Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

~Bab 4: Luruh~

  • 7
  • syud
  • 13 years ago
  • 2,952
  • FREE

 

 

Kata orang waktu-waktu genting macam ni. Kita kena ingat balik musim-musim lepas sebab cinta tu macam empat musim. (walaupun dekat Malaysia musim panas dengan tengkujuh je yang wujud) dan macam musimlah, cinta tu berubah. Dari musim bunga yang semuanya terasa indah, sentiasa bersemangat. Macam waktu mula-mula bercinta. Everything is nice and sweet.

Dah bercinta, satu masa tu mesti wujud pergaduhan buat kali pertama. Diikuti dengan proses berbaik semula, dan bergaduh semula, berbaik semula. Macam musim panas, sekejap cerah sekejap mendung.

Ditengah-tengah percintaan, masing-masing ikut kepala sendiri. Uncovered the real truth about oneself. Ikut hati dan perasaan sendiri diluar sedar. Perasaan yang melanda waktu tu, macam musim luruh. 30% panas, 70% sejuk.

Aku rasa, percintaan aku dengan Armand dah sampai ke musim salji. Buntu. Dan aku tak tahu, adakah aku sanggup  menghadapi musim ni atau mungkin melarikan diri ke tempat yang tak bersalji menantikan percintaan yang baru?

Tapi itu bukan aku. Aku bukanlah jenis yang senang suka lepas tu melepaskan seseorang macam tu je. Kalau boleh aku nak bawak Armand lari dari musim salji ni. (tak kisahlah dengan MAS ke, AirAsia ke). Biar kitorang kekal dalam musim bunga. Sentiasa. Tapi dengan keadaan yang kian parah ni, mampu ke aku?

Zarif cakap. Jangan ikut hati tapi hati aku sakit, macam mana? Terasa macam ada inflamasi akut tapi terasa dah lebih menjurus ke arah kronik sebab dah tiga minggu kitorang perang dingin.(walaupun yang dinginnya aku sorang je).

Cuba kau ingat balik waktu korang mula-mula kenal.

Menyampah! Rasa macam nak terajang muka mamat tu. Super bagus konon.

Macam mana waktu dia mula-mula tackle kau.

Ada ke istilah tackle dalam sejarah love story kitorang?

****

“Nah,paper work untuk ‘Mini-Carnival Sport’s Fest’!.” Dia campak je atas meja? Ini sudah lebih. Bagi dekat tangan tak boleh? Siamang!

Aku jeling je. Tak tahulah kenapa U aku bersemangat sangat nak buat collaboration dengan MMU padahal sebelum ni boleh je buat Sport’s Fest sendiri-sendiri dan kenapa aku yang menjadi mangsa untuk buat kerja ni?

Aku diam. Mengetuk-ngetuk pen atas meja. Lepas insiden bergaduh dengan mamat rambut pacak mata empat ni, aku dah memang takde benda nak datang MMU. Buat apa, menyakitkan jiwa je kalau terserempak dengan dia. Kalau tak sebab Encik Mail yang bersemangat sangat nak buat event besar-besaran macam ni, aku pun tak hinginlah nak jumpa kau!

Teringat balik hari tu waktu jumpa Encik Mail dekat bilik registrar. Datang nak pulangkan bola futsal je. Tak pasal-pasal dapat kerja free.

“Win, CUCMS nak buat Carnival Sport’s Fest! Hang rasa okay tak?.” Dengan telo utara dia tu. Aku sengih jela. Angguk macam Woody Woodpecker.

“Okey je Cik Mail. Bila?.” Tak pasal-pasal dia pergi belek fail-fail atas meja dia. Lepas tu beberapa helai kertas yang dah siap berstepler dihulurkannya ke arah aku.

“Baru je plan. Hang in-charge dengan Fakhrul. Okey?.” Hah?? Apehal saya pulak kena Encik Mail??

Tuk!tuk! tuk!

Aku tersentap.  Okey, siamang ni dah tukar profession jadi tukang kayu pulak.

“Nak berangan ingat pakwe baliklah woi!.” Dia memandang sinis. Laa..ni ape pulak ni? Ni kertas kerja ke sampah? Mana yang proper punya?

Aku membelek kertas yang macam suratkhabar buat bungkus kacang putih. Aku mencebik. Malas nak tanya banyak. Kalau aku tahu dapat benda bodoh macam ni, baik buat kertas kerja sendiri. Tak payah mintak contoh pun takpe. Lepas tu kalau tak lepas dengan MMU, pandai-pandailah korang setelkan sendiri.

“Apa punya kertas kerja tah. Rubbish.” Aku menuturkan ayat tu laju tanpa tapisan.

“Eh minah. Korang punya U sibuk nak buat collaboration dengan kitorang, lepas tu boleh cakap paperwork kitorang rubbish?.”

“Err..” Adus! Bodohlah Winnie. Yang cakap kuat-kuat apehal?

“Takde apa-apa. Sorry.” Aku diam. Malas nak carik gaduh. Dia memandang sekilas. Kemudian duduk disebelah aku.

Hari-hari seterusnya, aku ingatkan penderitaan aku berkurang tapi makin lama makin teruk. Dah terasa macam hamba sahaya, makin nak dekat Sport’s Fest, makin serabut kepala otak dibuatnya.

Win, mana list sponsorship?

Apa ni?? Suruh buat benda senang pun tak reti!

Make sure everything ready by 10. Sharp!

Banner dah siap ke belum?

Banner pun aku juga yang kena! Padahal semua kerja dah diagih-agihkan secara adil dan saksama. Aku ni setiausaha tau tak? Bukannya presiden. Presiden tu kau! Kau! Kau! Ada paham? Aihh..panas!

 

“Jangan ingat korang tu budak medic. Dekat sini boleh tunjuk superior...” Dia buat muka sarkastik. Ada jugak yang aku tempeleng kang.

Waktu Sport’s Fest tamat, aku duduk dekat hujung padang sementara menunggu Fakhrul datang bawak air. Jam Fossil dekat hujung lengan aku renung. 9:45p.m. Fuh, penat. Dari jauh aku tengok semua khemah-khemah dah selamat dibungkus. Cheryl, Wida dengan Yana dah balik kejap tadi.

Kesian tengok diorang letih. Tak sampai hati nak suruh diorang tunggu lagi lama. Aku seka peluh yang mengalir dengan telapak tangan. Muka dah rasa berminyak semacam. Baju tee Adidas warna biru cair tu dah macam-macam bau melekat. Manalah Fakhrul ni, beli air ke buat air?

“Hai...” Tiba-tiba malaun tu melabuhkan punggung disebelah aku. Aku senyum tapi dalam hati panasnya Tuhan je yang tau. Nasib baiklah benda-benda ni semua dah habis. Lepas ni tak payah nak ngadap muka kau dah.

“How’s the game? Menang tak futsal?.” Dia bertanya dengan muka ceria. Lain benar gayanya. Heee..scary!

“Kalah..after second half  I keluar. Leg injured” Aku menjawab selamba. Luka, Standardlah main futsal. Golek-golek atas court. Tersepak. Tertonggeng. Kalau tak nak luka duduk rumah,main UNO.

“Hah? Mana?.” Eh,tiba-tiba jadi encik prihatin ni dah kenapa?

“Err..kat lutut je. Tak teruk mana pun.” Aku senyum. Baiklah pulak tiba-tiba dia ni. Selalu seronok je membuli.Muka dia dah berkerut-kerut. Dah kalah muka laki tunggu bini bersalin depan operation theatre.Aku tahan gelak kemudian menyambung kembali perbualan.

“I’m okay. Tadi dah tampal plaster dah.” Aku pandang ke tengah dataran. Ada dua tiga orang budak perempuan sibuk berebut belon yang dah naik kecut. Hish, belon pun nak berebut!

Tiba-tiba terasa sesuatu atas kepala aku. Dia membelai rambut aku lembut.

“Nasib baik okay...” Perlahan-lahan dia menuturkan kata-kata tu dan membuatkan aku terdiam. Buang tebiat?

Aku angkat kening. Kalihkan pandangan pada dia yang berada disebelah. Kening dah berkerut seribu. Dia pandang aku. Aku pandang dia. Lepas tu aku angkat jari telunjuk tangan kanan. Terus sua ke arah tangan dia yang selamba je mendarat atas kepala aku.

“Eh sorry. Hehe.” Dia sengih kemudian perlahan-lahan tarik balik tangan dia. Ingat aku baby? Tiba-tiba je dok main-main rambut orang.

Dari jauh kelihatan Fakhrul menjerit. Kedua-dua tangan mamat tu kosong. Lepas tu kepala dia tergeleng-geleng. Tanda isyarat air dah habis. Fakhrul memanggil aku untuk balik dengan dia. Tak tunggu lama, aku terus bangun. Kibas-kibas jeans dan mula melangkah.Eh,lupa pulak mamat kat belakang tu.

Aku pusingkan badan. Terus menghadap dia.Tersenyum.

“Balik dulu Man. Bye-bye!.” Lepas ni dah tak jumpa kau dah. Ho yeah! Aku lambai-lambai tangan dan cepat-cepat beredar. Kalaulah aku ada mata dekat belakang, dah tentu aku akan nampak muka Armand yang penuh dengan rasa terkilan saat aku tinggalkan dia.

****

 You nak tau tak waktu tu I rasa kecewa sangat sebab tak dapat hantar you balik. Padahal MMU dengan Cyberia bukannya jauh sangat. Sebelah je. I thought that I want to treat you some drink at that moment. You are such a wonderful secretary you know?.

Bodek? Ke apa ni? Armand cuba bukak macam-macam cerita. Setiap benda manis dan pahit sepanjang kitorang couple. Lepas tu dia cerita pasal kerja yang banyak, yang bertimbun-timbun, habis pasal kerja dia cerita pulak pasal Acai nak bertunang. Cerita pasal nak ajak aku tengok kelip-kelip dekat Kg. Kuantan.

Agaknya sebab dia tengok aku diam je. Terus dia berhenti bercerita. Muka aku yang sibuk menghadap menu dekat kedai mamak tu ditariknya memandang wajahnya.

“Win...are we okay?.” Aku ketap bibir. Entah, tak tahulah awak. Saya macam serabut. Siapa perempuan tu? Tolong jelaskan boleh tak?  Rasa macam ada batu melekat dekat kerongkong ni. Penat. Penat dengan semua teka-teki ni.

“Hm...entahlah awak.Awak rasa?.” Aku bertanya. Armand tiba-tiba menghentak meja.

“Win! Saya dah penat main tarik tali. Could you tell me what the hell is going on?.”Aku tersentap. Armand tak pernah tinggikan suara macam ni dengan aku. Aku genggam tangan sekuat hati. Hampir menangis.Aku menarik nafas.

“Awak yang sepatutnya jelaskan dekat saya. Siapa dia Man?.” Ada kerutan diwajah Armand. Seolah-olah tak faham langsung dengan soalan aku. Dah cukup bahasa Melayu dah aku guna rasanya. Tak ada pulak mana-mana perkataan Sanskrit atau Yunani.

“Siapa dia? I don’t get it.” Jangan nak main-main boleh tak Armand Iskandar?!  Aku ketap bibir lagi. Kali ni dengan perasaan geram.

“Jangan nak berdalihlah Man.That girl. Kulit hitam manis, berlesung pipit. I nampak you dengan dia dekat Alamanda. Make it at Carefour or Rasa. Bukan sekali dua Man, berkali-kali dan I nampak dengan mata kepala I sendiri!.” Hampir terjerit aku dibuatnya. Rasa waktu tu nak je aku hempas meja kedai mamak tu. Lepas tu tinggalkan Armand macam tu je.

“Win...I rasa you salah faham.” Armand cuba menenangkan aku yang dah mula berdiri.

“Zahidah kan nama dia?.” Aku terus menuturkan nama itu dan terasa macam hati aku kena siat-siat.

“Memang dia Zahidah tapi kitorang tak ada apa-apa. Dia...” Belum sempat Armand berkata apa-apa aku terus menyambung.

“Man, I know I’m not a muslim... I tau you cuba cari yang terbaik untuk diri you tapi kalau you dah jumpa pengganti, at least bagitahu I. Jangan buat I macam ni.” Armand dah turut berdiri. Mendekati aku. Semua mata memandang.

Aku mendekati Armand dan menjatuhkan kepala aku ke dada dia.

“At least tell me...” Air mata mula mengalir jatuh. Aku teresak-esak di dada dia.

“Awak cakap biar masa tentukan...looks like it had really decides.” Dia angkat wajah aku. Menyeka tiap butir jernih yang jatuh.

“Awin...ni semua salah faham.” Aku menggelengkan kepala. Terus melangkah keluar. Armand meletakkan RM10 diatas meja. Terus mengejar.

Langkah aku semakin laju. Terus ke tempat menunggu teksi. Sambil tu aku dah terasa mata aku basah. Entah berapa gelen lacrimal fliud yang dah meleh tanpa aku minta. Aku seka perlahan dan sambil tu juga bahu aku terhenjut-henjut menahan tangis.

“Will you stop doing this?” Armand dah menahan pintu teksi. Ada rasa sayu saat aku tengok sepasang mata tu merenung aku seolah-olah berkata  ‘Don’t go’ tapi aku tak tau kenapa...hati aku dah tak sanggup nak tengok dia dah. Ada rasa benci. Setiap kata Luke bermain-main difikiran aku. Setiap cerita tentang dia dan Zahidah. Berselang-seli dengan montaj kemesraan diorang.

Aku menolak tangan dia kasar. Menghempas pintu dan tanpa menoleh aku terus cakap. “Pakcik, jalan.”

Kalaulah aku tak tolak tangan dia waktu tu...

Kalaulah dia tahan teksi dari pergi...

Mungkin semua benda takkan jadi macam ni.

****

Pagi. Hujan turun renyai-renyai. Aku tarik mug berisi nescafe panas. Rapat ke mulut. Sejak aku clash dengan Armand, tak ada satu hari pun yang berlalu tanpa aku memikirkan mengenai dia. Pada Wida, aku menangis. Nak harapkan Zarif, mamat tu busy dengan OSCE dia. Lagipun next week dia ada final, Musculoskeletal system, tak naklah kacau.

Puas housemate aku mengajak makan. Macam-macam diorang masakkan tapi tak ada satu pun yang boleh bukak selera aku. Betullah kata orang, putus cinta ni macam kucing hilang anak. Sasau. Serabut.

Dah dua minggu berlalu...

Setiap hari ada je panggilan dari Armand. Ignore. Aku offkan henfon. Pada Daddy, aku cakap apa-apa hal telefon je rumah dan tiap kali Daddy telefon dan bertanya, jawapan aku sama je. “I’m okay Daddy.”

Padahal aku menipu. Sambarlah dengan petir sekali pun. Aku rela!

****

Malam khamis, macam biasa roommate aku Wida akan siap bertelekung lepas sembahyang isyak. Selalunya aku akan ke ruang tamu dengan laptop, sambil makan Nachos BBQ dan tengok tv dengan Cheryl tapi malam ni Cheryl tak ada. Dating. Tv pun membosankan jadi aku pun ambil keputusan duduk je dalam bilik. Menyiapkan nota-nota yang tak habis-habis.

Buku Katzung yang setebal yellow pages aku tenung. Sympathomimetics drugs list aku catit satu persatu.

Atropine, Scopolamine...increase in salivation, miosis of eyes, tachycardia...

Aku sumbat telinga dengan earphone sementara Yana dan Wida dah siap bersila atas tikar sejadah. Memegang Al-Quran. Orang kata Bible dengan Quran lebih kurang je tapi tak pernahlah tergerak hati nak belek. Bible aku pun dok berhabuk atas almari, inikan pulak rajin nak pergi membelek benda lain. Tapi aku perasan Yana tak pegang Quran pun, dia pegang satu buku kecil. Sebesar buku nota dengan tulisan Arabic didepannya. Pertama kali aku tengok buku tu dan pertama kali aku tak jadi mendengar muzik seperti selalu. Malam tu, aku dengar bacaan Yassin diorang dari mula sampai habis walaupun tak faham sepatah haram pun.

Teringat dialog aku dengan Armand waktu mula-mula kami baik.

“You tahu tak kenapa orang Islam baca Yassin kalau pergi kubur?.”  Armand bagi soalan cepu emas.

“Err..eh? Ada baca Yassin ek kalo gi kubur? I thought malam Khamis je.” Aku sengih kerang.

“Ler..minah ni. Kan selalu je raya orang pergi ziarah kubur ramai-ramai.” Dia dah tepuk dahi. Silap besarlah cakap dengan aku. Mana aku tau apa-apa.

“Noticed that tapi manalah nak tahu diorang bawak Yassin. Never been there. Cemetry pun I jarang-jarang pergi. I’m not that pious you know.” Aku jelir lidah.

Armand senyum. Senyuman yang seperti biasa cukup menenangkan jiwa. Tak kiralah waktu aku tengah stress ke, kerja bertimbun ke, global warming kalah gurun Kalahari ke. Aku suka tengok dia senyum!

“Sebab bacaan Yassin boleh mengurangkan seksaan kubur untuk yang dah tiada.” Dia menghabiskan tazkirah sepetang bersama Ustaz Armand.

“Ooo..” Aku angguk faham. Bagus betul boyfriend yang sorang ni.

Hmm..bagus waktu tu jela. Waktu ni? Entah. Malas nak fikir dah. We are through. Titik!

Habis bacaan Yassin, (Budak-budak ni bagitahu tulah nama surah atau ayat-ayat yang diorang selalu baca malam Khamis), aku terus tarik tangan Yana sebelum dia sempat keluar dengan telekung dia yang kalah ustazah tu.

“Tu...apa?.” Aku bertanya dengan penuh minat. Kecik. Macam Bible yang Cheryl selalu bawak tapi nipis. Compact.

“Ni?.” Yana tunjuk nota kecil warna merah tu.

“Ohh..ni nama dia Yassinlah.” Eh? Bukan dalam Quran je ke yang ada Yassin? Disebabkan Yana macam tau-tau je aku curious, terus dia menyambung.

“Yassin tu surah tapi yang ni version yang dah dicompactkan. Untuk memudahkan membaca. Dalam ni ada Yassin je dan Ma’thurat sekali. Selalu orang bawak pergi kubur. Senang.” Ooooo..terus mulut aku membulat. Nice.

Aku angguk-angguk. Kemudian duduk kembali. Belum sempat minah tu keluar, aku jerit memanggil dia.

“Yanaaaaaaa.” Aku dah separuh menjerit membuatkan minah tu terus memandang aku.

“Yep?.” Yana senyum.

“Masak apa malam ni? Lapar...” Aku sengih sambil tepuk-tepuk perut ala-ala tabla.

Yana tergelak. Aku senyum, entah. Lepas dengar diorang membaca tadi. Ada rasa menyelinap dalam hati aku. Perasaan....

Tenang.

****

 

 

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Cinta

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) hmmmmmm...
    ada sesetengah plot
    armand kelihatan lebih non malay dari win. ha ha.
    ada watak pula muncul tiba-tiba.

    hmmmmmmmmmmm..

    winnie fooh ni kelam kabut sket ah. hehe
    cepat melatah juga
    hmm. i wandah...

  • (Penulis)
    2) kan dah cakap ni crop dari novel yang takkan siap

    er..itulah. serius melatah macam apa. tak yah wandah. watak Syuhada buat memang selalu macam tu. hu hu
  • 3) da baca! hiiihihi
    sambung la yang!

  • (Penulis)
    4) oke dayya dear. dah update
  • 5) kali ini saya dapat rasa emosinya sampai...
  • 6) oke marah ni dah taip pjg2 tadi
    neways, tu la dpt dirasakan kesedihannya di situ TSK
    mcm kata ridh, emosinya sampai

  • (Penulis)
    7) riri: thanks

    ucu: ala kesian taip panjang2. sabo2

Cerpen-cerpen lain nukilan syud

Read all stories by syud