http://www.kapasitor.net/community/
Article  Information  Life  Opinion  Relationship  

Saya Mahu Komen! Tapi tidak reti :(

iklaneka
 

* Untuk yang mahu terus ke isi sebenar entri ini, sila langkau seksyen bebel, dan teruskan ke bahagian elemen komen.

 

Bebel

Lewat kebelakangan ini terdengar bisik-bisik daripada penulis-penulis cilik mahupun prolifik. Dalam pada kita menikmati atmosfera paling meriah sejak Kapasitor ditubuhkan, isu karya kurang dikomen mahupun dinilai masih lagi menjadi keluh kesah..

Pada saya, fenomena sebegini bukanlah semata kerana faktor pembaca. Isu, gaya penulisan, effort dan skill bersosial di dalam komuniti Kapasitor turut menjadi faktor penyumbang. Seperti yang pernah saya suarakan dalam tip terdahulu, kalau begitu pentingkan komen dan nilaian, gadaikan prinsip (baca: maruah) anda, tulislah apa yang orang suka baca, komen dan nilai. Habis cerita!

Namun di sebalik semua itu, turut diakui faktor pembaca memang memainkan peranan. Selain elemen malas yang selalu beraja di hati kita selaku rakyat Malaysia, sesetengah pembaca mempunyai musabab yang lain: I memang nak komen, tapi tidak reti laa. How how? Kata orang putih.

Jadi di sini, ingin saya kongsikan bagaimanakah caranya mengomen dan menilai karya seseorang. Saya tak kata cara saya yang paling elok, saya tak kata semua orang perlu ikut cara saya. Tip ini, lebih sesuai untuk yang tidak tahu komen, tapi nak komen lantas memerlukan sedikit panduan.

Sebelum itu, ingin saya warwarkan, secara dasarnya saya cenderung mengomen dan menilai di ruangan cerpen dan novel Bahasa Melayu sahaja. Ya, cenderung yang sampai tahap semua entri gerenti saya komen. Jangan risau!

Adapun di ruangan puisi kerana keterbatasan minat dan ilmu saya mengenainya saya jarang sekali menjenguk. Kalau ada pun saya lebih terdetik membaca puisi non-sastera yang isunya mudah, menyindir, jenaka atau karya satira. Ya, saya tak berapa minat sastera.

 

Elemen Komen

Komen saya terdiri dari tiga pecahan asas dan satu alternatif iaitu:

Idea
Selalunya saya akan berikan nilaian tinggi untuk karya yang segar, yang tidak pernah atau sudah lama tidak kelihatan di Kapasitor. Kadang kala, walaupun cerita bagus, tetapi ideanya tipikal dengan apa yang sudah berjilid dilambakkan penulis-penulis di sini, boleh jadi jelak juga. Kadang yang lain pula, karya sempoi je, tapi sebab panas-dari-oven dan unsur eksperimental yang jitu, maka akan dikata: WOW-wee!

Perkembangan cerita (alternatif untuk ‘idea' bagi chapter novel yang kedua dan seterusnya sahaja)
Elemen yang penting di sini berkisar tentang bagaimana chapter seterusnya berkembang, adakah sekadar melepas batuk di tangga? Adakah sekadar nak tambah chapter? Atau memang menyajikan satu halwa minda yang cukup perasa. Namun yang terlalu meleret tetap mencetus nilaian yang tidak begitu memberangsang.

Penceritaan
Kalau garapannya halus, ada effort - tempo dijaga, ejaan diambil kira. Kemudian gaya bercerita memang sesuai dengan genre, kena dengan idea yang mahu disampai, pembinaan plot juga berstruktur dan diperihal dengan indah, ah, siapa yang tak mahu berikan rating tinggi?! Beruk? Cerita lain. (credit to abang MM)

Susunan kata
Cerita simple, perkataan berpinar nak faham. Cerita klasik, kosa kata punyalah mendatar. Apa kejadahnya ini? Ataupun, dapat satu perkataan bombastik sikit, memanjang mahu gunakan. Belum kira istilah-istilah biasa lain yang kerap ditindankan dalam ayat yang sama atau ayat selepas itu. Di dalam kulit kacang, pilihlah perkataan yang sesuai. Mudah bukan?

 

Contoh ayat komen

Ah, inilah yang dikata sudah beri betis mahu peha, sudah beri peha mahu yang atas lagi (baca: perut). Berikut adalah sedikit idea bagaimana mahu memberikan komen, kalau-kalau sudah ketandusan fikiran sangat.

 

Idea

- Wahh, bagusnya! Tak pernah lagi orang tulis karya sebegini. Pemilihan topik yang mantap! Orangnya mantap sekalikah? Boleh berkenalan? Pengasas laman ini masih single!

- Idea okay, tapi.. uhmmm. Agak tipikal la (sebenarnya saya cuma nak kata boring dan tipikal sahaja, tapi saya gagahkan diri juga kata idea ni okay. Tergeliat jari saya tak boleh menerima hakikat)

- Brilliant! Memang update dengan isu semasa. Mesti score kalau amik exam SPA ni! Eh? Cerita lain.

 

Perkembangan cerita

- Ini awak kata satu chapter? Itulah, makan saja yang tahu. Chapter kemetot, badan awak je yang berkembang. Sudahhh!

- Sejak saya berada di Kapasitor, tidak pernah saya rasa begitu puas membaca satu-satu chapter. Awak berjaya kembangkan dengan baik. Saya suka! Ah, saya ni terlalu beretorik kan?

 

Penceritaan

- Tempo terbaik! Ada effort! Cara bercerita pun buat orang rasa seperti berada di situ saja, awak ni anak tiri Steven Spielbergkah?

- Aaaaahhhh, terasa sungguh lively tulisan ini. Dialognya digarap dengan istimewa. Twist sana, twist sini. Awak buat saya rasa berdebar. Bawa saya ke Aldebaran, lekas!

- Cara awak membina dan kembangkan plot memang nice. Cuma cara awak bercerita ni terasa hambar. Menulis sambil menderita senggugutkah?


Susunan kata

- Gempak, perbendaharaan kata mengalahkan arkib negara! Tun Sri Lanang dan keturunannya pun belum tentu boleh capai tahap ni. Tapi bukankah ini cerita kanak-kanak sahaja? TEEETTTTT!

- Pemilihan kata, baik. Kekerapan penggunaan, baik juga. Ah, harap susunan kata je baik, tapi tak pernah pulak saya nampak awak pergi sembahyang Jumaat!

 

P/s valium, aka vampire vegertarian, gf.a. format komen ini bukanlah eksklusif untuk saya gunakan seorang, malah saya menyeru untuk sesiapa yang masih tercari-cari bagaimana cara menghamburkan komen mereka, silalah gunakan cara ini sehingga anda menemukan cara anda sendiri.

P/p/s therain and myelina, sudikah kiranya memberi sedikit tunjuk ajar bagi yang berminat nak-komen-puisi-tapi-tidak-reti akan sedikit tip-tipnya?

Akhir kalam, ini bukanlah satu undang-undang mahupun amalan muakad yang digariskan untuk anda semua, hanya tip dari saya buat berkongsi buah fikiran.

Semoga memberi manfaat. Jemputlah kongsikan cara anda mengomen pula.


Share!Email

about the author

Mantan Lelaki Suci

Seorang lelaki suci yang berhati 24 tahun, berbadan 29 tahun dan berperut 37 tahun. Saya gemar membaca karya yang segar, padat dan berkualiti, tidak kisahlah stail perdana (mainstream) mahupun frinjan. Karya yang mempunyai ejaan singkat-singkat atau sengaja melanggar tanda baca amat digerami. Sekian.       
cahatomic | Add cahatomic as your friend | Send Message

my other posts
Pertandingan Penulisan Cerpen @Bangi 2012: Pengumuman Pemenang! | 4225 reads
Kapasitor MS: Buletin September 2011 | 6682 reads
Kapasitor MS: Senarai 10 Cerpen Pilihan Cahatomic | 8167 reads
PCB: Ulasan Pertandingan Cerpen Bertema ke-6 | 12084 reads
PCB: Pertandingan Cerpen Bertema Kini Masuk Edisi 7! | 14605 reads
Kapasitor MS: Buletin Ogos 2011 | 6365 reads
Kapasitor MS: Buletin Julai 2011 + Pemenang PCB#5 | 8111 reads
View all
Comments From Facebook

Comment
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda

advertise@karyamedia.net
advertise@karyamedia.net

subscribe to kapasitor

KapaSTORE
Creative Content Marketplace

BUY NOW: Granny Dan


admin blog