni dah nak penuh semua dishes ni!

Dari jauh aku nampak sorang mamat berbaju  rambut pacak macam itik pulang petang termengah-mengah macam baru habis sprinter. Dengan spek oldskool dan muka super blur dia terjengah-jengah. Macam manalah boyfriend aku yang sangat cool tu ada kawan giler nerdy macam mamat nih?.

“Eh, tu Joe.” Ijal tepuk bahu Zul yang tengah sedap sedut Frappucino. Aku buat eye contact direct dekat Joe. Mamat tu tersengih. Ampun!

“Sorry guys lambat. Aku stuck dalam traffic jam. Eh Win, Man, buat apa kat sini?.” Joe tanggalkan spek dia dan tiup-tiup dengan mulut. Lepas tu dilapnya kanta spek tu dengan hujung lengan baju.

Acai sengih.Line clear.Lakonan diteruskan, terus dia bertanya. “Korang tak dengar ke bunyi beduk?.”

“Beduk?.” Armand confused.

“Ha’ah, aku rasa dah Maghrib nih. Copek-copek baca doa. Eden nak buke pose nih.” Acai usap-usap perut dia. Maghrib hangguk kau Acai!

“Kalau tak..nanti perut aku main tabla” Acai terus capai garfu dengan pisau. Bersiap sedia untuk melantak sebelum....

Seorang waiter Pizza Hut menghampiri kami sambil menatang satu rounded cheese cake dari Bakers Cottage. Armand senyum dan kami terus menyanyi. Yang bestnya, mamat Pizza Hut tu pun siap nyanyi sama kuat-kuat! Haha

“Happy birthday to you..happy birthday to you...” Acai gelak-gelak sambil join menyanyi. Eh, dia ni tak sedar lagi ke?

Kebetulan, semalam memang birthday Acai. Aku senyum je tengok gelagat kanak-kanak riang buah hati aku yang sorang ni. Armand oh Armand. Innocent.

“Happy birthday to Armand! Happy birthday to you!!.”

Dan dia terkejut. Terharu jugak kot. Armand pandang pada aku. Seakan tak percaya. Sengih dia sampai ke telinga.Yes, dear. It’s for you. Kata aku dalam hati sambil angguk perlahan.

Dia senyum lagi. Dari saat kitorang ramai-ramai pedajal dia. Main selaput-selaput krim dekat muka buat masker sampailah adegan masing-masing dah kembung kekenyangan macam ikan buntal dan terdampar sambil Acai sendawa panjang dalam kereta. “Burrppp..alhamdulillah.”

 Aku pun kenyang gak nih. Adehh...

Armand yang tengah memandu tiba-tiba bersuara bila budak dua ekor dekat belakang tu dah tertidur. “Yang..”

Aku yang dah nak terlelap terus kalihkan pandangan dari jalan. Tepat ke arah Armand. “Yes?.”

“Thanks..for all of this.” Dia senyum walaupun tak memandang ke arah aku. Eh,lesung pipit awak tu tak hilang tau even awak pandang depan!

Aku senyum balik sebelum menjawab. “You deserved it dear.”

“I deserved it because I got you..and thanks for being here for me.” Armand menyambung kembali kata-katanya sebelum tangan dia menyentuh lembut rambut aku.

“Win...” Armand diam. Menunggu jawapan aku.

“Yep?.” Lagi sekali aku menjawab.

“I love you..” Dia buat muka comel. Perghh..cair tengok senyuman Dean Cain dia tuu.

“I love you too.” Aku menjawab perlahan dan tersipu malu. Aku rasa waktu tu, even gelap, agaknya muka aku ni macam lampu florescent sebab Armand tak henti-henti mengusik yang dia boleh nampak aku blushing.

Tanpa aku sedar, dah cukup banyak air mata mengalir. Aku seka butir-butir air mata yang jatuh membasahi pipi. Juga yang turut membasahi frame gambar aku, Armand dan geng-geng dia dekat Pizza Hut. Kenangan birthday yang takkan aku lupakan sampai bila-bila.

I really miss you, Armand...

****

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Cinta

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) ah suwitnye kene buli dekat pizza hut
    eh org bermuke melayu tak cukup comel eh?
    (jgn attack jared padalecki i. i kasi amaran)

  • (Penulis)
    2) cukup je tapi syud membayangkan armand tu macam arwah along. hi hi
  • 3) ouh oke maaf. saya tidak bermaksud yg kasar ke ape. siries
  • 4) tengah happy baca tetiba sayu pula bila baca endingnya. huhu... em, birthday this year nak try lah sambut kat fast food restaurant. hehe...
  • 5) oo .. watak tu pakai jam kat lengan.
    saya salu pakai kat pergelangan.

    hm lama tak baca tulisan syud. hehe

  • (Penulis)
    6) riri: trylah. tak pernah gak buat. HAHA

    caha: kan? dia punya lengan kecik je

Cerpen-cerpen lain nukilan syud

Read all stories by syud