PCB#2 : Aku sebuah cerpen

 

Aku adalah cerpen. Cerpen itu adalah ringkasan dari perkataan cerita pendek dalam skop penulisan. Kalau dalam filem orang panggil filem pendek. Tapi filem pendek itu tidak pula orang panggil filpen. Aku rasa ini adalah satu diskriminasi dalam penciptaan perkataan. Aku rasa nama aku macam perkataan sms yang orang baca tak berapa nak menarik. Ah, abaikan perkara lain. Aku cerita tentang aku cukup.

 

Sudah namanya pendek, aku semesti pendek. Cerita panjang adalah novel. Tak perlu rasanya nak semak wikipedia untuk cari makna novel itu. Novel bukan aku.

 

Kelahiran aku sangat menarik kalau nak dibandingkan dengan benda-benda lain. Pen contohnya, kamu tahu pen itu lahirnya dari plastik, dan dakwatnya dari bahan kimia. Tapi aku, lahir dari pemikiran seorang manusia. Pemikiran seorang manusia adalah anugerah. Ilham sangat penting dalam kelahiran aku. Tanpa ilham siapalah aku.

 

Cerpen. Semua manusia tahu, wujudnya aku dari ilham seorang manusia yang manusia lain gelarkan penulis. Aku bernafas, kalau penulis berikan aku nafas. Aku hidup, kalau penulis berikan aku hidup. Semua atas ilham dan pemikiran penulis itu.

 

Dari penulis, aku lahir jadi berbagai jenis yang mereka gelaskan genre. Aku tak tahu kenapa, itu adalah satu pengasingan yang kurang jelas. Padahal, semua aku adalah sama, terdiri daripada susun perkataan, bahasa dan tatabahasa, yang membentuk sebuah cerita. Tidak wujud aku, kalau tiada perkataan.

 

Manusia ini spesis yang pelik sebenarnya. Mereka lahirkan berbagai jenis aku. Mereka jadikan aku hiburan, madah pemikiran dan kalau yang salahguna aku itu jadilah aku sebagai pemuas nafsu seks yang pelik. Itu adalah cerpen jenis lucah.

 

Kamu, kamu, kamu dan kamu sedang baca apa sekarang? Ya, kamu sedang baca sebuah cerpen. Itulah aku. Sebuah cerpen.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Autobiografi

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) eh, tak terfikir pulak pasal idea 'aku sebuah cerpen' ni. kreatif!
    p/s: rasanya mmg ada perkataan 'filpen' tu yg merujuk kpd filem pendek


  • 2) pemikaran tu agak kool. macam pemikir yang yang buang karan

    cerpen lucah pun ada singkatan dia. cercah!

    iyaa entri no.2 suda mari

  • (Penulis)
    3) ah, typo tu caha. aku betulkan.. hehe.. cerpen ni bleh edit lagi tak?

    lame ngat jadi silent reader aku nih.. hihi..
  • 4) boleh beb. aku akan nilai betul2 di akhir tempoh kelak
  • 5) Wah, saya memang tak terfikir juga. Saudara Sekopi memang kreatif. Bolehlah buat aku sebuah novel pula nanti.

    p/s: banyak lagi input boleh masuk ni macam genre tu boleh diberi contoh.

Cerpen-cerpen lain nukilan Sekopi

Read all stories by Sekopi