Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Cinta

Lewat Musim Itu- Episod 1

Cerpen sebelumnya:
Serban Kasih Abah 3
Cerpen selanjutnya:
sekolah ku....

Semalam Ayu menelefonnya, suaranya resah semacam. Katanya mereka harus berjumpa. Segera! Reeza hanya tersenyum, dia yakin benar yang Ayu terlalu merinduinya, seperti gadis- gadis lain yang tidak lena tidur selepas memandangnya. Walaupun bersua untuk pertama kali, wajah Reeza sangat sukar untuk dilupakan oleh sesiapa saja. Boleh dikatakan setiap gadis akan jatuh cinta pandang pertama. Bezanya, Reeza akan rasa meluat yang amat sekiranya perempuan lain mendayu-dayu menagih perhatian darinya. Tapi tidak dengan Ayu, dia sangat mencintai gadis itu. Setiap tutur Ayu ibarat melodi indah yang mengasyikkan dirinya. Sungguh mendamaikan. Lalu hari ini mereka berjanji untuk bertemu, di tempat biasa, di restoran seafood kegemaran mereka.

 

 

“Ayu jangan nak kenakan Reez lar” Reeza ketawa besar, dia menggeleng-gelengkan kepala. Tahu sangat dengan perangai Ayu yang suka bergurau tak kena cara.

 

 

“Reez ingat Ayu gila, nak main-main dengan hal macam nih”. Wajah Ayu kelat, kecewa kerana Reez enggan mempercayainya. Ditambahnya pulak dengan ketawa yang berdekah-dekah, padahal apa yang dia sampaikan bukannya cerita lawak, tapi khabar yang amat mengerikan. Matanya mula berair, cuba ditahannya agar tidak menitis. Selamatlah restoran itu tidak dikunjungi ramai pelanggan, kalau tidak sudah tentu mereka akan menjadi tumpuan. Sepatutnya mereka berbincang di tempat yang lebih privacy.

 

 

Melihatkan reaksi Ayu, jantung Reeza berhenti berdegup seketika. Rasa takut mula mengusai diri “Ayu yakin ke”? Terus terang dia berharap sangat yang Ayu hanya bergurau, dan dia tidak akan marah kalau Ayu tergelak besar seperti selalu, setiap kali dia berjaya mengenakannya. Sungguh dia takut nak menghadapi bala yang satu ini. Makanan di atas meja dipandang sepi, seleranya mati saat itu juga.

 

 

“Em, dah sebulan Ayu tak datang period”. Ayu menjawab lemah, namun sangat jelas di telinga Reeza. Ayu mula teresak-esak. Rasa takut mula menguasai diri, bukan kerana periodnya yang datang lambat, tapi kerana kesahihan bahawa dia sudah pun berbadan dua.

 

 

Dua hari lepas, tanpa pengetahuan Reeza, dia telah membeli alat ujian kehamilan di farmasi, walaupun terasa tebal mukanya untuk membeli pregnancy test kit itu, tetapi digagahi juga diri dek rasa ingin tahu yang tidak terbendung lagi. Sampai saja di rumah, terus dia membaca arahan yang tercatat di alat itu, rupanya senang saja cara hendak menggunakanya tetapi terlalu sukar untuknya membuat ujian itu. Rasa ingin tahu tadi tiba-tiba melayang entah kemana, diganti dengan rasa takut, gelisah dan cemas, semua perasaan itu bercampur aduk menjadi satu. Dia bimbang, takut sekiranya keputusan yang di ketahuinya nanti bakal merubah semua hidupnya. Lalu disimpannya dulu alat ujian itu di dalam laci, biarlah dia mengumpul segala kekuatan dulu untuk berdepan dengan apa jua kemungkinan.

 

 “Alah, belum tentu Ayu mengandung, mana tahu bulan nie jer terlewat”. “Ayu nie gabra sangatlah”, getus Reeza. Padahal nalurinya sudah mula mempercayai kata-kata Ayu. Tidak pernah pun sebelum ini Ayu bergurau dengannya sampai menitiskan air mata,  dan dia arif sangat tentang betapa kerasnya hati Ayu kamalia itu. Sepanjang percintaannya dengan Ayu, tak pernah pun dia melihat Ayu menangis, walaupun sewaktu dia di dalam situasi yang sangat sukar. Takkanlah Ayu terlalu menghayati watak yang dilakonkanya sehingga menitiskan air mata. Semata-mata untuk mengenakannya. AHHHH, Karut. Memikirkan hal ini, dia mula tidak senang duduk, rasanya mahu saja dia menjerit, ataupun memarahi ayu kerana mereka-reka cerita, ataupun, Arrrghhhh, sebenarnya dia pun tidak tahu bagaimana hendak ditafsirkan perasaanya di saat ini, dan penjelasan ayu seterusnya telah menyebabkan dunianya menjadi kelam. Lebih parah, dia terasa ingin pengsan.

 

 

Bersambung..

 

 

 

 

Cerpen sebelumnya:
Serban Kasih Abah 3
Cerpen selanjutnya:
sekolah ku....

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
4.0
7 Penilai

Info penulis
Potential=Possibility
rain | Jadikan rain rakan anda | Hantar Mesej kepada rain

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya rain
Dia yang tergoda, Dia yang terkecewa.. | 3797 bacaan
Reshmi- Where do I begin.. | 2639 bacaan
Tahukah Kau Isabel | 2675 bacaan
Lewat Musim Itu-Episod Akhir | 2378 bacaan
Lewat Musim Itu - Episod 3 | 2452 bacaan
Lewat Musim Itu - Episod 2 | 2491 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

30 Komen dalam karya Lewat Musim Itu- Episod 1
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik