Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Surat

 

‘Biar betul tak boleh hantar nih ?’

‘Betul Encik, kami tak boleh hantar surat nih’

Hanif agak kecewa dengan jawapan kakak yang duduk di balik cermin kaca itu. Kakak itu juga memandang Hanif dengan mata yang agak kecewa kerana tidak dapat membantu.

Hanif mengukir senyuman tawar yang berlalu sambil mengambil kembali surat yang dihantarnya.  Sambil menghela hafas dengan kembali duduk di ruang menunggu pejabat yang  dipenuhi hanya beberapa orang.

Hanif merenung kembali sampul surat yang berwarna putih itu. Kedengaran nombor giliran seterusnya dipanggil. Harapannya berkecai. Surat ini merupakan harapan terakhirnya untuk berhubung dengan penerima surat. Sudah sekian lama dia ingin berhubung. Dia tidak ingat kali terakhir dia bercakap-cakap dengannya mahupun mengingatinya walaupun sedetik. Ternyata melanggar sumpah setianya bersama untuk sentiasa mengingatinya. Sibuk dengan kerja seharian.

Hanif mengeluh lagi dan membetulkan kedudukannya lalu bersandar dan melunjurkan kaki. Pejabat yang boleh memuatkan lebih kurang 40 orang pelanggan dalam satu-satu masa agak dingin sekali berbanding dengan cuaca hangat diluar.

Pemikirannya kembali teringat akan janji-janjinya dahulu. Memang benar, Hanif yang bekerja sebagai seorang jurutera tidak punya masa kosong. Kerja perlu diselesaikan dengan penuh komitmen dan tidak kira apa. Hasil titik peluh pula digunakan untuk berjoli sakan kononnya menenangkan jiwa yang tertekan.

Hanif tersentak sedikit mendengar nombor giliran pelanggan dipanggil. Matanya mengikut pelanggan itu  sehinggalah dia sampai di hadapan kaunter. Pelanggan itu memberikan salam kemudian memberikan senyuman ikhlas kepada pegawai di belakang kaunter. Di tangannya juga terdapat surat.

Mata Hanif terus memerhati urusan pelanggan itu. Tidak sampai lima minit, pelanggan itu selesai urusan lalu beredar keluar. Hanif mula berasa cemburu dan tidak puas hati mengapa suratnya tidak boleh dihantar.

Hanif mengambil langkah drastic. Surat ini mesti sampai ke destinasinya. Dia bangkit lalu terus ke arah kaunter yang dia pergi mula-mula tadi tanpa kisah akan giliran pelanggan lain.

‘Cik, awak baik cakap betul-betul. Surat ini memang tak boleh hantar ke?’ nada Hanif mula berbunyi marah.

Kakak yang bertudung merah jambu yang agak labuh berserta broche yang agak besar terkejut munculnya Hanif kembali.

‘Minta maaf Encik. Permintaan encik memang kami tidak boleh tunaikan. Memang betul tugas kami adalah untuk menghantar segala surat tak kira destinasinya. Tapi..’

‘Tapi apa ?!’ bentak Hanif yang sudah meluap marah tanpa memberi peluang langsung kakak itu menghabiskan ayat.

‘Tapi, penerima surat tu. Encik boleh hubungi dia akan tingkat 2, bilik paling hujung sebelah tandas. Tak perlu tunggu giliran pun kalau ada orang lain dalam bilik tu’

‘Laaa… kenapa tak cakap awal² ?’ suara Hanif mula rendah.

Kakak itu mula mengukirkan senyuman lalu menambah,

‘Nanti bila berhubung dengan dia, luahkanlah apa yang terbuku dihati ek? Sebab bab-bab macam ni, encik tak perlu guna perkhidmatan orang ketiga macam kami. Terus je hubungi dia’

‘Baiklah.. kalau macam itu saya pergi sekarang..’ kata Hanif lalu bergegas kearah tangga pejabat menuruti apa yang diberitahu kakak itu. Surat putih dilupakannya sahaja diatas kaunter

Salah seorang pegawai yang bertugas dengan meja kakak itu bangkit mendekati lalu bertanya,

‘Apa halnya ?’

‘Seorang hamba Allah yang ingin mengadu hati..’ jawabnya sambil memandang sampul putih bersetemkan RM1 yang di atas kirinya tertulis ‘Permohonan Maaf’ dan beralamatkan ‘Allah’.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Cinta

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) gaya penglipur yang mengasyikkan, walaupun ringkas.
    auto spell kasi off lah yer ..drastic kepada drastik dan juga penggunaan 'angka dua'i.e awal²
  • 2) ah. tidak perlu bahasa berbunga-bunga.

    suka!
  • 3) sangat setuju dengan saranan 26life tentang penggunaan ejaan dan "awal²" tu.
    "Encik boleh hubungi dia akan tingkat 2" perkataan 'akan' di situ pun mungkin tersalah tulis.

    maaflah kerana saya bercakap hal remeh. kerana dari sudut idea dan cerita. saya dah memang suka!
    teruskan menulis penglipur!
  • 4) cerita ni menarik sebab kita tak sabar2 nak tau penamatnya.

  • (Penulis)
    5) trimas pengkomen² semua!
    insyaAllah akan diperbaiki mana² kesilapan ^^
  • 6) salah eja pun xpe sbb Allah maha mengetahui... hehe... tulisan yg santai tp berlada.
  • 7) Biasakan tulis sepenuhnya.Bikin perlahan-lahan dan nikmati setiap ketukan pada papan 'keyboard'.

    lebih cantik jika kita dapat baca;

    "Encik boleh hubungi dia akan tingkat dua, bilik paling hujung sebelah tandas...

    daripada

    "Encik boleh hubungi dia akan tingkat 2, bilik paling hujung sebelah tandas....

  • (Penulis)
    8) 26life, dah terbiasa menulis short dalam blog, so cam terbawa-bawa ke penulisa,

    insyaAllah akan diperbaiki, trimas ^^
  • 9) Ceritanya ringkas tetapi punya nilai yang padat. Perkemaskan lagi dari ejaan, tanda baca dan sebagainya. Pasti karya ini akan tampak lebih bernyawa.
  • 10)
    da agak da surat tu utk sape...hehe..nice!

Cerpen-cerpen lain nukilan penglipur

Read all stories by penglipur