Pontianak

 

Langit di atas berwarna hitam pekat. Tiada satu bintang pun kelihatan. Mungkin mahu hujan. Aku dan 30 rakanku yang lain sedang meluncur laju, melepasi bangunan-bangunan konkrit kota raya Kuala Lumpur. Sesekali kami melintasi beberapa pejalan kaki. Namun, mereka tidak dapat melihat kami. Sebabnya? Kami laju. Ya. Sangat laju.

                Kami yang aku maksudkan ialah golongan pontianak-penghisap-darah yang terakhir dalam dunia. Hanya tinggal 31 orang sahaja dalam puak kami. Ramai antara kami yang terkorban dalam peperangan pontianak-serigala jadian. Sesungguhnya mereka lebih ramai.

                Dalam peperangan itu, ramai di antara kami yang kehilangan tenaga semasa berlawan. Jadi peperangan itu menjadi berat sebelah. Mengapa? Begini, kami perlu menghisap darah perawan yang masih dara, tiga kali seminggu demi untuk kekal bertenaga. Namun, tempat berlakunya peperangan itu adalah di New York. Sangat susah bagi kami untuk mencari perawan yang benar-benar dara. Oleh sebab itu ramai di antara kami yang mati kebuluran.

                Oh lupa pula mahu bercerita tentang fizikal kami. Di sini, aku mahu tekankan bahawa pontianak TIDAK akan bersinar apabila terkena cahaya matahari. Aku ulang, TIDAK akan. Sebaliknya, kami akan meletup, bertukar menjadi debu-debu halus yang terbang dibawa angin. Itu semua freemason punya kerja nak mengaburi pandangan mata manusia.

                Dan sekarang kami di sini. Kota raya Kuala Lumpur. Kata orang, Malaysia merupakan negara yang mengamalkan budaya ketimuran. Jadi sudah semestinya masih ramai lagi perawan-perawan yang dara untuk menjadi santapan kami. Namun malangnya, sudah tiga hari kami meneroka kota raya Kuala Lumpur ini, hanya sedikit sahaja bilangan gadis-gadis perawan yang menjadi santapan kami. Dua orang dari puak kami mati.

                Kami masih meluncur laju melintasi beberapa manusia yang masih belum tidur. Ada yang bekerja. Ada yang berhibur dan ada juga yang menjual raga. Destinasi kami kini hendak ke Putrajaya. Aku dengar bangunan-bangunan di sana bercirikan Islamik. Jadi sudah pastilah orang-orangnya muslim sejati dan menjaga aurat mahupun dara mereka. Bersiagalah Putrajaya. Puak pontianak-penghisap-darah akan melakukan invasi!

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Aksi

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) u tot wrong ponti anak! u tot wrong...

  • (Penulis)
    2) haha this is my version of pontianak

Cerpen-cerpen lain nukilan ArepZul

Read all stories by ArepZul