Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Kenapa nampak benda yang tidak sepatutnya dinampak

 

Selalu sangat Niasha mendengar cerita hantu. Bolekah Niasha percaya akan cerita-cerita yang dikhabarkan orang ramai? Adakah orang yang nampak akan hantu itu adalah orang yang berimaginasi tinggi? Adakah apa yang Niasha lihat adalah satu khayalan Niasha sahaja?? Semuanya menjadi satu tanda Tanya untuk Niasha. Niasha pernah merasakan Niasha perlu berjumpa pakar sakit mental. Perlukah Niasha bertindak sedemikian???

 

Alam baby

Niasha dilahirkan dengan keadaan yang agak pelik (menurut kata ibu Niasha). “Kepelikkannya tidak perlulah dicerita sebab macam bosan je”. Tetapi perlulah bersyukur kerana Niasha telah dikurniakan fizikal yang sempurna oleh-Nya. Sewaktu Niasha berumur 3-7 bulan, Niasha kerap menangis tanpa henti sebaik sahaja selepas azan Maghrib sehingga dalam pukul 9 malam. Hari-hari macam tu…

 

Alam kanak-kanak ribena

Ibu Niasha juga pernah menceritakan pada Niasha… sewaktu Niasha berusia 4thn-5thn. Ketika pulang ke kampong, Niasha selalu mengadu pada ibu yang Niasha nampak satu bantal peluk bewarna putih terpacak di antara 2 rumah yang bertentangan dengan rumah nenek Niasha.

Setelah beberapa tahun lamanya., Niasha tidak lagi diganggu dengan bayangan hantu atau apa2 sahaja yang pelik.

 

Alam remaja……

Niasha baru memasuki pre-universiti… sewaktu ni dia berusia 18 tahun. Niasha tinggal di hostel.

Pada suatu malam….sedang roommate Niasha dan Niasha sedang tido, tiba2 Niasha terdengar bunyi suara yang mengilai lalu terjaga dari tidur…Suara perempuan mengilai tu  seolah-olah bunyi mengelilingi block hostel kami. Niasha terus beralih pandangan kepada 3 orang kawan Niasha yang sedang tidur. Tiada seorang pun diantara mereka yang berjaga. Niasha pun terus cuba untuk meneruskan perjuangan tidur… (maaf la kawan2 saya nk gune bhs broken la… senang sket peenyampaian). Dalam usaha nak tdo tu… tetibe dating seorang bayi yang telah dikapan berdiri berhampiran dengan muka Niasha. Niasha rase.. mungkin Niasha sedang bermimpi atau berkhayal, lalu menyentuh bayi tersebut namun Niasha tidak rasa seperti memegang objek, Niasha cuma merasakan seperti mengipas-ngipas tangannya di ruang udara. Akan tetapi bayi itu masih berdiri berdepan dengan Niasha. Rupa bayi itu sangat comel, Niasha tidak pernah melihat rupa bayi yang secomel bayi itu dalam hidup Niasha. Rupanya yang nampak suci, bercahaya lagi bersih membuatkan Niasha tidak rasa takut pada bayi yang dikapan itu.

Sewaktu Niasha mengipas-ngipas tangan Niasha pada bayi tersebut, ada seorang wanita yang merenung tajam kea rah Niasha. Perempuan itu sangat tinggi hingga ke ceiling, rambutnya panjang dan kusut serta tebal. Matanya terbuka besar bagaikan tiada kelopak mata. Matanya juga agak merah-kemerahan, manakala mukanya adalah putih pucat. Perempuan itu memandang Niasha dengan muka yang sedang kemarahan.

Niasha terus menutup muka Niasha dengan selimut dan berselubung di dalam selimut Niasha. Tiba2, Niasha rase bagaikan dihimpap bende yang berat ke atas tubuh Niasha. Niasha terasa sukar untuk bernafas. Lama-kelamaan Niasha menjerit sekuat-kuat hati akibat ketakutan dan ingin meminta pertolongan kawan2.

Roomates Niasha terjaga, dan terus bergegas kea rah Niasha.

 

Kami ber-4 pun mengejut rakan2 yang lain yang berada di cube block kami untuk membaca yassin…

 

Bersambung…….

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Umum

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) wuhhh. detail la pulak pasal antu tinggi siling tu. dem!
    tertelan liur aku seketika.

  • (Penulis)
    2) dia memang tinggi... mudah utk melihat pergerakan setiap org... dia suke perhatikan setiap aktiviti kita... huhuhuhuh..
  • 3) ala ayamas ni suka menakutkan!

  • (Penulis)
    4) ingat nk sambong lg cite ni... sbb byk je kes jd kat budak yg bernama Niasha ni.. tp tu ingat nk sambong episod ke-2 lak... ayamas tak berniat nk menakotkan cuma nk menyeramkan je.. huhuhu ;p
  • 5) hehe..nak wat lagi menarik..perempuan tinggi ceiling itu menghampiri..rambutnya jatuh menutupi mata..lalu ade senyuman nipis terukir dibibirnya..hihihiiiiiii (sila baca dgn nada hantu mengekek)

    hahahaha

    best,tp terlalu ringkas~~
  • 6) buat ler niasha....jgn tak buat...le bace same...yg kat sket tuh tak nak citer ke??:p

  • (Penulis)
    7) oh yg kt sket tu.... huhuhu... nnt ade pelakon tambahan... nad, mimie, n ellye... org yg amek niasha kt sket.... huhuhu...
  • 8) cik ayamas.....nad mane ade datang amik time tuh...:P

Cerpen-cerpen lain nukilan ayamas

Read all stories by ayamas
No stories.