Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Senyum

 

Di bandar Fentasial, ada seorang budak perempuan bernama Duri. Dia seorang yang panas baran, psiko dan suka menyendiri. Dia jarang bertegur sapa dengan rakan-rakannya yang lain dekkan rakan-rakannya sendiri yang takut dengannya. Mana tidaknya, setiap kali ditegur, Duri hanya akan tersenyum lebar hingga ke telinga. Seriau dibuatnya!

Setiap hari Ahad, Duri akan berada di pondok belakang rumah untuk bermain bersama anak patungnya. Anak patungnya dinamakan sebagai Baile. Baile berperwatakan sama seperti Duri; matanya hitam, rambutnya pendek ala-ala Miley Cyrus tapi berwarna hitam, kukunya panjang dan senyuman yang sangat lebar terukir di wajahnya.

Suatu ketika di hari Ahad malam, datang seorang datuk bertongkat, gigi taringnya jelas kelihatan dari mulutnya dan mata yang sangat merah dekkan sakit mata memandangkan penyakit ini sedang berleluasa di banda Fentasial.

"Hai adik." datuk itu memulakan perbualan dengan Duri. Namun, Duri hanya memberikan senyuman yang lebar.
"Adik bisu ke?" orang tua itu terus mengajukan soalan kepada Duri untuk memastikan keadaan fizikal Duri yang sebenarnya. Duri seperti biasa, memandang ke arah orang tua itu dan senyum kepadanya. Datuk itu mula marah.
"Atuk tahu senyuman itu sedekah, tapi boleh adik jawab soalan atuk tadi tak?!" kini Duri menunjukkan suatu reaksi yang menggerunkan. Dia memandang tepat ke arah mata datuk itu. Datuk itu makin marah.
"Budak zaman sekarang ni lah, memang tak pandai hormat orang tua!" tengking datuk itu. Dengan tiba-tiba, datuk itu mengeluarkan pengetip kuku dari poketnya. Duri yang melihat gerak geri datuk itu terus merampas pengetip kuku itu daripada tangan orang tua itu. Dia mengambil tali yang ada di tepi pondok lalu mengikat datuk itu ketat-ketat. Orang tua itu cuba melawan, tapi malangnya, usahanya itu hanya sia-sia dekkan ikatan Duri yang terlalu kuat dan daya orang tua itu semakin lemah.

Kini, Duri mengalihkan pengetip kuku itu ke arah kaki orang tua itu. Dicengkam erat kukunya, lalu Duri terus menarik kuku orang tua itu. Darah berlumuran keluar. Orang tua itu mengerang kesakitan. Tanpa mempedulikan tangisan dan jeritan orang tua itu, Duri terus beralih ke jari hantu kaki kiri. Perkara yang sama dilakukan. Darah makin rancak keluar. Orang tua itu terus menjerit dan menangis kesakitan. Duri melakukan perkara yang sama sehingga kesemua kuku jari kakinya tiasa. Orang tua itu jelas kelihatan lemah. Oleh kerana terlalu tua, orang tua itu pengsan di pondok itu. Malam hari, dia ditemui oleh ibu Duri yang mahu memanggil Duri untuk santapan malam. Dia segera menelefon ambulan untuk menyelamatkan mangsa.

Sejak peristiwa itu, sesiapa yang bercakap dengan Duri akan menjadi mangsanya. Badannya akan diikat dan kuku jari kaki akan dicabut tanpa belas kasihan. Setiap kali selesai melakukan sedemikian, Duri akan mengambil warna poster merah yang sering dibawa kemana sahaja lalu dicalit sedikit pewarna itu dan disapu rata di bibirnya. Satu senyuman lebar akan diukirkan dari raut wajahnya dan badan mangsa akan dicium olehnya. Sejak dari itu, Duri hanya sendiri. 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Saspens

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) ok..ni psiko..duri

Cerpen-cerpen lain nukilan NorAliff

Read all stories by NorAliff