Billy dan Serina jadi rakyat

 



Si Paris capai tuala dari ampaian. Panas terik dia tak kira. Tangkas gerakannya meletakkan tuala dibelakang badan, lalu disimpulkan pada kolar bajunya. Macam Superman..
 
Atau apa sahaja watak yang memakai kain mantel. Tak dapat dipastikan sangat.
 
″ Aku kuat, aku Superhero..korang semua mesti patuh pada aku.. ″

Dia pandang tepat pada dua ekor pesuruhnya. Tak pandai berkata-kata, tapi mereka faham apa maksud Si Paris.
 
Tangan kanan Si Paris memegang batang mop yang Mama nya letak di atas pangkin pagi tadi.
 
″ Ini semua cuaca panas yang teruk. Kita harus bersatu..Ha Ha Ha ″ Tunggang-langgang punya bahasa budak yang baru masuk darjah dua ini.
 
″ Kamu..kamu berdua mesti ikut apa yang aku sebagai ketua buat ″ Si Paris meloncat keserata tempat. Dua ekor itu pun mengikut tanpa perlu disuruh. Melompat-lompat macam orang baru jejak kaki ke bulan.
 
″ Okay, buat barisan..cepat ″ Sambil memegang batang mop laksana seorang yang amat berkuasa.
Petang ini, iya. Seluruh pelusuk depan rumah adalah jajahan Si Paris. Rakyat dia cuma dua ekor ini sahaja.
 
″ Aku jadi seorang ketua.. Kau, Billy yang hitam ini jadi penolong ketua.. Kau, Serina yang putih ini jadi..errr jadi rakyat! ″ Sambil dia berdiri diatas motor Papa nya.


Billy dan Serina terhangguk-hangguk dengan mulut yang kumat-kamit. Mungkin menjawap seruan Si Paris dengan doa.

Selang sejam, agak sunyi sepi. Sesekali yang terdengar Si Paris, ″ Hungaaaah..... hunggaaaah ″
 
Aku tergerak untuk mengintai keluar rumah. Si Paris mencangkung dan masih lagi memegang batang mop.
 
″ Yang kau pergi hadap dua ekor arnab tu beromen tu buat apa?!!..Masuk rumah!!! ″
 
″ Hungaaaah.....hunggaaaah ″

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Autobiografi

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) Dah ada dah tokoh jadi PM
  • 2) dpt bygkan budak tu mesti comel sambil ikat tuala macam superman.huhu
  • 3) Teruk budak ni.
  • 4) Boleh bukukan dah cerita Paris ni

Cerpen-cerpen lain nukilan 26life

Read all stories by 26life