Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Mata Pedang Di Daerah Kalbu

  • 0
  • Adika
  • 11 years ago
  • 4,853
  • FREE

 

Mata Pedang Di Daerah Kalbu

 

 

Bilik Tiga Wad Sembilan  Himawari (Tokyo Metropolitan Health and Medical Information Center)

        Bacaan nadinya menunjukkan peningkatan ketara. Seluruh tubuhnya seakan langsung tidak tenang terus menggegar-gegarkan katil di atas wad hospital di Shinjuku Jepun. Sekujur tubuh yang berbalut resah bertompok darah di balutannya menunjukkan kesengsaraan yang ditanggung oleh Isamu Nagasaki yang terkena libasan pedang dan anak panah yang dilepaskan dari pemukul curi. 

        Hampir keseluruhan puak Yakuza Minamoto telah dibunuh dan hilang dari muka bumi. Segala-galanya telah direntap kasar melalui rancangan jahat puak Yakuza Fujiwara yang ingin melakukan rampasan besar di atas tanah taklukan Yakuza Minamoto. Tanah barat Jepun kini dilimpahi darah pahlawan samurai Minamoto yang mati sebagai yakuza gagah. Pengikut-pengikut setia Ashikaga Yoshimasa merasakan diri mereka telah berkuasa sepenuhnya ke atas tanah barat Jepun. Tiada lagi legenda samurai Isamu Nagasaki yang menggoncang keaiban puak Yakuza Fujiwara.

 

Fikiran Bawah Sedar Isamu Nagasaki 

          Dalam ruang bawah sedar Isamu, bayang-bayang kian berpinar-pinar diubun-ubun kepalanya. Seakan-akan mencengkam memori silam. Ketakutan yang dirasakan telah memuncak di benak pemikirannya. ` Bagaimana dengan puak Minamoto ?’ sisi katilnya direntap kasar biarpun tidak menyedari apa yang dilakukannya kerana koma. `aishiteru Hino Tomiko’ dirinya seakan ralit dengan penyesalan yang digendong. Hino Tomiko dirasakan telah mati akibat dari kegagalannya sebagai pelindung. Biasan demi biasan mulai menjengah minda bawah sedarnya.

             Bunyi dentingan pedang Katana yang bersahut-sahutan menggambarkan suasana yang sangat dahsyat menyirami siang di daerah “Mie”  di daerah Barat Jepun.  Akame Shijuhachi-taki menjadi saksi pertumpahan darah antara Yakuza Fujiwara dan Yakuza Minamoto yang telah membangkitkan singa berantai Isamu Nagasaki dari lenanya yang padat. Isamu merasakan dirinya telah disiram api yang maha panas apabila insan yang disayanginya dipergunakan dalam peperangan antara puak Yakuza. 

        “Watashiwa anatawa wo aishita” terngiang-ngiang kalimah sayang yang diterbitkan di cuping telinga isterinya yang disayangi Hino Tomiko. Namun nilai peperangan telah megakibatkan kasih sayang perlu dibayar dengan harga sesebuah peperangan. Itulah yang diturutnya. Tangannya sentiasa patuh memenggal leher setiap kepala pengikut Yakuza Fujiwara yang bagai amukkan darah. Pada setiap sudut, matanya mengerling tajam mencari leher-leher musuh yang menjadi mangsa mata pedang “Tou Aii” miliknya. Pedang cinta dihunus deras dan setiap jurus samurai peringkat tinggi dipergunakannya. Dari setiap sudut, kekuatan samurai lampau memang bertunjang dalam dirinya.

       Hino Tamiko dipaksa bertalaku dengan sebelah pedang katana tersisip di batang lehernya. Yoshimasa menyanyi riang sewaktu menantikan kedatangan sekumpulan puak Yakuza Minamoto yang akan dijatuhkan hukuman mati pada hari ini. Dibalik-balikkan muka pedang katana miliknya di bahu Hino Tamiko. 

     “Hino Tomiko, hari ini engkau akan menjadi saksi pelupusan puak Minamoto” Yoshimasa tersenyum sumbing sebelum menjatuhkan puntung rokoknya yang telah sampai ke penghujung batangnya lalu dipijak-pijak lumat.

       “Yoshimasa, aku akan penggal leher engkau hari ini”  Isamu meluru deras melawan rintik-rintik hujan yang mulai bertunas di kawasan peranginan air terjun di.  Akame Shijuhachi-taki. ‘Hidup dan mati aku terdampar di telapak nyawamu Hino’ Isamu memulakan pergerakan ‘Laido’ yang menjadi tunjang kepada kekuatan teknik samurainya. Lukisan jutsu-jutsu indah dipamer sebelum beberapa orang dari puak Fujiwara yang mati akibat tusukan pedangnya yang berbisa. Hanya beberapa meter sahaja lagi dihadapan Yoshimasa, Isamu terkedu melihat Hino yang menangis teresak-esak menahan sedu melihat darah yang mengalir lesu di perairan sungai yang selalunya mengalir tenang. 

     Yoshimasa meletakkan telapak kakinya dibelakang badan Hino lalu disepak keras ke tepi sebelum meluru gagah menghadapai Isamu. Langkah kendo diperjudikan bagi menghadapi Isamu. Libasan-libasan gagah dipamerkan hinggakan Isamu terpaksa bergerak ke belakang.  Isamu tidak langsung mendapat peluang membalas pukulan sehinggalah Tou Aii miliknya mendapat rentak semula dengan tari pedang Kinjutsu tradisional yang dipamerkannya menjadikan Yoshimasa tidak keruan dan pedangnya terkuis ketepi.

        Satu libasan tepat mengenai kulit dada Yoshimasa. Darah merah mengalir membasahi baju Kimono hitam dengan seluar labuh besar. Yoshimasa kemudiannya pantas menolak Isamu jatuh ke dalam sungai yang mengalir deras di kawasan air terjun Mie.  Yamada Takayuki yang menjadi rakan baik serta orang kanan Isamu yang melihat Isamu jatuh ke dalam sungai pantas berenang bagi menyelamatkan Isamu. 

         Yoshimasa merasakan perit yang mencucuk-cucuk dadanya. Yoshimasa tidak lagi mahu berlengah. Panggilan telefon dibuat bagi memanggil seorang pemimpin tertinggi dalam generasi Ninja baru. Rancangan mereka perlu dijalankan sekarang bagi mengelakkan kematian yang lebih ramai dalam kalangan Yakuza Fujiwara. Puak ninja perlu menjalankan tugas mereka sekarang. Masa sudah tidak lagi menjadi rakannya. Puak  Yakuza Minamoto perlu dihapuskan sekarang.

            Ninja-ninja Shinzen yang berpengkalan di daerah Mie akhirnya mengambil tempat dalam serangan hendap yang akan menjatuhkan terus Yakuza Minamoto. Busur-busur panah dan shuriken tajam akan dibidikkan tepat dari tempat-tempat penyembunyian mereka. 

         Dalam hanya satu detik, segerombolan senjata busur dan bintang ninja menghujani kawasan air terjun baik dari kawasan air terjun mahupun dari celah-celah batu. Setiap batang tubuh kumpulan Yakuza Minamoto terkulai layu menyembah bumi. Bunyi tempikan dan lolongan hanyalah bunyian sementara kerana dalam beberapa detik suasana mulai reda. Yang ada hanyalah darah merah yang mengalir membanjiri kawasan padang peperangan mereka.  Hujan semakin lebat membasahi lembah yang kedinginan di musim luruh. Nafas yang memberat dan jeritan kegembiraan kedengaran menggegarkan langit bumi matahari terbit itu. Yakuza Minamoto telah mati dan pupus dari kehidupan mereka.  Tinggallah Yakuza Fujiwara yang menguasai keseluruhan tanah barat Jepun.

          Isamu Nagasaki dan Yamada Takayuki yang memerhati dari jauh kematian kumpulan Yakuza Minamoto begitu menyayat hati. Isamu merenung Yamada yang selama ini begitu setia dalam persahabatan malah dialah orang yang menjadi murid seperguruannya. Isamu memeluk perlahan Yamada sebelum menghentakkan belakang kepala Yamada agar dia pengsan sementara. Isamu menggapai Tou Aii miliknya dan mengucupnya. Mungkin buat kali terakhir. 

        Isamu menaiki kawasan lurah yang lebih tinggi. Matanya merenung tepat ke arah Yoshimasa. Busur panah yang dibawanya di bidik tepat melintasi belakang kepala Yoshimasa. Tempurung kepalanya pecah dan otaknya terburai keluar dari arah hadapan. Isamu kemudiannya terjun ke bawah menghadapi puluhan anggota Yakuza Fujiwara yang tinggal.

      Biarpun dirinya dikepung, jurus ninja Laido dipamer baik dan berjaya mengharu birukan lawannya buat seketika.  Matanya memanah tepat ke arah Hino Tomiko.  ‘Aku akan menyertai kumpulanku selepas aku menyelamatkan Hino kerana Hino adalah sebahagian besar dari kepompong nyawaku’. Mata pedangnya menembusi satu-satu perut ahli Yakuza Fujiwara. Sekujur tubuh dijadikan perisai menahan tusukan pedang anggota Yakuza Fujiwara. 

        ’’ Hino, pergi larikan diri, kasih awak menjadi roh jiwa saya di antara jantung dan hati ini disitulah awak saya simpan“ Isamu merasakan nyawanya akan tetap hidup seperti hidupnya dirinya di hati Hino.  Hino yang mendengar jeritan Isamu melarikan diri  berserta “manik putus pengarang“. Dirinya cuba untuk tidak menoleh ke belakang sehinggalah terdengar bunyi jeritan yang panjang dari arah belakang. Itu merupakan suara jeritan Isamu yang menahan kesakitan. 

        Kakinya terpaku secara tiba-tiba. Pada saat dia menoleh ke belakang, alangkah terkejutnya dia melihat satu pukulan bat pemukul tepat mengenai belakang kepala Isamu, kaki Isamu menggeletar cuba mengimbangi badannya tetapi belum sempat dia pulih dari kesakitan yang berkunjung, satu libasan pedang katana melintasi belakang badannya lalu menyiat kulit badannya. Isamu terjauh tertiarap di tanah berlecak. 

     Matanya seakan-akan berpinar-pinar kembali, pada saat dia terlihat Hino yang terpaku memandangnya sayu. Bunyi siren polis menyembunyikan kesunyian yang mulai berpaut. Isamu terdengar jeritan ahli-ahli Yakuza Fujiwara yang cuba melarikan diri. Tubuh Isamu kian lemah dan tangannya seakan dingin dan kebas. Isamu memejamkan matanya perlahan-lahan.

      “ Watashi wa tengoku de anata o matsu“ Isamu mentakhlikkan janji bahawa dia akan sentiasa menyayangi Hino dan janjinya syurga tempat perhentiannya yang terakhir. Kelopak-kelopak sakura mulai berarak ditiup angin menyelimuti tubuh Isamu yang telah terbaring lesu di tanah matahari terbit entahkan bila masanya cinta  suci Isamu dan Hino akan bertaut kembali. 

       Dalam bilik yang menempatkan Isamu, Hino Tomiko sudah tidak betah lagi mahu melihat kematian Isamu di hadapan matanya. Hino tekad akan melakukan Hara-kiri sistem tradisional samurai kuno yang memastikan pengikut setia yakuza perlu mati di tusuk mata pedang dengan sendirinya. Tidak ada lagi makna kehidupan buatnya setelah Isamu juga pergi meninggalkannya.  Yamada Takayuki yang berdiri di muka pintu mengamati raut wajah Hino yang kian lesu. Wajah polos yang selama ini terbit kian susut tubuhnya. Hino kemudiannya menggapai sebilah pedang lambang cintanya “Tou Aii” dan bergegas keluar pada saat dia terlihat nafas Isamu yang kian berombak. Yamada Takayuki tersentak namun tidak ada apa yang boleh dilakukan. 

             Yamada kemudiannya duduk di birai katil yang menempatkan sahabatnya Isamu. Yamada terus berdoa agar Isamu kembali sedar dari tidurnya yang lena. Tangannya dipaut pada telapak tangan Isamu. Tiba-tiba Yamada merasakan tangannya digenggam keras. Isamu telah sedar dari tidurnya yang panjang. Matanya membundar lalu diperhatikan sekelilingnya.

        ’’Yamada, koko de Hino ?“ Isamu mencari-cari bayangan Hino yang sepatutnya setia menunggunya. Yamada Takayuki sekadar merenung lantai. Tidak sanggup rasanya dia hendak mencelarukan pemikiran Isamu apatah lagi dalam keadaan Isamu baru sedar dari koma. 

         ’’ Dia tekad hendak melakukan Hara-kiri“ bagaikan tersekat-sekat bicara di kerongkong Yamada. Isamu yang tersentap pantas menarik setiap inci jarum yang mencucuk-cucuk di badannya. Lalu dia terus keluar dari wad hospital dengan jalannya yang terhenjut-henjut. Luka yang baru berjahit tidak dipedulikan. Isamu perlu mencari Hino. ’Apakah guna pembelaanku terhadapnya sedangkan kematian jua yang menjengah pada penghujungnya’ aku perlu ubah sistem karut hara-kiri.

      Belum sempat Isamu berjalan jauh meninggalkan perkarangan hospital, kakinya terkulai jatuh. Tangisan mulai bercucuran jatuh melepasi pipinya. Bibirnya menjerit-jerit memanggil nama Hino Tomiko. 

     “Hino ! abang masih hidup, datanglah semula kerana abang perlukan awak” Isamu memekik-mekik sendirian kerana dia benar-benar perlukan Hino disisinya. Orang ramai yang lalu lalang hanya memerhatikan dirinya dan Isamu mendengar bisikan-bisikan halus dari pelbagai arah. Kisah kematian seorang wanita terkena tusukan pedang menjadi tampuk bicara semua pihak. Isamu semakin rentan dibuatnya ’’apa diharap kepada untung, untung nasib permainan badan’’ entahkan benar entahkan tidak perkhabaran yang dibawa lapisan angin.

        Para doktor meluru mencelah di keriuhan orang ramai. Dari arah bukit tinggi, ramai orang berkerumun memenuhi ruang kosong. Hino telahpun tercedera atas dasar rasa cintanya terhadap Isamu Nagasaki.  Cinta yang melebihi segalanya. Cinta itulah yang merosakkan kehidupannya.  Isamu menjerit-jerit meminta bantuan. Yamada yang selalunya hanya menjadi pemerhati akhirnya memapah Isamu ke arah bukit berkenaan. Tidak sekalipun Isamu berhenti-henti menyebut nama Hino. Nama yang menjadi keagungan dalam hidupnya hampir pasti berpijak di bumi yang lain. Luka jahitan di perut Isamu telah terlerai. Darah merah mulai membuak-buak keluar dari perutnya yang cedera. Namun segalanya telah tiada erti baginya. ’Gapaikanlah kematian buatku, biarlah aku hampir sentiasa kerana Hinolah benang tenunan hayatku’ tangannya menahan-nahan darah yang mengalir dibelikatnya. 

       Isamu terus memeluk sekujur tubuh yang basah bermandikan darah. Hino kini terkulai layu, tangannya kini menjadi semakin dingin, sedingin salju putih yang meresahkan. Pautan tangan antara dua jiwa kini disatukan. Isamu melihat air mata yang menitis lembut di pipi Hino disekanya lembut.  Janji yang terpateri itu akan bersemadi menjadi kenangan.

      “ Abang, mengapa tangan abang dah tak sehangat selalu?” Hino menatap wajah Isamu dengan rasa sendu yang mencemar sanubari. Isamu membelai rambut Hino dengan rasa syahdu. Seakan tidak akan sekalipun dilepaskan. 

     ’’ Abang akan sentiasa lindungi Hino selagi abang hidup, izinkanlah hidup dan mati abang bersama Hino’’ tangan Isamu mulai menggeletar. Seakan berat urat saraf membekal darah. Tangannya bersatu dingin bersama kelembutan tangan Hino.

       ’’ Abang, sudah hampir benar putus benang tenunan hayat ini, maafkanlah saya untuk segala kesilapan saya selama ini” matanya kian berbalam-balam,  nafas yang selama ini ringan kian tersekat-sekat di kerongkang yang semakin sempit. Tanpa sedar, Isamu sudah lama terbaring kejang disisinya sambil tangannya masih menggenggam tangan Hino. 

       ’’ Abang tak pernah menyesal memilih Hino sebagai isteri abang, ampunkan abang kerana gagal menjaga Hino, hati abang milik Hino selamanya“ bibir yang selama ini petah kini hanya bungkam dalam berbicara. Sekadar bualan hati yang merungkai janji. Pulanglah mereka menemui kematian yang pasti. Cinta yang memberi seribu sejarah dalam pengertian negara mentari timur.  

       Kisah kematian pasangan samurai handalan menjadi tajuk utama di dada-dada akhbar tempatan Jepun seperti Asahi Shimbun, The Akita Sakigake Shimpo, Chiba Nippo dan Chunichi Shimbun. Kisah cinta mereka dianggap sebagai legenda berzaman. Yamada Takayuki akhirnya menghilangkan diri umpama angin di kabus malam. Yamada akhirnya akur akan kesaksian betapa cinta itu perlu diperlihara dengan berlandaskan tiga perkara iaitu akal, akhlak dan agama.  Rapuhnya cinta mampu merobek jendela kebahagiaan.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Aksi

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • Tiada komen lagi.

Cerpen-cerpen lain nukilan Adika

Read all stories by Adika