http://www.kapasitor.net/community/
Article  Information  Life  Opinion  Relationship  

Kapasitor MS: Senarai 10 Cerpen Pilihan Cahatomic

iklaneka
image

Sumber Gambar

Dalam menaksir sesuatu cerita sama ada bagus atau tak, kuantum penilaian aku akan lebih menjurus pada elemen wajib-ada ini: idea, plot cerita dan laras bahasa yang digunakan (disusun mengikut keutamaan). Kesemua ciri tersebut jika berjaya diasimilasi dengan baik oleh penulis, disisip mesej berguna dan diserikan lagi dengan ilmu yang bermanfaat, aku boleh gerenti cerita yang dihasilkan memang gempak. Gerenti aku akan rekomen pada orang lain.

Kalau ditambah penamat yang luar jangka.. ah, itu adalah definisi aku untuk cerita yang sempurna!

Entri ini menyenaraikan 10 cerpen yang secara peribadinya paling terkesan pada aku, kompilasi sejak 2005 menyertai Kapasitor. Cerpen-cerpen yang jika-kau-orang-baca-beerti-kau-orang-sudah-melawat-Kapasitor, sama sekali bukan standard doktrin melawat-Melaka-beerti-melawat-Malaysia yang diasuh oleh guru waktu sekolah rendah dulu. Sama sekali bukan. Kerana ia sepatutnya Kuala Lumpur :p

Kapasitorian sekalian, dipersembahkan cerpen pilihan saya (tidak disusun mengikut keutamaan) :)

1. SyiCahatomic

75 penilai dan 168 komen merupakan dua rekod yang dipegang oleh cerpen ini. Walaupun menyenaraikan karya sendiri adalah sedikit euw~ dan masuk tong guling sendiri, hei, senarai ini takkan lengkap tanpa Syi walau betapa tidak bias aku sekalipun.

Syi mengisahkan Reza yang berkawan rapat dengan Syifa dan mahu menggoda si gadis penjual belon bernama Irena. Nombor telefon sudah didapati, panggilan juga dengan segan silu berjaya dibuat. Berjayakah Reza mendapatkan Irena, atau.. atau.. ha, atau.. itu, silalah sambung sendiri dengan membacanya.

2. Insolvensi HatiCika

Seperti aku, penulis karya ini Puan Awin (pada ketika itu Cik) tak banyak menghantar karya di sini. Hanya dua. Tapi daripada dua, satu ini cukup menyentap ulu hati dan berjaya menghasilkan impuls keinsafan.

Teringat komen seorang sahabat; membaca kisah ini katanya bagai menyingkap hidupnya sendiri. Aku rasa ramai saja yang boleh berasa begitu. Apabila perempuan yang sepatutnya malu tidak lagi rasa segan. Apabila lelaki selaku pemimpin memimpin kepada kemungkaran. Familiar bukan? Bukankah semua ini ada di mana-mana?

Kalau pedoman yang ingin kau orang cari, cerita ini ada halwa istimewa buat rohani!

3. Surat Cinta ThreasiaUpenyu

Penulis mapan jarang nak berkarya di sini. Kalau ada pun, penulis mapan tak kongsi karya-karya yang taraf untuk diterbit ke dalam Kapasitor. Baik hantar pada editor majalah atau akhbar mana-mana ya tak? Tapi Abang Sham, atau turut dikenali sebagai Tok Penyu menongkah logik tersebut.

Surat Cinta Threasia cerpen bergenre arus perdana yang digarap mempesona. Tak tahulah sebab aku pun dah terpikat dengan lenggok watak Threasia atau cara Abang Sham menghidupkan later cerita ini yang sebenarnya memaut. Apapun kredibiliti cerpen ini nyata utuh apabila tersiar di Mingguan Wanita edisi 6 Januari 2010. Sesuai untuk dijadikan inspirasi (terutama cara bagaimana ia ditamatkan) kepada sesiapa yang bimbang terlalu terikat dengan teori dan kaku dalam menghasilkan karya arus perdana.

4. Aku Hanya Seorang Dustbin BieberAzimTyping

Cerita ini cukup ramuan untuk menambat hati anak muda. Tajuk yang catchy. Stail penulisan yang remaja. Ayat tidak meleret. Dan yang paling best sekali ada mesej yang kuat. Setiap plot telah digarap dengan isu dan tempo yang sesuai. Memang dieram baik sebelum dihantar untuk bacaan.

Monolog-monolog sudut pandangan orang pertamanya memberi nasihat buat kita yang sering alpa dengan tipu daya makhluk penghuni neraka. Membuka minda yang terlalu hanyut dalam permainan awal dewasa.

5. Kia Spectra Biru Laut - Hulubalang

Penulisan sudut pandangan orang kedua adalah sedikit asing buat aku ketika membaca cerita ini. Terima kasih kepada Kia Spectra Biru Laut, aku melalui pengalaman pertama yang meninggalkan kesan.

Seperti komen-komen di bawahnya, aku yang turut pernah melihat klip video yang dimaksudkan akan memvisualkan cerita ini berdasarkan adegan klip tersebut.

Hulubalang menulis dengan ego. Dia jenis-jenis Kamalia. Ceritanya ada attitude. Dan aku suka!

6. Azimah Oh  AzimahKamalia

Karya Azimah Oh Azimah merupakan antara karya paling aku suka daripada penulis-dengan-attitude, Kamalia. Susah tau nak pilih, sebab sebenarnya karya-karya Kamalia agak konsisten kualitinya. Bagus-bagus pula tu!

Kisah antara Mat Noor dan Azimah ini juga antara yang paling aku suka untuk kategori cerita mengenai orang gila (atau kadang-kadang tak gila pun sebenarnya) dalam Kapasitor. Ya, kisah mengenai orang gila banyak juga tau dalam laman ni :p

7. Terima Kasih Cinta - Ridhrohzai

Haku tak pilih cerpen ni sebab Riri pakai nama aku sebagai hero tau! Tau tau! :p

Riri, selain Kamalia adalah penulis cerpen yang konsisten dan berbakat adapun genre dan stail penulisan mereka berbeza. Aku suka kedua-kedua mereka (dalam konteks karektor dan pegangan mereka dalam berkarya).

Dalam cerpen Terima Kasih Cinta, Riri bermain sudut pandangan orang kedua dan meneruskan legasinya sebagai pencair hati wanita menerusi bait kata yang lebih menawan daripada sejambak ros. 

8. Suami Ideal - IbnuAzlan

Cerita ini pendek dan simple – sama seperti semua karya Ibnu Azlan. Malah cerita ni kira antara paling panjanglah dia tulis. Ibnu Azlan memang stailnya begitu, yang penting dia mahu sampaikan sindiran ringan terhadap pembacanya. Cara dakwah yang unik :)

Cerita ni harus masuk dalam senarai ini sebab memberi variasi berbanding cerpen pilihan lain. Pendek jangan disangka tidak bercili api ya!

9. Bahagia Si Cilik Ecah - Choco

Choco kata ini cerpen pertamanya. Aku baca. Fikir. Nak kata tipu pun iya! Tapi, mengenangkan Choco, mengenangkan tempat kerjanya (Khalifah Institute), ceritanya, nilai murni di dalamnya, ah, semua konsisten!

Choco adalah insan yang baik. Takkan dia nak tipu aku. Ya tak? :p

Bahagia Si Cilik Ecah adalah hasil sulung kesungguhan beliau. Tempo ceritanya melagukan ketenangan. Dialognya tertib dan berhikmah. Penamatnya sangat sweet. Ada masanya, orang dewasa boleh belajar dari anak kecil. Cerita ini akan beritahu bagaimana :)

10. Maaf, Cik!Cahatomic

Sebagai penutup dikongsikan sebuah lagi cerpen daripada penulis. Trilogi Maaf, Cik! (baca episod 2 dan 3 di sini!) merupakan cerita yang ideanya muncul ketika menunggu Supercar aku dibasuh oleh Awang-awang Indonesia.

Diplot menggunakan format padat dan pantas menceritakan kisah cinta antara dua darjat penuh kejutan antara Juan dan Nadia. Apa yang nak terkejut sangat tu? Klik saja pautan tajuk di atas!

 

--

Kalau diikutkan, ada lagi cerpen yang sepatutnya menempa tempat dalam senarai. Antaranya cerita nukilan Jojo, Uculer dan Petak yang sememangnya kita tahu best-best! Apakan daya, karya-karya tu sudah dikompilasi jadi buku mahupun produk jualan lain lantas telah dikeluarkan dari laman ini.

Tak apalah, berserah kepada entri aktif sedia ada aku akan terus telusuri dan kemaskini senarai ini. Kelak, bila ada karya baru atau yang aku terjumpa bila belek-belek karya lama, aku akan ganti masuk ke dalam senarai sepuluh ini.

Ini senarai cerpen Kapasitor kegemaran aku. Cerpen kegemaran kau orang apa pula? :)


Share!Email

about the author

Mantan Lelaki Suci

Seorang lelaki suci yang berhati 24 tahun, berbadan 29 tahun dan berperut 37 tahun. Saya gemar membaca karya yang segar, padat dan berkualiti, tidak kisahlah stail perdana (mainstream) mahupun frinjan. Karya yang mempunyai ejaan singkat-singkat atau sengaja melanggar tanda baca amat digerami. Sekian.       
cahatomic | Add cahatomic as your friend | Send Message

my other posts
Pertandingan Penulisan Cerpen @Bangi 2012: Pengumuman Pemenang! | 4186 reads
Kapasitor MS: Buletin September 2011 | 6620 reads
PCB: Ulasan Pertandingan Cerpen Bertema ke-6 | 12010 reads
PCB: Pertandingan Cerpen Bertema Kini Masuk Edisi 7! | 14514 reads
Kapasitor MS: Buletin Ogos 2011 | 6320 reads
Kapasitor MS: Buletin Julai 2011 + Pemenang PCB#5 | 8048 reads
PCB: Tema 6 Kini Menjelang | 12167 reads
View all
Comments From Facebook

Comment
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda

advertise@karyamedia.net
advertise@karyamedia.net

subscribe to kapasitor

KapaSTORE
Creative Content Marketplace

BUY NOW: Fantastic 4


admin blog