Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Aksi

Hormat

Cerpen sebelumnya:
Gema
Cerpen selanjutnya:
Akankah Mungkin....

Dafi dan Malik tunggu di sofa. Sekarang, jam tunjuk pukul 1.45 petang. Dafi baca surat khabar yang syarikat beli. Malik buang kutikel sendiri.

"Sampai bila nak tunggu ni?" Malik tiup kuku.

Dafi masih baca suratkhabar. Malas betul nak jawab soalan Malik. Asyik tanya soalan yang sama sejak lima minit yang lalu.

"Aku dah bosan menunggu ni," kata Malik tak puas hati.

"Sabar," jawab Dafi dengan tenang. "Kau kalau nak belajar, kena tengok macam mana aku buat. Benda yang paling penting, kau kena tenang dan sabar."

Malik geleng kepala. "Tapi sejuk betul syarikat ni. Buat aku rasa nak makan."

"Sejuk salah, panas salah. Kau ni dahlah tak sabar, tak bersyukur pula tu. Tunggulah kejap. Baru lima minit. Merungut banyak, macam mana nak berjaya?" marah Dafi.

Malik mengeluh. "Tapi memang perlu ke kita tunggu sampai dia habis sembahyang?"

"Memang kita nak jumpa dia pun. Kenalah tunggu sampai dia habis sembahyang. Lagipun, orang nak buat ibadah. Biarlah. Benda baik tak elok kita halang."

Tiba-tiba tombol pintu surau dipulas. Farid keluar dengan muka yang bercahaya. Tapi, kehadiran Dafi dan Malik di sofa ruang menunggu buat Farid tergamam seketika.

"Farid bin Abu?" tanya Dafi.

Farid angguk bagai dipukau.

"Dah habis sembahyang?" tanya Dafi lagi.

Farid angguk lagi.

Dafi pangkah nama Farid dalam senarai. Dengan tidak semena-mena, Dafi keluarkan pistol dan tembak tepat ke arah kepala Farid. Farid jatuh tersungkur. Mati di tempat kejadian. 


Innalillahiwainnailaihirajiun (kata penulis).

Cerpen sebelumnya:
Gema
Cerpen selanjutnya:
Akankah Mungkin....

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
Penilai

Info penulis

Dihsar Ludba Haqifa

Penulis di bawah amatur. Cerewet dalam memilih bahan bacaan. Cepat bosan dengan sesuatu benda. Dibenci kerana mempunyai \muka sombong\... lalu memilih untuk menulis saja untuk mengelakkan jumlah orang membenci. Hasil karya: Alahai Jijah!, Beruno, Kerana Basikal Biru, Jangan Tinggal Fargo! Antologi Cerpen: Kisah Cinta Seribu Wajah
DLHaqifa | Jadikan DLHaqifa rakan anda | Hantar Mesej kepada DLHaqifa

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya DLHaqifa
Bila Kau Ada Seorang Ibu | 18939 bacaan
Berkawan dengan Seorang yang Hidup dalam Penafian Umpama Digigit Charlie; Tak Sakit tapi Berbekas | 3178 bacaan
Takut Bah Tau! | 2523 bacaan
Rindu yang Tak Menggelikan | 2202 bacaan
Menipu adalah Satu Benda yang Manis | 2312 bacaan
Sebab Tu Aku Sayang Ali - Pengakuan Seorang Lelaki | 2599 bacaan
Suara dari Hutan | 2356 bacaan
Aku Sakit Hati | 4987 bacaan
Kisah Benar Pertama Aku Cerita | 6136 bacaan
Jika Kamu Seorang Penulis yang Mendengar Lagu Ketika Menulis | 3222 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

0 Komen dalam karya Hormat
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik