Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Cinta

Tragisnya Cinta

Cerpen sebelumnya:
CINTA TIADA NOKTAH 1
Cerpen selanjutnya:
Lelaki jalang

Aku hampir lupa bagaimana rasanya dilamun cinta. Sudah terlalu lama mungkin aku biarkan hati ini kosong tidak berisi, selebihnya aku terlalu takut untuk dilukai. Seluruh tenaga; emosi dan fizikal, aku tumpukan pada pekerjaan aku semata-mata.

  Aku takut kalau-kalau hati aku bakal diremuk, patah, pijak, lunyai dan entah apa lagi jika aku jatuh hati. Aku takut dengan pelbagai kemungkinan yang bakal dihadapi sebaik sahaja aku mula merancang untuk melangkah ke alam percintaan yang menurut ramai orang, adalah satu fasa terindah dalam kehidupan seorang manusia.

  Berlainan dengan pilihan aku sebelum ini untuk menutup pintu hati aku daripada mana-mana lelaki, kali ini aku benarkan kau hadir dalam hidup aku, menerjah malah menerbos ruang peribadi aku.

  Kau ingat lagi tidak saat kali pertama kita bertemu? Aku masih ingat kerana itulah kali pertama aku lihat kau di situ; di sebelah pejabat aku. Aku hampir bertembung dengan kau yang ingin keluar dari ruang pejabat.

  ‘ Diaorang patut letak traffic light depan ni la,’ kata kau yang membuatkan aku sedikit terperanjat kerana kau sendiri tidak nampak aku di situ. Aku begitu asyik memikirkan sesuatu hingga imej kau jatuh ke titik buta. Aku terdiam namun dua saat kemudian aku tertawa. Saat itulah sebenarnya separuh dari hati aku sudah jadi milik orang lain. Kau.

  Pertemuan yang sangat ringkas itu tidak berakhir di situ sahaja, apatah lagi kita ini berjiran. Waktu makan tengahari kita sama, waktu pulang juga hampir sama malah kita juga memilih jenis pengangkutan yang sama. Betapa hari demi hari aku jadi makin terbiasa dengan senyuman kau hingga aku jadi ketagih. Sebagaimana aku lihat kau ketagih dengan ‘kekasih’ kau yang kurus dan mudah dipegang di celah jari-jemari kau, begitu jugalah aku. Hari-hari yang dahulunya kelabu, sudah mula diwarnai dengan pelbagai pigmen yang aku sendiri tidak tahu namanya.

  Aku tidak peduli kalau pertemuan kita hanya sekadar berlangsung beberapa saat, di celah keriuhan dan kesibukan orang ramai pergi bekerja. Kisah apa aku tentang itu semua. Yang penting aku dapat lihat senyum kau hari demi hari.

  Betapa pagi yang sebelum ini aku tidak gemari, kini sudah jadi saat paling istimewa bagi aku. Kenapa? Kerana kau. Kau buatkan pagi yang suram jadi lebih ceria. Telingaku jadi tuli pada bunyi deruman enjin di jalanan. Sebaliknya, aku dengar kicau burung apabila sama-sama melangkah ke bangunan tempat kita bekerja bersama. Aku tahu itu mustahil. Mana mungkin kicauan burung dapat didengar di tengah hutan batu yang sibuk dengan hiruk-pikuk dan bunyi hon kenderaan? Tetapi itulah hakikatnya.

  ‘ Selamat pagi,’ selalunya itulah sapaan kau saat berdiri di sisi aku apabila kenderaan awam pilihan kita berhenti di stesen kau. Cukup ringkas tetapi ungkapan itulah biasanya yang mengurangkan tekanan di pejabat. Ungkapan itulah yang membuatkan aku tersenyum di depan monitor sepanjang hari sehingga rakan-rakan jadi pelik.

  Aku mengaku, kelibat kaulah yang paling aku cari semasa waktu makan tengahari. Bukan sahaja aku cari malah sememangnya aku nanti kerana kau sudah jadi semacam candu. Aku perlu melihat sekurang-kurangnya kelibat kau waktu pagi, tengahari dan sebelum pulang. Setiap kali kau tidak kelihatan, langit yang cerah jadi mendung secara automatik.

  Jangan tanya kenapa. Aku sendiri tidak faham.

  Kehadiran kau mengingatkan aku semula pada kemanisan saat mula mengenali seseorang, juga pada kemanisan bercinta. Kau mengingatkan aku semula pada kenangan yang telah lama mati dan aku kira tidak akan sekalipun aku kecapi lagi selama hidup aku. Betapa indahnya saat melihat lesung pipit di pipi bila kau tersenyum, seakan masa terhenti seketika untuk kita nikmati bersama. Dan bila kau di sisi aku, seolah-olah hanya kita berdua sahaja yang ada ketika itu. Tiada orang lain. Tiada kereta, bunyi deruan motosikal atau laungan penjual nasi lemak. Hanya ada kita dalam dunia kita sendiri.

  Adakah kau juga begitu?

  Deria bau ini seakan masih dapat mengesan bau haruman yang sering kau pakai. Betapa haruman itulah yang sering mengingatkan aku pada kau. Setiap kali bau itu menerjah rongga hidung, pasti aku akan senyum sendiri.

  Ah, cinta memang mampu membuat sesiapapun jadi gila. Apatah lagi jika rasa itu berbalas…

  Tetapi malang. Hidup dan dunia seseorang hanya akan jadi begitu ceria jika cintanya berbalas. Mustahil seseorang akan gembira jika dia melepaskan seseorang dengan alasan ‘jika benar aku sayangkan dia, aku perlu lepaskan dia pergi’. Begitulah juga dengan aku.

sambungan

Cerpen sebelumnya:
CINTA TIADA NOKTAH 1
Cerpen selanjutnya:
Lelaki jalang

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
4.0
8 Penilai

Info penulis

Siti Aishah Abdul Aziz

the one who loses her rose-tinted glasses, with the tendency to borrow others thinking caps. 
uculer | Jadikan uculer rakan anda | Hantar Mesej kepada uculer

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya uculer
Janji | 32422 bacaan
Ukur | 2632 bacaan
'Weih, tak mau lunch ke?' | 2394 bacaan
Satu nyamuk dalam kelambu | 2928 bacaan
Nama | 2489 bacaan
Sebuah buku, sekeping hati | 2661 bacaan
Dia: Di Tepi Lif | 2491 bacaan
Battered | 1117 bacaan
Periuk Belanga | 2833 bacaan
Hati | 480 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

18 Komen dalam karya Tragisnya Cinta
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik