Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Joyah, oh Joyah!

 

Dag dig dug didalam dada.

Eh, dah macam lagu dangdut. Kenapa mesti ayat pertama yang minah ni tulis lirik lagu?

Sebab minah ni memang kurang waras sikit. Bak kata omputih, loose screw. Aiseh, speaking London makcik ni.


Hello, nama saya Joyah. Bukan nama sebenar pun. Nama samaran je. Kenapa nak guna nama samaran bagai?

Sila baca balik ayat di atas. Minah ni ada loose screw. Atau mungkin dia mengalami split personality. Sama ke dengan kecelaruan identiti? Nak tau jawapannya? Tanyalah pakcik Google.


Tujuan Joyah menulis ni sebab rasa bosan. Duduk rumah ni asyik tunggu orang masuk meminang lepas tu Joyah terpaksalah tolak sebab popular sangat. Masuk hari ni dah 50 pinangan saya tolak. Saya bukan diva, okay. Cuma diminati ramai saja.

Hah, mulalah tu ramai yang angkat kening Ziana Zain sebab tak percaya. Trust me. I'm still cun melecun. Umur pun muda lagi, dalam lewat 20-an.


Mesti ramai nak tau macam mana Joyah boleh diminati oleh ibu-ibu dan anak-anak lelaki mereka kan? Mari sini rapat-rapat sikit. Joyah akan bagi tips yang da boom untuk gadis-gadis yang belum berumahtangga diluar sana.

Okay, are you ready girls?


Tips pertama, kita harus potray sisi suci kepada bakal-bakal ibu mertua kita. Paham tak potray tu apa? Alah, gambaran.


Macam mana nak bagi gambaran? Mulakan dengan memuat naik gambar-gambar pose suci anda di laman sosial seperti Facebook. Joyah tak minta komisyen dgn Mark untuk promosi ni. Dia kata, Joyah you try to promote my site okay and I will put your name as one of the contributors to Facebook's success.
 
Mula-mula tu Joyah berat hati juga sebab nanti ada yang busuk hati kata Joyah ni tergedik-gedik dengan Mark. Padahal Joyah selalu singgah rumah mak si Mark untuk high tea. Ada beberapa kali Mark cuba pikat Joyah tapi saya hanya berminat pada warganegara Malaysia sahaja.

 Saya tolak dengan baik dan sampai sekarang kami sangat rapat. Masa Mark kahwin hari tu, saya cuma sempat kirimkan hadiah saja sebab nak beli tiket kapal terbang memang tak mampu.

Berbalik semula pada topik memikat bakal-bakal ibu mertua. Pose suci itu bukanlah bermaksud ambil gambar sendiri sambil muncungkan mulut macam ikan buntal tu. Atau pun beraksi di depan lensa kamera sambil membuat mata adorable Puss in Boots. Alamatnya terus ditolak oleh ibu bakal suami anda.

Cara menonjolkan sisi suci dalam gambar adalah dengan aksi perempuan melayu terakhir. Pakai baju kurung ke ataupun baju yang sopan. Aksi di gambar haruslah mencapai piawaian menantu pilihan. Tiada aksi melampau atau terlampau.


Tips yang kedua, mestilah menunjukkan kehebatan memasak. Mesti lulus menjerang air, masak nasi dan menggoreng telur dadar ataupun telur mata.

Presentation mesti ala-ala chef antarabangsa. Ada idea tak ni? Senang je. Masa berkunjung ke rumah bakal mak mertua, pastikan dalam waktu tengah hari sebab anda harus menonjolkan skill masak nasi. Nasi bukan sebarang nasi. Gunalah beras basmati. Memang mahal tapi menyihatkan. 

Bakal mak mertua mesti puji sebab anda sangat prihatin tentang kesihatan. Hang bawak mai beras basmati dalam kampit besar lagi depa terharu no. 

Bagaimana dengan lauk anda tanya? Joyah rekomen kita menggunakan taktik tipu dengan niat baik. Beli lauk yang sedap-sedap dan bungkus dalam tuppaware untuk menggambarkan yang anda telah bersusah payah masak. Selepas itu, cakap dengan bakal mak mertua...makcik, saya tak pasti makcik suka makan apa. Itu sebab saya masak banyak jenis lauk ni. Tinggal nak goreng telur dadar je.

 
 
Mesti sejuk hati makcik tu. Dah catat belum dua tips yang Joyah bagi ni?

 
Seterusnya-

 
Belum sempat Joyah menyambung, ada satu suara garau menyapa dari belakang.
 
 "Kau ni tak habis-habis berangan Joyah oi. Wake up from your wonderland." Joyah terjatuh cinta seketika bila lelaki itu mula speaking london.
 
 "Abang Riz ni sengaja la kacau segmen tips pengguna Joyah."
 
 "Geli la aku dengar kau panggil abang. Aku lelaki kau pun lelaki. Cerminlah la diri tu sikit. Muka dahlah penuh dengan jambang. Nama kau bukan Joyah tapi Jopri."
 
 "Bukan Jopri tapi Geoffry," suara Joyah tiba-tiba bertukar jadi garau.
 
 "Kau ni kadang-kadang aku tengok waras je tapi kenapa masuk Tanjung Rambutan?"
 
 "Abg Riz kena tanyalah doktor perempuan yang diagnosis saya ting tong. Saya dapat rasakan dia cemburu sebab suami dia main mata dengan saya hari tu."
 
 "Lagi aku layan kau, nanti aku pun dilabel gila."
 
 "Gila-gila tak main eh, abang Riz. Brain imbalance boleh."
 
 "Nah, makan ubat ni. Lepas ni harap-harap personaliti kau yang nama Joyah tak muncul lagi. Mulut dia becok sangat."
 
 
                                 ----------------------------------TAMAT-------------------------------------

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Jenaka

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) ni spesis terlebih fikir dan belajar punya punca skizo ni
    kalah beautiful mind.

    joyah ni patut dikahwinkan awal dulu, supaya emosi dia balancing dan lengkap
  • 2) kekeliruan jantina?

    try senduk fifi kat hotfm tiap2 pagi tu. rasa nak sepak fifi tu bila dengar segmen tu. terpaksalah beralih ke siaran radio lain
  • 3) hahaa..ingatkan saya sorang je yg menyampah dgn si fifi tu!..ada geng..

  • (Penulis)
    4) caha: joyah tunggu putera William masuk minang dulu katanye.

    jo & ciksal: kan? over gedik

  • 5) joyah of Tanjong Rambutan eh?
  • 6) Alaaaaa baru nak salin tips :)
  • 7) sebenarnya tips joyah tu boleh pakai jugak. best

Cerpen-cerpen lain nukilan nightingale

Read all stories by nightingale