Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.
Daftar Sekarang!
Dia yang tergoda, Dia yang terkecewa..
Khatam Al-Quran…Sudah..
Berzanji…Sudah..
Kompang…Juga sudah..
Bersanding, makan beradab, potong kek….Semuanya sudah..
Namun……………..
Malam Pertama…Sepi
Malam Kedua…Sunyi
Malam Ketiga…Sama seperti malam-malam yang lain dimana dia masih lagi bergelar teruna..
*********************************************************************
Maarof akui sudah lama dia menjadi pemuja setia gadis bermata galak itu. Baginya
gadis itu begitu sempurna dan kecantikannya mampu mengalahkan semua
artis-artis di Malaysia. Tidak kiralah artis popular ataupun yang suam-suam kuku
saja. Sekurang-kurangnya dia tahu yang Damia akan tetap jelita walaupun tanpa
palitan mekap yang tebal dan keterlaluan. Wanita itu sememangnya dianugerahkan
tuhan dengan kecantikan yang asli. Rambutnya hitam likat tanpa perwarna tiruan
dan sentiasa berbau wangi. Kulitnya tidaklah terlalu putih dan tidak juga terlalu
gelap. Ianya kelihatan keemasan bila terkena mentari panas. Sungguh, Maarof
paling suka melihat kulit Damia yang seolah-olah berkilauan itu. Berdasarkan
pemerhatiannya, dia yakin yang ketinggian gadis itu mampu mencecah 5 kaki 6
inci. Berbekalkan aset yang dimiliki, Damia layak digelar ratu ataupun model of the
year.
Maarof hanya berani memerhatikan Damia dari jauh. Dia takut untuk mendekati.
Lebih kepada segan sebenarnya. Dia sedar yang dirinya tidak layak untuk
bergandingan dengan Damia. Perbezaan antara mereka seperti bumi dan planet
Marikh. Dia tidak ingin sesekali merosakkan saham Damia dengan peminat
seburuknya. Wajahnya terlalu buruk. Seperti Apes, ataupun seperti Urko. Pipinya
dipenuhi dengan jerawat- jerawat batu yang sering meninggalkan parut seperti
permukaan bulan. Kulitnya agak cerah tapi masih belum mampu untuk menampung
segala keburukan yang ada di wajahnya. Yang paling dia benci ialah bentuk
hidungnya yang besar dan lebar seperti jambu mawar. Namun, Maarof mempunyai
kelebihan yang jarang dimiliki oleh lelaki lain. Dia dilahirkan sebagai seorang
lelaki yang sensitif, penyayang, dan lembut hati.
Tahap sensitivity Maarof terlalu dashat malah mengalahkan perempuan. Hatinya
mudah tersentuh, jiwanya mudah terusik. Dia bencikan kekasaran dan keganasan.
Setiap kali menonton rancangan drama di television, Maarof selalu saja menitiskan
air mata kesayuan. Hatta, melihatkan keakraban Doraemon dan Nobita sekalipun
dia boleh menangis. Begitulah dashatnya emosi Maarof. Semua perasaan itu
datang dengan sendirinya. Bukan sengaja dibuat semata-mata untuk berlagak unik
dan baik. Kata ibunya, dia suka sangat menonton cerita-cerita sedih dan
memilukan sewaktu mengandungkan Maarof dua puluh enam tahun dahulu. Sebab
itulah agaknya Maarof dilahirkan sebagai seorang jejaka yang syahdu.
Hari itu adalah hari yang bersejarah di dalam hidupnya. Walaupun ianya tidak
tercatat di dalam Malaysia book of records. Namun ia tercatit kemas di dalam rekod
peribadi Maarof. Seumur hidup, Maarof tidak pernah mempunyai apa-apa
pencapaian yang boleh dibanggakan. Paling hebat pun sewaktu dia di dalam darjah
dua dulu di mana dia memenangi tempat pertama di dalam pertandingan lari dalam
guni. Terkinja- kinja dia berlari kerumah bersama hadiah utama iaitu sebuah
tupperware biru bersaiz sedan. Namun apa yang berlaku hari ini adalah sesuatu
yang luar biasa, sesuatu yang mustahil. Impossibble. Fenomena kucing bertanduk
pun tidak seaneh apa yang berlaku padanya tika ini.
Petang itu seperti biasa tepat jam 5.35 petang dia akan setia menunggu Damia di
hadapan tempat parking kereta. Bukan untuk menjemput gadis itu, tetapi untuk
menenangkan hatinya yang akan gelisah kalau seharian tak memandang Damia.
Kadang-kadang dia ingin saja mengambil gambar Damia secara sembunyi seperti
yang biasa dilakukan oleh penyiasat persendirian. Namun apalah dayanya, dia tidak
mempunyai kamera secanggih itu. Satu-satunya kamera miliknya masih lagi perlu
menggunakan filem Kodak. Dan setiap kali mengambil satu gambar, dia perlu
memusing pada satu butang khas untuk menggunakan filem yang lain. Namun,
bermula dari hari yang bersejarah itu, dia tak perlu lagi untuk memandang Damia
secara sembunyi.
Sedang dia asyik memerhatikan gadis itu, dia perasan yang Damia menoleh
kepadanya. Bukan sekadar berpaling, Malah Damia turut tersenyum. Dua tiga kali
dia menoleh kebelakang untuk memastikan bahawa tiada orang lain di
belakangnya. Sah, Damia senyum kepadanya. Dia mula gabra, panik. Gila, takkanla
Damia sudi memandangnya. Belum lagi hilang debarnya, dia dapat lihat dengan
jelas yang Damia sedang menuju kearahnya. Dia rasa mahu terkencing bila Damia
benar-benar tercatuk di depannya. Dan sewaktu Damia memangil namanya, dia
rebah di situ juga.
Sedar-sedar saja dia sudah berada di atas sofa empuk. Di depannya Damia sedang
tersenyum lawa sambil menghulurkannya segelas mug berisi Nescafe.
“Awak nie teruk betul. Tengok saya macam nampak hantu. Nasib baik ada guard kat bawah tolong angkat awak keatas nie”.
“Err..Saya kat mana nie?”
“Kat office sayalah. Takkan saya nak angkut rumah kot”. Damia tergelak lagi..Perempuan nie memang lawa. Pipi dia gebu gila. Nampak lembut, macam kek spounge.
“Errr… By the way, may I know your full name?”
“Maarof, Mustafa Maarof”.
“Bunyik macam nama orang lama jer”.
“Ak ah. Mak saya minat gila dengan pelakon lama Mustafa Maarof tue. Sebab tu dia taruk nama saya sama macam dia”.
Damia tergelak lagi. Kali ini lebih kuat. “Hahaha, kelakar gila”
Apa yang kelakar? Nama aku ker atau mak aku yang kelakar
“Maarof, awak sukakan saya ya?”
Err..mana perempuan nie tahu. Jangan-jangan dia sengaja nak culik aku. Lepas tue pass aku kat pakwe dia atau tunang dia. Maklumlah aku suka sangat usha dia. Alamak, tamatlah riwayat aku lepas nie.
“Maarof, saya tanya awak nie. Awak nie sementol lah, asyik berangan jer”.
“Err”…Dalam takut dia angguk jugak. Arwahla aku lepas nie.
Damia senyum. “Saya tahu awak sukakan saya. So, nak tak kawin dengan saya?”
“Haa”..Maarof ternganga luas. Jangan-jangan dia tengah perangkap aku. Mesti ader cctv dalam bilik nie. Tapi dengan lajunya dia mengangguk. Mengiayakan betapa dia sejuta kali sudi untuk berkahwin dengan gadis itu..
“Good.. Jom kita pergi jumpa tok kadi”…
Dan sekali lagi Maarof rebah. Tapi kali ini dia rebah kebahagiaan.
Mata mak terbeliak waktu mula-mula memandang Damia. Mulutnya ternganga luas.
Sempatlah dua tiga ekor lalat landing ke dalam mulut mak. Tentu mak terharu
kerana anak lelaki seburuknya dapat mencari bakal isteri sejelita Damia. Dia dapat
lihat mata mak bersinar-sinar setiap kali berbual dengan bakal menantunya itu.
Damia pula sangatayu berkebaya merah bercorak bunga teluki. Dia memang persis
bidadari. Maarof sememangnya sangat bertuah. Dan Damia juga bertuah kerana dia
bakal memiliki seorang suami yang terbaik dan paling syahdu di alam maya ini.
*******************************************************************
Persandingan mereka diadakan secara besar-besaran. Sampai Maarof sendiri muak
untuk naik pelamin lagi. Bukan apa, dia sudah tak tahan dengan jelingan-jelingan
sinis para hadirin. Pastinya mereka sedang mempersoalkan tentang keburukan
wajahnya. Kenapa Damia begitu gila untuk memilihnya. Terdesakkah Damia? Kalau
benar dia terdesak sekalipun, Damia boleh mengupah ramai lagi lelaki kacak yang
lain untuk berkahwin dengannya. Tanpa bayaran sekali pun, pasti ramai yang
kepingin untuk menjadi suami Damia. Jadi di mana letaknya rationality perempuan
itu sehingga sanggup bersuamikan sesorang lelaki yang hanya menyakitkan mata
memandang.
****************************************************************************
Usia perkahwinan mereka sudah menginjak dua tahun. Damia semakin hari semakin
sibuk. Begitu juga dengan Maarof. Masuk saja bulan kedua perkahwinan mereka,
Damia telah melantik Maarof sebagai duta syarikat .Dia sendiri tidak faham
tugasnya yang sebenar. Yang pasti, setiap bulan Damia akan menghantarnya ke
luar negara. Konon-kononnya untuk menjaga hubungan baik dengan client dari
sana. Tugasnya hanyalah untuk menemani mereka lunch di hotel-hotel mewah
ataupun menghadiri majlis hi-tea di mana-mana restoran elit. Sememangnya hidup
golongan high society terlalu mudah dan mewah.
“Hai sayang, tak tidur lagi”? Damia tersengih, lawa.
“Macam mana I nak tidur kalau you tak ada”.
“Alaa..You taukan I sibuk. Esok besday you kan,you nak apa? Kereta? Mansion? Or holiday”?
“I nak you”.
“So sweet, tapi kan tiap-tiap hari kita jumpa”
“I nak seorang isteri. Bukan housemate . Dah dua tahun kita macam nie. Bila I keluar kerja you tidur and bila I balik you pulak dah tak ada”.
"Ok honey, next week kita pergi holiday ya".
Mata Maarof bersinar. Tapi sayangnya, janji tinggal janji.
***********************************************************
Sekarang baru Maarof sedar,kehidupan sebegini sememangnya tidak bersesuaian
dengan jiwanya. Tekaknya selalu saja loya setiap kali menelan makanan-makanan
hotel yang diragui status halalnya. Kepalanya pula sentiasa pening apabila menaiki
kapal terbang walaupun hampir setiap bulan dia akan travel ke luar negara.Paling
tak tahan, Maarof rindukan Damia. Terlalu rindu. Rasanya dah terlalu lama dia tidak
berduaan dengan Damia. Dia ingin sekali memeluk erat isterinya itu dan meluahkan
segala rasa yang terbuku di hati. Selama dua tahun ini hubungan mereka tak
langsung seperti suami isteri. Malah pastinya tiada sesiapa yang percaya
seandainya dia katakan yang dia tidak pernah menyentuh Damia dalam erti kata
yang sebenarnya. Ya, sehingga sekarang Maarof masih lagi teruna.
Kata Damia dia berpenyakit, perlukan masa untuk diubati. Tapi setiap kali diajak
ke hospital, Damia akan memberikan pelbagai alasan. Akhirnya maarof mengalah.
Dia tidak mahu memaksa. Dia tidak ingin disamakan seperti lelaki-lelaki yang lain.
Lelaki yang sanggup meninggalkan isteri hanya kerana tidak mendapat kepuasan
batin. Maarof tak mungkin tinggalkan Damia. Kerana cintanya terhadap Damia
adalah cinta yang tulus ikhlas. Kerana hanya dia yang bertuah dapat menggapai
bintang kejora seindah Damia.
********************************************************************
Kedinginan suhu dibawah paras -2°C benar-benar menggugat emosi Maarof. Saat
ini dia benar-benar rindukan Damia. Sejak semalam lagi dia cuba menghubungi
isterinya itu namun telefon Damia sering saja tidak aktif. Hari ini merupakan hari
kedua dia berada di Crowne Plaza hotel, Queenstown. Masih ada empat hari lagi
berbaki untuk dia menetap di New Zealand. Namun, Maarof sudah tidak mampu lagi
untuk memendam rasa rindunya terhadap Damia. Gugusan-gugusan salji putih yang
berguguran menambahkan lagi kesyahduan Maarof tika ini. Lalu dicapainya gagang
telefon. Dia benar-benar muktamad. Dia harus pulang ke Malaysia saat itu juga.
Dari Queenstown, dia menaiki Jetstar Airways menuju ke Auckland International
Airport dan dengan menaiki Malaysia Airlines dia mendarat di Kuala Lumpur
International Airport tepat jam 8.15 malam.
Perkarangan villa itu sunyi sepi dan gelap gelita sewaktu Maarof sampai tepat jam
10.30 malam. Namun Maarof tesenyum bila dia melihat bilik Damia masih lagi
dicahayai dengan lampu tidur yang malap. Sekurangnya-kurangnya dia tahu yang
Damia berada di rumah waktu itu. Perlahan-lahan Maarof mendaki anak tangga
kerana dia tidak mahu mengejutkan isterinya dari lena. Biar Damia terkejut bila
sedar-sedar saja Maarof sudah berada disebelahnya. Perlahan-lahan pintu dikuak,
Maarof ternganga. Seminit, dua minit, tiga minit, dia masih lagi kaku di situ.
Ternyata, Damia yang terlebih dahulu menyediakan sebuah kejutan buatnya.
Sebuah kejutan yang memadamkan segala cinta Maarof terhadap Damia pada
malam itu juga.
*****************************************************************
Dialah yang bodoh dan tolol kerana percaya yang cinta sejati masih lagi wujud
pada zaman ini. Dialah yang dungu dan biol kerana yakin bahawa cinta itu tidak
memandang rupa dan harta. Dialah lelaki yang paling memalukan kerana percaya
bahawa si jelita Damia rela menerimanya tanpa sebarang syarat. Dialah lelaki
buruk yang paling malang di dalam dunia ini kerana diperbodohkan isteri sendiri.
Dialah lelaki itu, yang paling tolol, bodoh, biol dan malang kerana percaya, Damia
cintakannya sepenuh hati
“Kenapa Damia?” Direnungnya wajah Damia sedalam-dalamnya. Malam itu dia fikir cintanya sudah mati. Tapi segala cinta itu cepat benar bertunas kembali. Menjalar-jalar ke setiap pelusuk hati Maarof.
“Maafkan I”. Damia tunduk. Dia malu pada Maarof. Juga pada tuhan.
“Saya tanya kenapa!!”
“Sebab waktu tue I cintakan Arisya…. I tak nak orang tahu yang I ada hubungan dengan setiausaha I sendiri”. Suara Damia kedengaran perlahan tapi sudah cukup untuk menyentap tangkai hati Maarof.
“Tapi kenapa mesti saya?”
Sebab waktu tue I fikir I takkan jatuh cinta pada lelaki seburuk you. Tapi I salah, I..I cintakan you Maarof..
Cinta? Damia cintakan dia? Selama dua tahun ini itulah perkataan yang Maarof
nantikan selama ini. Seandainya kejadian itu tidak berlaku, sudah tentu Maarof
sudah pun berada diawangan tika ini. Maarof memejamkan mata. Sukar sebenarnya
untuk dia menerima kata-kata Damia. Dia tidak kisah kalau Damia mahu menghina
rupanya yang hodoh. Tapi apa yang Damia lakukan benar-benar merosakkan
hatinya. Hancur lebur. Kalaulah ibu tahu, boleh bawak mati. Menantu jelita
kesayangannya telah mempersendakannya.
“I rayu pada you sayang. Please, bagila I satu lagi peluang”
“Saya rasa saya dah terlalu lama sangat beri peluang untuk awak menjadi seorang isteri”
“I akan berubah”
“Saya dah tak boleh terima”
“I cintakan you”
“Simpan sajalah dalam hati”
“I boleh mati kalau you tinggalkan I”
“Mulai hari ini saya ceraikan awak dengan talak satu”
Damia meraung….
Maarof ingin berpaling. Tapi hati itu….hatinya itu masihkah boleh dihuni lagi?..
TAMAT..
Cerpen-cerpen Berkaitan
Semua cerpen-cerpen UmumCerpen-cerpen lain
Perbualan
Perbualan
-
1)
tu dia... heheeh... nice. tapi macam dah boleh agak jalan cerita ni... apa2 pon. mmg best lah!
- dayya
- 14 years ago
-
2) eh? Damia lesbo ke? btw, citer rain slalunya mmg best.. cuma mcm dayya ckp, plotnya sudah boleh diagak..keep up the good work..
awakni sementol lah<---- hehehehe- shazmiey
- 14 years ago
-
3) xyah pki kanta dah..hehe cukup besar dah tulisan kak zu..nnt saya smbg baca nk g rempit g bazar jap..
- paktam85
- 14 years ago
-
4) thanks untuk yang komen..kalai ini saya tidak tekankan sgt pada jalan cerita..cuma cuba untuk menulis teknik penceritaan sebegini..
- rain
- 14 years ago
-
5) kasihan maarof... nice one rain! ringkas dan padat...
- ridhrohzai
- 14 years ago
-
6) 1. dahsyat
itu komen saya mengenai cerita tulisan rain. (sbb rain ni sepatutnya seorang yg skema dan lurus)
dan itu juga sbb saya nak tegur ejaan cik rain. kohkoh
2. berani
sikap rain yg satu ini buatkan saya sengih membaca. dah berapa jenis dah tulisan cik rain buat. teringat tulisan cik rain yg awal2 dulu. peh. memang sentiasa ada peningkatan dan pembaharuan.
cerpen dah bersilih ni, bila nak lunaskan janji? ha ha.- cahatomic
- 14 years ago
-
7) nice..
kelakar ea cerpen nie..
terutama part yang maarof tue pengsan..kompem klakar!hik!- rasyidah
- 14 years ago
-
8) Ridh = thanks ridh sudi membaca
caha = br perasan ada salah ejaan..my mistake
rasyidah= terima kasih sudi baca dan komen..- rain
- 14 years ago
-
9) nice plot... paling suka pada mukadimah awal tu
kisah lesbian ya...
penuh sempoi dan relax menghayatinya
cute story- adreena
- 14 years ago
-
10) thanks kak adreena sudi baca and komen
- rain
- 14 years ago
-
11) saya peminat penulisan Rain.
- nurie
- 14 years ago
-
12) alamak, ampun yer kerana terlambat bace! huhuhu.. best best ini cerita. cerita psl New Zealand tu macam expert je.. hehehe..
nways, keep up the good work!- NJay
- 14 years ago
-
13) HAHAAHAHA..biasalah nia, masa tue aura new zealand tgh membara lg.hehe
- rain
- 14 years ago
-
14) nurie= terharu aw sudi jadi peminat penulisan saya..heheheeh
- rain
- 14 years ago
-
16) bez... tpi ade kekurangannye...plot yg bleh diagak...dan lelaki yg terlalu setia lpz tue ceraikan isterinya cuma maenkn emosi mse tu..msti nmpx lgi cantik
- kamikaze
- 11 years ago