kerana supercar

 

 

Awang memandu supercar model terkini tahun 2090 melalui lebuhraya dengan kelajuan 300 km/j untuk pulang ke rumah bujangnya.

 

Rumah awang jenis kondominium bawah tanah menjangkau ke tingkat 50. Awang tinggal  di tingkat 20. Flat bawah tanah itu tingkat satunya dikira sebagai tingkat yang paling hampir dengan permukaan tanah. Maka tingkat 50 ialah tingkat yang paling dalam di dalam tanah.

 

Kalau ada orang mati di dalam kondo tu, mayatnya boleh ditanam dalam rumahnya sebab rumah yang dibina dalam tanah itu boleh terus menjadi kuburnya. Begitulah serba sedikit tentang konsep penciptaan kondo bawah tanah tahun 2090 ini.

 

Awang sampai di kondonya dan mendapati  tempat parking official-nya telah di-cilok  orang. Yang cilok tempat parking itu ialah sebuah kapal angkasa mini dari Jabatan Perumahan Marikh.

 

Awang berkira-kira mungkin pegawai-pegawai Jabatan Perumahan Marikh (JPM) datang buat lawatan separa rasmi di kondonya hendak belajar teknologi membuat rumah flat bawah tanah di planet marikh. Pada zaman tahun 2090 ini Malaysia dan beberapa negara lain telah mendapat zon di planet marikh untuk didiami sebagai solusi masalah kepadatan penduduk. Jadi Awang pun memarkir keretanya di tepi jalan berdekatan kondonya. Kemudian dia masuk ke unit rumahnya.

 

Petang itu awang hendak keluar berjoging di sebuah taman 5km jauhnya dari rumahnya. Tapi dengan supercar laju awang jaraknya seperti 1km sahaja. Awang keluar rumah dan warming-up dengan berlari-lari anak ke arah supercar-nya. Marahnya awang tidak terperi bila mendapati supercar-nya telah kemek dilanggar lari oleh kenderaan lain.  Tak ada saksi atau CCTV yang dapat memberi petunjuk kepada peristiwa malang tak berbau itu.

 

Sementelaah itu, berkat injin carian google awang telah menghubungi Syarikat Muthusamy Palaniappan Sdn Bhd iatu sebuah syarikat satelit tempatan yang mempunyai sekurang-kurangnya 3 satelit yang terawang-awang nun di angkasa lepas sana.

 

Menurut website Syarikat Muthusamy Palaniappan Sdn Bhd, banyak pihak yang menggunakan khidmat Syarikat Muthusamy Palaniappan Sdn Bhd yang bermutu ini. Salah satunya ialah Jabatan Pemetaan Malaysia yang menyuruh satelit Syarikat Muthusamy merakam gambar-gambar geografi Malaysia dari angkasaraya.

 

Tidak ketinggalan juga Agensi Risikan Negara yang suka sekodeng negara-negara lain tengok entah apa yang mereka buat takut-takut mereka tengah membangunkan senjata nuklear. Dan setahu awang google map juga ada mengupah Syarikat Muthusamy untuk website mereka. Jadi apa kejadahnya awang beria-ria sangat telefon Syarikat Muthusamy?

 

Begini ceritanya: Awang telah menelefon Syarikat Muthusamy dia amat berbesar hati sebab yang menjawab panggilannya ialah Encik Muthusamy a/l Palaniappan sendiri.  Setelah awang mengkhabarkan permintaannya, Encik Muthusamy pun memahami, tetapi beliau menolak atas alasan beliau tidak berkenan dengan upah  ciput awang. Katanya tak berbaloi dia hendak membayar sewa bulan-bulan pejabatnya di angkasa lepas. Untuk pengetahuan tuan puan, Encik Muthusamy juga mempunyai satu lagi pejabat di bumi yang dijadikan main office.

 

Oleh sebab kerana hangin dengan Encik Muthusamy yang banyak songeh tersebut awang pun mengugut hendak menyebarkan video skandal seks beliau dengan seorang pramugara (bukan pramugari) terlampau kalau beliau enggan membantu.

 

Encik Muthusamy terus mencari rakaman video dari satelit angkasanyanya iaitu rakaman aktiviti permukaan bumi sekitar waktu dan tarikh awang berada di rumah di koordinat bumi sebagaimana kedudukan kondo tersebut. Sejurus itu Encik Muthusamy a/l Palaniappan terus menghantar video tersebut kepada awang menerusi emel. Video tersebut jelas menunjukkan pada waktu kejadian sebuah kereta merah nombor plat XYZ 888 telah melanggar supercar awang yang diparkir di tepi jalan.

 

Macam mana satelit Encik Muthusamy boleh nampak nombor plat kereta merah tu tak payah aku ceritakan sebab satelit Syarikat Muthusamy Palaniappan Sdn Bhd memang canggih gila babi punya!

 

Dua hari berturut-turut awang gigih mencari kereta merah celaka itu di sekitar kediamannya demi menuntut ganti rugi. Pada hari ketiga berkat kesabaran hasil rutin amalan yoga, awang pun terserempak dengan kereta merah tersebut yang diparkir jauh sedikit dari kondo. Padanya terdapat kesan kemek sebab berlanggar dengan supercar awang. Bahkan cat supercar awang masih lagi melekat pada tempat kemek pada kereta merah tersebut.

 

Awang pun mengushar dari jauh hendak melihat siap tuannya. Begitu lama awang menunggu dalam kemarahan sampai ketiaknya pun kebasahan. Tiba-tiba terlihat seseorang menghampiri dan memasuki kereta tersebut. Oleh sebab dia adalah seorang gadis dalam kategori cun, awang pun tak jadi marah. Misi baru awang ialah memikat gadis kereta merah XYZ.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Umum

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • Tiada komen lagi.

Cerpen-cerpen lain nukilan heylelaki

Read all stories by heylelaki