Anak Muda Tak Keruan - Bahagian 1

 

"Kerna kamu muda, kamu tidak akan pandang ke belakang dan kebawah.. Kerna kamu muda!!". Berulang-kali Rustam, anak muda dari Utara ini mengucapkan kata-kata lirik lagu sebuah kumpulan Punk dari England ini.

Tak henti-henti. Hampir setiap hari. Masa tengah memakai kemeja jenama Ben Sherman, masa mengikat tali kasut Dr. Martennya, masa tengah nak makan dan masa menaiki tren dan juga semasa dia di tempat kerja. Lirik lagu ini seolah-olah bererti padanya, seperti sudah merasuk dia. Umpama orang gila tapi waras dan berfalsafah otaknya.

'Apa yang ko mencarut tuh Rustam?.' Soal Diana kepadanya.

'Ah hang bukan tahu kalau aku bagitahu pun. Yang hang tahu jenama arak-arak dekat disko saja. Kan?'. Balas Rustam spontan dan ego.

'Siot je ko nih'. Diana membalas sambil beredar ke mejanya.

Begitulah Rustam di pejabatnya, malahan budak-budak rumahnya pun mual dan mangli dengan karenah dia. Setiap kali kata-kata Rustam akan menikam kalbu atau seperti terkena panahan kilat. Pedih dan pedas. Dia sangat egois. Tahap egois dia boleh dikatakan tahap dewa-dewa. Tapi yang menjadi persoalan, setiap kali dia membuka kata-kata pasti orang sekeliling terbungkam dan terkaku. Kata-katanya seperti umpama peluru yang hinggap ke sasarannya, sekali kena; mati dibuatnya. Peluru kata-katanya seperti umpama peluru beracun, sekali terkena mahu pening terhuyung-hayang dibuatnya.

'Rustam, kau kena slow down. Jiwa kau terlalu memberontak, kau akan sakit otak. Kau kena faham istilah bermasyarakat. Aku tahu, kau lain. Tapi, untuk orang menerima kau.. Kau juga kena menerima orang Terpulanglah, kau kena

Live as if you were to die tomorrow. Learn as if you were to live forever.'.

Daripada Universiti sampailah ke alam kerja, dia selalu memberontak. Dia masih tidak tahu apa makna hidupnya untuk terus hidup. Setiap kali berjalan, kaki-kakinya bertapak dia akan gusar dan bosan dengan langkah-langkah yang telah dia lalui. Jalan-jalan ini semacam sudah ada strategik planningnya, seperti pelan-pelan rumah yang dia lakarkan di pejabatnya. Selesai saja lakaran, rumah-rumah akan dibina. Apabila siap, begitulah samanya seperti dalam lakaran pelan. Bosan. Bosan..

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Umum

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) rustam.. rustam.. hati kau sungguh keras.. haha!!!!

  • (Penulis)
    2) haha
  • 3) bile nak brubah nih..jgn duk dingin beku nnt org tak tahu nak komunikasi cmne =)
  • 4) hahahaha.... bagus la lu bro.


  • 5) wei mana aci cerita intro camni je. hahaha panjang ah sikitt..

    sepertinya menarik! (kalau banyak sgt bahagian, elok diletak di seksyen novel je?)
  • 6) erk..betul ckp caha
    cite ciput je...
    intro pn x cukup ni
  • 7) eh?

    apsal pendek sangat?

    bru nk berlayar dah kene stop dok kat pesisir pantai~ :p
  • 8) uihhh..sniper tul rustam ni..sambung la lagi..skit bebeno...

  • (Penulis)
    9) Sabar ok..
  • 10) kareem, aku suka hang tulis cerpen
  • 11) ???
  • 12) nmpk cm best ko nyer crite..len dr y len.

Cerpen-cerpen lain nukilan Kareem

Read all stories by Kareem