Jongket Part '0'

 

Bosku, Pakecubung bin Sutungelingung bangkit dari takhtanya yang tertanam kukuh di lantai. Tangan kanannya kuat memegang tangan kerusi alias takhtanya sebagai komander di atas kapal angkasa ini. Tangan kirinya mengacung di udara. Matanya merah bagai kuman Askrogulugus. Aku dan anak-anak kapal yang lain keras terpaku menanti kata-kata yang bakal dimuntahkan bersama air liur barangkali. Dua belas minit berlalu. Setakat ini hanya bunyi dengusan hidung Komander Pakecubung yang melantun di dinding kapal angkasa yang digelar ‘Yembembem I’ ini.

 

“ kita mesti keluar daripada nebula ini! Dapatkan lubang cacing yang berdekatan! Cepat! Sekarang!”

 

Sepantas kilat Depliotus kami semua berpaling kembali ke pekerjaan masing-masing. Komander Pakecubung kembali menenangkan dirinya. Dia kembali duduk. Namun kerut di muka dan di dahinya masih kelihatan jelas. Aku kembali melakukan tugasku. Cawan-cawan dan pinggan-pinggan yang masih belum dicuci dan terkumpul di sinki pantry harus ku cuci. Lantas ku capai sabun pencuci cap ‘Kaki Gorgom’ yang berdiri tegak di sebelah kanan sinki. Sambil mencuci pinggan dan cawan, hatiku bergema.

 

“apasal nak keluar dari Nebula ni? …aku pun…”

 

“kenapa Jongket? Kau tak puas hati ke?”

 

Tiba-tiba bahuku ditekan oleh satu tangan yang agak berat.

 

“komander!? Maafkan saya! Saya Cuma bermonolog di dalam hati..”

 

“tak mengapa…aku tau perasaan kau…tapi keadaan sekarang sangat genting..”

 

“baik komander…”

 

“baguslah kalau kau faham.”

 

“err..komander..”

 

“ya? “

 

“emm….takpelah…nanti-nanti saja”

 

Komander hanya tersenyum. Dia kembali ke kerusi empuknya yag diperbuat daripada kulit Pokok 'Kokolikoko' yang hanya terdapat di planet Sibambam di gugusan N77 nebula M34.

 

……………………….

 

Sudah lebih setahun aku diterima bekerja sebagai tukang cuci dan pelayan di kapal angkasa Yembembem ini. Kapal angkasa milik Pakatan Penentang Yang Berani (PaPaYaBe) yang bermati-matian berperang dengan pihak Kerajaan Hubungan AntaraMakhluk Angkasa Yang Gagah (KeHuAmAmYaGa). Aku sendiri tak pasti, pihak yang mana satu yang berada di jalan benar. Yang pasti, Komander Pakecubung seorang yang baik. Dia menyelamatkan aku daripada terus bekerja di Penjara AbuGarit di Sempadan Cincin Asteroidea Selatan Selatan (SeCiAsS). Penjara yang menempatkan pesalah jenayah berat. Contohnya, jenayah memandu secara mabuk di cincin Zuhal. Ataupun Merompak Bank Haram al-Jaduh di Kepulauan Langerhans Planet Jojorians.

 

…………..

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Aksi

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account


  • (Penulis)
    1) ini hasil daripada kepanasan otakku untuk menyiapkan tesis yang perlu dihantar minggu depan.
  • 2) xsabar nk 2gu smbgn
  • 3) Penggunaan huruf besar/kecil yang simpang siur.
  • 4) ni ada sambungan kan? peh, terfikir mcm manalah kurusawa boleh cipta nama-nama yg sebegitu pelik dan susah sekali nak diingat. Papayabe? hahaha! - terkena kenan tesis ke?
  • 5) Yalah, nama-namanya adakala berbelit lidah nak sebut. Hehehe...

  • (Penulis)
    6) ini adalah metafora saja. keadaan aku yang sedang bergelut nak menyiapkan tesis. Aku seperti seorang tukang cuci pinggan yang terperangkap di dalam pantry sebuah kapal angkasa yang terperangkap di sebuah Nebula yang berbahaya.

Cerpen-cerpen lain nukilan Kurusawa

Read all stories by Kurusawa