Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

"Kasim"hannya Beliau

  • 1
  • Rizzy
  • 10 years ago
  • 5,512
  • FREE

 



Sambil jatuh berguling-guling di tangga sekolah akibat ditolak kawannya, Kasim teringat memori silam semasa beliau tiada duit mahu membeli sebungkus keropok lekor di tepi pagar luar depan jalan sana.

Masa itu, kawan sekelas Kasim yang begitu akrab makan keropok sehingga meleleh-leleh sos cili dari bibir ke dagu.  Dari dagu ke leher, kena lencana sekolah dekat poket atas sebelah butang. Kasim merasa sangat terliur sehingga mulutnya automatik terkumat-kamit mengunyah-ngunyah “khayalan” dan “keropok lekor maya”. Tangannya seram-sejuk bagai diserang demam denggi tahap satu fasa ketika telur virus yang dieram seminggu mulai pecah. Kakinya yang dibalut setokin berpeluh-peluh memasamkan lagi bau kaki tempias ke sum-sum kapur kasut.

Dia cuba membayangkan sekeping duit seringgit di pineal otak tengah beliau. Muka Agong dan tandatangan gabenor datang depan mata siap dengan tulisan “ Bank Negara Malaysia” banyak-banyak kecil-kecil dekat seluruh kertas duit. Warna biru, ada gambar wau, gunung kinabalu.

“Eh, yeke ada gunung Kinabalu?” Kasim keliru kerana duit seringgit yang baru kertas plastik tu macam dah tak ada. Dia pun meneruskan imajinasi dengan mata terpejam lidah terkeluar-keluar jilat-jilat tempat tumbuh misai banyak-banyak kali. Sikit lagi air liur nak masuk lubang hidung.  Makin jelas muka Agong, baju dia, ada bulan bintang dekat tengkolok, ada logo bank negara; binatang yang macam rusa dalam bulatan, bahagian lutsinar yang kalau kita tengok dekat cahaya akan nampak lagi satu muka agong, semua-semualah. Di saat Kasim berjaya membayangkan dengan rumit dan terperinci, terpersentimeter, terpermilimiter, Kasim pun terasa sesuatu di dalam genggaman tangannya.

Cepat-cepat Kasim buka mata tengok dalam tapak tangan

“Wahhhhh, ya Allah !”  Kasim terkejut  apabila melihat “Agong” tersenyum padanya.

 

 ******************************


 

Kepala otak Kasim telah terhentak sebanyak tiga ratus empat puluh tujuh kali di batu anak-anak tangga manakala rusuk kiri; seratus lapan puluh lapan, rusuk kanan belah bawah ; sembilan puluh sembilan kali, siku dengan lutut ; berkali-kali, tak lupa tulang belakang; seratus enam puluh enam kali. Kasim rasa dia jatuh macam lama, padahal rasanya bilik darjah dia tingkat dua saja. 

“bedegummmm!!!”

Tulang kening mata sebelah kiri Kasim akhirnya terhantuk dekat lantai paling bawah. Kasim jatuh tertonggek, kasut dua-dua tercabut entah mana-mana, baju kotor gila-gila, tali pinggang putus, kepala tali pinggang dia pun dah hilang. Siku calar-calar, badan luka-luka, bengkak-bengkak. Kasim pun menangis.

“Maaaakkkkk…, Kasim jatuh maaaakkk..”

Sambil airmata dia menitik-nitik, menjejeh-jejeh Kasim teringat memori silam  semasa beliau tidak ada kawan. Betapa aman hidupnya yang sungguh sepi dahulu.

“Maakkk, betul kata mak, Kasim tak reti berkawan. Kasim gila mak..!”

Datang dua orang kawan memegang dan mengangkat Kasim lantas bertanya;

“Woi, kenapa kau jatuh tiba-tiba woi??”






(sila abaikan motif cerpen ini. haha) 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Eksperimental

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

Cerpen-cerpen lain nukilan Rizzy

Read all stories by Rizzy