Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Saspens

KAK EEETONNNNN....... 3

Cerpen sebelumnya:
Bahagiaku Untukmu
Cerpen selanjutnya:
Bahagiaku Untukmu...(sambungan)

Jangan lupa baca episod 1 + 2 dulu baru tahu apa yang sedang terjadi skang ni.

 

Malam tu aku ikut mak aku pergi jumpa bomoh yang nak ubatkan makcik janda tu. Yang peliknya makcik janda tu tak ikut plak. Mak aku cakap sebab hantu raya tuh dah tak kacau makcik tu lagi. Tapi dia kacau mak aku plak. No wonders la mak aku sorang jer yang pergi. Tak lupa juga adik aku yang suka mengekor ‘ass’ mak aku ni. Mesti ada punya. Dah tahu diri tu penakut berani-berani plak nak ikut. Reti-reti la duduk umah baca buku ker, mengaji ker, lipat kain ker, basuh pinggan ker…ni tak sibuk nak ikut mak aku. Aku? Kenape dengan aku? Aku sebagai peneman mak aku jer, sebab akukan berani…ecehhhh….aku dikategorikan dalam berani juga lah, berbanding adik aku..So mak aku pun bawa la kereta dia melalui lorong-lorong  gelap yang aku sendiri tak tahu kat mana ni. Yang aku tahu dah sampai je kat umah nenek bomoh tu.

Aku pun turun dari kereta kancil milik mak aku.  Kawasan rumah nenek  yang aku pergi ni macam rumah setinggan je, sempit dan berdindingkan kayu. Aku kemudian membontoti mak aku naik ke rumah nenek tu dengan memberi salam.

“Assalammualaikum.. “

“Waalaikumsalam… masuklah.” jawab nenek tuh.

Aku duduk di atas kerusi kayu yang berlapik kan kusyen yang agak empuk dan sedikit usang. Sakit gak ‘ass’  kalau duduk lama-lama kat situ. Pastu nenek tu panggil anak perempuan dia. Sama baya dengan aku kot.

“Fatimah……………., meh sini nak. Ada orang datang ni, tolong la buatkan air ker. Jangan duk terperap kat dalam bilik tu. Kalau makin pandai  takper juga…”selamba nenek tu bebel kat anak dia.

Aku lihat Fatimah tu terkedek-kedek keluar dari biliknya menuju ke dapur. Buat air la tu. Sementara tunggu air siap mak aku kenalkan aku dekat nenek tuh.. apahal mak aku ni mcm something wrong je.

“ Ni la nenek Limah. Mak panggil nenek ni, mak Limah. Ni anak saya mak Limah.” Sambil menunding jari kearah aku. Aku pulak duk senyum sumbing je. Nak cakap aper mana aku tahu. Nenek tu pula pandang-pandang aku sambil tersenyum. Macam ada something-something wrong ni.

“Yang ni pula anak saya yang nombor  4.” Sambil menunding jari kea rah adik aku. Adik aku lagi la tak tahu nak cakap aper, dia pun senyum je la ala-ala kambing nak terberak tapi tahan-tahan.

“Anak saya ni memang suka sangat ikut saya. Menyibuk betul.”

“Alah biasa la tu, bosankan duduk rumah?” Tanya nenek tu, sambil anak mata tu melihat ke arah aku. Tanya kat aku la tu.

“Aa……yer la kot.”aku menjawab nak tak nak.

“Anak kamu ni lahir bila?”

*Aik pehal ke situ lak soalan nenek ni?*bisik  hati kecil ku. (eceh mcm novel plak bunyi nyer.)

 “Bulan 2 tahun 1986.”mak aku selamba jawab. Aku nampak dari dapur Fatimah datang bawa air teh ‘O’.

“Eh, ni anak makcik, Fatimah.” Nenek tu kenalkan aku dengan anak dia sebaik sajer anak dia sampai kat ruang tamu tu.

Nenek ni kenalkan anak dia kat aku macam aku ni laki jer. Aku kan pompuan . Anak diapun salam la aku, dengan mak aku sume. Pastu dia masuk bilik balik. Nenek Limah pandang balik muka aku. Nak jer aku cakap,  ‘Apahal nenek pandang-pandang ni? Ada masalah!!!!’

“Takder lah, sajer jer  nengok muka anak ni.”

WTH (what the hell) nenek ni bole dengar dalam hati aku. Bahaya nenek ni Psycho habis. Seram sejuk aku di buatnyer. Cover wei, jangan cakap dalam hati banyak sangat.

“Anak ni ada pakwekan. Pernah cium tangankan.”tetiba makcik ni sound direct.

WT (what the…) apakah yang berlaku ni, apa kena mengena dengan aku!! Kan ker yang nak berubat mak aku, apahal aku plak kena sound direct ni. Muka aku nak sorok kat mana ni. Cepat fikir, think…think… Ke ini tujuan sebenar mak aku bawa aku. Nak tahu hubungan rahsia aku,(jangan cakap hubungan sulit nanti korang pikir lain plak)patutlah nenek tu duk sibuk Tanya pasal diri aku, lahir bila la, apa la. Tiiiiidakkkkkkk  Tipah tertipu dan di tipu…. Benci tipah. Patut la mak aku ni lain macam jer. Takper aku mesti menyelamatkan maruah aku yang telah tergadai ni…sebelum nenek psycho ni bongkar lebih mendalam…

“Mana der.”aku menafikan. Padahal memang ada. Masa tukan remaja, biasa lah tu. Apa plak biasa aku ni ajar bukan-bukan plak. Aku terpengaruh dengan televisyen lah ni, tu yang dah pandai nak bercouple-couple ni. Bak kata cahatomic,(sorry yer cahatomic gua amik line you skit) ”pengaruh televisyen ni!”  (kalau korang nak tau, sejak kejadian ni lah aku terus clash dengan bf aku tu. Lagipun memang betul dia ni gatal skit. Serik jugalah aku nak couple-couple lepas tu.)

  “Yer ker ni”nenek ni serkap jarang pulak. Aduh, aku tum… eh jangan cakap lebih nenek ni psycho wei.

Mak aku dah pandang-pandang aku. Alah biasa lah mak jiwa muda. Mak pun sama juga dulu-dulu kan.. kan… Adik aku pulak sengih-sengih. Apa sengih-sengih!! Aku sepak kang budak ni.

“Oh, kakcik dah pandai ko yer.. Siap ko balik nanti.” Aduh mak aku dah sound dah. Didih gak telinga nanti.

Ni sume makcik ni punya pasal. Aku pun satu gi ikut mak aku apsal. Minta-minta la mak aku lupa pasal hal ni balik nanti, puh puh puh…

 

Ingat ni still cerita saspens  tau, jangan kau coba-coba nak menyamar sebagai director, eh silap,( ingat wakaka ni cerita saspens ni, baper kali nak pesan!!) sebenarnya nak bagitau jangan tukar topik lain.

Lepas habis minum teh ‘O’ sumer, makcik tu ajak mak aku dengan adik aku sumer gi masuk dalam bilik. Sebelum masuk dalam bilik tu aku nampak ada kain macam langsir kat depan pintu masuk bilik tu, warna kuning kain tu. Mungkin nenek tu pakai mambang kuning aku rasa. Yer agak tepat sekali permikiran aku.

Aku duduk di antara mak aku dengan adik aku dan berhadapan dengan nenek psycho ni. Dihadapan aku plak ada kemenyan, limau, lagi ntah aper benda lagilah yang ada kat situ. Aku dah lupa. Maklumlah kejadian ni dah lama berlaku. Kemudian nenek tu pun perasapkan kemenyan dia. Maka berbaulah satu bilik tu dengan bau kemenyan. Sume orang yang ada dalam bilik tu diam melihat dengan teliti setiap apa yang nenek tu lakukan. kemudian nenek tu bersuara...

 

“Ni yang kena kacau dek benda tu semalam?”sambil jari menunding ke arah adik aku.

“Ye, dialah, saya ingatkan anak saya tu bermimpi. Bila esoknya kakcik cakap baju ada kat beranda rumah baru saya percaya.”

“Takper, takper, tahulah mak Limah nak kerjakan benda tu.”nenek tu jawab dengan confident.  Lepas tu aku lihat mulut makcik tu terkumat-kamit baca sesuatu, sambil tiup sana tiup sini. Lepas tu dia bersuara lagi.

“Benda ni akan kacau kakcik pula kalau kita tak halang dia. Dia akan cuba kacau satu-satu orang yang ada dalam rumah tu. Siapa yang penakut kena dulu la.” Hambik kau..sambil mulut nenek tu kumat-kamit lagi.

Gulp…..telan air liur aku..nak kacau aku lepas ni… Ish, ish, ish, ish, ish ada ke patut. Tak patut, tak patut. Kemudian aku tengok nenek tu amik limau kasturi 3 biji diasap-asap kan kat kemenyan tu pastu di potong kepada 3 bahagian. Ada cara tau nak potong buah limau tu, bukan main potong jer, nanti tak jadi. Eh, yer ker? Memandai-mandai jer aku ni. Lepas dipotong buah tu dimasukkan ke dalam bekas berisi air.

“Siapa nama anak kamu ni?”nenek tu tanya kat mak aku sambil pisau dicucuk ke dalam air macam nak kacau air tu la. Tapi tak kacau lagi dia tunggu mak aku jawab lah ni.

“Yang ni, Farah Liyana”sambil menunding jari ke arah adik aku.

“Farah liyana yer. Baik baik.”sambil kacau air dalam bekas tu sambil mulut kumat kamit baca sesuatu. Tekun sungguh.

Lepas habis dia jampi serapah dia amik bekas yang ader air dengan limau tu dia tuang dalam beg plastik putih, ala yang macam bungkus lauk tu. Setiap 1 biji limau disimpan dalam 1 bungkus beg plastik. So boleh guna untuk 3 hari la. Aku pun tak tau naper makcik ni suka benor nombor tiga. Kemudian dia kasi kat adik aku, siap tulis nama kat beg plastik tu.

“Ni Farah liyana punya. Balik nanti mandi air limau ni yer. Supaya benda tu tak kacau anak lagi.”sambil menyerahkan bungkusan itu kepada adik aku.

Adik aku amik jer bungkusan tu tanpa banyak soal.

“Yang ni saper nama pulak?”Tanya nenek tu pada mak aku.

“Oh, yang ini namanya……..”(aku ler tu tak yah tau la nama, sibuk benor)

Nenek tu pun amik 3 biji limau………bla bla bla bla……….ulangi langkah satu diatas sehingga habis yer. Benda yang sama dia buat kat adik aku mak aku dan aku. So masing-masing ada 3 bungkus limau untuk digunakan semasa mandi……ikut jer la oii….nenek tu sempat berpesan kalau jadi aper-aper datang balik jumpa dia.

Lepas dah settle sume benda-benda berupa kebomohan ini, kitorang pun balik ke rumah. Dalam perjalanan balik tu……………………………

 

“Kakcik, mak rasa lain macam la…”

“Lain macam mana tu? Macam nak accident ke?”cabul sungguh mulut aku malam tu.

“Hish ke situ plak!”

“Habis tu?”

“Takder la mak rasa macam, ntahlah. Jantung ni dub dab dub dab.”

“Eh, mak ni macam amelina pula! ~Berdegup jantung ku bila kau memanggil namaku ah ah~”sedap tul aku nyanyi, mirip-mirip. Aku ni memang selamba jer dengan mak aku, selamba berpada la. Yer la mak aku kan sporting.

“Aku kang, aku lempang kang budak ni, baru dia tau!”sekali dia marah daa….

“Takder lah mak tu, dub dab dub dab, jantung mestilah kena dub dab dub dab kalau tidak kira mati lah. Kan gumuk kan kan…”

“Kakcik buat lawak bodoh mak.”

“Ntah, lain orang cakap lain pulak dia jawab..malas lah aku nak cakap dengan kakcik ni.” Mak aku meneruskan perjalanan. Semua yang dalam kereta tu diam seribu bahasa. Yang kedengaran hanyalah di bunyi lagu dari corong radio.

Sesampai sahaja di rumah…..

 

 

“Arghhhhhhh……………………”kedengaran orang menjerit dari dalam rumah. Mak aku segera matikan enjin dan terus meluru masuk. Aku tertanya-tanya di dalam hati, ‘saper jerit tu? Ada orang mati ker?’

“Arghhhhh…………..~~~~~~~”berserta dengan tangisan. Aku lihat kak Eton sedang terjelupuk terduduk di ruang tamu, sambil kedua belah tangan menarik rambutnya..Apahal kak Eton ni kena sampuk ker?

“Takut……to-to-tolong makcik…”terketar-ketar suaranya..

Mak aku dengan muka gelabah…

“astagfirullah hal azim… Kenapa ni kaklong?”

“Ntah la mak, tadi dia lepak kat atas dengan kita, sembang-sembang. Tiba-tiba dia diam. Pastu dia menangis, kita ingat dia menangis sebab boyfren dia. Pastu dia jerit-jerit. Pastu dia terus turun bawah. Mana kita tau kenapa.”

“Han-han-hantu raya….kat atas…..”kak Eton mencelah.

“La mesti dia kacau kak Eton. Lekas kaklong, amik kain batik.”kain batik?

Kelam kabut akak aku amik kain bagi kat mak aku. Mak aku amik kain tu selimutkan kak Eton dan tarik kak Eton ke bilik air, jirus dengan air(kasi mandi la tu) sambil baca doa. Tak tau la doa aper. Yang pasti kak Eton dah tak jerit-jerit lagi dan agak sedar semula. Kak Eton diam seribu bahasa seolah-olah macam baru kena belasah tadi. Perlahan dia naik atas dan tukar baju yang basah tadi. Aku rasa dia tak ingat aper-aper la. Lepas tu dia terus tidur sampai esok pagi.  

Yang tak boleh blah dalam cerita ni yelah aku. Ko tau aper perasaan aku ketika tu? Aku masuk jer dalam umah aku tengok kak Eton dah macam tak betul, ko tau aku buat aper? Aku bantai ketawa. Macam klaka plak rasanya. Akukan macam takder perasaan pasal benda-benda ni. tu yang jadi macam tu, tu. Lepas tu, mak aku boleh sound aper ko tau.

“Orang tengah serius ni dia main-main plak. Nanti kena kat ko baru tau.” Nasib sampai skang tak kena-kena juga. Alhamdulillah. Adik aku plak…. Kan dia penakut, malam tu dia langsung tak pergi toilet. Dia tahan jer. Penakut gila. Lepas kejadian tu, benda tu masih blum blah lagi dari umah mak aku tu. Tapi dia tak dapat kacau saper-saper sebab mak aku dah ‘pagar’kawasan umah aku tu. Cerita dia panjang lagi aku malas la nak sambung. Patut ker aku sambung?


P/S: nasib mak aku lupa pasal bf aku tu tadi...selamat aku... Kak Eton telah menyelamatkan aku
...

Cerpen sebelumnya:
Bahagiaku Untukmu
Cerpen selanjutnya:
Bahagiaku Untukmu...(sambungan)

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
3.7
7 Penilai

Info penulis

u thinking thinking

apa nak ckp yek, ntah la sempoi2 jer kot..nak senang knal dulu la baru tau...
wakaka | Jadikan wakaka rakan anda | Hantar Mesej kepada wakaka

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya wakaka
KAK EEETONNNNN....... 2 | 2947 bacaan
KAK EEETONNNNN....... | 2054 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

16 Komen dalam karya KAK EEETONNNNN....... 3
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor


Kapasitor Bookstore

CSI: Snake Eyes

Called to an out-of-control scene outside Las Vegas, at a casino in Boot Hill where ...
Price: RM 5.00


Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik