Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Ilusi

  • 5
  • syud
  • 14 years ago
  • 4,349
  • FREE

 

“Bilalah kamu tu nak kahwin. Anak Makcik Melah Kg. Kedondong dah selamat lahirkan anak ke-4 tahun lepas, anak Mak Bam Nasi Lemak pun dah bunting pelamin dah. Kamu tu bila lagi???” Emak di dapur dah berleter panjang kalah dj radio. Pot pet pot pet mulut dia kalah cerek. Eh ya ampun! Tak baik mengumpat emak sendiri. Astaghfirullah.

Lepas layan emak yang seronok membebel sambil cuba menyonsangkan topik perbualan seperti; ‘Emak, cuaca hari ni baik. Apa kata kita berbasikal?.’ Lepas tu terus aku dapat lesingan super padu dari emak. Terus blah tak tunggu lama. Emak emak. Emak ingat jodoh tu macam beli ayam dekat pasar ke? Takpun beli sayur, Selonggok dua ringgit! Selonggok dua ringgit!

Sebaik saja kaki aku cecah tanah. Tak tunggu lama aku terus tawaf satu kampung. Biasalah. Aktiviti waktu cuti biasanya mengikut jadual di bawah:

8:00 pagi – Pergi pasar beli ikan (Cari jodoh sekali, kata emak)

8:30 pagi – Jangan lupa singgah kedai beli paper (Dengar cerita anak Pak Man baru balik oversea, kata emak)

9:15 pagi – Siram pokok bunga & jemur baju (Jemur cantik-cantik. Baru Mak Mertua berkenan)

10:30 pagi -…....

Heh lihat? Aku dah bosan taip jadual waktu cuti sebab dalam ( ) dah tentu-tentu saranan bernas emak a.k.a bebelan suruh cari jodoh.  Hari-hari cari jodoh. Cari jodoh hari-hari. Jodoh jodoh jodoh. Emak, jodoh tak datang dari langit. Kalau jodoh datang dari langit maknanya jodoh tu alien takpun dia terjatuh sebab cubaan bunuh diri.

Mulut aku terkumat-kamit mengomel sambil tangan aku ligat menjemur baju. Tiba-tiba satu suara garau menyapa.

‘Errr…awak..’ Sebaik saja aku berpusing aku nampak satu makhluk Tuhan terpacak depan mata.

‘Opocot kau!’ Serentak dengan tu aku hampir-hampir tergolek ke belakang dek penangan jarak dekat manusia sorang tu. Eh, apsal berdiri dekat sangat ha?

Oh ye. Baru pukul 9:20 pagi. Aku tengah jemur baju lagi. HEHE. Lari sikit dari schedule.

Sambil angkat kening ala Ziana, aku bagi pandangan maut dekat mamat sorang ni. Cubalah bawa-bawa bagi salam. Awak awak. Ingat aku ni apa? Burung wak wak?

“Ha. Ye. Nak apa?.” Nak kena belasah meh sini. Meh meh. Aku bagi lesing sedas.

“Nak..awak..eh silap. Awaklah pulak.. He he.” Eh eh funnynya awak ni. Penumbuk nak?

“Ni nak?.” Aku dah siap genggam penumbuk padu. Tangan dah siap kepal kemas-kemas. Kalau tak cukup dengan yang ni, boleh aku bagi Buah Teluk Kemanga.

Belum sempat aku nak bagi sedas tiba-tiba emak dah berdehem. Cepat-cepat tangan yang ganas macam mafia tadi aku simpan. Terus tersipu-sipu kalah gadis Melayu terakhir. Heh menyampah. Terompah cover plastik merah tu emak sarungkan ke kaki. Lepas tu laju-laju emak meluru ke arah jejaka sorang tu.

Ya Allah. Emak. Nak jodoh untuk Ayong boleh, tapi tak payahlah Si Kerang Busuk ni. Hari-hari datang. Hari-hari sengih. Hari-hari muka macam nak minta kena belasah.

“Dah beli dah ayam yang Acik Yah pesan tu?.” Tangan emak rakus membelek plastik merah dari tangan si Kerang tu.

“Dah dah. Ada saya belikan rempah dengan sayur sikit. Buat tambah barang dapur rumah Acik Yah.” HAHA baiknya hati engkau Kerang oiii! Aik? Kejap.

Ayam? Kenapakah ayam?

“Eh mak. Yang Ayong beli selar kuning pagi tadi mak nak buat apa?.” Aku buat muka curiga. Eh pelik. Emak bukan suka makan ayam pun.

“Tu buat dinner…” Eh eh mak aku ni dah pandai cakap dinner.

“Emak nak makan apa tengah hari karang?.” Aku dah mendekat. Plastik dari tangan emak aku tarik. Pelik bin Ajaib. Emak takkan beli ayam. Kecuali aku yang beli. Tadi tak pula dia nak pesan.

Yang si Kerang ni tak reti-reti balik rumah ni apsal? Syioohhhh syiohhhh!

“Ada tempe dalam tu, Hada.” Eh diamlah. Tak tanya engkau pun lah Keraaaang. Pergi balik!

Aku pandang Kerang. Kerang pandang aku. Boleh pandang-pandang, Jangan pegang-pegang. Tapi kalau muka macam gatal nak mampus haruslah aku lempang.

“Ada aku tanya? Dah. Balik. Sibuk!’

Aku terus tarik emak masuk rumah. Makin lama duduk luar makin rimas dibuatnya. Si Kerang tersengih-sengih. Selain Kerang Busuk, aku rasa nama lain aku patut bagi dekat dia adalah Kerang Yang Tersengih.

“Irfan, nanti datanglah makan tengah hari. Acik Yah nak masak banyak juga ni. Ada orang jauh nak datang.” Emak senyum kambing. Eh mak, siapa nak datang?

Hampeh.

Tak sempat nak tanya emak dah lari-lari pergi dapur konon-konon nak siang ikan padahal tadi cakap nak buat dinner! Ceh.

***

Aku main jenguk dari tirai. Mak kauuuu. Ni ustaz mana yang datang ni?. Emak bukan main mesra melayan satu famili. Abah pun sama, macam dah bertahun-tahun kenal. Apa pasal aku pulak rasa tak kenal? Hish. Musykil!

“Ayong…mak suruh pakai tudung. Hidang Teo untuk tetamu.” Adik aku si Ayem dah datang berlari-lari bawa tudung bawal hitam aku. Ceh serabai tak gosok. Cepat-cepat aku pakai. Menggelabah juga sebab diorang nampak macam dah habis borak.

“Teo dia mana?.” Bahu Ayem aku cuit.

“Eh buatlah sendiri!.” Cis! Kurang asam punya adik! Baru nak jegil mata Ayem dah lari ke bawah rumah. Emak dengan Ayem sama je. Patut masuk marathon atau merentas desa je.

Aku pun dengan longlai (padahal sebenarnya malas) turunlah tangga. Bancuh teo secukup rasa. Lepas tu tatang sampai depan tetamu. Sebab abah ada, jadi  secara automatik semua benda dibuat dengan penuh tata tertib. Abah memang cukup pantang kalau anak-anak dia macam tak cukup didikan depan tetamu.

“Ha, jemput-jemput minum. Kalau tak sedap maaflah. Si Hada ni setahun sekali je bancuh teo…’ Aik Abah? Perli Nampak?

Aku tersengih. Dulang tadi terus aku peluk kuat-kuat. Tuhan, cepatlah gerakkan kaki aku dari sini. Belum sempat aku berpusing, Abah terus bersuara.

“Ha Ayong. Kamu duduk sini, sebelah Abah ni.” Eh apakah?

Si Ustaz berbaju Melayu tersenyum. Eh macam pernah kulihat, tapi di mana ya?

Aku tak berani nak pandang semua. Tapi yang aku tau waktu tu ada emak, abah, si ustaz dengan mak abah dia. Kot? Rasanya tadi aku bawa 5 cawan je. Tiba-tiba gemuruh. Eh eh kenapa ni jantung?

“Syuhada…” Pakcik di hadapan aku bersuara. Pakcik, pernah tak ada orang puji suara pakcik sedap?

Lagi sedap bila pakcik sebut nama saya. HAHA tak kelakar.

“Err?.” Sumpah! Muka aku cemas. Dah mula nak jadi biru dan sikit-sikit ada macam biru blue berries (Eh tipu. Aku tak cerah)

“Eh kenalkan dulu. Ni anak makcik, Khairul Izwan.” Makcik yang bertudung coklat tu menunjukkan si Ustaz. Si ustaz senyum lagi. Nampak deretan gigi macam iklan Darlie.

“Hi…” Aku angkat tangan. Muka cuak. Tak. Sebenarnya aku pelik. Sesi apakah ini sebenarnya?

***

Sejak dua menjak ni emak asyik senyum. Abah pun bukan main gembira. Selalu makan lauk bertambah-tambah. Nasi tak pernah cukup satu pinggan. Yelah, sejak aku cakap YES.

Eh, bukan Year End Sale OKAY! Bukan bukan. Yes itu adalah Ya. Ya kepada pinangan yang kami terima pada minggu lepas. Oh my…aku tunang orang?

Me? Fiance? HAHAHA kelakarnyaaaaaa.

OK. Tak kelakar. Sebab kawan-kawan aku cakap aku pelik. Kenal pun tak, tup-tup bertunang?

“Engkau gila ye Syud?” Diba mencelah. Dia tahu aku memang gila tapi tak adalah segila ini.

“Hmm...if you think this is  for the best, then, go for it.” Syakira supportive!

“Aik? Ustaz tu diam tak? Mesti diam kan kan?.” Ah mentang-mentanglah aku talkative. Dems la Airaaaaa!

Nursyuhada is now officially a fiancé to an ustaz named Khairul. They will get married in July, 2012 and then….

Okay. Sampai situ saja kita biarkan angan-angan anda sebab aku tak tahu betul ke ataupun ini mimpi semata-mata.

***

1 SMS Received!

From: Khairul

‘Assalamualaikum.  Free to chat?’

‘Waalaikummussalam. Yup.  Add ym boleh? Malas nak taip henfon. :p ‘

Si Ustaz bersetuju. Terus aku sms id ym aku. Silaplah nak sms-sms. Henfon ni aksesori semata-mata. Tahu?

Setiap Selasa adalah hari chatting. Setiap Selasa adalah hari untuk berbincang mengenai hala tuju kami. Yang comelnya si ustaz ni, setiap kali ym mesti buat emoticon sengih dan specky. Rasa terfalling in love pula dah. Eh eh?

Tak apa kan? After all, he’s my fiancé.

***

“Err awak.” Dia ni lagi.

“Nak apa?.” Aku buat muka bosan. Si Irfan kerang ni tak ada kerja ke? Asal aku balik kampung je asyik-asyik tengok muka dia. Asyik-asyik muka dia.

“Nah. Untuk Acik Yah. Hari tu saya outstation, belikan dia kain sikit. Bolehlah buat baju kurung.” Dia senyum. Hm, agak kacak juga kerang ni kalau tak sengih buat muka busuk.

“Oh…thanks.” Terus mulut aku ringan nak jawab baik-baik.

“Untuk awak pun ada. Yang warna peach tu.”Eh?

Terus aku senyum sampai telinga. Terharu pun ada. Oh ingat tunang Syuhadaaaaa.

“Thanks again…” Uih. Cantik! Ni apa ni? China Silk? Korea Silk?

“Dengar cerita dah bertunang. Betul ek?.” Irfan Kerang bertanya. Aku dah tergaru-garu macam beruk. Hm, betullah. Apa lagi?. Tapi seganlah nak buat pengakuan terbuka jadi aku angguk-angguk je macam belatuk.

“Oh. Congrats. Bertuah lelaki tu.” Dia kesat muka yang mula berpeluh. Walaupun dah petang tapi cuaca boleh tahan panas. Aku ajak dia duduk sambil panggil emak di dalam. Dekat pangkin bawah rumah kami duduk jarak jauh. Tak boleh dekat nanti kena selar dengan emak.

“Bila majlisnya?”

“Julai kot.” Jawapan aku memang macam tak boleh pakai. Ada ke pakai kot?

“Hmm..pilihan hati?.” Err?

“Pilihan Abah. Pilihan Emak.” Giliran aku pula senyum. Eh brutal brutal saya, masih lagi ikut cakap orang tua tau?

“Eh boyfriend tak sedih ke kena tinggal?” Dia bagi soalan cepu emas!

“Nak tinggalkan apa kalau boyfriend pun tak ada. HAHA.” Aku bagi jawapan cepu gangsa! 10 markah untuk Syuhada!!!

“Eh takkanlah tak ada. Habis saya ni?.” Dia sengih.

Serentak dengan tu aku lepuk kepala dia sedas. Padan muka!

***

Assalamualaikum w.t.b,

To my future wife,

I can’t promise you a luxury life, but I promise you a friendship, and protection as….

…….My wife.

Thank you for accepting me although we didn’t know each other yet. So far, ait?

Sincerely Yours,

Khairul

 

Eh romantik juga dia ni. Simple. Tapi romantik. Esok kahwin? Takutnyaaaaaaaaaaaaaa!

***

Aku duduk diam-diam dalam bilik.Dalam jantung ada lub dub lub dub. Habis make up mencair walaupun dari tadi dah cuba berlagak tenang dalam bilik aircond ni. Kawan-kawan yang datang semua bagi semangat. Ya Allah, semoga istikarah yang engkau berikan itu kuat dan yang terbaik untuk aku. Amin.

Dari dalam bilik, sayup-sayup suara Abah, lepas tu sayup-sayup suara Khairul.

……aku nikahkan dikau Khairul Irfan dengan anakku Nursyuhada……

Khairul…Irfan????!

Eh? Silap ke apa ni? Muka aku macam panik tapi cool. Maknanya muka tak berapa nak cool tapi tak panik juga. Aku berangan kot. Mustahil mustahil. Syiohh engkau Syaitooooooon!

Dah agak lama duduk dengan tertib sampai kaki naik lenguh tiba-tiba Mak Andam kat luar dah kepoh-kepoh.

“Haaa, nak buat upacara batalkan air sembahyang dah niiii.” Huih. Riuh macam pasar ikan!

“Assalamualaikum…”

“Waalaikummussalam…” Fuh fuh gemuruh. Tak berani angkat muka. Orang ramai semua mengusik. Ya Allah malunya! Si Dia dah ada depan mata. Tinggal nak salam dan bagi dia cium dahi. Kan?

Dia hulurkan tangannya dan mestilah aku sambut. Waktu tu tangan dah sejuk macam ais. Ya Allah kuatkan aku.

Sebaik saja aku angkat muka. Irfan si Kerang tengah tersengih.

“Err..Hi Awak.” Dia senyum dan terus mengucup dahi aku.

Perlahan-lahan. Aku rasa sesuatu. Perasaan yang sangat dalam. Perasaan yang bernama Cinta… Oh, ini cinta ye?

“Khairul?.”

Si Dia angguk. “Yup. Khairul Irfan. Orang yang selalu awak chat tu.” Ini komplot namanya!

Dari jauh aku nampak Khairul Izwan masuk ke dalam.

“Dear, kenalkan. Ni abang saya.”

“Dah..dah kenalkan. Kan korang tipu saya?.”

Emak dengan Abah dah tergelak-gelak. Orang ramai pening kepala tengok drama sebabak kami.

“Mana ada tipu! Haritu memang saya nak datang, tapi sakit perut. Saya suruhlah family dengan abang saya proceed dulu.” Oh ek?

Dush dush! Bongok bongok! Apsal engkau tak pernah tanya emak dengan abah siapa suami engkau Syuhada?

1)     Sebab aku malas nak ambil port. Kad kahwin pun Ayem dengan kawan-kawan dia yang settlekan. Kecuali baju, ye baju memang penting. Photoshoot juga penting.

2)     Kan aku dah cakap as long itu pilihan Mak Abah aku tak kisah?

3)     Aku dah istikarah and it feels right

“Err ok. Sorry encik suami.” Aku senyum.

“Ok. Good.  Thanks sebab tak marah saya, dan sebab sangat naïve” Suami aku menyakat.

“Err..ok. Tolong boleh?.” Aku tersengih kerang.

“Apa?.”

“Kaki saya cramp. Tolong tarik.” Fine. Semua orang gelak sampai perut nak terburai.

 

 ***

 

P/S:

Ini rekaan semata-mata. Tiada kena mengena antara yang hidup mahupun yang mati. :P

 

P/S/S:

Ini merepek semata-mata. Lepas gian nak menaip malam-malam buta. HAHA Thanks!

 

 

 

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Fantasi

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) dah patut kawin dah ni..yelah..sampai eja teh 'o' pun jadi Teo !!
  • 2) whoaaaa . hahahahaha
    demlah ending dia.

    nape tak terjangka ek. walaupun pilihan ending tak banyak. stil rasa kali ni tak terbajet juga. hahaha. nice.

    kelainan dalam keterhadan pilihan.

    teo tu memang nama manja teh o ke. hehe.

    cerita ni kurang pengenalan watak. hehe. lebih kepada macam cerita kepada kawan-kawan tapi dalam bentuk cerpen.
  • 3) kekeke.. david TEO akan amek cerita ni jadi muvi. pecayalah

  • (Penulis)
    4) kurus: nampak sangat tu sebenarnya main pakai tulis je (tak patut kahwin memandangkan tak matang dan tiada kewangan yang stabil. kohkoh)

    caha: ek? er..sepatutnya plis jangka. ini cerita klise. HAHA. nak menulis tapi takda idea. rasa nak merepek je. hehehhee

    ancalime: plis la david. banyak lagi cite len bole diambik. tapi kalau nak bodek suh guna nama syuhada i like je. muahahaha
  • 5) Hehehe... Tetap menghiburkan Syud.

Cerpen-cerpen lain nukilan syud

Read all stories by syud