Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Kapasitor MS: Buletin Ogos 2009

 

Assalamualaikum semua.

Salam sejahtera. Salam Perpaduan. Salam 1Kapasitor! (bernada penjawat awam sungguh!)

Sedikit Tentang Saya
Seperti yang diwar-warkan pada buletin lepas, kini saya sudah bermastautin di Kuala Terengganu. Alhamdulillah tiada pula ura akan dipindahkan ke mana-mana dalam waktu terdekat ni. Puas dah berkelana mencari rezeki di 4 negeri berlainan sepanjang 4 bulan lalu. Insya Allah saya akan terus berada di sini hingga pertengahan tahun depan!

Dah sebulan saya menumpang teduh dari embun malam di pejabat. Mujur di sini ada bilik penginapan buat tetamu. (Tetamu lagi ke dah lebih 3 hari?) Pergi kerja naik dua tingkat. Balik kerja turun dua tingkat. Jauhhh! (Poyo). Tu yang kadang lupa ketik kad pada mesin perakam waktu kat lobi. Ralit fikir nak tidur je. Haha. Kadang bila sesekali keluar pejabat nak beli keropok losong, saya macam terkedu kejap ... wah, di luar ni ada matahari rupanya! Lama tak jumpa (tipuu!).

Walaupun kesibukan,  Kapasitor masih di hati. Di mana ada senggang masa akan saya jenguk dan baca karya-karya yang ada. Cuma masa berpeleseran di chatroom dan bersuai-kenal dengan ahli baru tu menjadi kurang. Maaf ya!

Kapasitor Kesuraman
Adakah saya saja atau memang Kapasitor kurang ceria bulan lepas? Karya-karya yang dihantar menurun. Bilangan komen juga segan-segan. Wah, semua sibuk berpuasa Rejab/Syaaban ni. Persediaan menyambut Ramadhan. Alhamdulillah! Takpun sebab sedang sibuk menentang H1N1. Walau apa pun, diharap warga Kapasitor pandai-pandailah menjaga diri di musim sukar begini. Tuhan nak uji kita agar lebih ingat padanya :)

Selamat datang juga saya ucapkan pada pengkarya-pengkarya baru. Antaranya paktam85, azlala_87, zailan. Hidup berkomuniti ni pandai-pandailah membawa diri. Rajinkan berinteraksi dan saling membantu antara ahli :) Rom tidak dibina dalam satu hari. Hihi.

Novel@KapasitorMS
Dalam buletin, seksyen novel selalu kekurangan liputan. (Salah saya). Tapi, tahukah anda ada satu novel epik-fiksyen yang menarik yang sedang diusahakan oleh sahabat kita jundak? Jika berkeluangan jemputlah membaca. Tulisannya memang saya nilai tiptop. Baik dari segi bahasa mahupun jalan cerita.

Di samping itu terdapat juga novel-novel menarik lain yang sedang diusahakan/ baru diselesaikan garapan ridhrohzai, cahya_aina, paktam85, leaqistina dan lain-lain lagi. (Sila klik pada nama-nama tersebut untuk ke novel berkenaan). Buat penulis-penulis, ha, jangan berhenti sekerat jalan! Jangan  kecewakan kesetiaan pembaca-pembaca sekalian! :)

Teruskan berusaha ya!

Selamat Berpuasa dan Meningkatkan Ibadah

Sempena Ramadhan yang menjelang ni, saya mewakili Kru Pengelola Kapasitor MS ingin mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa kepada umat Islam dan ambillah kesempatan yang diberikan kali ini untuk meningkatkan ibadah kita. Tahun depan belum tentu kita berkesempatan lagi :)

Saya juga ingin meminta maaf dan menyeru rakan sekalian untuk saling memaafkan di antara kita sempena kehadiran bulan yang mulia ini. Nak-nak macam saya ni kan. Mulut kadang tu nakal sangat :) Maaf ya!

Biasanya (padahal baru sekali) Kapasitor akan menganjurkan sesi berbuka puasa untuk mereka yang berada berhampiran Lembah Klang. Bila majlisnya tu kenalah tanya saudara Jojo selaku pengerusi tetap majlis berkenaan. Harap-harap dia buat hari Jumaat la. Ada peluang saya berkejar pulang dari Kuala Terengganu (hint hint!).

Sebagai penutup, di sini saya sajikan Karya Pilihan Kru Pengelola bagi bulan Julai yang lalu :)
p/s doakan ibu Kak Reena lekas sembuh ya!

 

Puisi
Kunang-kunang di Tabir Malam – Adreena
Jurnal Cinta – Ancalisme
Teratai Putih – paktam85
Fonologi Hati – _theRain_
Berenungan Sejenak – Teratak
Semakin Kerdil – Jentayu (Reviu oleh Myelina)
Tentang Kita dan Malaysia – Dayya
Masih Ada Waktu – Musafirjua
Rindu Semakin Zahir – Myelina
Kepingin – Kurusawa

Cerpen
Aku Bukan Alas Kaki Kau – Uculer (Reviu oleh Upenyu)
Seribu Impian – Adra
Reshmi: Where Do I Begin? – Rain (Reviu oleh Cahatomic)
Mata Hati Jiwa – Rearrange (Reviu oleh Ridhrohzai)
Perempuan itu Memang Ingin Pulang - Upenyu

Baca perbualan