"Bercinta ini ibarat kau toreh tangan. Berdarah, sakit tapi sedap." Begitulah perumpamaan yg Faizul beri ketika hangat bercinta.

Rakan sekelas yang akrab melahirkan perasaan istimewa diantara Faizul dan Balqis. Oleh kerana rasa sakit bercinta, Faizul datang memberi kata-kata yang pada mulanya melalui panggilan dan kemudiannya beralih kepada Whatsapp. Ada sahaja ingin dibualkan oleh mereka berdua, seperti menarik tali.

 

' Sakit kan?' suara garau Faizul menggetarkan gegendang telinga Balqis. ' Yang awak buat juga kenapa?'

Balqis diam sekejap.

' Sebab sedap. Sakit yang sedap, kan?' Faizul menyambung lagi.

' Bunyi dia lain macamlah,' dan Balqis tertawa. Dalam ramai-ramai orang, memang Faizul yang akan sentiasa buat dia gembira. Dalam apa keadaan sekalipun.

' Kau pergi tidurlah. Nanti mata bengkak. Dah berapa jam kau nangis, kan? Esok nak pergi kelas macam mana?' Faizul berleter. Dia memang rajin berleter.

' Mana kau tau aku nangis lama?' Balqis sedikit terkejut.

Faizul tertawa. ' Bukan baru hari ini aku kenal kau, Qis.'

Betul juga. Daripada budak hingusan hingga kini dah mampu malu-malau kalau orang usik tentang menikah.

' Ok. Bye!' dan talian dimatikan. Balqis bersandar pada bantal gebu di belakangnya. Sekalipun mata bengkak dan sepatutnya dia berasa lesu sekarang, kantuk tidak juga datang. Sekali lagi, telefon dicapai. Kali ini untuk Whatsapp. Lebih murah berbanding pesanan ringkas.

Balqis: Kenapa sakit sangat? Bukankah hati tiada reseptor kesakitan?

Dan Balqis termenung lagi, memandang ke siling. Terkenang saat-saat indah, dibuai saat indah di mana malam-malam bermakna kurang tidur keesokan paginya kerana berana berbual hingga pagi. Tidak, zaman sekarang bukan lagi macam zaman dahulu. Sudah ada pelbagai perisian di telefon. Bukan hanya untuk pesanan semata, malah boleh hantar pesanan suara.

Dan malam-malam sentiasa terisi dengan mesej-mesej yang sungguh penting pada ketika itu. Duduk seorang mengadap skrin sambil tersenyum, lagaknya macam orang gila. Bila duduk berseorangan, masa dihabiskan dengan membaca perbualan-perbualan sebelum ini.

Telefon berbunyi menandakan pesanan sudah berbalas.

Faizul: Luka yang tak nampak yang paling pedih. Sebab kau tak tau dari mana kau harus mula mengubat.

Dan Balqis menangis lagi.

Faizul: Tetapi manis dia kau dapat rasa kan? Manis bercinta, maksud aku.

Balqis: Ye, sekejap.

Dan Balqis tersenyum. Kelakar mengenangkan bagaimana Hadi dan dia berjanji untuk berjaga sama-sama untuk ulangkaji, sedangkan waktu itu kedua-duanya berjauhan. Sudahnya Balqis pura-pura berjaga, sekali-sekala menjawab pesanan sedangkan Hadi benar-benar ulangkaji.

Faizul: Bercinta ini ibarat kau toreh tangan. Berdarah, sakit tapi sedap.

Balqis tersenyum membaca pesanan Faizul. Ada-ada sahaja si pujangga yang seorang ini.

Balqis: Maksud kau macam kopi tak bergula? Pahit di lidah tapi sedap di tekak?

Faizul: :)

Di bilik Faizul...

' Ha sengih-sengih ni dah kenapa?' Gila?'

Malas hendak menjawab, Faizul sekadar mengangkat skrin untuk ditunjukkan ke muka Imran.

'. Sampai bila kau nak peram perasaan kau tu? Kau nak tunggu sampai adik aku tu dah betul tak laku baru nak bagitau?'

Faizul cuma sengih.

Sakit. Ini sakit yang sedap. Puas lihat Balqis gembira.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Cinta

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) hai.... ucu! lama tak nampak. ini sumpah best... mungkin sebab i suka cerita2 mcm ni. dekat dengan pengalaman...hihi.
    ucu, saya perasan yg awak suka cerita yang kita-berkorban-atas-dasar-cinta-tak-semestinya-bersatu. tapi, cerita awak cerita yg positif, bukan cerita yg putus harap

  • (Penulis)
    2) kamalia: rindu rinduuuuuu nak menulis. tgh cari momentum ni.

    haha a ah kan? selalulah menulis pesen cerita cinta tak kesampaian. takpe, nanti saya try tulis cerita yg tak macam ni.

    eh, saya PM awak di Facebook tadi
  • 3) ucu, takpe. lain orang lain gaya tulis. tulis apa yg dekat dgn awak. senang dan lebih menusuk kalbu hehe...

    baru perasan mesej kat FB. dah reply

  • (Penulis)
    4) kamalia: terima kasih byk
  • 5) Er.. adik mana yang dah tak laku?

  • (Penulis)
    6) cahatomic: Balqis tu adik Imran, Caha. apa khabar baby?
  • 7) Nice!
  • 8) cerita ini kalau dibawak ke twitter, bakal menJKkan hampir 80% makhluk di dalam itu. Bahahaha.

  • (Penulis)
    9) Huda: Terima kasih
    adek: aku tak bawak penuh je lagi mih mih mih
  • 10) Stedi kan laki camtu. hehe
  • 11) Oh ok
    Baby sihat, dan mendebab. Kerap nak susu. Hehe.
    Dah jadi macam badan bapaknya

    Kau pula apa khabar?
  • 12) ucu, kita pun ada sakit yang sedap jugak minggu lepas. kita makan ketam, sedap. tapi tangan sakit kopek ketam.

Cerpen-cerpen lain nukilan uculer

Read all stories by uculer