Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Cinta

cerita ajis anak harlem shake

Cerpen sebelumnya:
Rindu yang Tak Menggelikan
Cerpen selanjutnya:
SURAT CINTA UNTUK ZAHID

Nama yang tertera di atas surat beranak dan kad pengenalannya ialah Mohd Nor Jarjis bin Norman Harlem Shake. Tapi semua orang memanggilnya ‘ajis’. Cukup ringkas tetapi tak menarik, walaupun rupa paras ajis sebenarnya sipi-sipi macam hitrik rosyan. Namun ajis berbahagia dengan panggilan ajis. Asalkan jangan jadi najis sudahlah.

 

Ajis ni orangnya bukan sahaja segak tepai agak cedik juga. Sebab itulah dia mendapat keputusan yang cemerlang sewaktu menuntut di university dahulu. Usai mendapat ijazah undang-undang dengan kepujian, ajis cepat disambar oleh sebuah firma guaman tersohor di Malaysia.

 

Firma tersebut mempunyai cawangannya di seluruh negeri. Disebabkan jiwa muda ajis meronta-ronta berkehendakan kebebasan mutlak dari cengkaman ketiak ibu bapanya, ajis membuat keputusan untuk bekerja sebagai peguam  di cawangan george town, pulau pinang, walaupun kampong pertiwinya di kuala lumpur, yakni di kampong baru.

 

Permintaan ajis dikabulkan pihak firma tersebut. Sejak itu ajis mula memakai pakaian segak-segak ke tempat kerja. Dengan tali leher dan kot, ajis akan memasuki keretanya dan meluncur keluar dari rumahnya yang disewa di batu feringhi, pulau pinang.

 

Sudah empat tahun ajis berkhidmat dengan encik Saudi, majikannya yang sedikit bengis itu. Baru-baru ini seorang kerani di pejabatnya telah dibuang kerja kerana aksi terlampaunya. Kemudian encik Saudi mengambil pula seorang kerani baru. Seperti biasa kerani tersebut ialah seorang perempuan. Yang luar biasanya ialah kerani ini mempunyai wajah yang jelita dan sosok yang montok, yang kadang-kadang kelihatan seakan-akan meliang liuk. Namanya ayu, seayu wajahnya.

 

Ajis, bahkan staf-staf yang berjantina lelaki di pejabatnya tidak senang duduk. Ditahan-tahan perasaan mahu menerkam ayu. Semua memendam perasaan mahu tapi malu, tak kira samada yang masih bujang atau yang dah berkahwin tapi mempunyai 3 lagi kauta. Ajis pula masih bujang trang tang tang.

 

Tetapi ajislah yang paling ke depan kerana ayu memang kerani yang bekerja di bawah seliaannya. Namun ajis tidak mahu menggunakan kelebihan wajah hitrik rosyannya untuk memikat ayu. Katanya dalam hati tak acilah kalau macam tu.

 

Dua bulan kemudian ayu pun nak berhenti dengan notis sebulan telah diberi. Kata ayu kepada ajis dia dapat better offer di tempat lain, lebih sesuai dengan kelayakkan akademiknya. Bila ditanya ajis dapat offer di mana, ayu kata rahsia. Sebulan kemudian ayu pun berangkat.

 

Sebelum ayu berangkat, ajis dan ayu sempat bertukar-tukar nombor telefon, berkat keberanian ajis yang memaksa lidah kelunya bertutur dan memaksa hatinya menjadi berani. “Nanti saya bagitau kat mana saya kerja ya encik ajis” – pesan ayu kepada ajis pada hari terakhirnya di situ sambil mengukir senyuman. Senyuman itu melayang dari bibir ayu dan melekat ke hati ajis, yang membuatkan ajis terkena penyakit angau.

 

Sebulan kemudian seorang kerani baru datang menggantikan ayu. Namanya mei ling. Bagi ajis mei ling tetap mei ling, tiada tolok gantinya dengan ayu. Ajis cuma berkehendakkan ayu. Bahkan kehadiran mei ling juga tidaklah memberi perasaan ‘hendak terkam’ kepada staf-staf lelaki di situ.

 

Selepas ayu pergi ajis ada sekali cuba mengayat ayu. Sebenarnya ajis pun teragak-agak tetapi terpaksa memberanikan diri. Suatu malam dalam pukul 11.00 dihantarnya satu SMS yang berbunyi: “salam, dah tidur ke?” namun tiada berbalas. Selepas itu ajis dah jadi tak berani. Tak berani nak memberanikan diri. Rasa malu pun ada sebab sapaan tak berjawab.

 

Sebulan lagi telah berlalu, menjadi dua bulan tempoh ayu meninggalkan firma. Ajis mula muak dengan kerjanya di firma encik Saudi. Banyak sangat beban dicampakkan kepada ajis. Kerja macam nak gila. Kalau buat silap sikit encik Saudi naik angin. Ajis mula terfikir untuk berkerja di firma lain yang ada bos yang baik-baik dan boleh beri gaji lebih tinggi.

 

Suatu malam ajis mendapat SMS. SMS dari ayu yang membuatkan hatinya berbunga sakura di musim salju di negara jepun. SMS tersebut berbunyi begini: “Askum, saya skrg keje kat hard rock hotel”. Ajis membalas SMS ayu. Ayu selanjutnya memberitahu ajis dia bekerja di bahagian human resource. Ajis berjenaka yang dia hendak berhenti menjadi peguam dan hendak memohon kerja di hard rock hotel. Oleh kerana ayu bekerja di bahagian human resource, ajis meminta supaya ayu mengambilnya bekerja sebagai executive human resource.

 

Ayu tidak mendorong ajis untuk menukar profession. Ayu menyuruh ajis bersabar dan tabah untuk menjadi peguam yang berjaya. Ayu memberi galakan supaya ajis membuka firma guaman sendiri. Ajis berterima kasih atas nasihat ayu tetapi menegaskan dia mahu berehat sebentar mungkin untuk tempoh setahun. Selepas itu ajis boleh menjadi peguam semula dan membuka firma guaman sendiri bersama rakan-rakannya.

 

Selama dua bulan ajis dan ayu bertukar SMS. Suatu hari ayu mendapat resume dari Mohd Nor Jarjis bin Norman Harlem Shake di pejabatnya. Disangka ayu ajis hendak meminta kerja eksekutif di hard rock hotel, tapi ajis hanya meminta kerja sebagai bell boy. Ajis pun bijak juga kerana tidak menulis kelayakan akademiknya di peringkat university. Ajis cuma menulis tahap pendidikannya setakat SPM sahaja. Kalau diberitahu pendidikannya sampai university pasti akan ditolak kerana disangka ajis hendak menjadi bell boy untuk sementara sahaja sementara mendapat kerja tetap selayak dengan kelulusan universitinya.

 

Ayu seraya menelefon ajis bertanyakan kesungguhannya hendak menjadi bell boy. Ajis mengiyakan kesungguhannya. Resume ajis kemudiannya diserahkan kepada superior ayu. Berapa hari kemudian ajis dipanggil interview. Interview-nya dalam bahasa inggeris. Salah satu soalan yang ditanya kepada ajis ialah: Well, after SPM what did you do until now? It has been about 9 years since that.  Ajis memberitahu sebelum ini dia membuat banyak kerja picisan. Ajis berbohong yang dia pernah bekerja di 7 eleven, berkerja kilang, bekerja di pusat sembelihan ayam dan juga bekerja di restoran. Oleh kerana bahasa inggeris ajis agak bagus pihak hotel senang hati menerimanya bekerja sebagai bell boy.

 

Seminggu kemudian ajis memulakan kerjanya. Sebagai seorang bell boy tidak perlu lagi ajis meluncur keluar dari rumahnya dengan kereta Volkswagen polo merahnya dan bertali leher. Ajis cuma perlu menaiki skuternya untuk ke hotel. Tugas bell boy sebenarnya ialah mengangkat bagasi pelanggan dari lobi hingga ke biliknya, dan mengangkatnya lembali dari biliknya hingga ke lobi pula. Walaupun sangat memenatkan tetapi agak berbaloi.

 

Pulau pinang adalah sebuah negeri yang selalu dikunjungi pelancong, kebanyakannya dari luar. Batu ferringghi merupakan tempat wajib dikunjungi oleh mereka disebabkan pantai dan bar-barnya. Hard Rock Hotel di batu ferringhi adalah salah sebuah tempat tumpuan pelancong asing yang rata-ratanya mewah dan murah hati untuk memberi tip atau wang upah kepada bell boy. Selalunya pelancong dari eropah atau Negara arab yang murah hati memberi tip kepada bell boy dalam jumlah yang banyak. Walaupun basic salary seorang bell boy tidaklah begitu banyak tetapi pendapatan sampingan dari wang tip tersebut boleh mencecah sekitar RM500 sehari. Diulangi: RM500 SEHARI!

 

Ajis juga menjadi bertambah rapat denga ayu kerana selalu berjumpanya di hotel tersebut. Selepas habis bekerja ajis akan mengajak ayu berjalan-jalan di tepi pantai. Kadang-kadang mereka akan berkejaran riang-riang comel di tepian pantai.

 

Suatu hari ketika ajis dan ayu berjalan-jalan di tepian pantai dengan air laut mencecah kaki dan angin sepoi-sepoi bahasa disulami dengan bunyi-bunyian ombak menghempas, ayu bertanya kepada ajis. “Awak kerja sini sebab nak ikut saya kan?”. Ajis tersenyum simpul dan memandang wajah ayu yang sememangnya ayu. Kelihatan rambut ayu yang panjang mengurai melayang ditiup angin menyelahkan lagi keayuannya. “Awak tak bagi saya ikut awak ke?”. Tanya ajis kembali. Lalu berlarutanlah perbualan mereka seperti berikut yang dibualkan sambil keduanya tersenyum-senyum:-

 

Ayu:          

Awak tak jawab soalan saya pun. Baik awak mengaku, awak memang ikut saya kan?

 

Ajis:          

Saya tak ikut awak pun.

 

Ayu:          

Bohong, awak memang follow saya! Mengaku je la.

 

Ajis:          

Tak la, saya tak ikut awak la.

 

Ayu:          

Habis tu?

 

Ajis:          

Saya memang tak ikut awak, tapi saya kejar awak.

 

Ayu:          

Kenapa awak nak kejar saya?

 

Ajis:          

Awak tak suka ke saya kejar awak?

 

Ayu:          

Saya dah bertunang tau.

 

Ajis:          

Betul ke awak dah bertunang? Awak tak pakai cincin pun.

 

Ayu:          

Ooo… awak dah siasat saya la ni?

 

Ajis:          

Mana ada saya siasat awak, dah memang nampak terang-terang jari awak tak pakai cincin. So, awak dah bertunang ke belum ni?

 

Ayu:          

Kalau saya dah bertunang kenapa?

 

Ajis:          

Kalau awak dah bertunang saya nak kerja lawyer balik.

 

Ayu:          

Kenapa awak nak kerja lawyer balik?

 

Ajis:          

Sebab awak dah bertunang.

 

Ayu:          

apa kena mengena dengan saya bertunang dengan awak nak kerja lawyer balik?

 

Ajis:          

kalau awak dah bertunang baik saya kerja lawyer.

 

Ayu:          

Apa awak merepek ni? Baik awak terus terang dengan saya.

 

Ajis:          

terus terang apa? Saya dah cakap kan saya nak kerja lawyer balik.

 

Ayu:          

Tak, bukan pasal awak nak kerja lawyer tu. Yang lagi satu tu.

 

Ajis:          

yang lagi satu yang mana satu?

 

Ayu:          

Ala… baik awak terus terang je.

 

Ajis:

terus terang apa?

 

Ayu:          

ala, cakap je la awak suka kat saya kan?

 

Ajis:          

Em… saya suka kat awak kalau awak tak bertunang lagi.

 

Ayu:          

So, betul la awak suka kat saya kan?

 

Ajis:          

Tak, saya tak suka kat awak. Sebab awak dah bertunang.

 

Ayu:          

tak, saya tak cakap pun saya dah bertunang.

 

Ajis:          

tak, awak memang cakap awak dah bertunang tadi.

 

Ayu:          

mana ada saya cakap!

 

Ajis:          

Ada!

 

Ayu:          

saya tak cakap pun tadi!

 

Ajis:          

yang awak beriya-iya nak kata yang awak tak bertunang ni kenapa?

 

Ayu:          

Emm… sebab kalau saya dah bertunang awak akan kerja lawyer balik.

 

Ajis:          

kalau saya kerja lawyer balik kenapanya?

 

Ayu:          

kalau awak kerja lawyer balik, awak dah tak kerja bell boy kat sini lagi.

 

Ajis:          

tak bukan tu yang awak nak cakap. Baik awak terus terang.

 

Ayu:          

Terus terang apanya? Kan saya dah cakap tadi.

 

Ajis:          

Cakap apa? Saya tak dengar pun.

 

Ayu:          

Saya dah cakap tadi, kalau awak kerja lawyer balik, awak dah tak jadi bell boy kat sini lagi.

 

Ajis:          

Bukan tu yang awak nak cakap sebenarnya kan? Awak nak cakap benda lain kan?

 

Ayu:          

tak, takde pun benda lain saya nak cakap.

 

Ajis:          

Betul ni takde benda lain awak nak cakap?

 

Ayu:          

Betul.

 

Ajis:          

Ok, kalau macam tu esok saya hantar resign letter.

 

Ayu:          

Kenapa awak nak resign?

 

Ajis:

Sebab saya nak kerja lawyer balik.

 

Ayu:

kenapa awak nak kerja lawyer balik?

 

Ajis:

sebab saya nak resign kerja bell boy.

 

Ayu:

awak ni main-main lah!

 

Ajis:          

saya betul-betul la ni.

 

Ayu:          

Ok, kenapa awak nak resign kerja bell boy dan nak jadi lawyer balik?

 

Ajis:          

Sebab awak dah bertunang.

 

Ayu:          

Bila masa saya cakap saya dah tunang?

 

Ajis:          

Ok, awak tak cakap pun, tapi awak tak nafikan pun.

 

Ayu:          

Saya tak tunang lagi lah.

 

Ajis:          

Betul awak tak tunang lagi?

 

Ayu:

Betul la.

 

Ajis:

Tapi awak dah ada boy friend kan?

 

Ayu:

ak ah, saya dah ada boy friend.

 

Ajis:

Kalau macam tu esok saya resign lah.

 

Ayu:          

kenapa awak nak resign?

 

Ajis:          

Sebab awak dah ada boy friend.

 

Ayu:

kenapa kalau saya ada boy friend?

 

Ajis:

kalau awak ada boy friend saya dah tak suka kat awak.

 

Ayu:          

Saya mana ada boy friend. Saya tipu je tadi. Hehehe.. jadi betul la awak suka kat saya kan?

 

Ajis:          

kalau saya suka kat awak kenapa?

 

Ayu:

eh, kerek plak! Tadi cakap suka kat saya.

 

Ajis:

mana ada saya cakap saya suka awak?

 

Ayu:

ala, mengaku je la awak suka saya, kan senang?

 

Ajis:

ala, awak pun suka kat saya jugak kan? Kan senang kalau awak pun mengaku!

 

Ayu:

awak ni jahat lah! Suka main-main tau! (ayu menampar sisi bahu kiri ajis membuatkan ajis mengaduh dan menggosok-gosok bekas tamparan)

 

Ajis:          

Ok, Ok, kita mengaku sama-sama nak?

 

Ayu:          

tak nak… awak yang kena mengaku dulu.

 

Ajis:          

Eh, awak la yang kena mengaku dulu.

 

Ayu:          

Awak la yang kena cakap dulu sebab awak lelaki. Awak yang kejar saya kan?

 

Ajis:

Ok, Ok, memang saya suka kat awak.

 

Ayu:

mana aci cakap macam tu, tak romantik. Baik awak cakap cara romantik.

 

Ajis:          

ee… geli la nak cakap macam tu!

 

Ayu:          

tak kira awak kena cakap jugak macam tu!

 

Ajis:          

Ok, Ok. Ayu, saya sebenarnya suka kat awak. Sudikah kiranya awak kawin dengan saya yang tak hensem lagi pipi tersorong-sorong ni?

 

Ayu:          

Ee… geli la awak cakap macam tu!

 

Ajis:          

ha.. tau pun geli. Tadi suruh saya cakap macam tu!

 

Ayu:          

Ok. Saya jawab sekarang. Saya TAK NAK kawin dengan awak!

 

Ajis:          

sebab?

 

Ayu:          

sebab saya nak couple dulu dengan awak!

 

Demikianlah kisah ajis dan ayu dua sejoli yang bercinta. Cinta itu sesungguhnya susah untuk diluahkan tapi senang untuk dirasakan.

 

Cerpen sebelumnya:
Rindu yang Tak Menggelikan
Cerpen selanjutnya:
SURAT CINTA UNTUK ZAHID

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
4.0
1 Penilai

Info penulis

heylelaki

aku saorang lelaki yg \agak\ gemar menulis dan membaca. 
heylelaki | Jadikan heylelaki rakan anda | Hantar Mesej kepada heylelaki

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya heylelaki
mariah oh maria | 2431 bacaan
kerana supercar | 1958 bacaan
hikayat pengembaraan lisa suriyana | 2083 bacaan
Kisah Norlia yang pertama kali diceritakan. | 12597 bacaan
alienasi | 1776 bacaan
catatan sebuah dendam zombie | 2436 bacaan
UFO | 1950 bacaan
khabar angin budak bernama aboi | 1965 bacaan
angelina julie | 2037 bacaan
siapakah ramli? | 268 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

3 Komen dalam karya cerita ajis anak harlem shake
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik