Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

PCB#5: Layu

 

tirai besar dibuka perlahan-lahan lalu cahaya sorot tepat menunding pada Malik yang kini berdiri betul-betul ditengah pentas dikelilingi cahaya gelap gelita. di benak fikiran dan matanya cube mencari-cari kelibat manusia. manalah tau, entah-entah tiada seorang pun penonton kerana suasana amat sunyi dan tiada cahaya anak mata yang dipantul semula dari tempat duduk penonton.

'inilah yg dinamakan gelap bumi'. bisik hati Malik.

perasaan gemuruh ditelan habis-habisan kerana dia tau, inilah masanya untuk menyampaikan apa yg terbuku di hati seluruh rakyat yang tanahnya dijadikan tempat tumpahnya darah sekalian rakyat yang inginkan sesuatu, yang dahagakan sesuatu, yang mempunyai semangat serumpun di bumi Allah SWT.

*******************************************

"Malik, kamu dah bersedia kah?" suara cikgu Lina memecah lamunan siang Malik. Dia yang berbaring memandang ke langit sendirian di belakang block D sejak jam 10.30 pagi tadi terbangun lantas duduk bersila kerana rasa hormat dan tunduk malu pada guru sejarah yang dianggapnya sebagai ibu angkat. Dia tidak menjawab pertanyaan cikgu Lina tetapi menggelengkan kepalanya tanda respon pada soalan yang diberi.

"hmm.. saya ingatkan kamu sedang mencari idea di sini. yelah, orang tua-tua pernah berpesan. Jikalau hati runsing, pandanglah ke langit dan berdoa agar hati tenang menjalani liku-liku kehidupan."

"jadi, apa yang ada di fikiranmu?" sambung cikgu Lina kerana dia cukup risau akan muridnya yang seorang ini. Adakah dia berkebolehan dalam penyampaian puisi untuk pertandingan 'Hari pementasan' yang akan dilangsungkan dua hari lagi di dewan utama sekolah.  Cikgu Lina sendiri tidak mengerti mengapa Malik mengisi borang penyertaan kerana Malik bukanlah pelajar yang aktif , malah Malik lebih suka menyendiri di sekolah dan hanya melihat telatah rakan-rakan sekelas sahaja sudah cukup membuatkan hati Malik lapang dan sesekali dia akan tersenyum. pendiam orangnya. Itulah pandangan pertama cikgu Lina terhadap Malik ketika mula-mula menjadi guru kelas 5 cekal.

"cikgu,betulkah melayu mudah lupa?". Malik cube mengelak untuk menjawab soalan cikgunya malah memberi jawapan berupa tanda tanya. Sedar atau tidak oleh cikgu Lina, inilah yang sebenarnya bermain di fikiran Malik sebentar tadi.

"itu hanyalah pendapat salah seorang pemimpin negara kita suatu masa dahulu. Beliau berharap agar melayu tidak mudah lupa. Jangan di salah tafsir." Tenang cikgu Lina menjawab soalan Malik. "mengapa kamu bertanya soalan ini?" Giliran cikgu Lina pula bertanya.

"hmm....." Diam Malik seribu bahasa kerana dia sendiri tidak tahu apa yang ingin di jawab. yelah, dirinya masih mentah dan belum sangat mengenali dunia, takut-takut jawapanya tidak ada logik dan berasas.

saya yakin semua rakyat malaysia tidak mengira bangsa bukannya pelupa. Malah,kami sebagai bangsa dan generasi seterusnya masih mencari-cari sesuatu. monoloq hati Malik yang tidak kedengaran oleh cikgu Lina.

 Malik masih lagi membisu dan tidak memberi respon pada soalan cikgu Lina sebentar tadi. Cikgu Lina sudah dapat menduga tiada jawapan dari mulut Malik kerana cikgu Lina sudah begitu masak dengan kelakuan Malik.

"kamu ingin membaca puisi seperti pemimpin kita yang bertajuk "melayu mudah lupa". Saya setuju sekali." Kali ini cikgu Lina cuba membaca isi hati Malik dengan sengaja dia memberi idea untuk pementasannya nanti.

"hmm..." diam membisu lagi Malik. Diam bukan kerana takut jawapannya tiada logik, tetapi Malik sedang berfikir tentang sesuatu kerana cikgu Lina seakan-akan memberi idea baru dan nafas baru padanya untuk merealisasikan apa yang terbuku sekian lama di hatinya.

KKRRRIiiiiiNNNNnnGggggGG!!!!!!!!!!!!!!

"loceng dah berbunyi, tunngu apa lagi Malik?"

tegur cikgu Lina kerana loceng tersebut menandakan berakhirnya waktu rehat dan semua pelajar wajib kembali ke kelas masing-masing.

"baiklah cikgu."

Seperti biasa ayat yang keluar dari mulut Malik hanyalah pendek dan tidak pula panjang. Bersahaja. 

********************************

"inilah yang dinamakan gelap bumi" bisik hati Malik.

"baiklah, akan ku mulakan dengan nama Allah yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Kuatkanlah semangatku untuk membaca puisi ini." sambung bisikan hati Malik. Dengan sekali nafas, beralunlah suara Malik.

 

Aku lihat layu dalam Melayu,

Aku pasti bukan aku seorang sahaja yang nampak,

Ada juga bercadang bertanya tuan punya,

Tapi bercampur risau dengan tak tergamak,

Nanti dikata tak bersyukur dikata tak sedar diri,

Jadi aku menyendiri, memerhati dan akhirnya mengakui

Yang kita sendiri membiarkan bunga melayu ke kanan,

dan dibiar bunga tak cantik mekar di kiri,

Aku lihat layu dalam melayu,

Tanah air kita yang punya,

kita siram, kita baja

Tapi angin api kita lupa,

Mereka merancang masa menjilat bangsa,

13 harimau bertukar menjadi mangsa,

kita lupa,

Nenek moyang kaya-raya jangan sekali-kali

digadai harta bendanya,

Kulihat layu dalam Melayu,

Kulihat layu dalam Melayu,

Kulihat layu dalam Melayu,

Takkan Melayu hilang di dunia,ya..

Tapi apa guna tak hilang di dunia

kalau kewujudan tidak dirasa,

Petah berbahasa kudrat tak berjasa,

Orang berbudi kita haya tahu merasa,

Selalu lari bila dirapat,

Selalu malu bila soalan dituju,

Selalu segan memberi pendapat,

Rela mengikut dari meneraju,

Belum nyanyi sudah bersorak,

Suka bejanji dalam borak,

Bukan kata tak ada otak,

Cuma tak berfikir di luar kotak,

Kulihat layu dalam Melayu,

Kulihat layu dalam Melayu,

Kulihat layu dalam Melayu,

Aku jadi sayu,

Bunga menangis dia mendayu

mahu jadi cantik tetapi ragu,

Aku merayu,

Bangunlah semula hidup kembali,

Jangan tunggu matahari mati,

Cepatlah mekar sebelum terlerai,

Perjuangan kita belum selesai,

Perjuangan kita belum selesai,

Perjuangan kita belum selesai,

 

 

 

 

 

 

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Umum

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) salam alcapone!
    tahniah utk karya pertama di sini.

    cerita patriotik yang mendidik. sisipan lagunya signifikan cuma pengisian cerita boleh dimantapkan lagi

  • (Penulis)
    2) thanks,
    sbenarnye pnjang lg cerpen nie, tapi ter click send. tau2 dah send artikel nie..
    xpelah, de rezeki sok wt sambungan. hhehehe.
  • 3) Hati-hati dengan huruf besar dan huruf kecil serta tanda baca ya. Kalau tidak nanti ada orang rotan tangan tu.

    Plotnya saya kira terlalu pendek. Ada pendahuluan tetapi tiada perkembangan dan eskposisi. Walau apa pun, percubaan yang memuaskan.
  • 4) Terdapat beberapa kesalahan huruf kecil/besar.
    Lepas tulis cerita, kita biasanya kena bersedia untuk menjadi editor pula.

Cerpen-cerpen lain nukilan alcapone

Read all stories by alcapone
No stories.