Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Konfius

 

Ada yang tak kena dengan dia. Entah. Tapi dia nampak lain macam. Aku tak tahu nak terangkan macam mana, tapi kalau pandang sekali imbas pun dah tahu yang dia ni nampak pelik. Sengaja aku memundar-mandirkan diri di hadapan dan belakangnya sambil mata meliar memerhati gerak gerinya. Tapi dia langsung tak endahkan aku! Entah nak kata dia tu buta, tak. Rabun? Ya memang, sebab dia berkaca mata. Atau sebab cermin matanya sudah kelabu? Hmmm, mungkin.

Aku melangkah menjauhi tempat dia merehatkan diri sambil meneguk secawan kopi pekat di sebuah restoran mamak. Matanya masih tak lekang pada telefon canggihnya. Sesekali jari hantunya membetulkan cermin mata yang sedikit melorot. Aku rasa, aku dah tak mahu tunggu lagi. Langkah kini dibuka, menuju ke arah sang lelaki metroseksual yang padaku tidak senormal manusia lain.

"Aa..."

"Ye, boleh saya bantu?"

"Awak..."

Dia masih merenungku, menanti tutur kata yang sukar benar untukku dilantunkan. Sekilas dia tersenyum nipis. Makin kencang jantungku berdegup. Enggan menjadi salah seorang mangsa serangan jantung di tengah-tengah kota metropolitan ini, laju bibirku mengutarakan persoalan.

"Awak ni alien kan?"

Lelaki itu memandangku tanpa kerdip. Tercengang. Baiklah, aku dah silap tanya. Manalah mungkin alien wujud kat dunia ni! Mesti dia fikir aku dah gila. Tanpa mengucapkan apa-apa, aku terus berpaling dan mula melangkah, sebelum lenganku direntap kasar. Ya, oleh lelaki itu.

"Tahniah, awaklah orang yang kami cari. Kita akan berangkat ke Planet Asuporglia dalam masa lima minit."

Eh?

***

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Fantasi

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) wah! best!! Ending yang menarik.

Cerpen-cerpen lain nukilan LuluRiru

Read all stories by LuluRiru