Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Tandas

 

Aku berlari separa mati, letih. Jarak yang membakar kolestrol kira-kira seketul kuih karipap itu terasa seperti larian marathon. Ya aku sedar, aku dilahirkan sebagai seorang yang comel. Sudah susur galur keturunanku semuanya comel-comel belaka, ya pasti aku juga sama. Sama comel. Tapi hal kecomelan aku itu bukan masalah yang ingin dibangkitkan sekarang. Masalah bermula apabila aku terlewat bangun pagi tadi untuk ke sekolah. Hanya dengan membasahi mukaku dengan air sejuk dari salur paip sinki, terus sahaja aku menyarungkan baju kurung putih berkain biru pekat tanpa menunggu ibuku menyisirkan rambutku seperti selalu. Aku harus segera atau pengawas kacak itu akan kembali mengusikku. Aku tahu aku comel, tapi jika dia berterusan menggodaku, nanti apa pula kata orang lain. Susahlah jika aku dipulaukan. Nanti aku sedih. Sekali lagi ceritaku bercabang ke entah mana-mana. Cukup tentang itu. Aku yang sudah kelelahan ini. kini sedang berdiri tegak di hadapan sebuah pintu yang terkatup rapat, yang siap bermangga besi. Kehairanan. Mengapa pula boleh terkunci? Mataku dibulatkan apabila pandanganku jatuh pada sehelai kertas bertulis "Maaf, tandas sedang diperbaiki." Tidak! Aku tak mahu ke tandas lain yang jaraknya kira-kira cernaan separuh pinggan mi goreng! Sedang berfikir-fikir sambil kakiku menghentak-hentak tanda protes, juga tanda menahan diri, aku menjeling ke kiri. "Tandas lelaki," itulah yang tertulis di pintu bersama-sama sebuah gambar orang tanpa wajah berwarna biru. Sudah, aku terus tetapkan hati. Melihatkan bilik itu kosong seperti tiada penghuni, segera aku melangkah masuk, memilih bilik paling hadapan, tutup rapat pintunya dan ahh...lega. Akhirnya hajat yang telah ditahan sejak malam tadi berjaya dikeluarkan dengan selamat. Cecair suam-suam itu berjaya dikeluarkan masuk ke saluran yang betul. Setelah hajatku hampir siap terlaksana, secara tiba-tiba pandanganku kelam. Gelap. Tiada elektrik? Tidak! Aku takutkan kegelapan! Beberapa saat kemudian, keaadaan kembali cerah, terang namun terangnya terlalu terang. Naik silau mataku. Aku menutup kedua-dua mata bulatku serentak sebelum cuba membukanya perlahan-lahan. Siap dibuka, kini yang terbias dari pandangan kasar mataku adalah ibuku. Wajahnya tuanya dikerutkan sebelum satu soalan menjamah telingaku, "Eh, adik kencing atas katil ke?"

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Saspens

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • Tiada komen lagi.

Cerpen-cerpen lain nukilan LuluRiru

Read all stories by LuluRiru