Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Cinta

KEINDAHAN SEMALAM

Cerpen sebelumnya:
Si Paris 8 : Pergi ke KFC
Cerpen selanjutnya:
Naratif Faezul Lurus Bendul

 “Bangun, bangun, bangun sembahyang subuh”.....itu yang aku dengar dari mulut Ustaz Saharudin yang amat tekun meyuruh semua pelajar supaya turun ke surau untuk menunaikan sembahyang subuh secara berjemaah. Aku bingkas bangun dari katil dan terus ke tandas untuk membasuh muka.....jarang sekali aku mandi sebelum ke surau untuk menunaikan sembahyang subuh, selalunya selepas sarapan baru aku akan mandi .....sejuk tu.....

 

        Rutin harian hidup aku di asrama beginilah selalu....bermula dari waktu dinihari hinggalah ke tengah malam. Selesai saja menunaikan sembahyang subuh, terus aku ke dewan makan untuk bersarapan. Jam menunjukkan tepat pukul 7.00 pagi, aku baru saja selesai mandi.....nasib baiklah baju sekolah dah seterika malam tadi.......

 

         Selesai bersiap, aku terus mengambil buku yang perlu dibawa kekelas hari ini.....aku selalunya ke kelas bersama dengan Hafiz – seorang kawan yang agak ‘skema’- .....memang sejak dulu lagi aku tidak bercampur dengan budak-budak yang ‘skema’...tapi, oleh sebab perangai aku yang mudah alpa dan malas belajar, aku mengambil keputusan untuk bergaul dengan mereka kerana mereka akan membimbing dan menegur kita mengenai pelajaran.....terima kasih kepada kawanku – Hafiz –

 

          Tepat pukul 7.25 pagi, aku bergerak ke kelas bersama-sama denga Hafiz. Sebelum sampai ke kelas aku, aku akan melalui kelas Nut – Nut? apa yang boleh aku katakan mengenai dia, seorang insan yang pernah aku sayangi dan menyayangi diri aku, seorang yang bersikap kebudak-budakan, begitu manja dan ego dia aku seorang saja yang tahan – aku menoleh ketingkap kelas dia untuk melihat sama ada Nut sudah sampai kekelas atau belum ......selalunya, dialah budak yang selalu lambat sampai kekelas. Betullah tekaan aku yang dia belum sampai.......

 

           Sampai saja dikelas, aku terus mendapatkan tempat duduk aku yang berada betul-betul dtepi  tingkap (senang sikit nak tengok awek-awek yang lalu lalang )......sebenarnya, kelas aku bersebelahan dengan kelas Nut......dulu,masa tingkatan empat aku satu kelas dengan Nut tapi naik saja tingkatan lima kelas aku telah dibubarkan untuk dijadikan kelas projek. Nut telah terpilih untuk memasuki kelas tersebut dan aku telah dipindahkan ke kelas lain......aku sangka selepas kelas aku dibubarkan aku tidak akan berkawan lagi dengan Nut, tapi sangkaan aku tidak tepat.....

 

            “Mat, mat, mat”.....aku terdengar nama aku dipanggil, rupa-rupanya Zack yang memanggil aku...-Zack, seorang kawan yang begitu baik dengan aku, dialah yang  yang menjadi orang tengah antara aku dengan Nut -....”ha,kenapa” aku bertanya kepada Zack...Zack memberitahu kepada aku yang Nut ingin bertemu dengan aku pada waktu rehat nanti, aku hanya mengangukkan kepala tanda faham......sebenarnya,hubungan aku dengan Nut semakin hari, semakin renggang dan aku dapat merasakan bahawa hubungan aku dengan Nut sudah hampir kepenamat........

 

               Pernah dulu aku menyatakan kepada Nut yang aku ingin memutuskan hubungan aku dengan dia....kerana aku tahu taraf aku dengan dia begitu berbeza tetapi dia berkeras ingin meneruskan hubungan kami....selepas peristiwa itu, Nut begitu baik kepada aku dan mengambil berat mengenai diri aku....terus-terang aku berkata disini bahawa Nut adalah orang yang telah mengubah aku daripada seorang yang lemah dalam dalam pelajaran menjadi seorang yang rajin dan tekun untuk belajar kerana aku malu berkawan dengan dia kerana lebih pandai daripada aku...........

 

                  Tiba waktu yang dijanjikan iaitu pada waktu rehat, aku terus melangkahkan kaki ke kekelas Nut yang terletak bersebelahan dengan kelas aku.....sebaik saja aku masuk kekelas Nut, aku melihat melihat dia sedang duduk berhampiran dengan pintu belakang. Aku terus menuju kearah dia dan terus duduk disebelah dia... ayat pertama yang keluar dari mulut aku ialah “kenapa nak jumpa?”... dia pun menjawab dengan selamba..”saja”... selepas itu kami pun berbual-bual kosong. Walaupun kelas kami bersebelahan tapi kami jarang berjumpa kerana masing-masing sibuk dengan tanggungjawab sebagai seorang pelajar yang akan menghadapi peperiksaan SPM.......leka kami berbual-bual sehingga tidak sedar waktu rehat telah habis, sebelum aku beredar keluar dari kelas Nut, dia sempat pesan kepada aku supaya tunggu dia masa balik nanti.... bolehlah jalan sekali masa ’on the way’ balik asrama nanti......

 

                 Begitulah diri Nut yang kadang kala aku sendiri pun tidak faham....ada masa begitu baik dengan aku, ada masa aku terasa yang aku tidak dihirau langsung oleh dia...hari itu aku berjalan pulang ke asrama bersama dengan Nut, masa itulah aku gunakan untuk mengenali diri Nut dengan lebih mendalam.....satu perkara yang tidak dapat dielakkan semasa aku berkawan dengan Nut ialah kami sering bergaduh mengenai perkara yang kami sendiri pun tidak tahu.........

 

                  Sudah hampir 6 bulan kami berkawan lebih daripada kawan,aku sudah dapat merasakan yang hubungan kami sudah hampir ke penamat....pernah dulu Nut memberitahu kepada aku yang dia sudah tidak merasakan apa-apa lagi mengenai hubungan kami, tetapi dia tidak mahu memutuskan hubungan ini kerana tidak mahu hubungan kami sebagai sahabat juga akan terputus.....peperiksaan SPM semakin hampir, segala yang aku palajari disini akan diuji nanti. Harapan keluarga aku yang ingin melihat aku menjadi insan yang berguna akan terjawab melalui peperiksaan ini...

 

                  Tinggal lagi empat hari menuju peperiksaan SPM, iaitu ‘paper’ pertama –matematik tambahan (subjek yang aku paling lemah).....petang itu,telah terjadi pertelingkahan besar antara aku dan Nut, tidak dapat aku lupakan apa yang berlaku pada hari itu...buat pertama kali sejak aku berkawan dengan Nut, aku menengking dia...aku tidak tahu apa yang menyebabkan aku bertindak sedemikian, bermula dari hari itulah hubungan aku dengan Nut semakin renggang........

                  Tibalah hari yang menjadi penentu iaitu peperiksaan SPM, aku duduk ditempat aku yang telah ditetapkan...aku cuba menenangkan diri sebelum memulakan peperiksaan, sementara menunggu semua pelajar mengambil tempat duduk masing-masing....tiba-tiba, Nut menghampiri meja aku dan berkata “good luck” kepada aku tanpa menunjukkan mukanya kapada aku, aku tidak berkata apa-apa hanya mampu terdiam sahaja....adakah Nut masih suka pada aku? dia tidak marah lagi kepada aku? haruskah aku tegur dia? itulah persoalan yang bermain dikepala aku ketika aku....- kalau anda ditempat saya, apa yang akan anda lakukan? - ........

 

                    Hari ini ‘paper’ Sejarah, habis saja paper ni peperiksaan SPM akan disambung selepas cuti raya aidilfitri.....aku masih tertunggu-tunggu kad raya yang akan dibalas oleh Nut kepada aku  kerana semua kawan aku telah mendapat kad raya daripada dia, cuma aku saja yang belum dapat.....adakah dia masih marah kapada aku? nyata sekali sangkaan aku itu tepat, kerana memang benar dia tak  menyediakan kad raya kepada aku... baru aku sedar yang aku hanya berharap kepada sesuatu yang tidak pasti........

 

                    Kembali saja dari cuti raya aku telah berazam untuk melupakan apa yang telah berlaku dan memberi tumpuan kepada peperiksaan SPM yang sedang aku hadapi....hari paper last aku, iaitu paper Pengajian Kejuruteraan Mekanikal. Habis saja paper ini semua pelajar pergi ke bilik SPBT untuk memulangkan buku teks, pada masa itu aku telah terserempak dengan Nut....petang itu, aku berjalan pulang ke asrama bersama dengan dia .....mungkin itu kali terakhir kami berjalan bersama.......

 

                   Tarikh menunjukkan 10 Februari 2005, pada tarikh inilah putusnya hubungan aku dengan Nut.......sudah hampir dua tahun kami berkawan akhirnya berakhir dengan begini hanya kerana kesilapan kami dulu yang inginkan hubungan yang lebih daripada kawan biasa.....walaubagaimanapun, aku akan anggap perkara yang berlaku dalam diri aku ini sebagai dugaan Allah S.W.T kepada hambanya...aku akan ingat segala kenangan bersama Nut – berlajar  Lukisan Kejuruteraan bersama-sama, berjalan pulang ke asrama bersama-sama,kenangan manis bersama, bergaduh & bertengkar, kena tangkap ‘dating’ oleh Ustaz Saharudin dekat bilik warden - .....cerpen ini bukan aku tulis untuk menyatakan perasaan aku, tetapa hanya sekadar untuk tatapan kita bersama.....walauapapun yang telah Nut lakukan kepada aku, aku tidak pernah menyimpan perasaan marah atau benci kepada dia..........biarlah masa yang menentukan segalanya............

 

               ...........kEinDAhaN SeMaLAm.....

Cerpen sebelumnya:
Si Paris 8 : Pergi ke KFC
Cerpen selanjutnya:
Naratif Faezul Lurus Bendul

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
3.3
4 Penilai

Info penulis
Potential=Possibility
paiwunan | Jadikan paiwunan rakan anda | Hantar Mesej kepada paiwunan

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya paiwunan
Jasmine | 2127 bacaan
keranda kita 1 | 1866 bacaan
Mas merah | 2457 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

4 Komen dalam karya KEINDAHAN SEMALAM
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik