Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Umum

PCB#5: Cerita Tentang Sebuah Cerita

Cerpen sebelumnya:
Itrah al-Musthafa (Bahagian 1)
Cerpen selanjutnya:
Itrah al-Musthafa (Bahagian Akhir)

07 Mei 2011

1825hrs

Di waktu angin bertiup dengan sepoi-sepoi bahasa.

“Chi..” Suara aku memecah sepi suasana.

“Hmm..” Jawabnya dengan nada biasa. Ada unsur malas yang agak ketara. Matanya masih tekun menatap skrin komputer riba. Entah apalah yang dia tengah buat. Mengarang surat cinta agaknya.

“Echi, tengok la ni.” Sedikit keras suara aku untuk panggilan kali kedua.

“Apa dia.” Echi masih tidak mengangkat muka. Memang dasar pemalas tegar.

“Mohd Echizen, bukan nama sebenar. Ke sini la sekejap.” Kali ketiga.

“Kau ni dah kenapa? Siap panggil nama facebook bagai.” Akhirnya dia bangun. Mengalah dan meninjau ke monitor aku yang sedia terdedah.

“Aku rasa nak menaip cerpen la. Kau tengok ni. Kat www.kapasitor.net ada pertandingan menulis cerpen.” Jelasku tanpa dipinta. Dia seakan tidak mengendah. Terus membaca sehingga ke titik penyudah.

“Tema muzikal? Kena attach audio ni. Kau nyanyi sedap tak?” Dia mengalih pandang. Mendatar suaranya dengan riak muka yang tak dapat dibaca.

“Rasanya macam tak. Kenapa?”

“Bukan macam. Tapi memang tak sedap.” Echi sengih dan kembali ke katilnya.

“Diam la Chi!” Sebenarnya aku bukan marah pun, tapi sengaja buat-buat tarik muka. Memang sudah terlalu biasa kehidupan kami diisi dengan gelak ketawa. “Eh, kau ada idea tak?” Aku cuba meminta buah fikirannya. Maklumlah, dia adalah kawan aku yang paling setia. Kami membesar bersama sejak zaman kanak-kanak sehinggalah kini masing-masing sudah meningkat remaja. Mungkin kerana tarikh lahir yang sama membuatkan kami selesa berkongsi cerita.

“Muzikal kan? Kau tulislah tentang satu lagu yang kau suka.”

“Masalahnya ada banyak lagu yang aku suka.”

“Kalau macam tu, kau tulis tentang lagu yang kau rasa orang lain akan suka.” sambungnya lagi. Aku kerutkan dahi. Dalam kusut aku tetap cuba mencari. Tiba-tiba Echi bangun dan selongkar laci. “Lapar. Jom kita makan dulu. Perut dah kenyang nanti barulah idea pun senang nak datang.” Katanya setelah mengambil kunci.

 

07 Mei 2011

2147hrs

“Chi, aku dah jumpa lagu yang aku rasa orang lain akan suka.” Seperti biasa aku tetap bercerita dengan dia.

“Aku dah agak dah. Sebab tadi memang nampak yang kau tu buruk lantak. Betul-betul cari idea kan tadi?” Seperti biasa aku juga yang selalu terkena. Echi menghabiskan gelaknya yang masih bersisa. Tiga saat kemudian baru dia kembali bersuara. “Lagu apa yang kau nak guna?”

“Sekejap. Kau dengar ni.” Spontan tangan aku membuka perisian Winamp.

 “Wah! Awan Band. Lagu kegemaran kita. Sentimental lagu ni bro.”

“Lagu ni sebenarnya mengingatkan aku pada seseorang. Mengingatkan aku pada dia.” Mood masing-masing bungkam seketika. Echi diam tanpa kata. Mungkin dia sendiri sedang menghayati bait-bait lirik yang ada. Atau mungkin dia sengaja membiarkan aku terbuai dengan cerita-cerita lama.

Bintang yang berkelip

Sampaikan satu petanda

Saat kau terzahir

Dalam sebuah kata

Kau hadir bagaikan

Cahaya memancar jiwa

Ku dambakan syurga

Di saat kau menjelma

Satu bintang di sana

Nampakkan cahayanya

Terangkan dia di sana

Walau ku tak berdaya

Satu bintang di sana

Terang sepanjang masa

Cintaku kan bersama

Walau jasadku sirna

Kau jadikan ku terasing dan jauh darimu

Tak termampu abadi ke akhir waktu

Lepaskanlah seandainya terbeban hatimu

Dan bayangku masih tetap menemanmu

Satu bintang di sana

Nampakkan cahayanya

Terangkan dia di sana

Walau ku tak berdaya

Satu bintang di sana

Terang sepanjang masa

Cintaku kan bersama

Walau jasadku sirna

Kau hadir bagaikan

Cahaya memancar jiwa

Ku dambakan syurga

Di saat kau menjelma

Aku melepaskan pandang ke luar jendela. Perlahan-lahan lagu Satu Bintang memenuhi rongga telinga. Pada aku, lagu ini memang cukup meruntun rasa. Seakan satu puisi indah yang diadun bersama melodi jiwa. Ada harapan yang diletak bersama. Ada kesakitan. Ada beban yang tak mampu dibawa. Ada imbasan dan kiasan pada bahasa sastera lama. Ada cinta yang tak ternilai harganya. Dan cinta itu tak dapat disempurna.

Sejak kecil, aku selalu percaya bahawa sayangkan seseorang bukan bermakna dia dan kita perlu bersama. Aku percaya bahawa kita akan tetap sayangkan dia walaupun tidak mampu untuk memilikinya. Dan aku percaya bahawa jika kita ikhlas sayangkan dia, kita tidak akan mengharapkan balasan apa-apa. Maksud aku, perasaan berharap itu memang tetap akan ada, tetapi bukan bermakna perasaan mengharapkan juga perlu ada. Beza berharap dan mengharapkan yang mungkin tak semua orang mampu terima.

Lagu ini bagai menceritakan tentang perasaan aku terhadap dia. Biar kini masing-masing membawa haluan berbeza. Biar aku rasa terasing dan jauh darinya. Biar antara aku dan dia tidak lagi bertegur sapa. Hakikatnya aku tahu bahawa aku tidak pernah memusuhi dia. Malah sehingga kini sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk kehidupannya. Cukup untuk aku hanya memandang dari jauh. Cukup untuk aku hanya nampak yang dia bahagia dengan kehidupan yang dia ada.

Teringat salah satu dialog dalam cerita Setem arahan Khabir Bhatia. “Pak Ramli selalu cakap, kebahagian yang sebenar datang daripada memberi, bukan menerima”. Mungkin dengan memberi dan mengharap yang terbaik untuk dia, secara tak langsung aku mampu jumpa apa yang sepatutnya aku jumpa.

“Chi, aku rasa rindu la pada dia.” akhirnya separuh sedar aku menuturkan kata. Mata aku masih tak lepas dari memandang ke luar jendela. Dengan telinga masih tegar mendengar lagu Awan Band entah untuk kali yang keberapa. “Chi, kau dengar tak ni?” Kali ini pandangan aku beralih ke arahnya.

“Cis! Dah tidur. Tadi konon kata aku buruk lantak. Padahal kau lagi teruk. Macam ular sawa.”

Aku kembali menatap skrin monitor. Rasanya aku perlu mula menaip sekarang. Menaip pada waktu malam agak lain auranya. Lebih sentimental dan penuh bunga bahasa. Lagipun pada waktu-waktu inilah idea datang mencurah tanpa diduga. Cuma aku agak risau penerimaan mereka yang membaca. Maklumlah, ini kali pertama aku menaip untuk ‘berkarya’. Selalunya menaip hanya sekadar luahan rasa.

 

08 Mei 2011

0915hrs

“Bro, dah siap ke cerpen muzikal kau ni?” Tanpa menunggu jawapan, Echi terus duduk mengadap Notepad di skrin monitor.

“Rasanya macam sudah. Cuma ada beberapa bahagian yang aku nak kena ubah.”

“Wah! Ada nama aku?” Dia buat-buat teruja.

“Mestilah. Kau kan watak utama.” Aku pulak buat-buat beli jiwa. Echi sengih dan terus membaca. Dan aku pula terus menunggu reaksi daripadanya. Menunggu ekspresi dia sebagai pembaca pertama. Tidak lama kemudian Echi bangun menuju ke komputer riba. Simbolik bahawa dia sudah selesai membaca.

“Semalam kepala kau ada terhantuk apa-apa ke?” Dia sengih.

“Tak ada.” Aku pun sengih juga.

“Kau ada telan ubat gegat?” Dia sengih lagi.

“Pun tak ada.” Aku pun sengih lagi. “Kenapa?” Sengaja aku memancing pendapatnya.

“Tak ada apa-apa. Aku saja tanya.”

Teknik psikologi aku nampaknya tidak berjaya. “So, apa pendapat kau Chi?” Kali ini aku tanya tegak-tegak macam tiang bendera.

“Patutnya kau kena puji aku dalam cerpen ni. Taip la yang aku ni kacak, berbudi bahasa, bersopan santun, baru la aku boleh suka nak baca.”

“Ah! Tak ada kemahananya!”

“Apa tu?” Echi berhenti ketawa. Ada sedikit kerut di dahinya.

“Jangan risau. Perkataan tu memang tak ada dalam kamus Dewan Bahasa dan Pustaka.” Aku sengih seperti biasa.

“Nasib baik kau tak ada guna perkataan tu dalam cerpen. Kalau tidak mesti Kurusawa anggap kau tu sebagai perosak bahasa.” Dia pun sengih seperti biasa.

 

09 Mei 2011

2348hrs

“Bro..”

“Gapo dio mung?”

“Bila kau nak submit cerpen kau ni?”

“Assobirin Chi. Assobirin..”

“Heh, memang dasar perosak bahasa. Ni apa tajuk cerpen kau ni?”

“Cerita Tentang Sebuah Cerita. Okey tak?”

“Tak sesuai.”

“Nak letak tajuk apa?”

“Echi Insan Berbudi Bahasa”

“Chi, kau dengan segala hormatnya dipersilakan diam!”

Walaupun secara jujur, aku tidak tahu sama ada ini adalah cerpen ataupun apa. Tapi akhirnya noktah tetap menjadi titik penghujung sebuah cerita. Ya, kerana pada aku ini hanyalah sebuah cerita. Cerita tentang perjalanan hidup seorang manusia.

Cerpen sebelumnya:
Itrah al-Musthafa (Bahagian 1)
Cerpen selanjutnya:
Itrah al-Musthafa (Bahagian Akhir)

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
3.8
5 Penilai

Info penulis
Kapasitor rocks!
KereL | Jadikan KereL rakan anda | Hantar Mesej kepada KereL

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU


komen dari Facebook

9 Komen dalam karya PCB#5: Cerita Tentang Sebuah Cerita
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik