Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Bila Kau Ada Seorang Ibu

 

Ahmad pandang kiri. Tiada orang. Pandang kanan. Juga tiada orang. Lalu Ahmad makan karipap yang dibekalkan oleh ibu sebelum keluar dari rumah awal pagi tadi.

Sebelum sempat gigitan terakhir karipap kelima, Yati muncul dengan tiba-tiba lalu pantas menegur.

"Hoi! Makan sorang. Kedekut betul!"

Ahmad diam dan menghabiskan kunyahannya. Selalu sangat dia digelar sebegitu kerana sifat Ahmad yang enggan berkongsi makanan dengan rakan-rakan. Namun Ahmad pasrah kerana dia tahu sudut pandang setiap manusia tidak sama.

Sebetulnya, Ahmad bukan kedekut. Cuma dia tidak mahu makanan yang dibekalkan ibu masuk ke dalam perut orang lain di kala ibu sedang menarik nafas lega di rumah kerana fikir anaknya sudah cukup makan pagi itu.

Ya, Ahmad pilih untuk jujur dengan ibu daripada menjaga hati rakan.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Autobiografi

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) Ahmad memilih syurga. Alhamdulillah Ahmad!

Cerpen-cerpen lain nukilan DLHaqifa

Read all stories by DLHaqifa