Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Saspens

PCB#3: Ini Kisah Dr. Hana dan Anaknya Johan

Cerpen sebelumnya:
PCB# 3: Duniaku, Alice In Wonderland!
Cerpen selanjutnya:
PCB#3 : Amnesia Tentang Cinta Itu

Fuh! Dr. Hana jejak masuk ke dalam unit apartmennya yang dia diami dengan anak tunggalnya Johan dan seekor kucing bernama Tomot. Nampaknya Johan keluar lagi. Baru saja Dr. Hana nak berbual. Maklumlah kerjaya sebagai doktor di hospital gomen bukan senang. Asyik tiada di rumah untuk ambil tahu hal Johan. Bila dia ada, Johan pula tak ada. 

 

Johan. Anak tunggal Dr. Hana itu berusia 25 tahun dan bekerja sebagai...oh belum kerja lagi. Lupa pula dia yang Johan baru beberapa bulan pulang dari Aussie setelah menuntut di Wolonggong University. Kacak orangnya. Sebab tu untuk sara hidup Johan di Aussie, Johan buat part time modelling. Ah, Dr. Hana tak berapa gemar. Bergaul bebas lelaki perempuan. Kerjaya part time dan gaya hidup Johan terbawa-bawa pulang ke kL. 

 

Susah hati sungguh! Tahu sajalah kalau dah bergaul lelaki perempuan, pastilah terjadi maksiat. Perempuan-perempuan yang himpit anaknya..entah siapa-siapa. Kalau terjadi apa-apa siapa susah? Minum, merokok, seks bebas..


Aih! Minta simpanglaahhh! Mengenangkan pesakit yang terkena STD dua minggu lepas...eeew geli! Sifilis lagi!

 

Dr. Hana rasa haus selepas monolog jiwa yang berat. Dia bangun ke dapur, buka peti ais dan keluarkan air mineral sejuk. Sebiji gelas dicapai. 

 

Tik! Tuptup...

 

Bunyi itu perlahan saja tapi jiwa suspisi seorang ibu menajamkan pendengaran Dr. Hana. Dia jenguk lantai, melihat apa yang jatuh tadi. Tak puas hati, Dr. Hana siap terbongkok-bongkok mencari punca bunyi kecil tadi. Akhirnya Dr. Hana terjumpa sebiji kapsul yang berwarna kelabu-putih. 

 

Demm...macam pernah tengok je ni. Kapsul apa ye. Lupa la. Voren? No...Voren merah-transparent dengan biji-biji putih. Lagipun apa kes Voren kat rumah ni? Bukan ada siapa-siapa pun ada athritis. Hm... Kamon! Ingat..ingat! Pernah tengok kapsul macam ni...

 

Gagal mengingat jenis ubat apa, Dr. Hana simpan kapsul itu dalam poketnya. Esok, akan ditanya pharmacist di hospital saja.

 

* * * * * * * * * * * *

 

Sebelum waktu rehat Dr. Hana belek lagi kapsul itu sambil duduk di kaunter wad. Dia tak sedar Misi Leha sedang perhati dari belakang. Misi Leha memang penyibuk orangnya.

 

"Doxymycin." kata Misi Leha.

 

"Hah! Doxymycin doxycycline tu ke?" bulat mata Dr. Hana bertanya.

 

"Ha ah, doc. Eh, kan patient sifilis tu dah balik? Buat apa dengan ubat tu?"

 

Doxycycline? Sifilis? JOHAN!!!

 

Hari itu Dr. Hana minta pulang awal. Hati dia risau. Sudahlah dia call Johan tapi tak berangkat. Dihantarnya SMS tapi tak berbalas. Mahu ditanya kenapa Johan ambil kapsul tu. Pastilah kapsul itu kepunyaan Johan, takkan kepunyaan Tomot pula? Dr. Hana tak kira, dia nak Johan terus-terang dengannya. Dia nak Johan bagitahu dari siapa Johan dapat penyakit keji itu!

 

Dr. Hana tak boleh duduk diam di ruang tamu. Dia bangun mundar mandir. Teringat pesakit sifilis hari itu. Seorang perempuan muda berusia 28 tahun. Terkena STD dari suami yang hobinya melanggan pekerja seks. Bintik-bintik papule dan nodule timbul di kulit. Gatal dan sakit, sampai pesakit hampir meraung minta tolong disembuhkan. Itu baru tahap kedua.

 

Sifilis ialah penyakit yang disebabkan oleh organisma berbentuk heliks. Macam spring tu lebih kurang. Dapat dia bayangkan menatang heliks itu menggerudi setiap inci tubuh Johan. Johan akan mengalami 'lesion' pada peringkat awal, perinkat kedua ialah seperti pesakit yang dicerita di atas itulah. Peringkat ketiga pula, tubuh Johan akan jadi macam alien! Bengkak besar sana-sini.

 

JIJIK. SUNGGUH!

 

Bunyi pintu dibuka buat Dr. Hana terkejut. Johan di muka pintu dengan muka cemas. 

 

"Kenapa mak? Mak okey ke? Banyak missed call, ada mesej. Kenapa ni mak?"

 

"Duduk!"

 

Johan duduk. Mukanya pucat. Entah kenapa maknya ini angin taufan tiba-tiba.


Adakah sebab...ish gatal la pulak!

 

"Ni!" kapsul doxycycline diletak atas meja kopi betul-betul depan Johan. "Apa ni? Siapa punya?!"

 

"Ubat Johanlah mak." 

 

Darah Dr. Hana semakin gelegak tapi dia cuba sabar. "Cakap, Johan! Siapa yang bagi Johan penyakit tu? Mak tak marah, asal Johan terus-terang dengan mak! Cakap, sejak bila?"

 

Johan tunduk. Dia tahu ini salahnya. Salah budak-budak perempuan Malaysia yang selalu ajak dia dan kawan-kawan lain makan di rumah mereka di Aussie dulu. Tambah-tambah Zalina budak Kelantan berdarah Melayu-Siam itu. Selalu sangat...

 

"Johan, mak tanya Johan ni!"

 

"Sejak...sejak Johan kat Aussie lagi, mak. Tapi..."

 

Dr. Hana tepuk paha. "See! Sebab tu la mak tak bagi Johan pergi dulu. Tak bagi Johan jadi part time model dulu! Tengok apa dah jadi? Johan tahu tak penyakit ni serius?"

 

Tahu. Johan tahu serius sebab tu dia ke klinik Dr. Viisaus untuk terima rawatan.

 

"Klinik mana Johan pergi?"

 

Eh mak ni macam tahu-tahu aku fikir apa. "Er, klinik Dr. Viisaus, mak."

 

"Mak nak call dia! Mana nombor telefon?"

 

"Mak, Johan tahu benda ni serius tapi mak lepak lah dulu, biar Johan cakap dulu."

 

"Nak cakap apa lagi, Johan. Mak tahu Johan dah kena....kena...." tak sanggup dia sebut nama penyakit itu. "..kena..."

 

Johan angkat bahu. "Sinus? Ni ha Dr. Viisaus bagi sekali dengan Fenfedrin. Hidung Johan dah gatal-gatal ni mak. Hari ni terlepas makan sebab tadi tak lunch. Johan masuk dapur dulu, okey?"

 

Dalam hati Johan menyumpah budu sedap yang Zalina bawa ke Aussie, serta sambal belacan Nora. Pergh!

 

Dr. Hana terduduk.

 

Sinus je? Oh lega!

 

 


 

p/s: "As well as the general indications for all members of the tetracycline antibiotics group, doxycycline is frequently used to treat chronic prostatitis, sinusitis, syphilis, chlamydia, pelvic inflammatory disease, acne, rosacea, and Rickettsial infections."  Wikipedia

Info lanjut di SINI

Cerpen sebelumnya:
PCB# 3: Duniaku, Alice In Wonderland!
Cerpen selanjutnya:
PCB#3 : Amnesia Tentang Cinta Itu

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
3.9
7 Penilai

Info penulis

Clarky

Now with job that sucks she thinks shes going to have her own skin care brand in 10 years. But anyway she got no pretty face to start with and no money to invest. Thus shes searching for a single handsome rich guy to marry and kill. She thinks shes a lunatic. What do you think of her?
MissClarks | Jadikan MissClarks rakan anda | Hantar Mesej kepada MissClarks

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya MissClarks
Kak Long Di Sweden | 2221 bacaan
Oh Suzie! | 1018 bacaan
Janji Syuk | 777 bacaan
Beng! Beng!! | 1189 bacaan
Siti Nursoleha binti Hamid (reposted) | 980 bacaan
This Ain't No One-Word-Titled Short Story | 1008 bacaan
NUR II | 1095 bacaan
Kisahnya | 741 bacaan
Koma | 850 bacaan
K | 978 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

15 Komen dalam karya PCB#3: Ini Kisah Dr. Hana dan Anaknya Johan
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor


Kapasitor Bookstore

Teori Pavlov Si Syaitan

Teori Pavlov Si Syaitan adalah ebook koleksi cerpen tulisan Aishah Aziz atau dengan nama Kapasitornya ...
Price: RM 5


Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik