Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Cinta

~Bab 2: Sempurna~

Cerpen sebelumnya:
Qaisara
Cerpen selanjutnya:
Wahai Bulan

Episod sebelumnya: MEMORI (Klik untuk membaca)

P/S: Oke. Tak tahu apa pasal nak bubuh sempurna as tajuk. HAHA. :p

---

Cinta tu macam kanser. Tanpa sedar kejap je dia dah bermetastasis ke seluruh badan. Dan aku rasa saat ni, oncogenes tu dah jana sesuatu yang pergi tepat ke organ terpenting aku- jantung! Dengan Armand, aku rasa terawang-awang. Rasa terbang tak jejak tanah. Rasa macam makan aiskrim lepas tu high sorang-sorang. Nak halang pun macam susah sebab makin lama perasaan ni makin bercambah, bercambah dan terus bercambah.

“You’ve completed me and I want to have you for the rest of my life.”

Aku sengih sambil memandang skrin. SMS dua minggu lepas dari Armand aku tatap puas-puas. Habis membaca, aku beralih ke wallpaper henfon pulak. Gambar aku buat muka comel sambil makan aiskrim dan Armand memandang geram melatari skrin yang lebih kurang 4’ je lebar. Aku tarik nota Pharmacognosy, mula membaca struktur Cholesterol.

Angular methyl group at C18 and C19...

Side-chain...

Hydroxyl group...

Ah! Manela pulak mamat ni? Tak fokus betul membaca. Aku tolak ke tepi nota-nota yang bertimbun tu. Mencapai handphone dalam beg Nike. Belum sempat nak tekan apa-apa, handphone tu dah mula menyanyi-nyanyi girang.

“Hello?.” Lambat-lambat aku menjawab.

“Win,where are you dear?.” Daddy... aku menjawab perlahan dalam hati.

“Ada ni ha..I’m waiting for....Armand.” Terkulat-kulat aku menjawab. Mesti Daddy cakap bertuah punya anak. Balik-balik kelas bukan reti nak balik rumah weekend. Boleh pergi berdating?!

Aku sengih sambil garu kepala. Fikir Win fikir. Alasan apa nak kasi ni?.Win nak baliklah ni Daddy. Esok okey? Esok?

“Okey,take care. Jangan lupa balik esok tau kot ye pun seronok sakan bercinta.” Aduh! Terasa macam Daddy tengah sengih tahap kera sumbing dekat sebelah sana. Haha. Ye Daddy, Win balik esok. I know Sis Alice gonna get married.

“Daddy...dress Win dah amik?.” Baru teringat pasal dress putih tu. Kalau Daddy tak amik mau aku pergi function tu pakai t-shirt dengan jeans, lepas tu dapat stilletto free dari Mary Anne (adik Sis Alice). Sila bayangkan ye, stilletto tu hinggap dekat dahi. Mau benjol seminggu.

“.....” Tak ada jawapan.

“Daddy?.” Aku ulang suara. Dah macam akak buat announcement dekat Stesen Komuter dah.

Eh? Cisla! Bateri henfon matilah pulakkkk. Ni yang terasa macam nak baling henfon tu dalam tasik Cyberpark. Win...Win, salah sendiri. Cas henfon tak reti, lepas tu mengamuk bila henfon mati.

Aku tarik balik notes tadi. I’m waiting for you till 6:30p.m Encik Armand Iskandar Redzuan. More than that siaplah awak! Aku ketap bibir. Dah dekat 40 minit menunggu. Kalau aku tahu macam ni punya lama dia datang, baik aku siap sedia dengan track suit. Jogging empat lima round pun lepas ni. Daripada menepek sorang-sorang macam kera. Dahlah dia yang beria-ia ajak datang sini. Kalau tau macam ni gayanya, suruh dia datang Cyberia je. Aaaaa

Ingatkan tadi bolehlah balik dengan dia. Oh tidak! Bateri henfon dah kong, macam mana nak contact Wida? Menapak? Haa..nice! sangat nicelah berjalan kaki dengan jeans and tee ni. Tau tadi aku dah kayuh basikal datang sini. Benganglah dengan awak Encik Armand!

Semua notes tadi aku satukan. Lepas tu klip dengan paper klip, campak dalam beg file. Kibas baju, tarik mana yang patut. Sendeng beg atas bahu dan bersedia untuk bergerak tapi baru je aku nak melangkah....

“Win!.” Aku kalihkan pandangan ke belakang. Angkat kening double-jerk.

Kelihatan seorang manusia tengah termengah-mengah mungkin akibat daripada lari tercungap-cungap. Serabai benar aku tengok boyfriend aku tu. Haha

Kontrol Win. Kontrol. Dekat 50 minit menunggu, takkan nak bagi muka macam tu je?

“Do I know you?.” Aku terus buat bodoh. Mula melangkah.

Dia menggelengkan kepala. Terus mengejar.

“Winnn.....please..” Suara dia lemah tak bermaya.

“Kenapa lambat?.” Aku mula menyoal.

“Tayar motor pancit...” Muka Armand monyok. Laa...patutlah. Kesiannya bf aku ni. Balik-balik kerja dah kena tolak motor.

Rasa nak ketawa pun ada tengok muka masam macam tapai dia tu tapi tak jadi. Kang dia cakap gf dia ada hati, ada perut tapi tak ada hati perut.

“So, baru abes penat tolak motorlah ni?.” Aku menduga. Lengan mamat tu aku dah tarik ke sisi. Mengajak dia duduk.

Armand terus menyandarkan badan pada kerusi panjang tu. Melepaskan lelah. Aku senyum tak berkedip. Dengan tie separuh longgar, lengan baju separuh terlipat sampai ke siku. Muka berminyak, rambut macam itik serati pulang petang. Memang serabai!

“Awak..esok kan..” Aku terus buka cerita.

****

“Malay?.” Aku angguk.

“Muslim?.” Hok oloh. Definitelylah dia muslim. Takkanlah dah Melayu tu Kristian pulak.

Aku tengok Marry Anne diam. Macam fikir dalam sangat. Jangan lepas ni merepek panjang-panjang sudah. Tak tahan nak dengar benda pelik-pelik.

“Are you serious with him?.” Err? Aku yang tengah sibuk melahap strawberry with choc fountain mengalihkan pandangan. Soalan apakah itu my dear cuzzie?

“I’m 22, of course I’m serious. I’m deadly serious!.” Aku jelir lidah. Lepas tu buat mata juling.

“Dahlah. Tak tahan. Apa dia yang kau musykil sangat ni Anne?.” Kan dah keluar Melayu aku. Marry Anne ni kalau dia ada soalan memang tak menyempat. Aci tembak je even aku tengah kebulur dan nak makan. Papa tak ada bising, dia pula macam-macam soalan.

“English please?.” Anne angkat kening. “...or maybe we can talk in Mandarin Miss Winnie Fooh?.” Anne senyum sambil capai gelas kaca. Fruit cocktail  diisinya separuh gelas. Lepas tu diteguk perlahan.

Huh?

“I’m happy the way I’m. I’m proud with it. Salah ke suka cakap Bahasa Melayu? Bahasa kebangsaan apa.” Aku membidas. Pantang betul orang mempertikaikan isu bahasa dengan aku.

“Tak, tak salah tapi rasanya kan baik kalau Cik Winnie lebih mengutamakan bahasa ibunda? Mandarin?.” Aku diam. Bukannya aku tak suka Mandarin tapi aku lagi prefer bahasa Melayu. Kawan pun banyak Melayu. So what?

“Eh,kita datang sini nak bergaduh ek?.” Aku cuba mengendurkan suara. Walaupun tadi terasa macam dah naik satu oktaf. Aku dah kembali ke meja makan dengan dua pinggan. Satu Fruits Fondue dan satu lagi Butterscotch Bread Pudding. Armand kelihatan tengah sibuk gelak dengan Daddy. He is doing well, Win. Jangan risau. Daddy bukannya macam diorang semua ni. Love discrimination more than attitude.

Anne tak habis nak berbalah. Kalau korang kahwin macam mana? Are you going to convert? Tak sayang Daddy ke, Winnie?. Lepas satu-satu Anne bebelkan yang membuatkan aku terdiam. Entahlah, setakat ni aku tak pernah berfikir sampai macam tu sekali. In fact, Daddy pun tak pernah cakap apa-apa. Melarang tak, menyuruh pun tak. Daddy terima segalanya dengan hati yang terbuka. Ye ke?

Aku pandang ke arah Daddy. Mata kami bertentangan...

Daddy senyum.

Yakin. Aku senyum kembali.

****

“Yang, I was doing great. Didn’t I?.” Armand bertanya sambil memandang ke arah aku. Tangan masih di stereng tapi mata pandang belah kiri. Oi, nak accident ke? Aku tolak pipi dia, mengalihkan pandangan dia ke hadapan. Spek yang sedikit senget tu aku betulkan balik posisi.Sambil-sambil tu mulut aku perlahan-lahan membebel.

“Bolehlah..nak kata bagus sangat tu idaklah tapi okeylah..” Aku mencebik. Lepas tu senyum. Jari telunjuk kanan dah main dengan jari telunjuk kiri. Brr..sejuklah pulak. Lupa bawak cardigan. Dahlah sexy mexy ni. Aku alihkan telapak tangan ke kedua-dua belah lengan. Menggosok perlahan.

“Sejuk?.” Dia bertanya sambil tangan sibuk slowkan aircond.

Aku menggeleng. Taklah,Panas. Tak nampak ke saya tengah senamrobik ni?

“Taklah. Saya panasss sangattt.” Armand dah tergelak tengok muka kelat aku.

“Tu, Belakang tu ada sweater I. Pakailah.” Aku terus angkat kening ala The Rock.

Aku turunkan seat ke belakang. Mencapai sweater Tropicana Life warna putih dia tu. Tak tunggu lama, terus aku sarungkan ke badan. Menyesal pulak pakai dress tak ada lengan. Daddylah ni! Bising.

Bilalah lagi Daddy nak tengok anak Daddy jadi lady? You had turned 22 tau?

Ye. Ye. Disebabkan Daddy juga for the first time Armand pandang aku tak berkedip. Rambut pendek aku disetkan volume. Sedikit terangkat dibahagian bawah. Lepas tu bahagian depan dipotong Bang.

Benda pertama yang Armand tuturkan sebaik sahaja nampak aku adalah...

“Comel.. Serius you sangat comel malam ni Yang. Rasa nak gigit-gigit je pipi chubby you tu.” Armand gelak dengan tawa yang masih bersisa.

“Tapikan..I rasa you akan nampak lagi comel kalau pakai tudung.” Ada senyum pada ayat terakhir yang dia tuturkan. Aku diam. Tiap kali Armand cakap, memang ada je benda yang akan dikaitkan dengan ciri-ciri seorang muslimah. Armand ajar aku apa yang betul dan apa yang salah dalam Islam even kadang-kadang selamba je dia main cuit-cuit hidung aku.

Cuit hidung. Tak melampau kan? Yang melampau macam sesetengah couple tu. Jalan ke hulur-hilir. Pegang tangan,pegang pinggang, pegang itu ini. Armand tak macam tu. Entah, terasa aku yang boyish ni lebih gedik dengan dia. Akulah manusia yang suka bermanjaan dengan dia.

Respect. Ingat lagi waktu mula-mula kitorang couple. Orang lain semua sibuk jalan beriringan. Armand boleh buat tak tahu je, sudahnya aku yang  lebih dulu menarik tangan dia. Menghayunkan perlahan. Armand pandang sekilas ke arah tangan aku yang dah elok memegang tangan kanan dia. Erat.

“Tak boleh?.” Aku bertanya sambil angkat kepala.

“Tak manis.” Dia senyum sambil tarik kembali tangan. Ouch! Maaf, saya tak pernah couple. My bad. Aku bermonolog sorang-sorang dalam hati sambil tu aku rasa pipi aku dah merah semacam walaupun tanpa pemakaian blusher. Mulut masa tu rasa kejang, macam dah kena kancing gigi.

“Kalau macam tu kan...” Aku menuturkan lambat-lambat. Anak mata aku dan Armand bertentang.

“Macam tu apa?.” Armand menyoal kembali.

“Pegang sini boleh?.” Jari telunjuk aku dah menala ke arah lengan Armand. Sambil buat muka anak kucing dalam Shrek 2. Aku senyum manja. Berlapik. Ain’t it? I just want something to hold on to. Takut awak lari. Sengih.

 Armand bantai gelak sampai tak ingat dunia. Dah puas gelak, dia mengangguk.

“Anything for you dear...”

Anything for you... Anything for you...dear

“Win, you here?.” Err..oke. Dah sampai mana aku terbang tadi? Mount Everest? Banjaran Himalaya? Sampaikan Armand cakap apa pun aku boleh tak dengar. Aku sengih kerang.

“Err..ye?.”

“Hish! Berangan budak ni. Penatlah saya bercakap sorang-sorang.” Armand dah buat head-banging dekat stereng kereta. Aku pandang keluar dan ternampak Mercedes Kompressor Daddy. Oh dah sampai rumah rupanya.

“Tadi tu kenapa? Apsal terkulat-kulat dengan cousin awak?.” Armand bertanya serius. Kali ni muka dia tepat ditalakan ke arah aku. Dah macam gaya Jalaludin Hassan soal ‘Anda pasti?’ dalam Who Wants To Be A Millionaire.

“Em..dia tanya are we serious?.” Armand diam. Masih lagi menunggu sambungan ayat aku.

“...and I said that we are dead serious.” Kemudiannya aku terus bercerita pasal ucapan Anne yang panjang berjela. Pasal betapa susahnya islam, tak kesiankan Daddy ke. Anne buat aku termenung panjang. Aku sendiri pun tak tahu lagi apa kesudahan antara aku dan Armand. Masuk islam? Dah banyak orang tinggalkan family sebab kahwin dan aku tak nak jadi salah seorang daripada orang yang buat macam tu. I’m his only daughter Armand. His only flesh and blood.

Armand senyum je. Senyum dia yang tenang buat hati aku lapang. Armand terangkan yang dia takkan memaksa. Dia siap ulang ayat klise yang selalu ada dalam drama Melayu. ‘Kalau dah jodoh tak kemana,Win’

 

Converting into Islam doesn’t mean that you’ll leave your whole world. Leaving your family. I can only hope that you’re the chosen one,the one who will get Hidayah. I don’t want us to get married only because we’re deeply in love. I don’t want that, Winnie.

“Dah-dah. Jauh sangat berangan. Awak ada lagi setahun setengah nak habis.Fokus yang tu dulu okay?.” Armand meyakinkan. Tangan dia dah selamat mendarat atas ubun-ubun kepala aku. Mengusapnya perlahan.

Aku angguk lemah. Boleh tak saya bagitahu awak something Armand?. You make me feel safe and I want to be by your side like forever.

Aku terus keluar dari kereta dan mula mengatur langkah tapi lepas tu aku berpusing balik. Aku tarik pintu kereta. Menjengah ke dalam.

“Tak kira apa. Saya sayang awak, tau?.” Armand senyum lalu mengangguk kecil.

****

Daddy nampak okay je. Hm..sedapnya bau kopi Mak Nah. Ye ye. Kopi kampung! Kopi kampung! Kopi Kapal Api Betul-Betul Kaw pun kalah ye. Mak Nah sangat pandai bab-bab membuat kopi. Siap blend sendiri kopi kasar tu halus-halus. Kalau Mak Nah bukak kafe sendiri mesti tip-top tapi tak boleh.No way! Nanti Mak Nah tak nak buatkan dah kopi untuk aku.

Sambil terjengket-jengket berjalan ke dapur, aku tak pandang kiri kanan. Rasa aroma kopi semerbak tu menyerbu ke pangkal jiwa. Menusuk kalbu! Aku terus serbu dapur.

“Mak Nahhhhhhhhhhhh!! Rinduuuuu.” Terus aku peluk wanita dalam usia 50an tu. Mak Nah siap melatah. Oh patah patah. Jangan usik aku melatah. Hahaha. Comel betul Mak Nah ni. Patutlah Pak Man sayang.

“Ish.Awin ni. Nasib baik Mak Nah takde cardiac arrest. Kalau tak, dah arwah tau.” Mak Nah mengurut pangkal dada.Cardiac arrest? Wow! Sejak bila Mak Nah terror medical jargon ni?

“Ni..sejak bila Mak Nah masuk medic course?.” Aku jelir lidah sambil melabuhkan punggung atas kerusi. Tangan dah mula mencapai pisang goring di atas meja. Mak Nah sengih panjang sambil mula mengisi cawan dengan kopi. Dua sudu susu cair dan satu sudu gula dimasukkannya. Kemudian Mak Nah kacau perlahan.

“Hari tu..Mak Nah tengok dalam cerekarama.” Selamba je Mak Nah menuturkan kata-kata tu. Hampir tersedak aku dibuatnya. Cerekarama dah ajar orang guna cardiac arrest?

“Alaa..macamlah Awin  tak tau. Mak Nah kan suka Ako Mustapha. Hari tu dia jadi doktor. Tu yang macam bersemangat je dengar. Hehehe.” Okey, sangat comel betul orang gaji aku ni. Tak, aku tak pernah anggap Mak Nah orang gaji. In fact, Mak Nah adalah mak yang sangat baik. Lima belas tahun hidup tanpa Mama, dan Mak Nah menggantikan segala-galanya. Mak Nahlah tempat bermanja waktu Daddy sibuk dengan business matters.

Waktu Daddy bawak balik sepasang warga emas ke rumah. Aku nampak sorot duka pada mata diorang. Hampir sahaja aku menitiskan air mata melihat keduanya. Kusut masai, dengan keadaan yang tak terurus. Aku yang waktu tu baru je balik dari sekolah terus meluru ke arah Daddy. Menarik Daddy rapat, lalu berbisik ke telinga Daddy.

“Siapa diorang Daddy?.” Baju pinafore sedikit terangkat waktu aku menginjakkan kaki. Opss..seksi! Hehe. Aku sengih ke arah mereka.

“Daddy ambil diorang jadi orang gaji. Okay tak? Daddy tak nak Win duduk rumah sorang-sorang dah. Dahlah nak hantar pergi rumah Alice, Win tak nak.” Huh?  Lompat gaung pun aku taknak! Sejak Abang Jason dah kahwin bukannya best pun pergi rumah Auntie Mei Ling tu. Semuanya pakat tak nak layan aku sebab aku lagi suka cakap Melayu. Terasa macam anak Melayu sesat. Ah,benci! Benci!

Kata Daddy, anak diorang jual rumah diorang lepas tu tipu cakap nak ajak tinggal dekat KL. Boleh dibiarkan mak bapak diorang hidup terkontang-kanting macam ni? Tinggalkan dekat bus stand macam tu je. Anak apalah diorang tu. Perangai macam haram. Dah lupa agaknya jasa mak bapak diorang dok besarkan diorang dari kecik tapak tangan sampai dah besar tagun.

Tapi bagus gak diorang buat macam tu. Hikmahnya, aku dapat kasih sayang seorang mak yang sangat comel. Hehe

“Mak Nah, nanti ikut Awin beli tee polo jom?.” Aku merengek manja. Mak Nah angkat kening ala The Rock. Haa..dari Mak Nahlah aku rajin angkat kening. Kena infection.

“Suruh Pak Man hantar ek?.” Aku bertanya sambil menuju ke pintu belakang dapur tu. Menjenguk kot-kot Pak Man tengah sibuk trim pokok serai ke apa.

“T-shirt kamu dah bersepah-sepah dah Awin oi. Cubalah bawak-bawak tukar baju lain. Daddy pun dah bising tu.” Mak Nah tunjuk jari ke ruang tamu. Ke arah Daddy yang tengah khusyuk membaca.

“Daddy bising apa Mak Nah?.” Aku separuh berbisik. Lagak kami dah macam askar dalam hutan. Terhendap-hendap nak bercakap. Nasib baik tak guna Zulu One Zulu One Over!

“Daddy cakap kamu tu nama je dah ada boipren tapi  tak pernah nak berubah perangai. Ke hulu hilir dengan t-shirt gak.” Oh, terasa darah menyerbu ke muka. Pipi rasa panas semacam.Panas. panas.

“Betul ek?.” Mak Nah pandang aku.

Aku pandang Mak Nah.

“Betul apanya?.” Dah macam main teka-teki teka tekuk. Ular mati dalam mangkuk.

“Awin dah ada boipren?.” Mak Nah sengih dan senyum aku terus mati.

Daddy!!!

****

Cerpen sebelumnya:
Qaisara
Cerpen selanjutnya:
Wahai Bulan

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
3.5
2 Penilai

Info penulis

Nursyuhada Azzman

saya adalah saya! :p
syud | Jadikan syud rakan anda | Hantar Mesej kepada syud

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya syud
Ilusi | 2721 bacaan
Imtihan | 3088 bacaan
Apa itu indah | 3320 bacaan
~Bab 5: Tamat~ | 2461 bacaan
~Boyot~ | 3593 bacaan
~Bab 4: Luruh~ | 2202 bacaan
~Bab 3: Derai~ | 2640 bacaan
~Bab 1: Memori~ | 2398 bacaan
~H & A~ | 2616 bacaan
~Ellyna~ | 3073 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

7 Komen dalam karya ~Bab 2: Sempurna~
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik