Ini cerita rakyat - Mat Rempit

 

Mat Rempit

Saharudin pijak pedal minyak sedikit sahaja. Meter kelajuan kereta menunjukkan takat laju 40 kilometer sejam. Dia memandu kenderaan dengan berhati-hati. Jalan sesak dengan kenderaan. Dia faham, hari ini hari ahad. Pemanduan Saharudin penuh hemah di tengah-tengah sesak kenderaan.

Isteri tercinta di sebelah diam memangku anak sulung yang baru mencecah tiga tahun. Tapi petah berkata-kata. Biasalah, anak minum susu Anmum Essential tom tom bak.

Beberapa ketika, Saharudin perah sedikit minyak melihatkan ada sedikit ruang di hadapan. Tiba-tiba sebuah motosikal jenama yamaha mencelah di hadapan. Brake di pijak mengejut untuk mengelak dari terlanggar penunggang yang muncul tiba-tiba.

Terpacul satu sumpah spontan, suara hati yang tanpa sengaja terzahir, “sial punya budak,”

Suasana dalam kereta hening seketika berlatarkan lagu yang pernah hit tahun 2009, nyanyian kumpulan bergelar Hujan.

Tengah asyik melayan melodi lagu berjudul Pagi Yang Gelap itu, terdengar selit suara pelat si kecil, “Abah, tu macam motor abah dalam gambar abah masa muda-muda dulu kan?”

Saharudin pandang wajah si kecil. Kemudian pandang wajah isteri tercinta. Wajah yang beberapa tahun dulu pernah menjadi pembonceng yamaha 125znya, setia bersamanya berpanas berhujan berembun ketika hangat bercinta sedang tersenyum sambil menggosok kepala si kecil.

***

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Umum

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) haha tua-tua pun layan eh pagi yang gelap
    memori habis papa ni

  • (Penulis)
    2) tu la. itu jam, pagi yang gelap dah masuk sinar.fm dah pun. haha.
  • 3) kah kah kah, yah.. semakin tua, ingatan pun sudah semakin tidak bagus. lupa yang muda-muda dulu pun kita begitu..
  • 4) hehehe... kenangan, sampai bila-bila tetap ada dalam ingatan...
  • 5) satu scene pmulaan drama femily. huhu nice

Cerpen-cerpen lain nukilan Sekopi

Read all stories by Sekopi