Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?
900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.
Daftar Sekarang!
Tandatangan itu
- 10
- bluessie_7
- 15 years ago
- 4,085
- FREE
Langkah Adi lesu.. Pemikirannya terganggu. Selera makannya pagi itu
agak terbantut, membuatkan perutnya berbunyi-bunyi dan ketidakselesaan
melanda sepanjang Adi berada di kelas. Nasibnya baik, kelas pada awal
tahun kebanyakannya hanya sesi pengenalan dan beramah-mesra. Maklumlah,
guru-guru tidak mahu terlalu membebankan pelajar baru. Beg Adi yang
hampir melolos jatuh dari bahunya cepat-cepat ditarik kembali.
Pergerakan yang agak cepat itu, membuatkan pen yang diselit di tepi itu
terjatuh. Berkilau pen itu disinari matahari yang garang bersinar pada
tengahari tengah minggu itu. Pen basah pemberian kakaknya yang sedang
meneruskan pengajian di Leicester, England itu memang sangat disayangi.
Cepat-cepat pen itu dicapai di tengah ramai, dan bergegas-gegas pulang
ke bilik, untuk bersedia ke kelas persediaan pada sebelah petang.
Sampai sahaja di bilik, tubuh Adi terus dibanting ke tilam.
"Letih sangat nampaknya Adi?"
Arman
menyapa sekadar berbasa-basi. Soalan yang dihampar, senyuman separuh
ikhlas yang dibalas. Perkara yang menghantui fikirannya itu, cukuplah
untuk dirinya. Arman juga pelajar baru, mana mungkin dia mampu menolong
Adi dalam pencarian yang hampir menemui jalan buntu. Bukan dia tidak
berusaha, tapi, hampir keseluruhan masa senggangnya minggu itu,
tenaganya ditumpukan untuk mencari tuan empunya tandatangan itu. Masa
yang diberi akan tamat pada tengah malam Jumaat. Tahap kegalauan
hatinya hampir sampai maksimum. Tahap yang melebihi kerisauan yang Adi
alami sewaktu dia menunggu keputusan peperiksaan besarnya tahun lepas.
.......................................................................................
" Selamba je kau berjalan macam tu depan kitorang!! Kau ingat kau siapa, ha?!
Baru masuk je nak kerek ehh?!!! "
Dengan
ganas Kudin menyergah Adi yang pada masa itu tertunduk-tunduk melepasi
kumpulan Kudin untuk bergegas ke dewan makan. Maklumlah, masa yang
diperuntukkan untuk perkara sebegitu sepanjang minggu orientasi begitu
singkat.
" Err.. Err.. saya minta maaf bang! Saya tak sengaja, saya betul-betul nak cepat ni.."
" Ohh.. Dah buat salah, senang-senang nak blah macam tu je..."
" Err.. Abang, saya dah agak lambat ni. Lepas ni program bersama pengetua. Izinkan saya pergi dulu bang?"
Suara
kecut Adi yang hampir antara keluar atau tidak itu seolah-olah bergema
dalam dewan makan yang tiba-tiba menjadi senyap-sunyi. Jantungnya
hampir luruh apabila perkara itu disaksikan oleh semua yang berada di
situ. Akibatnya, malam itu, dia terpaksa menghabiskan masa di bilik
Kudin, mengilatkan semua kasut yang ada. Tak habis di situ, satu contoh
tandatangan diberi pada Adi, untuk dicari pemiliknya. Jika Adi tidak
berjaya menemukan pemiliknya, hukuman yang lebih keras akan dikenakan.
Yang pasti, Adi tak sanggup dan tak pernah sanggup untuk diperlakukan
begini, apatah lagi di sekolah elit yang sangat dibangga-banggakan oleh
seluruh sanak-saudaranya!
..........................................................................................
Petang
Khamis itu, hatinya kepingin untuk beruzlah, bersendirian. Tujuannya,
untuk menenangkan hati, menyediakan dirinya yang tidak dapat memenuhi
permintaan Kudin pada tengah malam nanti. Terlintas di fikirannya
tempat yang terbaik, wakaf di belakang blok lama yang tidak lagi
digunakan. Beg yang berisi barang-barang kesayangannya yang tidak
mungkin ditinggalkan dibimbit bersahaja. Dari jauh, Adi terlihat
kelibat seorang pelajar lain telah pun berada di wakaf itu. Keluhan
berat dilepaskan, namun, ada sesuatu mengenai pelajar tersebut yang
mencuit hati Adi untuk turut menyertai pelajar tersebut.
Perlahan-lahan, Adi menghampiri, dan menyapa pelajar tersebut.
Ternyata, pelajar itu juga pelajar baru sepertinya. Tapi kesugulannya
membuat Adi membuak-buak untuk bertanyakan masalah pelajar itu. Setelah
bertukar-tukar cerita, tahulah Adi bahawa Shukri di depannya kini
berdepan masalah sepertinya juga. Cuma, Shukri disuruh mencari pasangan
kepada kasut bola sebelah kanan yang berada dalam tangannya.
" Mari saya tengok tandatangan tu, manalah tahu, saya boleh menolong?"
Dingin pertanyaan Shukri, walau ada bibit-bibit kemesraan yang tidak terserlah. Adi terus menyerahkan tanpa ragu-ragu....
" Eh! Ni tandatangan saya! Bertuah betul awak. Tugas awak dah selesai.."
Dengan
pantas Shukri menyambar pen Adi dan terus menurunkan tandatangannya.
Adi hampir menjerit dan melompat! Bebanan yang terasa mengherotkan
bahunya selama ini telah terlepas. Kata-kata kesyukuran di lafazkan,
bersama pelawaan demi pelawaan untuk membalas budi Shukri. Namun,
dengan mudah Shukri menolak dan menghampakan Adi.
"Siapalah kita ni.. Awak tak perlulah bersusah-susah untuk saya. Cuma satu je kalau awak boleh buat untuk saya.."
Adi merenung dan memegang erat tangan Shukri kelihatannya pucat, tanda setuju.
"Awak
pun dah terasa bagaimana tak selesa bila jadi begini. Harapnya, bila
awak dah jadi senior, awak tak akan buat begini pada junior awak. Saya
pesan ni, sebab saya rasa saya tak lama di sini. Sekolah di rumah lebih
baik untuk saya."
Adi mengangguk-angguk, dan bingkas bangun
mengundur diri untuk membersihkan diri kerana waktu Maghrib hampir
menjelma. Namun Shukri masih di situ, ingin melihat matahari terbenam
di balik bukit katanya.
....................................................................................
Dengan
penuh keyakinan dan senyuman yang ebar, Adi menyerahkan tandatangan itu
kepada Kudin. Kertas itu disambar Kudin dengan perasaan penuh
ketidakpuasan hati. Terbuntanglah mata Kudin melihat tandatangan itu,
dan kertas itu diberi pula pada kawan-kawannya. Tangannya terangkat dan
digenggam kemas. Perut Adi kecut. ("Apa salah aku lagi ni?") Kudin
menggeleng, menolak bahu Adi, dan terus berlari keluar dari bilik. Adi
masih lagi berdiri di tengah-tengah bilik, mulutnya terkunci kegugupan.
Dalam beberapa minit, bilik itu dipenuhi pelajar senior dan kertas
bertandatangan itu bertukar-tukar tangan sehingga lunyai.
Setelah
hampir setengah jam berpeluh-peluh melihat kumpulan senior berbincang
berbisik-bisik, Adi dirapati oleh seorang pelajar senior yang dikenali,
Marwan ketua pelajar yang sama-sama berasal dari Perak.
" Adi, Adi cakap betul-betul, tandatangan ni, awak buat sendiri atau betul-betul Shukri ni tandakan untuk awak?"
"Eh,
saya dapat la abang. Takkan saya nak buat sendiri pulak. Saya jumpa
Shukri petang tadi, dekat wakaf belakang tu. Buktinya, abang padankan
sendiri dakwat pen saya dengan tandatangan tu. Err.. apa masalah
sebenarnya ni abang?"
" Begini... Adi tenang-tenang dulu, ye?
Tandatangan ni adalah kepunyaan teman setingkatan abang, arwah Wan Nur
Shukri. Arwah ada penyakit lelah, dan ditemui meninggal dunia di tengah
padang, bersama dengan sebelah kasut bola. Tengah malam ni, genap empat
tahun pemergian Shukri, dan Kudin tu adalah teman dia yang paling
rapat."
Pandangan Adi kabur, berpinar-pinar dan terus terjelepok jatuh!!!
Cerpen-cerpen Berkaitan
Semua cerpen-cerpen SaspensCerpen-cerpen lain
Perbualan
Perbualan
-
1) pertama kali menulis di sini.. dah lama tak menulis, kemahiran mcm dah tumpul.. harap bagi komen utk pengakhiran yg lebih dramatik :)
- bluessie_7
- 15 years ago
-
2) ceritanya bagus..tp klise skit...
:)- kamalia
- 15 years ago
-
3) terima kasih. sile beri tunjuk ajar lagi :)
- bluessie_7
- 15 years ago
-
5) >best:)
- eDieca_88
- 15 years ago
-
6) kena banyak kan jarak diantara percakapan sebab rasa mcam mendatar jer..
- wakaka
- 15 years ago
-
7) haaa..men2 lagi tandatangan :p
- syud
- 15 years ago
-
8) hantuuuuuuuuuuuuuu
- zInggOf
- 15 years ago
-
9) agak predictable. mungkin sebab saya dah terbiasa dengar cerita kat asrama kot.. dok bajet, shukri tu mati kena belasah ke, mati kena buli ke, bila baca time dia bagi pesanan kat adi tu..tp tak. nice ending..so, it means, cerpen awak ni best. lari sket dari klise yang selalu kita dengar..
nice try! nak lagi...hehe- cika
- 15 years ago
-
10) hi..hi..hi (mengilai)
rasain lo KUDIN..!!
ish bile pikir2 balik seram jugak..
trrr..- PapaTul_09
- 15 years ago