Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Fantasi

Berita-berita yang ingin kita baca di akhbar

Cerpen sebelumnya:
Sisi Gelap Seorang Adiwira
Cerpen selanjutnya:
Si Paris 8 : Pergi ke KFC

Satu.

Kuala Lumpur. 29 Feb. Seekor anjing Rotweiller cedera parah apabila di gigit oleh seorang posmen. Akibat cedera parah yang serius(darah berjejer dan melimpah di atas bahu dan abdomen jalanraya), anjing Rotweiller yang bernama Cikonet itu terpaksa dikejarkan ke hospital binatang dengan kadar yang segera. Sewaktu ditemuramah, Cikonet berkata,

 

“wuf wuf wui!! Wiwwitt!!”

 

Posmen yang melakukan jenayah tersebut bagaimanapun berjaya melarikan diri. Saksi kejadian, encik Merambus al-Jadi-jadian berkata,

 

“masa tu, saya sedang makan putu bamboo di depan beranda rumah saya. Tiba-tiba saya dengar bunyi Wuf wuf wui!! Wiwwitt!!. Lepas tu saya nampak, posmen tu sedang menggonggong punggung kanan anjing tu…seram saya. Putu bamboo saya terjatuh ke lantai!!”

 

Dua.

Ipoh, 31 Disember. Seorang artis wanita yang terkenal memohon agar di madukan. Pelakon yang dikenali dalam sebuah telenova “Bawal Hitam, Bawal Goreng itu ditemui berkata demikian di dalam sebuah sidang akhbar di sini. Bersama- sama beliau ialah bakal madu yang dimaksudkannya. Apabila ditanya sebab beliau ingin dimadukan, beliau berkata,

 

“daripada suami saya buat maksiat, lebih baik dia kahwin lagi satu. Lagipun dia mampu”

 

Suami pelakon tersebut walau bagaimanapun mengelak daripada menjawab soalan wartawan. Beliau yang terkenal dengan lagu “ Mengopek nyior di Burkina Faso” itu, hanya menjawab,

 

“pucuk dicita ulam mendatang! No Komen!”.

 

Tiga.

Hollywood, Mac 2011. Filem buatan anak Malaysia, telah memenangi 15 Academy Awards di sini malam tadi. Ia termasuklah, Filem terbaik, Pengarah Terbaik, Lakon layar Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik, Pelakon Bapuk Terbaik, Pelakon LaluLalang Terbaik, Pelakon Air Mata dan Hingus Terbaik, Penonton Terbaik dan sebagainya. Filem yang bertajuk “ Melabuh Punggung di Panggung Berhantu” itu berjaya mengalahkan 4 filem lain yang turut mendapat 15 pencalonan.

 

Empat.

South Africa,  Jun 2010. Pasukan Malaysia telah berjaya memasuki pusingan akhir Piala Dunia 2010. Setelah mengalahkan pasukan Brazil di peringkat separuh akhir dengan bergayanya, pasukan Negara telah bersedia beraksi di peringkat akhir piala dunia 2010. Kapten pasukan Brazil ditemui berkata,

 

“Malaysia Boleh! Teh tarik satu!”

 

Lima.

Kuala Lumpur, bilakah?. Kerajaan telah menaikkan gaji minimum kepada RM 3000 akibat peningkatan ekonomi negara. Nilai Ringgit yang semakin kukuh membenarkan keadaan ini. Sehingga hari ini, Satu Ringgit Malaysia bersamaan dengan Satu Dollar Amerika. Rakyat Malaysia hanya perlu membayar 15 sen untuk seliter petrol.  

 

 

Cerpen sebelumnya:
Sisi Gelap Seorang Adiwira
Cerpen selanjutnya:
Si Paris 8 : Pergi ke KFC

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
4.4
17 Penilai

Info penulis

Kurusawa

Dijamin Kempling!
Kurusawa | Jadikan Kurusawa rakan anda | Hantar Mesej kepada Kurusawa

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya Kurusawa
Beby | 3231 bacaan
Encik Subatron mahu ke pesta | 3112 bacaan
Min patah hati. | 2589 bacaan
Makcik Georgiana Datang! | 9638 bacaan
Misi penting | 8990 bacaan
Kejadian yang menghampakan pasukan MATTT | 9637 bacaan
Malaon nak ke Bazaar Ramadhan | 2447 bacaan
Mak! dah bulat! | 2919 bacaan
Ayat-ayat Ibu | 4521 bacaan
Kutu yang ingin berhijrah! | 2826 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

20 Komen dalam karya Berita-berita yang ingin kita baca di akhbar
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik