Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Siapa Lagi Cikgu

  • 1
  • EzzD
  • 13 years ago
  • 3,215
  • FREE

 

Cerita dikisahkan pernah berlaku di sebuah sekolah peringkat menengah di dalam sebuah daerah yang terletak di bahagian utara dalam sebuah negeri sebelah Pantai Timur semenanjung tanah air. Sejauh mana kesahihannya pernah juga di telagahkan oleh masyarakat setempat. Ada juga yang tidak tahu hujung pangkal tetapi turut sama menyumbangkan suara untuk menaikkan lagi ketelusan cerita ini. Hanya sampai ditelinga penulis selepas dua keturunan terturunnya cerita ini. 

Hamid merupakan seorang pelajar yang didalam sebuah kelas yang paling akhir dari 6 kelas pelajar-pelajar tingkatan 3. Dia tergolong dalam kategori pelajar yang perlu untuk dibimbing sepenuhnya kerana tidak fasih membaca dan tidak lancar menulis. Pada tahun tersebut Hamid akan menduduki satu PMR. Tetapi sedikit pun tidak merisaukannya kerana ke sekolah hanya 2 kali seminggu. Itu pun sudah dikira tahap yang paling rajin baginya. Masanya banyak dihabiskan di relung sawah, batas timun dan di bawah perdu tembakau. Kerja kampung amat menarik hatinya. Dia tidak pernah mengeluh letih walau sehari suntuk pun berpanas. Jika sejam di kelas ibarat seminggu lamanya. 

Pagi itu Hamid antara orang yang terawal melintasi pagar depan sekolah lalu ke kelas dia orang pertama. Wajahnya manampakkan seribu kebahagiaan. Mungkin kerana sedikit masa lagi padinya yang ada beberapa relung tiu akan masak. Duit. Ke pekan sudah tentu. Kertas wau dan cendol pulut yang paling utama. Dalam kepalanya hanya itu tiada langsung PMR atau ujian besar. Masa pertama untuk pagi itu ialah Bahasa Melayu. Cikgu Rosmida merupakan orang yang bertanggungjawab untuk tugas itu selain merangkap Guru Kelas. Tugasan pada pagi itu ialah menyiapkan satu karangan berbentuk peribahasa yang bertajuk "Belakang Parang Kalau Diasah Lagikan Tajam". Masa diberikan 1 jam 30 minit untuk 360 perkataan paling kurang. 

Hamid tidak menunggu lama, orang lain 3 kertas Hamid minta lebih dua jadi 5. Tajuk ini sangat senang baginya. Parang memang tidak pernah lekang di pinggangnya. Apa dia risau. Cukup masa ditetapkan Cikgu Rosmida jajat satu persatu meja untuk mengutip kertas jawapan dan sampai di meja Hamid, dia masih belum berhenti menulis. Kemudian dia meminta tambah 5 minit nanti dia hantar. Keesokan harinya, Cikgu Rosmida memanggil seorang demi seorang ke mejanya dihadapan kelas untuk memeriksa kertas karangan tersebut. Giliran Hamid tiba, Cikgu Rosmida berubah riak wajah. Merah padam menampakkan sidikit kemarahan bercampur keliru. 

"Hamid betul ini kertas karangan kamu?"
 
"Hamid Bin Ahmad. Betul lar tu cikgu, saya"
 
"Kenapa kamu tulis sampai setiap baris "belakang parang diasah"? Kamu paham tak tajuk ini, dan bagaimana perlu sampaikan maksudnya."
 
"Faham cikgu, kalau diasah hanya sekali belakang parang tu, saya boleh jamin dia tak tajam, lagikan sebelah matanya mahukan beberapa kali asahan. Barulah tajam."
 
Seminggu selepas kejadia itu, Cikgu Rosmida sudah bertukar ke bahagian kaunseling dan tidak lagi mengajar dalam kelas Hamid.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Jenaka

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) idea dan mesej dia cun.. tapi boleh up lagi bab penceritaan dia. cam tak kukuh sangat signifikasi perbuatan dia

Cerpen-cerpen lain nukilan EzzD

Read all stories by EzzD