Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

“Tapi, Yang Peliknya, Aku Tak Rasa Terseksa. Aku Rasa Best. Walaupun Aku Kena Rogol, Aku Still Rasa Waktu Tu Lah Waktu Aku Yang Paling Nikmat Sekali.” Teha Menceritakan Kepada Sazali Membuatkan Sazali Tergamam.

“Tapi, yang peliknya, aku tak rasa terseksa. Aku rasa best. Walaupun aku kena rogol, aku still rasa waktu tu lah waktu aku yang paling nikmat sekali.” Teha menceritakan kepada Sazali membuatkan Sazali tergamam.

Perkenalan mereka bermula apabila Teha menghulurkan botol arak kepada Sazali yang kemudiannya Sazali menangis apabila diterpa. Kisah cerita Teha sebelum di terjebak dalam dunia pelacurannya membuatkan Sazali terdiam.

 

"Air?" dia menghulurkan botol yang dipegangnya. Arak. Aku menggeleng.


"Nama aku Teha. Kau?"


"Sazali."


"Kau buat apa kat sini ni?" aku mula menangis. Ibu.


"Eh, kau apahal menangis?" tanpa disuruh, aku bercerita kepadanya tentang ibu yang baru meninggal dunia.


Teha gelak. "Sebab tu je kau nak nangis? Dasar bapuk. Eh, bapuk dekat Haji Taib tu lagi jantan dari kau tahu. Kau tak tahu lagi cerita aku..." dia merenung ke hadapan. Dan mula bercerita.


Bapanya seorang kaki botol dan kaki judi. Satu hari, semasa dia di tingkatan tiga, bapanya pulang mengamuk. Bising-bising meminta duit. Ibunya melawan balik. Mereka bertengkar. Kerana bengang, bapanya meluru ke dapur mencapai pisau pemotong daging dan menghampiri ibunya. Ibunya menolak Teha masuk ke dalam bilik dan bilik itu dikunci dari luar. Tak lama selepas itu pintu biliknya terbuka. Dia meluru keluar menyangkakan ibunya yang membuka. Tetapi alangkah terkejutnya dia apabila melihat ruang tamunya dibasahi dengan darah, yang datangnya dari selonggok mayat ibunya yang sudah dikerat. Dia menangis semahu-mahunya. Dia tak sedar bapanya menghampiri dari belakang. Bapanya peluk dari belakang. Dia meronta-ronta mahu melepaskan diri, namun tak berdaya. Pada malam itu juga dia dirogol oleh bapanya di atas lantai yang merah dengan darah tu.


"Tapi, yang peliknya, aku tak rasa terseksa. Aku rasa best. Ghairah. Walaupun aku kena rogol, aku still rasa waktu tu lah waktu aku yang paling nikmat sekali. Sebab tu lah aku jadi pelacur," dia meneguk habis araknya. Tak jauh dari kami, kelihatan seekor anjing kotor sedang mencari makanan di tong sampah yang berdekatan. Teha memecahkan muncung botol di dinding, tempat aku bersandar. Kemudian dia mengisi dengan air paip lalu meletakkan dekat dengan anjing tadi. Anjing tadi minum dengan lahap.


"Ustaz aku pernah cerita pasal pelacur yang masuk syurga sebab bagi anjing minum," Kemudian, dia mula meneguk botol arak yang baru.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Suami Isteri

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) correlation dalam ini lebih menjadi. tulisan awak ni bagus juga.
  • 2) ishhh.... mcm ni pun boleh ke
  • 3) teringat scene "bridget jones diary 2" masa dia dalam penjara. hehehe.

  • (Penulis)
    4) terima kasih abang jo

    ya, realiti masyarakat sekarang

    err tak pernah tengok/baca. nanti carik lah
  • 5) Menjenguk realiti kehidupan

Cerpen-cerpen lain nukilan ArepZul

Read all stories by ArepZul