Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Aku Tak Suka Tapi Aku Dah Terlanjur

  • 6
  • cucoq
  • 16 years ago
  • 3,574
  • FREE

 


Murai sifatnya memang begitu, pot pet pot pet. "Jangan terlalu ikutkan perasaan" bisik hati Johnny. "kau ada otak..kapasiti otak kau tinggi dude" pujuk Johnny kepada hati.


"...kau pernah kena tahan di pusat pemulihan dulu kan?" soalan Anna yang lebih bersifat pemberitahuan.


Puluhan wajah menoleh ke arah kelantangan suara si murai tadi. Muka Johnny yang 'bebas-jeragat' itu bertukar merah. Sabarnya yang ditahan sejak tadi disalurkan ke genggaman kedua-dua tangan. Dia pelik dan kadangkala jelek dengan perangai si murai ni seorang. Tak habis-habis nak cari pasal. Apa salahnya pun masih tak diketahui.


"Sudah la tu Anna, biar la sapa sekalipun dia...itu hak dia. Plus itu semua dulu. Jangan hukum Johnny hanya kerana masa silamnya. He might be changed now" Anne bersuara.


"And even if he used to go to rehab, so what..?what's your prob sis?"Johnny bagai tak percaya, Anne yang dulunya hanya menjadi 'pak turut' kepada Anna telah bersuara dengan tiba-tiba.


“Guess what? U are the problem young woman” jerkah Anne.


Suara kakak tirinya  yang berkumandang di telinga Johnny tanpa henti tadi diam membisu secara serta merta. Kini sifat merah padam di muka Johnny beransur-ansur menuju ke wajah Anna.


Kelopak matanya mulai bergenang. Pun begitu, Anna sempat mengepak pingganngnya sambil berkata "WHAT..EV.." belum sempat dia menghabiskan kata-kata gedik itu, pandangannya tiba-tiba menjadi gelap gelita.


Semua mata yang berada di Student Square terus tertumpu kepada 3 insan yang akan menjadi buah mulut warga ABC (Abu Bakar College) untuk jangkamasa seminggu akan datang.


................................................................


 

Perlahan-lahan dia membuka matanya. Sedikit demi sedikit sinaran sang suria menjengah 'mr.kornea'. Dilihat sebujur tubuh sedang nyenyak tidur dalam posisi duduk di tepinya. Bau tengik ubatan kimia yang menusuk hidung sudah cukup untuk memberitahu di mana dia berada.


"Siapa ni?" hatinya cuba meneka.


"Anna!! At last, kamu dah sedar" Johnny muncul dengan bungkusan plastik merah berisi makanan.


Manusia yang sedang bermimpi tadi juga bangun setelah mendengar suara Johnny. Anna tergamam, makhluk yang berbalut kepalanya itu adalah Anne. Tapi wajah Anne tersenyum riang. Besar senyumannya hampir mencecah ke telinga. Kepalanya tiba-tiba terasa berdenyut.


"Anna, jangan banyak bergerak. Kamu perlu berehat" tegur Johnny.


Dia memegang kepalanya. Anna bingung. Balutan di kepalanya sama seperti Anne. Dipendamnya soalan demi soalan di dalam hati. Tak nak menganggu pagi yang asing baginya. Tiada yang dapat dipanggil ke kotak fikirannya. Perkara terakhir adalah suasana hingar bingar di Student Square dan Anne.


"Oh my god!!" jerit hatinya."Apa semua ni? Apa yang dah terjadi?" soal hatinya sendiri.


Anna masih kebingungan dengan apa yg telah terjadi. "Anna..u ok tak?" tanya Johnny, jejaka yang telah menambat hatinya sejak hari pertama mendaftarkan diri di ABC.


Bukannya dia membenci jantan ini tetapi dia terlalu malu untuk berterus-terang. Anna mengangguk kepala dan merebahkan kepalanya ke bantal. Seraya memejamkan mata seolah-olah mahu berehat.


Dia sudah hilang tenaga untuk berdepan dengan lelaki yang berjaya mencuri hatinya itu. Cukuplah selama ini dia menahan segala perasaan yang dibukukan di dalam hatinya.


......................................................................


 

Suasana di perkarangan Tanah Perkuburan Green Hill semakin sunyi, kelibat susuk tubuh manusia sedang duduk di sebelah batu nisan bertulis 'JOHAN AMINUDDIN 1987 - 2007' masih lagi dapat dilihat. Anne menghampiri Anna yang tidak mahu berganjak dari kubur Johnny.


"Kak..jom la balik. Hari dah nak senja." Anna menghentikan bacaan, dia memalingkan mukanya ke arah Anne.


Wajahnya yang sembam dengan mata sedikit bengkak akibat tangisan sepanjang malam dialihkan. Disambungnya bacaan ayat suci sambil Anne setia menanti kakak tirinya yang satu itu.


"Dik..jom balik." Anna mengusap kepala Anne yang terlelap di keribaan sepanjang menunggu. Kemerahan langit menemani perjalanan mereka berdua ke kereta.


"Kakak..adik minta maaf.." Anne memecah kesunyian. "I mean..kejadian tempoh hari."


Anna tersenyum sambil melontarkan pandangannya kembali ke luar tingkap.


"If i didn't say those thing...you wont collapsed" suara Anne bergetar menahan kesayuan.


"But trust me Anna, adik tak tahu yang kakak ada  hati pada Johnny...i am so sorry." rintih Anne.


Anna masih membisu. Anne mengesat air mata yang terus-terusan berlinangan. Pemanduannya sedikit terganggu namun dia sempat mengembalikan fokusnya.


"Anne..tiada apa yang patut adik mintak maaf. Mungkin apa yang berlaku ada hikmah di sebaliknya." Anna tersedu sebelum menyambungkan kata-katanya. "Mungkin juga cara kakak yang terlalu takut dengan perasaan sendiri adalah punca semua ini berlaku."


Saat ini, hanya linangan airmata menemani dua beradik tiri yang berlainan ayah ini. “Tapi kalau bukan adik yang buatkan kakak pengsan, pasti Johnny tak perlu tergesa-gesa memandu dan kemalangan tu takkan terjadi” Anne cuba merungkai segala-galanya.


……………………………………………………………………


Setibanya Honda City berwarna hitam itu di ruang parkir, Anna masih diam tidak berganjak. Pintunya dibuka, Anne merapati Anna dan perlahan-lahan dia memapah kakaknya yang satu itu ke dalam rumah. Tongkat dilipat dan disimpan ke dalam beg. Benda paling penting yang akan menjadi teman rapat Anna.


"Perkara yang aku amat sesali adalah untuk tidak menyuarakan isi hati aku terhadapmu Johan. Biarlah penglihatan ini diambil daripada ku, sedikit pun tiada sesalan. Mungkin ini juga hukuman buatku. Biar mata ini tidak lagi melihat lelaki lain selain kau" hati Anna berbicara.


Anna masih keliru dengan kejadian dia membuka matanya tempoh hari. Jelas kelibat Johnny ada betul-betul di depannya. Sangkanya selepas semuanya selesai, dia tak nak bersembunyi lagi. Akan diluahkan segala isi hati kepada Johnny.


Selepas menutup matanya pagi itu, rupanya itu yang terakhir kali. Tiada lagi ruang untuknya melihat dunia.


Mungkin itu sekadar khayalan atau Johnny benar-benar datang menuntut sebuah jawapan. Moga roh kau dicucuri rahmat wahai Johan Aminuddin.


Amin

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Umum

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) tajuk catchy tapi tak not in the mood nak baca content =)
  • 2) susah skit nak paham..
    sbb name nak dekat same kot...

    tp citer yang sweet :)
    gambate!!
  • 3) idea dan penceritaan memang sempoi
    tapi macam jalan cerita dia ada sedikit tak faham. aku sajakah atau memang begitu?

  • (Penulis)
    4) semua: itulah pasal...tajuk itu sebenarnya mengenai aku..aku tak suka ini cerita..tp aku dah terlanjur karang..so, aku post ja...harap maklum.
  • 5) heee...defensive betul jawapan. lawak ah cucoq...:D

    nanti akan daku endap/kaji/telaah tulisan ko nih. agak misteri untuk dihuraikan sekilas lalu.

  • (Penulis)
    6) theRain: Thanx dude

Cerpen-cerpen lain nukilan cucoq

Read all stories by cucoq
No stories.