Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?
900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.
Daftar Sekarang!
Janji Radhi
- 0
- rebelliben
- 4 years ago
- 6,532
- FREE
Seperkara yang umum tidak mengerti tentang Radhi ialah dia bukan taik politik. Lebih spesifik dia bukan anjing kepada pemimpin politik dan parti politik tertentu. Baik di pihak kerajaan atau pihak pembangkang atau kuasa ketiga, akhirnya tidak ada satu pun yang berkenan di hati, jiwa dan raga Radhi. Maka dia sudah memutuskan untuk tidak terlibat dalam membela atau berjuang atau bergelut bagi mana-mana pihak politik.
"Sebaik kau membela pemimpin atau parti politik tertentu, automatik kau adalah anjing, tak peduli macamana kau nak menjustifikasikannya." tenang Radhi menganjing teman-temannya tanpa perlu lagi memikirkan konsekuen dari setiap patah perkataannya.
Di kalangan kenalannya, mereka berfikir Radhi itu seorang yang aneh, adakalanya memberikan pandangan politik itu dan ini tetapi apabila diminta menyokong pemimpin dan parti politik tertentu dia menolak mentah-mentah. Bagi mereka Radhi ini jenis manusia tak berhala. Pentingkan diri. Bagi Radhi pula, dia selalu berasa jengkel kerana hal semudah tidak berminat untuk menyokong pemimpin dan parti politik tidak dapat diterima oleh kenalan-kenalannya yang sudah mengabdikan kehidupan mereka sebagai penyembah pemimpin dan parti politik tertentu.
Memberikan pandangan politik tidak memerlukan seseorang untuk memihak kepada pemimpin atau parti politik tertentu. Radhi membabikan pemimpin A bukan kerana dia memihak kepada pemimpin B. Radhi mempukikan parti C bukan kerana dia memihak kepada parti D. Begitulah sebaliknya, congek!
Menurut akal Radhi, pemimpin dan parti politik di negaranya sudah korup total. Manakala siapa yang sudah terjerumus masuk ke dalamnya tidak akan boleh keluar. Bahkan mereka tidak akan menemukan jalan keluar melainkan mereput dan mati bersama-sama taik politik yang lain di dalamnya.
Radhi kira setiap orang yang terjebak menjadi taik politik mereka sebenarnya sudah lama kematian rasional. Entah bagaimana asalnya mereka ini diasuh, sudah semacam ditanam keyakinan bahawa kehidupan mereka wajib beriman dengan pemimpin dan parti politik tertentu. Mereka juga cenderung bias. Mereka akan sentiasa dan selama-lamanya berat sebelah dan memenangkan tokoh atau parti yang mereka sembah. Kebenaran atau apa saja hanya akan sah sekiranya ia terbit dari pihak mereka. Begitulah logik taik politik mengikut akal Radhi.
Justeru apa yang boleh dilakukan sekarang adalah meramaikan orang seperti Radhi untuk mengepung semua kubu taik politik dan membakarnya. Namun jangan ada seorang pun dari gelombang baru ini nanti yang berani-berani melangkah masuk ke garisan kubu mereka. Puaka. Kerana itu gelombang baru ini perlu 100% merdeka daripada pengaruh pemimpin dan parti politik sedia ada. Kewajipan gelombang baru ialah menguburkan taik politik dan membina masyarakat tanpa pemimpin dan parti politik yang sudah mereput tetapi terus hidup kerana tidak dapat melepaskan puakanya.
Akhirnya Radhi dapat menangkap seorang taik politik tua. Busuknya taik politik ini tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Apa yang Radhi mahu buat dengan taik politik ini ialah kerat lidahnya dan beri makan pada anjing. Pada zaman dahulu cara begini sudah cukup untuk me-rahmatullah-kan taik politik. Namun dek kerana teknologi yang berkembang pesat, hari ini manusia sudah ada cara kedua untuk bercakap, disebabkan itu suka tak suka Radhi akan mengerat 10 jari tangan dan kaki taik politik ini untuk diberi makan kepada anjing. Bagi Radhi, taik politik makanannya yang paling layak ialah anjing, dan mereka sendiri pun adalah yang paling layak untuk menjadi makanan anjing.
Malangnya kekuatan Radhi belum setanding dengan kekuatan taik politik. Taik politik punya jalinan dan rangkaian yang cukup-cukup luas. Persatuan taik politik rupa-rupanya besar dan kuat. Mereka ada di mana-mana, dari bandar ke kampung sehinggalah ke ceruk pedalaman sana. Mereka juga punya keahlian yang cukup ramai. Khabarnya ahli-ahli ini ikhlas berjuang kerana dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan sejumlah wang yang disalurkan oleh pemimpin dan parti politik masing-masing.
Maka sekelip mata saja berita penangkapan seorang taik politik tua sampai ke taik politik yang lain. Sesama taik politik mereka bergabung dan mula memburu Radhi. Tidak sampai 24 jam, mereka berjaya menemui Radhi yang sedang ralit bermain dengan keratan lidah dan taik politik tua yang duduk dan diikat dengan ikatan yang cukup kejap di sebuah kerusi besi. Darah meleleh-leleh keluar daripada mulut taik politik tua tebusan Radhi kerana dia baru saja mengerat lidahnya. Keramaian taik politik sebaik memecah masuk dan melihat taik politik tua sembahan mereka berlumuran darah, mereka terus menyerbu dan membelasah Radhi secukup-cukupnya sehingga Radhi lunyai tidak berbentuk.
Keratan lidah taik politik tua di tangan Radhi sudah dirampas oleh seorang taik politik muda. Khabarnya mereka akan membawa keratan lidah dan taik politik tua yang dikerat lidahnya tadi ke hospital. Lidah itu perlu disambung. Nombor taik politik tidak boleh berkurang. Tidak tanpa izin Tuhan.
Hari ini Radhi mati. Benar-benar selepas Citizen Erased-nya Muse tamat menggema di pemain piring hitam. Radhi sudah mati. Namun apa yang taik politik terlalu bodoh untuk mengetahui ialah bahawa kesedaran Radhi tidak ikut mati. Kesedaran Radhi tidak akan pernah mati. Radhi akan bangkit dan dia akan berkeliaran, atau lebih merinding kiranya jika kita menggunakan kata gentayangan. Radhi berjanji akan mencari setiap taik politik ini sehingga ke lubang cacing untuk dikerat lidah dan jari setiap dari mereka. Itulah janji Radhi.
Karya asal Ben Nizari