Aku Sakit Hati

 

Pagi tu, aku duduk termenung lagi. Sebab aku sakit hati lagi. Aku pun tak tahu kenapa. Orang cakap kalau sakit hati, kena ambil air sembahyang baru hati tenang. Tapi nak basah satu badan dah aku ambil air sembahyang, hati aku masih sakit.

Apa salah aku? Atau mungkin salah orang lain? Aku sendiri tak pasti.

\"Kau tak payah nak duduk kat tangga tu lama-lama. Dah macam rupa tangga dah aku tengok kau. Kalau tangga tu roboh pun aku tak gaduh nak cari tangga baharu.\"

Mak bebel lagi. Itu sajalah kerja mak selain daripada mengumpat. Masak pun tak nak. Kemas rumah apatah lagi. Nasib baik aku dilahirkan sebagai anak dara. Kalau aku anak teruna, aku tetap akan buat semua kerja rumah juga. Tak ada beza.
Hmmm...

\"Orang sakit hati ni, mak.\" Aku masih duduk. Muka mak aku tak pandang. Tapi aku tahu dia masih berdiri di belakang aku sambil sikat rambut. Ajaib kan? Tak ada ajaib sangat. Rambut mak macam dawai. Kalau diusap pun akan berbunyi.

\"Kau ni pagi-pagi sakit hati kenapa? Siapa yang buat kau? Cuba cakap pada mak. Tapi sebelum tu, mak laparlah, Milah. Buatkan mak roti sapu Milo boleh?\"

Mak duduk sebelah aku. Aku dah agak. Mak memang tak pernah fikir fasal perasaan aku. Perut dengan mak sama saja menyusahkan. Tapi aku buat juga. Yalah. Nama pun mak aku. Bukan mak orang lain. Kalau mak orang lain, tak ada hal aku nak susahkan diri.

Lepas buat roti sapu Milo untuk mak, aku keluar rumah. Mak pun tak tanya banyak lepas dapat roti sapu Milo. Aku tahu dia memang tak nak tahu langsung pun fasal hati aku. Lalu aku pun mengambil keputusan untuk ke rumah Jemah. Mungkin Jemah boleh ubati penyakit aku ni.

\"Jemah, aku tak sedap hati ni. Tapi aku tak tahu kenapa.\" Aku mula mengadu pada kucing Jemah sebab masa tu Jemah tengah angkat kain kat laman rumah dia. Kucing Jemah yang manja datang lepak atas peha aku.

\"Ni mesti kau teringat-ingat lagi kan fasal insiden kau bertarik rambut dengan Harun tu? Aku dah cakap hari tu kau yang salah. Tapi kau tak nak dengar. Degil. Baik kau pergi minta maaf pada dia. Lepas ni, confirm hati kau dah tak sakit,\" Jemah jerit pada aku dari jauh.

Aku hanya mengangguk. Memang betul pun aku masih teringat fasal kes aku tarik rambut Harun sebab rambut dia cantik melampau macam Ella. Kalah rambut perempuan. Tapi ada kena-mengena ke dengan rasa tak sedap hati aku ni?

\"Mestilah ada kena-mengena. Dah kau yang salah. Kalau dia yang salah, dialah yang tak sedap hati,\" kata Jemah lagi.

Aku mengangguk lalu mencampak kucing Jemah ke tepi sebelum beredar dari situ. Sekarang, aku perlu cari Harun kalau betul hanya itu yang boleh buat hati aku tak sakit. Elok-elok beberapa langkah dari rumah Jemah, aku nampak Harun tengah jalan seorang diri entah ke mana arah tujunya. Dia nampak aku. Aku lambai. Dia kibas-kibas rambut.

Macam haram. Tapi aku sabar. Aku tahu aku kena minta maaf dengan Harun. Kalau tak, selagi tu hati aku rasa tak kena. Rasa sakit semacam.

\"Harun!\"

\"Apa?\" Masih mengibas.

\"Aku... nak minta maaf.\"

\"Okey.\"

Dan Harun terus berlalu sambil tak berhenti mengibas rambut.

Aku pegang dada. Tapi hati aku masih sakit. Kenapa ya?


* * *


Petang tu, Jemah ulit kucingnya di rumah. Harun duduk di sebelah.

\"Jemah...\" panggil Harun.

\"Apa?\"

\"Patutlah Milah minta maaf pada aku minggu lepas. Rupa-rupanya dia macam tahu-tahu saja dia dah nak mati. Tak apalah, Milah. Aku maafkan kau dengan sepenuh hati.\" Harun berlalu dari situ sambil mengibas rambut.

Jemah hanya diam. Kalau dia tahu Milah sakit hati, dah lama dia suruh Milah jumpa doktor, bukan jumpa Harun.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Aksi

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) Mmg sakit hati bt kita serba xkena...
  • 2) apsal eh, susunan tulisan, space semua macam lari-lari sikit. ke laptop bot yg problem.huhu
    aperpun best! idea menarik

  • (Penulis)
    3) botak_9444: dan boleh bawa mati. (:
    rObOt: entahlah. saya taip macam biasa saja. huhu. terima kasih. (:
  • 4) Serba-salahlah nak simpati ke sedih. Mcm tragis yg comel.
  • 5) Kemaskan lagi dengan perenggan yang elok.. Kesian pembaca

  • (Penulis)
    6) uculer: comel tang mana tu? huhu.
    26life: tu lh. time ni taip pakai hp. sorry.
  • 7) test test
    • Johari Rahmad
    • 11 months ago

Cerpen-cerpen lain nukilan DLHaqifa

Read all stories by DLHaqifa