Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Maaf, Cik! 2 : Naga Terbang

 

Ini adalah Chapter 2, untuk Chapter 1 sila baca di sini.

---

Inspektor Norman tersandar lesu selepas selesai membaca laporan awal di meja kerjanya. Dia mengeluh.

Kelicikan suspek dalam melakukan jenayah membuat dia bingung.
Ketiadaan petunjuk untuk memulakan siasatan menyebabkan kes tergantung.

Malah kelak, jika sudah ada pun suspek untuk disiasat, mensabitkan kesalahan pada si penjenayah adalah hal yang berlainan. Suspek tiada sperma di dalam mani. Ujian padanan DNA tidak relevan dalam kes ini.

“Kalau suspek yang kita tahan mempunyai mani tanpa sperma, bukankah kita boleh sabitkan kesalahan pada dia?” Lina, anggota di bawah unitnya bertanya di pejabat tadi.

“2% daripada lelaki di dunia ini mempunyai masalah demikian. Pihak peguambela boleh mencetuskan keraguan dengan mudah dengan mengatakan ini cuma satu kebetulan.”

Salahkan CSI! Salahkan pengendali TV satelit!

“Papa!” Anak tunggalnya tiba-tiba muncul dari balik pintu.
“Kenapa tak tido lagi ni, sayang?”
“Papa, Ahad ni papa jangan lupa ye!” Dipanjat riba ayahnya.
“Majlis khatam Quran kamu? Insya Allah tak.”
“Ustazah dengan kawan-kawan Jojo semuanya nak jumpe papa!”
“Aik? Kenapa ye? Rasanya papa takde hutang pun dengan diorang?”
“Sebab Jojo kata kat diorang, papa ni seorang polis yang hebat! Jojo pun nak jadi polis macam papa jugak bila besar nanti!”

Lubang hidung Inspektor Norman tiba-tiba berubah diameter.

"So, papa jangan lupa kay! Papa janji?"
"Ye, papa janji."

"Janji betul-betul ke, janji tipu-tipu?"
"Ish, Kalau dah janji, mesti la betul-betul."

"Mana la tau. Sebab Jojo selalu tengok dalam TV. Kalau papa dia tu ketua polis, selalu papa dia mungkir janji. Kata nak datang, tapi tak datang. Lepas tu kasi alasan macam-macam."

Inspektor Norman garu kepala. "Jojo tak boleh percaya sangat apa yang ada dalam TV tu. Kadang-kadang tu semua propaganda kerajaan je. Nak tunjukkan polis ni rajin bekerja. Er. channel berapa Jojo tengok tu?"

"701.. nape pa?"
"Takde pape, saja tanya." Siap kau aku lock channel tu nanti!


---


“Bagaimana dengan hari kamu, Lina?” Inspektor Norman mengusung failnya masuk ke pejabat.
“Not so good. Penuh dengan Flunitrazepam je.”
“Kamu ambil Rophynol ke? Saya tak tahu kamu ada masalah tidur?”
“Bukan saya, tapi mangsa kita. Sekurang-kurangnya 5mg dos dikesan berada di dalam darahnya."

Dahi Inspektor Norman berkerut. "Okay, itu menjawab mengapa mangsa boleh dibawa hingga ke negeri lain sebelum.."

"Dirogol dan dibunuh!" Lina memotong.

“Er, ye. Terima kasih. Saya tahu kamu marah dengan penjenayah tersebut. Emm, bagaimana pula dengan perkembangan siasatan kita tentang profil mangsa?” Dia menoleh pada Khalid yang dari tadi sibuk menyusun dokumen.

"Saya sudah periksa rekod dua lagi kes di negeri sebelah kita. Mangsa di sana turut mempunyai bahan yang sama di dalam darahnya." Pegawai forensik itu meneliti fail yang dipegangnya.

"Nampaknya suspek kita mempunyai stok Rophynol yang banyak. Saya pasti mangsa seterusnya bakal dilemahkan dengan cara yang sama."

Semua yang ada mengangguk tanda setuju.

"Baiklah, siapa yang kita akan soal siasat untuk sesi pagi ini?"
“Ini dia.” Khalid hulurkankan butiran dokumen dari fail.
“Salwa?”
“Kawan sepejabat mangsa. Beliau ada bersama mangsa sehari sebelum kejadian. Dia orang terakhir yang melihat mangsa ketika masih hidup.”

Inspektor Norman nampak sedikit harapan.

"Hmm, baiklah. Pegawai Khalid, mari ikut saya.”


---


“Sudah berapa lama Cik Salwa kenal mangsa?”
“Baru dua minggu. Dia baru je berpindah ke sekolah ni. Baru posting.”
“Dari apa yang cik kenal, adakah mangsa mempunyai musuh? Atau mungkin seseorang yang mampu melakukan begini padanya?”

Geleng.

“Dia ada teman lelaki?”

Geleng lagi. “Tak pasti.” Saya bukan mak dia. Saya tak tau.

Pegawai Khalid mengisyaratkan sesuatu pada Inspektor Norman. “Baiklah, saya difahamkan sehari sebelum kejadian, mangsa ada bersama cik. Boleh saya tahu cik berdua pergi ke mana?”

Salwa terdiam. Teragak-agak untuk menjawab.

“Dia.. minta saya hantar dia ke suatu tempat.”
“Ke mana?”

Pandangan Inspektor Norman menombak ke dalam anak mata Salwa.

“Hotel Nikko.” Jawapan itu terpacul dari mulutnya.
"Hotel Nikko, Jalan Ampang?"

Angguk.

“Untuk?”
“Dia kata dia perlu berjumpa dengan seorang Datuk di situ.”
“Ada dia sebut Datuk apa?”

Geleng kepala. Datuk Patinggi Ali kut? Tapi tak mungkin Datuk K, dia dah kawin.

“Maklumat-maklumat lain yang cik tahu?”

Masih geleng.

“Beginilah cik. Kalau cik rasa ada sesuatu yang cik mahu sampaikan kemudian. Cik boleh terus hubungi saya.” Inspektor Norman meletakkan sekeping kad di atas meja. Salwa memandang tanpa perasaan.


---


“You have to stop all this madness before its too late. Susah kita berdua nanti!”
"You sakit Juan, you need help. You tak rasa bersalah to take those lives?"
“Sampai bila you nak jadi camni? You tak boleh terus salahkan daddy and mummy atas semua ni. They were wrong. But you.. you yourself takde hak nak bertindak macam ni. Ini libatkan nyawa orang lain."
"Akak takut.. sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya you akan merengkok ke dalam lokap juga."

Juan yang dari tadi diam angkat muka memandang kakaknya.

"Yang akak pegi layan polis tu kenapa? Kalau akak salah jawab tadi macam mana?" Akhirnya Juan bersuara.
“Juan! Akak pun dah terlibat dalam kes ni. Akak orang terakhir yang jumpa dia sebelum dia hilang. Sudah tentu akak akan disoal siasat.”
“Sape suruh akak pergi hantar dia pergi bengkel.”

Salwa terkedu. Geram dengan jawapan adiknya.

“Juan..” Salwa dekatkan dirinya.

“Akak sayangkan Juan. Sejak daddy mummy dah takde. Juan ajelah darah daging akak yang masih ada. Selagi akak boleh lindung Juan, akak akan lindung. Tapi akak takut Juan akan terjebak sampai ke tahap yang akak tak boleh tolong selamatkan lagi. Akak taknak ada apa-apa yang buruk berlaku pada Juan.”

Juan pejamkan mata.

“Kembalilah ke pangkal jalan, Juan. Selagi kamu ada kesempatan.”

“Saya tak pernah mintak akak lindungi saya. Akak tak perlu nak susah-susah cuba berbuat baik dengan saya. Pandai-pandailah saya uruskan diri sendiri.” Juan sudah keluar rumah membawa diri.

"Juaan!"


---


“Hello, boleh saya cakap dengan Suzie.”
“Speaking. Siapa di sana?”

“Hey Suzie, ni Juan la. Ingat lagi?”
“Oh, Juan! Hai! Ha, berapa bijik kereta you berjaya rosakkan hari ni?”

“Haha, funny! So how's your car. Dah okey ke after keluar bengkel?”
“So far so good. All back to normal. Mujur. Tapi takpe, kalau rosak pun nanti I tahu nak cari siapa!”

“Uh, come on. Kopak la I camni! Kalau rosak lagi tu bukan salah I okay.

Mereka gelak.

"So, kereta dah elok. Bolehlah nanti you bawak I jalan-jalan kan?”
“Bawak you jalan?” Suzie buat-buat terkejut. “Tengoklah. Kalau I ada mood.” Matanya dikenyit! Semua berjalan seperti yang diharapkan.


---


“Hey, nice outfit. You look gorgeous. Pandai you padankan theme pakaian you ye.”
“Please. I biasa aje okay! You tu ha. I jumpa kat carwash bukan main selekeh lagi. Ini macam anak orang loaded pun ada!”

“Loaded? Nautica Uptown je la ni!” Juan jelirkan lidah.
“Sudah la, suka merendah diri. I glimpse pun dah tahu ori tak ori.” Pantas jarinya mencubit lengan Juan.

“So, where are we going?”
“You ajak I keluar, you tanya I balik?”

“I ajak you keluar sebab nak jumpa you je. The rest, its your call.”
“Ok then, I bawak you kenalkan jumpa kat parents I. Nak?”

“Erk..”
“Hah! Pucat. Kidding jela. Guys like you. I know, takut dengan komitmen! Dah, kita pergi The Curve je. I heard today ada Champions League punya exhibition.”

Juan sengih. “Ok, lets!”


---


“Wow, that was awesome. Finally I dapat touch sendiri trofi tu!”
“Yeah, kool kan? Now kita dah taraf Ronaldinho and Gerrard la!”

Mereka berdua gelak.

“Ni ha, I bought you a drink.” Juan hulurkan Vanilla Coke yang siap berstraw.
“Oh? That was really sweet, but no thanks.”

“La, kenapa? I thought you said you suka Vanilla Coke?”
“My mom pesan, if keluar dengan stranger don’t accept air yang dah dibuka macam ni. Bahaya. Takut dah taruh apa-apa.”

Wajah Juan sedikit berubah.

"Uh, come on. Takkan la I nak buat camtu kat you? Kita kan kawan?"
"Yeah, meemang kawan. But perkenalan kita ni hijau lagi."
"Hijau?"
"Still green. Masih baru lagi."
"Ok, whatever." Juan mencebik mahu merajuk.

"You tak kecik ati kan?"

Dia tak menjawab. Hanya jungkit bahu. Buat tak pandang.

"I'm just following my mom's advice. That is how I show my love for her."

"Don't you love your mom too? Camne you tunjukkan cara you sayang mak you?" Suzie tak berhenti bertanya.

Dahi Juan berkerut. Kelihatan terganggu.

"Eh Suzie, jom kita pergi tempat lain pulak. I nak bawak you to somewhere special!” Dipaksakan satu sengihan. Jawapan untuk soalan yang diajukan hanya dijawab dalam hati.


---


“You know what? You la perempuan paling special I penah jumpa dalam hidup I!” Keheningan semasa dalam kereta akhirnya terlerai.
“Really? What do you mean by hidup you? Hidup you sejak you bangun pagi tadi? Or hidup you dalam bulan ni?"
Juan terpinga. "Apa you cakap ni?"
"I bet semalam or bulan lepas you dah pancing some other girls dengan pick up line yang sama.” Suzie mengelaborasi.

“You ni! I’m serious.”
“Juan, you’re a guy. Apa yang keluar dari mulut spesis korang ni, it can be invalid in 2 weeks. In your case, I tak pelik if its just 2 hours.”

“You memang ingat I ni that bad ke?”
“I dah banyak jumpa guys like you. If you are not exactly the same pun, you are just more less the same.”

“You are mean. I wonder what you have been through before.”
“Something you guys are proud about. But, lets not go there.”

Kedua mereka terdiam.

Vios maroon terus meluncur melalui jalan berbukit bukau. Di kiri kanan jalan bangunan-bangunan batu berganti dengan pokok-pokok yang menggadang.

“Anyway, where are we heading?”
“I nak bawak you tengok city scenery dari dam atas sana tu.” Memuncung pada dinding gergasi yang tersergam gagah.
“Really? Ok, that's cool. I’ve never been to that place.”
“And I'm sure you’ll like it.”

“Oh, ni ha. I belikan you air yang baru tadi. Air ni belum dibuka. I believe your beloved mom tak kisah with it.” Dutch Lady perisa Strawberry 250ml dihulurkan.

Suzie senyum sambil menerima. “Thanks, you memang tak berhenti mencuba kan?”
“For you, I wont!”
“Tak payah la guna ayat camtu. It doesn’t work on me.” Suzie sudah mencucuk straw.
“Ok ok. I’ll just shut up from now on!” Juan jelirkan lidahnya.

Selepas 10 minit, mereka sampai ke destinasi yang dituju.

“Aight. Kita dah sampai.” Kereta diberhentikan. Di sebelah kiri mereka terbentang satu pemandangan bandar yang indah dari ketinggian 1000 kaki. Indah dan memukau!

“Suzie?” Juan menoleh. Suzie di sebelah sudah terlentok tidak sedarkan diri.

"La? Well I guess your mom tak kasitau yang injection boleh digunakan untuk suntik roofies dalam air kotak.” Juan mengangkat picagari yang disoroknya. "Or maybe dia tak tau pun ada taktik ni." Senyuman jahat mula terukir.


---


Langit di atas sudah menjingga. Menandakan senja yang makin mendekat. Di dalam sebuah kereta di kawasan yang tidak dilalui orang, dua orang manusia sedang berada di dalamnya. Yang seorang tidak sedarkan diri. Yang seorang lagi sedang sibuk melepaskan baju yang dipakai.

"Dulu engineer, lepas tu salesgirl, lepas tu lagi cikgu.. yang ni pulak apa ye. Lupa pula nak tanya." Juan tersengih-sengih sendirian. Jari-jemarinya sudah beralih kepada butang-butang baju yang seorang lagi.

Sebaik dia menyelak blaus yang dipakai Suzie gelaknya terhenti.

"Eh, what the..!" Matanya bertukar buntang. Di sebalik blaus tersebut, terselit satu transistor mikro dan alat penerima isyarat radio. Juan dapat rasakan ada yang tak kena.

"Jangan bergerak! Anda telah dikepung! Sila keluar dari kereta dengan tangan di atas kepala!"

Empat buah kenderaan peronda diiring dua buah van polis menyerbu sekeliling Viosnya. Juan tergamam. Semuanya berlaku dengan pantas.

Saat ini hanya ada satu saja perkataan yang mahu meluncur keluar dari bibirnya. "Shit!"


---


"Tepat sekali jangkaan awak Pegawai Khalid!" Inspektor Norman bersedia di posisinya. Pistol siap berpeluru diacu pada kedudukan Juan.

"Saya lihat cara Salwa menjawab semalam pun saya sudah tahu dia ada rahsiakan sesuatu. Tak sia-sia kita intip rumahnya selepas itu."

"Kali ini dia takkan terlepas lagi. Mujurlah semuanya berjalan dengan lancar. Risau saya apabila perbualan di dalam kereta terhenti. Saya tahu ada perkara yang buruk sudah berlaku."

"Penjenayah ini benar-benar licik. Tapi kelicikan dia hanya sampai di sini sahaja tuan!" Pegawai Khalid senyum yakin.


---


“Celaka! Aku telah diperangkap!” Juan mendengus. Diperhatikan keadaan sekeliling. Semua anggota polis lengkap bersenjata sedang bersedia mengambil tindakan yang perlu. Juan ketap bibir. “Binatang!”

“Lebih baik awak menyerah! Awak sudah dikepung!” Suara dari hailer itu pecah lagi.

Lebih baik? Kalau menyerah sudah tentu aku akan dibicarakan dan dihukum gantung! Paling tidak meringkuk di penjara sepanjang hayat!

“Semua unit, jangan lepaskan tembakan dulu. Anggota kita ada di dalam sana.” Inspektor Norman berbisik melalui rangkaian radio.

Suasana di tempat kejadian berubah menjadi sunyi. Juan masih belum keluar. Anggota yang lain masih menunggu. Di kerusi sebelah, Suzie masih terjelupok dalam pengsannya.

Juan terus berfikir.

“Baiklah! Korang fikir korang boleh tangkap aku ye!” Enjin kereta dihidupkan kembali. “Marilah cuba!” Pedal dihenyak. Vios mula memecut deras ke depan.

“Hati-hati!” Inspektor Norman menjerit pada anak-anak buahnya. Namun, dia sendiri yang tidak berjaya mengelak. Vios datang menghentam dan tubuh Inspektor Norman terpelanting sebelum berguling ke tepi.

"Tuan!" Pegawai Khalid segera memberi bantuan.

Kereta yang dipandu Juan hilang kawalan. Pagar yang menghadang kawasan empangan itu langsung dirempuh. Vios maroon terus terjunam di cenuram bersama Suzie dan Juan di dalamnya.

Inspektor Norman yang sedang mengerang kesakitan lantas menjerit..

“Linaaa!!”

(bersambung ke bahagian akhir, trilogi maaf, cik!)

Director's Cuts and Blunders

Scene 2 : Sewaktu di Ibu Pejabat Polis.

"Baiklah, siapa yang kita akan soal siasat untuk sesi pagi ini?"
“Ini dia.” Khalid hulurkankan butiran dokumen dari fail.
“Salwa?”
“Kawan sepejabat mangsa. Beliau ada bersama mangsa sehari sebelum kejadian. Dia orang terakhir yang melihat mangsa ketika masih hidup.”

Inspektor Norman nampak sedikit harapan.

"Hmm, baiklah. Pegawai Khalid, mari ikut saya.” Katanya dengan tenang dan bergaya.
"Tak perlulah kan nak tiru sangat gaya Horatio." Lina geleng kepala.


Inspektor Norman tersengih kemaluan. "Ala, mana tau ni?"

CUTT!!

---

Scene 3 : Menyoal siasat Cik Salwa.

“Beginilah cik."
"Don't tell me tuan inspektor mengesyaki saya?" Tak semena-mena Salwa melenting.

"Eh? Saya tak kata begitu pun. Saya cuma nak kata, kalau cik rasa ada sesuatu yang cik mahu sampaikan. Cik boleh terus hubungi saya.” Inspektor Norman serahkan sekeping kad. Kelihatan bingung.
"Oh, maaf! Inilah kali pertama saya disoal-siasat. Lepas ni entah bila lagi. Jadi saya teringin sangat nak cakap macam tu. Macam dalam TV."

Inspektor Norman dan pegawai Khalid ternganga sambil gelengkan kepala.

CUTT!!

---

Scene 4 : Perbualan Salwa dan Juan di rumah.

“Akak sayangkan Juan. Sejak daddy mummy dah takde. Juan ajelah darah daging akak yang masih ada. Selagi akak boleh lindung Juan, akak akan lindung. Tapi akak takut Juan akan terjebak sampai ke tahap yang akak tak boleh tolong selamatkan lagi. Akak taknak ada apa-apa yang buruk berlaku pada Juan.”

Juan pejamkan mata.

“Kembalilah ke pangkal jalan, Juan. Selagi kamu ada kesempatan.”

“Saya tak pernah mintak akak lindungi saya. Akak tak perlu nak susah-susah cuba berbuat baik dengan saya. Pandai-pandailah saya uruskan diri sendiri.” Juan sudah keluar rumah membawa diri.

"Juaan!" Kakaknya menjerit dan mengejar hingga ke muka pintu.

"Apa lagi?" Dia berpaling tatkala mahu memulas minyak motornya.

"Ni.. helmet. Pakai. Kena saman nanti."

"..."

CUTT!!

---

Scene 9 : Di dalam kereta. Suzie sudah pengsan.

Langit di atas sudah menjingga. Menandakan senja yang makin mendekat. Di dalam sebuah kereta di kawasan yang tidak dilalui orang, dua orang manusia sedang berada di dalamnya. Yang seorang tidak sedarkan diri. Yang seorang lagi sedang sibuk melepaskan baju yang dipakai.

"Dulu engineer, lepas tu salesgirl, lepas tu lagi cikgu.. yang ni pulak apa ye. Lupa pula nak tanya." Juan tersengih-sengih sendirian. Jari-jemarinya sudah beralih kepada butang-butang baju yang seorang lagi.

"Hey.. watch it. Jangan la lebih-lebih pulak bukak butang tu."
Buk! Buk! Buk!
"Adoikhh!"

CUTT! Paramedik, lekas!

---

Sila klik di sini untuk ke bahagian akhir.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Aksi

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1)

    kesegaran idea : 5.0
    penceritaan : 5.0+
    susunan kata : 5.0+

    Siap ade Director's cut lagi tu. Ah, tak cukup point no. 5 ni. Selamber, aku kasi ko 6 cahatomic 


  • (Penulis)
    2)

    terima kasih, tapi .. wah wah. sampai 6 yer. ingat nama saya ni muhd johari bin rahmad?

  • 3) Idea director's cut tu aku suke gile. 1st time aku baca dlm bentuk tulisan, agaga
  • 4) wakakakakakka!
  • 5) wooohhh...menarek...x pnah2 lg jmpe director's cut versi tulisan...hahaha.. ley wat siri drama penyiasatan nih.. inchik Jo bagi 6 yer? orait...slumber bg 6.05 ..
  • 6) hehehe..ske arr bace cut and blunders tu..teringat citer monster inc yang ada blunders gak..anyway, i'm one of the biggest fan of horatio...
  • 7)

    “Juan, you’re a guy. Apa yang keluar dari mulut spesis korang ni, it can be invalid in 2 weeks. In your case, I tak pelik if it just 2 hours.” --> i bet it will only be valid for 2 minutes.

    pawah gile la encik caha. eh rosak bm.

    sungguh hebat gaya penceritaan encik caha. beserta dengan arahan 'Henti' daripada tuan pengarah lagi. coolness!

    eh tade rating 6 ke?

  • 8) tu la.. nak kena rombak ni system rating ni.
  • 9)

    wahlauweyyyyyyyyyyyyyyyy ini sudah tahap otai nih.

    superb seh....superb......(aku yg tgh UAT nih, tergelak2 sendiri...sungguh tidak patut)


  • (Penulis)
    10) satu yg geram sbb xleh pilih font verdana. haha kalau nak kena copy paste dr words. kalau copy paste dr words kena betulkan balik break. aaa
    (kurang bersyukur dengan nikmat tuhan dan usaha jo)

    anyway. tengs all.
  • 11) nak includekan verdana tu, aku perlukan masa.. wo woo..
  • 12) wuu~ dr monyok xde mood, tros rasa segar sbb baca cerita best. respek la bro!!

  • (Penulis)
    13) tengs miszyangmemahami.

    anyway missaszni. saya teringat citer semut tu. antz bully eh nama dia? ade blunder gak last2 . xbleh blah kan. citer 3d pun ada blunder. bongok2 lak tu. siap kentut2. haha
  • 14)

    haha... tak tahan director's cut scene 3.. hurm...

    yang part director's cut itu mmg menarik tapi part tu cam mengaburkan mata bahawa plot citer ni dah nak ke arah stereotype dah (plot di mana org jahat selalu terkena... huhu)... tak nak wat twist yg mengejutkan lagi ke caha??!

    takpe-takpe val tunggu yang part last nyer, ok! 


  • (Penulis)
    15) tu la tertekan gak nak mengejutkan part akhir. asik terkejut je. nanti takut jo letak rating 18 TK - mengandungi unsur2 terkejut yg tak berlebihan. tak sesuai utk yang di bawah 18 dan mempunyai sakit jantung.
  • 16) go caha go!! best ahh cite ni..cam tgk csi tp xkompilkated cam csi..tp okeylah..cam grey's anatomy.. ataupon maybe cam scrub (ble part2 director: CUT!!) hehehehe
  • 17)

    Flunitrazepam is known to induce anterograde amnesia in sufficient doses; individuals are unable to remember certain events that they experienced while under the influence of the drug. This effect is particularly dangerous when flunitrazepam is used to aid in the commission of sexual assault; victims may not be able to clearly recall the assault, the assailant, or the events surrounding the assault.

     powerlah encik caha..adakah ini hasil drpd tontonan csi, atau en. caha sememangnya seorg encik polis... :-D..neway, aku kasi 6.75 boleh?

    • sha
    • 17 years ago
  • 18) gempak2.....1st time komen ni...mmg mantap!!! buat lg bende2 baru!! pasti nice~~

  • (Penulis)
    19) hey tengs syud. thats flattering. and yes, terpengaruh dgn CSI juga benda2 ni.
    sha : haha amik dari wiki gak ek? same la. baca kat wiki gak masa tulis ni! mana lagi sumber reference yg mudah :p
    joni : baru join kapasitor ke? are u joni yg i knew ke apa? tengs bro. keep it up (eh?)
  • 20)

    korang rasa citer ni best?
    korang rasa citer ni mantap?

    jangan kedekut menilai karya ini. Bagi rating yg korang rasa berpatutan. Support cahatomic dan sekalian writers dlm kapasitor ni utk membuatkan diorang lagi bersemangat menghasilkan karya-karya best dan mantap untuk bacaan korang

  • 21) Caha, hold me.

  • (Penulis)
    22) hold kat mana siber? uhh
  • 23) komen 2 terakhir  ni sgt tak perlu
  • 24) PDA plis.. jaga PDA

  • (Penulis)
    25) er .. ah! maaf!
  • 26) la..ingatkan juan pablo mantoya dh kena tangkap..bila polis nk tangkap juan pablo mantoya nih..ko bagi juan lps la ending citer ni..x pun wat dia escape dr penjara last ep 3 nanti..boleh la wat saga mcm star wars
  • 27) tp idea cut-cut ni x best ha..kacau stim aku mau baca..

  • (Penulis)
    28) hehe. aku menulis utk kepuasan juga. mmg teringin nak buat directors cut. tu la post kat kapasitor. tiada halangan! tiada kekangan! :D
  • 29) gud job. best!! ++++ marks 4u. cpt2 smbg
  • 30)

    cwohoo...greatas.!!!memula aku nak bagi 10 mark. Tp memandangkan yg hastler pun bg 6 je, so aku reduce la..aku kasi 5.5..ok caha?

    Apapun, congrats.

    BRAVOoo...!!!! 


  • (Penulis)
    31)

    5.55 la ;)) bleh hutang :p pressure pulak rasa nak fikirkan idea utk part akhir. jangan expect tinggi2 sgt ye. takut tak terjangkau :p

    anyway, tengs idham n spicy.

  • 32) fuhlahmakkkkkk. fuhlahmakkkkk. tak terkataaaaaa :D
  • 33) wahhh caha, i really enjoyed this piece! walaupun stereotype kalau dlm movie etc.. tapi refreshing dlm penulisan!!! love the director's cut part! to me, a better rendition of classic rl stine's stuff tambah sense of humour! hehehehehe

  • (Penulis)
    34)

    comot : wah, kemain ye kamu

    bitterpill : tengs, tapi tu la. takut nak habiskan part 3 ni. takut idea yg ada ni x mencapai ekspetasi pembaca lain. naya nih. takut takut!

  • 35)

    jgn takut caha..percaya pada diri sendiri.yakin boleh.sesungguhnya kebolehanmu terletak dibahumu sendiri..bukan pada harapan orang lain.

     

     


  • (Penulis)
    36) aight. ya, kadang2 terlupa. tu post kat kapasitor. sini la tempat nak belajar. pelan2 kayuh! tengs idham
  • 37)
  • 38)

  • (Penulis)
    39) wow. artakus. terlalu speechlesskah?
  • 40) artakus: jika anda mengalami masalah dlm menulis komen, itu mungkin disebabkan oleh web browser anda.
  • 41) aku rasa cite ni best dan mantap sekali, nokotta!!!
  • 42) caha..dasat gile ko..cm tak cye syot..syokk gile direktor's cut tuh..kalo nak adaptasi jadik pilem (filem) invite aku eh? waterboy pun xpe..asalkan dpt tgk direktor's cut yg ko rancangkan..haha..
  • 43) terpengaruh ngan csi nih... i'm one of csi's fans gak. sukalah director cuts and blundder tuh.... dahla baca kat cc, org tngk je sy gelak sorang2...kihkih..cayalah caha!! 6 gak points utkmu!
  • 44)

    leh letak 6.5 tak?

    hahahaha......


  • (Penulis)
    45) ok . nanti nak mintak jojo buat special nye . 6.5 :p tengs for reading :)
  • 46) x payah puji la caha.ko tau tahap ko kat mane. aku just nak cop je. nak tanda aku dh bace.hehe
  • 47) haha same with fai.. nnt kalau tak tinggalkan komen dia ingat kita tak baca pulak. pstu merajuk. tah pape.. hehe :p

    syahar, too bad ko bukan bakat bangi. hehe.. tapi cerite ni mmg best. aku kagum.
  • 48) yeah cite ni mmg best :p
  • 49) ada director's cut tu yang tak menahan..gagagaga..
  • 50) xthn..best gler..fresh idea! first time bot bc cter cmni..bagus caha. kelakar pn ade.
  • 51) ah...i like it...eventhough I kinda predicted the suzie part..nice..nice..5 frm me =D
    Scene dlm director's cut yg kena saman tu crack me out for reals!
  • 52) cerita ketiga yang buat dads nak baca sampai habis..
    bila nak bukukan? :)klu ada 10 bintang dads ltak yg spuluh..
    huhuhu
  • 53) best ah cite iehh .
    padan muke juan .
  • 54) weh aku suka plot cut tu, tahap wakaka tul... x leh blah, "nah pkai helmet ni nanti kena saman..."aku ketawa smpai kentut r..
  • 55) hehehea mcm behind the scene da.

    citer yg segar..wat emosi pembaca bercampur baur.
  • 56) cahaaaaaa...best gila cite nih. saya bagi 8! =) teruskan menulis ya!
  • 57) huh...tak mati2 laghi ker juan tuh?
  • 58) ...da ase cm filem la abg..huhu..best...org xtau la nk bg bpe..huhu...nah..amek 6..hehehe...
  • 59) tahniah! hanya itu yg mampu sy ucapkan... =)
  • 60) macammane la en caha nie terpikir nak buat citer mcm nie erk?
    hebat la... bukan otai lg nie..tp dah tahap PAILANG! ( puji dlm mengutuk! )
    benci tol!!!!

    >:P
  • 61) so far best..
    i baca sebab caha paksa..

    sat..nak sambung part last
    kui kui
  • 62) kasik...4 3/4..ehehe..lgi 1/4 bm spoil..=p
  • 63) best, memang bagus karya kamu
  • 64)
  • 65) best..
  • 66) Best... sampai i leh masuk dlm citer.. kalau i jadi cikgu tu.. Nauzubillah... takutnyer...

  • 67) terkagum jap

  • 68) lu memang terror! Nak shoot filem nanti ajak gua! boleh la gua buat screenplay sikit sebanyak! ha ha!
  • 69) cuma, kalu nak DNA, tak perlu ada sperm pun boleh...
  • 70) CUT! hahahaha
    dah mcm scene movie je... btw, still nice
  • 71) semart! sgt semart..
    btw, jgn lupe pakai helmet okeh?
    sy bg bintang berlima beradik dari angkasaraya..XD
  • 72) mangsa seterusnya lupa nak tnya. adoii. sgt licik caranya. zaman skrg semua kna hati2.
  • 73) bloopers!
    hahah. best best.
    sangat lain daripada cerpen-cerpen yang saya baca sebelum-sebelum ni.

    SUKAAAA...!
  • 74) Hmm speechless dbuatnya..cara en caha menulis dan bcerita nih mbuatkan diriku tmbh gerun nk mengeksperimentasi cerpen. Apa2 pn, nk bg 9 la..xle la smp 10 nti cik siber mwajuk..kwang3.

  • (Penulis)
    75) aishh
    cabang eksperimentasi ada banyak janganlah malu dan segan
  • 76) jojo?
  • 77) ade tmn lelaki mne boleh btau mak,nnt kena marah!

  • (Penulis)
    78) hep. kena dahulukan mak!
  • 79) aku suka amat itu cut n blunders
    ngehehehehe!
  • 80) ok caha, kau punya pergerakan cerita pantas, dari babak ke babak kau dapat cangkuk mata aku untuk terus membaca, jalan cerita kau menarik tinggal lagi, aku syak kau ini seorang penulis skrip..kenapa? hahahaha....

    aku tak dapat latar cerita kau, aku rasa macam semua watak bergerak di layar hijau atau biru... kau jangan kecik hati caha, ini teguran ikhlas aku
  • 81) hhahahhahaaaaha
    'cut' die xle blah. nice writing.
  • 82) Susunan cerita terbaik.
  • 83) Suke! Director's Cuts and Blunders. Thumbs up for that!

    Rambut Juan tak pernah gugur ke, kalau ada rambut gugur bleh kan guna utk DNA test. Tiada istilah jenayah sempurna kan?

    Anyway, caha ada dendam dengan cte CSI ke?
  • 84) aku suka tang director's cut. ah tak minat sangat CSI miami.
    aku setia pada CSI vegas.
    pakcik horatio walaupun bergaya bila bukak spek hitamnya masih tak boleh tandingi pakcik pakcik grissom!
    hail pakcik grissom!

  • (Penulis)
    85) ralph: hahaha. sayangnya pakcik grissom dah tiada dah diganti. kui kui.

    choco: tiada dendamlah saya suka cerita tu walaupun dah lama tak tgk. hehe. oh juan dah bersihkan sisa rambutnya
  • 86) bloopers = best!
    cerita = best!
    mr. caha = best!

    dah2, nak gi baca last part

  • (Penulis)
    87) hehe. pembaca yg sudi baca pun best
  • 88) hohoho.. best cite nih
  • 89) director's cut ..the best..ahaks..

    citer ye pun best...i like..
    ^_^
  • 90) separa genius cerpen ni..hehe. best!
  • 91) baca lg utk kesekian kalinya...msh memukau like d 1st time, still fresh...tbaik dr ldg D)
  • 92) banyaknya komen!!...jenuh nak baca..maaf ye caha..akak baca lagi sekali..

  • (Penulis)
    93) Hehehe. Thanks kak baca and sudi komen. Hihi. saya ni tak banyak menulis kak. so orang tak tau nak komen mana. komen je la karya yg sikit ni. tu yg nampak banyak. hihi.
  • 94) ala caha ni..merendah kan diri lak dia...biar sikit karya, jika ianya jadi terhebat..bukan banyak karya tapi tak sedap! hehe..macam karya akak tu..hentah hapa-hapa...tarapappa!

Cerpen-cerpen lain nukilan cahatomic

Read all stories by cahatomic