Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Kiting Ke Kedai

  • 1
  • Rizzy
  • 12 years ago
  • 5,199
  • FREE

 



Sambil berlari Kiting bercakap di dalam hati.


Subhanallah, Alhamdulillah, Lailaha illallah, Allahu akbar..


Diulang-ulang serentak degup jantung menuju ke kedai Cik Amin. Niat dari rumah ditekadkan padu seperti genggaman beberapa keping seringgit di tapak tangan.


Assalaamu ‘alaikum cik Amin..!!” Kiting menjerit kuat mengegarkan meja serta iman orang-orang yang sedang menjamu selera dan mengeteh.  Irama salamnya bak melodi budak-budak sekolah ucap selamat pagi cikgu. Kiting duduk di riba Pak Man.


Woi..! hang tak nampak  ka aku ni Ting oii..? Pi,pi sana ada kerusi banyak..

Pak Man menolak Kiting ke tanah. Terguling. Masuk bawah meja terpegang kaki Cik Ramram pisang.


Sampai hati pak Man tolak saya…(nada sedih)” Kiting bangun duduk di tempat kosong lalu menepuk meja tiga kali.


Bam, bam bam!!!


Hey boii… saya mau minom…!” Tangannya menggamit seorang pelayan bergaya pondan berbaju ketat berbadan sasa. Pekerja Cik Amin.


Minum apa tuan? “ Kertas dan pen siap terkepit di jari lentik seperti bendi. Kiting tengok dia atas bawah-atas bawah ulang-ulang. Muka geli dengar suara yang garuk.


Bila masa aku kata nak minum?? Bila masa??? Hah? Hah??!! “ Kiting bangun merampas kertas dan pen pelayan itu dan mencampakkannya ke nasi lemak pak Man. Pak Man baru nak suap semulut lagi terus tak jadi.


Dushhhh..!! dishhh!!


Cik Amin…Kiting tumbuk saya! Dia dah cabul kelakian saya! Tolonggg..tolongg..!! “ pelayan pondan berbadan sasa itu bertempik. Dia sudah jatuh terduduk bersimpuh di tepi sinki. Pak Man terus bangun memaut kedua-dua belah ketiak Kiting dari belakang. Kuat-kuat.


Pak Man jangan masuk campur..! saya dah lama geram dekat dia ni..! “ Kiting tiba-tiba jadi samseng. Di hayun-hayun abdomen kiri kanan mahu melepaskan diri.


Hiyahhhh..!


Bedegung tegedummmm pishpish pishhh!


Pak Man berpusing ke depan di”judo” Kiting. Jatuh tersembam atas meja. Habis semua botol-botol sos cili pecah-kotak tisu-bersepah-terabur.


Saya dah kata jaaa..


Deshummmmm berkkkhhh!


Kiting tercampak terbang melanggar dinding plywood menembus-masuk jamban berdekatan. Tertinggung.


Aduiiii…sakit gila kepala aku wehh…h*ramj*dah..” Kiting membetulkan tengkuknya meluruskan kepala otak yang tersenget. Dia bangun perlahan-lahan memaut pintu jamban plastik.


Hah… cik Amin, bagi saya mee hun  kung fu satu bungkus!” sambil mengesat darah di bibir Kiting menggosok –gosok rambutnya yang serabai.


Ok…kenapa kau tak cakap awal-awal ..” Cik Amin mengelap spatula dengan kain buruk menjeling Pak Man dan pelayan pondan berbadan sasa yang sudahpun duduk di tempat asal masing-masing.


Selamat hari raya..maaf zahir batin…” Kiting pun bersalaman dengan mereka berdua itu. :)

 

\"\"

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Aksi

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) hahahah.. watak pondan berbadan sasa jd pelayan pun ada..

Cerpen-cerpen lain nukilan Rizzy

Read all stories by Rizzy