Majid ke Pawagam

 

Majid pergi ke masjid. Dia terjatuh. Pawagam berhampiran baru dibuka kelmarin. Dia bangun berlari anak.

Tiba-tiba dia teringat kisah dulu-dulu. Cikgu Manap membawanya menonton di bandar. Filem yang paling diminati Majid adalah bergenre 'cinta jiwang nangis-nangis hingus berjejer'. Majid sering menyapu air hingus cikgu Manap. Pernah satu ketika juga cikgu Manap membawa bantal busuknya yang bernama Ciko ke pawagam. Cikgu Manap telah diberkas oleh pengawal keselamatan kerana bermati-matian tidak mahu melepaskan Ciko. Majid berjumpa dengan ketua keselamatan dan membela cikgu Manap serta Ciko supaya dibebaskan. Semenjak itu, Ciko telah diharamkan daripada memasuki mana-mana panggung di seluruh negara. Ciko merasa sangat sedih. Majid sering memujuk Ciko.

 

Selesai solat, Majid terus menuju ke pawagam yang bernama Pomdan itu. Pawagam Pomdan padat dengan orang ramai seperti padatnya usus Majid sekarang. Semalam Majid makan petai bersama cikgu Manap. Dia terus membeli tiket satu. Cerita bertajuk 'Bantal Busukku Dirampas'. Majid pun masuk ke panggung bernombor 9. Majid teringat bahawa nombor 9 adalah nombor kegemaran cikgu Manap. Majid duduk di kerusi E 14. Masih terbaki sepuluh minit sebelum lampu panggung dipadamkan. Majid terus menyeluk saku kemejanya dan mengeluarkan sekeping surat. Setelah mengenakan cermin mata Dwi-fokus (atas rabun jauh, bawah rabun dekat), Majid pun membacanya.

 

'Zainon, masih ingatkah dikau ketika kita duduk di bangku kayu di tepi tasik Chini?  Kau merenung mataku dalam-dalam seperti dalamnya dasar tasik. Kau menggenggam tanganku erat. Kau melafazkan kata cinta dan rasa hatimu padaku. Aku tersentuh dan bernyanyi lagu dangdut dut dut. Ketika rembulan menyuluh pondok cinta kita yang seteguh gunung Fujiyama, ketika kita membuka plastik keropok Ding Dang hatiku berdendang.. masih ingatkah dikau ketika kita menonton drama bersiri Bawang Benggala Cili Dadu-dadu?  Kau menangis seperti seekor lipas yatim yang disembur Baigon. Hatiku terdetik bahawa kaulah pilihanku yang jitu....'

 

Tiba-tiba lampu panggung dipadamkan.

'Cis..!! tak sempat aku nak baca surat ni..!' Getus Majid di dalam hati. Surat itu dilipat kembali dan disimpan. Semenjak kebelakangan ini Majid sudah mempunyai hobi baru iaitu membaca surat cinta orang lain. Majid akan menyorok di balik tembok sebelum menyeluk peti surat jiran tetangga. Surat hutang tidak dibaca.

Filem pun bermula...

 

(bersambung..nantikan episod akan datang bertajuk 'Ciko kembali berair liur basi' .)

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Aksi

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) tak sabar rasanya menunggu cerita Ciko.
  • 2) hahaha...adehh..sakit perut. oke, update cepat2 skit
  • 3) adoyai... huhuhu
  • 4) cesss....semprit2..
  • 5) aduhai... bersambung pula...
    p/s: watak cerita ni ada bau-bau bacang dengan cerita ayat-ayat benci tu ke?
  • 6) alahai majid. nape pelik benar perangai kau ni. hehe
  • 7) ya..cerita ini adalah berkait dengan cerita ayat2 benci. nantikan kisah "Ciko si bantal busuk" pula... ho! ho!

  • (Penulis)
    8) wakakakaka..tiba-tiba rasa nk baca balik cerpen ni..mcm haram..gagagaga
  • 9) nape cikgu manap lak yg cam bdk2? huhu..
  • 10) Klaka

Cerpen-cerpen lain nukilan Rizzy

Read all stories by Rizzy