Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

~Boyot~

  • 16
  • syud
  • 14 years ago
  • 4,952
  • FREE

 

Petang Sabtu. Hari minggu memang sesak dengan orang lalu lalang. Ana melibas pandang ke luar tingkap. Asap dari bas sebelah tidak dihiraukannya. Dia tersenyum senang. Perutnya yang sarat diusapnya perlahan. Di dalam rahim itu sudah terisi oleh sesuatu. Si Buah Hati.

‘Kak, nanti adik nak makan KFC boleh?.’ Azni yang dari tadi berdiam diri mencuit bahu baju kurung kakaknya itu.

‘Boleh. Kejap lagi kita ajak Abang Fauzi.’ Ana senyum lagi. Ah hati ibu. Senang sungguh rasa gembira. Tangannya masih lagi mengusap perutnya yang memboyot. Tinggal tiga bulan sepuluh hari sahaja lagi. Tadi selepas ke Klinik Kesihatan Teluk Panglima Garang tak henti-henti dia tersenyum.

Kata doktor, kandungannya tiada sebarang masalah setakat ini. Alhamdulillah. Itu sudah cukup. Mengetahui si Buah Hati sihat sudah cukup baginya. Lagi-lagi anak pertama. ‘Harap-harap kamu jadi anak yang berguna untuk Abah dan Umi’. Getus hatinya.

Fauzi yang tadinya sibuk membayar tiket bas terus mengambil tempat di sebelahnya.

‘Leceh betullah bas ni. Duit kecik pun tak ada.’ Suaminya itu terus merengus geram. Ana menurunkan tingkap bas disebelahnya. Faham benar dengan perangai Fauzi, pantang kena menunggu lama. Pasti banyaklah yang nak dibebelkannya.

Ana masih ingat lagi sejarah perkenalannya dengan Fauzi. Berkenalan di bus stand. Ada rasa kelakar menyelinap dihatinya. Siapa sangka lelaki itu yang pernah sekelas dengannya ketika sekolah rendah kini suaminya?

‘Abang…kejap lagi makan KFC boleh?.’ Eh tak lupa lagi budak kecik sorang tu?. Ana terus tergelak kecil. Adik bongsunya itu memang cepat melatah. Tak sabar-sabar. Sampai ke Pekan Banting pun belum lagi. Azni. Azni.

Fauzi cuma mengangguk. Tangannya memegang erat tangan Ana membuatkan isterinya itu tersenyum.

---

Ana tercungap-cungap berjalan. Azni disebelahnya terus menegur. Gadis lima belas tahun itu sedikit risau. Larat ke akak aku nak berjalan ni?. Kejap kejap Ana berhenti melangkah. Menarik nafas dalam-dalam.

Perutnya yang sarat membataskan pergerakan. Mujur Azni mengikut saja dia melangkah satu persatu. Macam itik pulang petang.

Fauzi sudah melangkah laju dihadapan. Ana menggetap bibir geram. Heee…orang tua ni!.

Sampai di satu simpang. Cepat-cepat Ana mencuit adiknya itu. ‘Jom Ni! Ikut sini.’ Jarinya terus ditala ke arah lorong lain.

‘Err? Abang Fauzi macam mana?.’ Azni menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal tapi kakinya terus melangkah. Abang iparnya sudah hilang dari pandangan mata.

‘Biarkan.’ Kakaknya itu terus melangkah masuk ke dalam Giant. Dengan laju Azni berlari-lari anak. Menurut sama langkah kakaknya.

---

Habis sahaja membeli barang keperluan, Ana terus mencari bas untuk pulang.

‘Eh kak. Abang Fauzi macam mana?.’ Azni yang agak sengal terus bertanya. Tahun 90an. Bukan seperti sekarang. Tiada kemudahan telefon mudah alih. Yang ada cuma public phone.

‘Ah biarlah dia balik sendiri. Nak cari mana lagi?.’ Ana terus memijak tangga bas manakala Azni cuma menurut. Sampai di rumah dua beradik itu terus berehat sambil menonton cerita Hindustan di TV2. Matanya sempat melirik pandang ke arah jam. Pukul 2.30 petang.

Ana mengemas rumah sementara Azni masih lagi bermalas-malasan dihadapan televisyen. Cerita Hindustan sudah sampai ke penghujung. Tiba-tiba kedengaran suara Fauzi memberikan salam. Waktu itu sudah 5.30 petang. Fauzi terus menaiki tangga dengan wajah kepenatan.

‘Dia nak mandi kot’ Ana merangka-rangka sendiri. Terus ke dapur menyiapkan minuman petang. Cucur ikan bilis bersama Teh O’ panas disediakannya.

‘Azni..tolong akak hidang makanan ni.’ Cucur yang masih panas diletakkannya di atas meja. Azni cepat-cepat bangun dan mencapai tikar dari belakang pintu. Sedikit terliur dengan bau cucur ikan bilis yang panas itu. Sambil menyanyi dia terus mencapai sos Cili Maggi dari gerobok.

Ana pula terus menatang satu dulang penuh dengan piring dan cawan. Air Teh O’ panas dituangnya perlahan-lahan. Fauzi yang sudah siap mandi dan bersolat terus duduk. Membaca doa dan mula mencapai cucur.

Suami isteri itu masing-masing fokus memandang televisyen. Hanya mulut yang berbicara.

‘Balik pukul berapa tadi?.’ Tanya Fauzi.

‘2.30.’ Ana menjawab ringkas. Hatinya masih geram.

‘Penat mencari tadi?.’ Terus disambungnya dengan soalan Cepu Emas.

‘Hmm….habis satu pekan Banting saya cari.’ Fauzi merengus. Mata masih lagi tetap di kaca televisyen. Dalam hati Ana sudah tergelak kecil. Ha, kan dah padan dengan muka.

‘Lain kali jalan tu pandang-pandanglah isteri dekat belakang. Saya ni bukan boleh berjalan cergas macam awak tu!.’ Ana terus lancar bertutur. Isteri dah sarat boleh dibiarkannya. Jalan macam lipas kudung!

‘Sorry.’ Fauzi membalas.

Taubat tak nak buat lagi!

 

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Cinta

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) comelnya pregnant..
    sy suka memegang perot yg boyot itu..

    Fauzi tu still an okay man. Masih ok. Ada setgh2 laki, dia akan terus mengamuk, sbb menyusahkan dia..
  • 2) hehehe..
    sweet citer ni.

    syud..hidang jadi hiding.
    mesti incik word yg punye kije.

  • (Penulis)
    3) rama-rama: entah. saya tak pernah preggie lagi. HAHAHA. tapi sumpah comel. ah nak preggie. (gila ye syud?) T.T

    kan? nasib baik Fauzi tu penyabar. isteri tengah mengandung kot

    adra: ish incik word iniiiiiiiiii. dah betulkan dah.

    oh ye, cerita based on true story
  • 4) comel betul.
    masa kakak sy pregnant dulu, selalu kacau2 perot boyot dia.
    baby kat dalam tu geli kot, terus tendang dushum dushum.
    hahah kejam je makcik2 dia ganggu hidup.
  • 5) hahaha. caya lah yang! relex je laki dia tu. hahah )
  • 6) adakah ni episod 1? blm habis lg kan? disebabkan saya pnh pregnant gak, hujung cerita nanti saya komen syud berjaya ke tak menghayati watak prempuan pregnant. hehehe
  • 7) haha sabo je la. sumpah comel

  • (Penulis)
    8) kosong: saya tak ada kakak preggie. ucu..cepat preggie! (kau nak kena pukul ye syud?)

    dayya: memang rilex abes. nasib baik xmarah2 maki ke apa kan?

    pinkyunki: ala..mesti tak berjaya punya sebab tak pernah pregnant! hihi. main tulis je ni

    ucu: kan? memang comel. lelaki sengal.
  • 9) hehehe... mencuit hati. itulah, kadang-kadang lelaki ni sukar sikit nak memahami. hmm...
  • 10) eh boleh tak petik name i yg single-mingle ni. hellooo~

  • (Penulis)
    11) riri: yes. kadang2 diorang kena jadi memahami

    ucu: ihiks. xley ek?
  • 12) kikiki
    mujur zaman skang da ada henfon
    senang saya cari kalau dah tinggalkan bini.
    kohkoh

  • (Penulis)
    13) sekali bini taknak angkat call. HAHAHHAA
  • 14) hahaha..zmn dolu2 ek...standard la jatuh shm nnt jln seblah isteri tga sarat mengandung..(jht paktam)...gurau je ek..

  • (Penulis)
    15) paktam: diceritakan oleh seseorang to me. comel dan mencuit hati.

    harap kaum Adam ambil iktibar
  • 16) dia punya geram sampai bini pun boleh tertinggal.haha.

Cerpen-cerpen lain nukilan syud

Read all stories by syud