Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Bengkel Penulisan Sci Fi dan Fantasi pada 13 Jun 2010

  • jojo
  • 14 years ago
  • 727

 

Aku tak pernah menghadirkan diri dalam sessi bengkel penulisan sebelum ini. Apabila serunaifaqir melalui AVA mengajak aku menyertai bengkel ni, tentulah rasa was-was kerana aku belum pernah ada pengalaman sebegini.

Yang aku ada ialah contoh cerpen sci fi dan fantasi (rujuk cerpen Betelguese & Indera Panji dilanggar Todak)

Berbekalkan 2 cerpen yang berstatus merangkak, aku bersetuju untuk menyertai bengkel itu dan menghantar 2 cerpen tersebut untuk dikritik.

Menarik! Bengkel yang benar-benar mengujakan kerana keaktifan peserta dan tenaga pengajar begitu bagus. Malahan, bengkel berlalu dengan suasana yang tidak terlalu serius dan formal. Aku rasa ini sesuatu yang bagus kerana suasana sebegini dapat membuang jurang takut dan malu-malu antara peserta dan tenaga pengajar.

Aku dapat berjumpa dengan Ahmad Patria (wuhu..! dah lama gile nak jumpe tapi tak pernah dapat), Nisah Haron (aku ada beli Locus Standi) Fadli Al-Akiti dan semestinya Serunaifaqir yang banyak berkongsi cerita dengan aku (jeng je jengg..)

Karya aku dikritik oleh tenaga pengajar. Bagus apabila dapat mengetahui selok belok dan kesalahan serta kekurangan dalam karya kita. Sementelah pula, bimbingan itu terus daripada penulis terkemuka. Mestilah aku suka!

Ya, aku berhajat  untuk menyambung Betelguese dan Indera Panji dilanggar Todak secara novel. Novel Natasha? Haha, tu pon aku dah lama tak update.. ada hati nak tulis novel lain.

Hihih..

Berikut adalah beberapa keping gambar yang dicilok daripada blog AVA

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash1/hs550.ash1/32113_129406153747753_100000351062646_213802_5670820_n.jpg 
semua tekun menulis bukan kerana ada orang mengambil gambar :P

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs640.snc3/32113_129410223747346_100000351062646_213829_2558761_n.jpg 
Ahmad Patri @ Abang Pat yang lucu dan boleh berbahasa arab

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs640.snc3/32113_129408913747477_100000351062646_213816_6981051_n.jpg 
fadli cuba melakukan aksi terbang bagi menggayakan satu senario sci fi

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash1/hs550.ash1/32113_129410203747348_100000351062646_213825_2265345_n.jpg 
adab bile berilmu, kena duduk depan baru dapat ilmu lebih sket :P 

Baca perbualan