Konek untuk dijual.

 

Sedang duduk menikmati makan malam bersama teman teman serumah tiba tiba datang seorang budak lelaki berbaju melayu lusuh datang berdiri di sebelah meja. Kata aku, maaf dik abang tak beri sedekah di mapley. Tapi budak lelaki tersebut masih berdiri tegak tidak berganjak.Tiba tiba budak lelaki tersebut bersuara.

  Maaf bang, adik juga tak minta sedekah di mapley. Atau di mana mana tempat sekali pun. Adik datang berniaga. Mata aku melilau mengelilingi tubuh badan kurus budak lelaki tersebut. Entah apa barang nak diniagakannya. Tisu? Kerepek kentang? ataupun buku buku agama nipis untuk pencari makrifat?

  Nah, kata budak lelaki tersebut sambil mengeluarkan satu beg plastik hitam dan menonggengkannya di atas meja. Berketul ketul konek lelaki bertaburan atas meja. Bermacam macam saiz, berbagai bagai warna. Malah ada yang kelihatan seperti masih belum bersunat. Dengan muka polos, budak lelaki tersebut membahagikan konek konek tersebut kepada tiga bahagian. Yang ini konek orang orang bisu bang, jenis tak mempertahankan walaupun mampu. Jenis diam walaupun perlu bersuara. Konek ini harganya paling murah, kerana jenis ini boleh didapati dengan mudah. Yang ini pula konek orang orang bodoh. Jenis orang orang tahu mengikut telunjuk saja. Tidak ada pendirian tetap. Konek jenis ini harganya berpatutan. Dan ini pula konek orang orang yang tidak amanah. Kepercayaan diberi orang mereka tukarkan kepada kekayaan personal. Orang orang ini koneknya susah di dapati kerana kebanyakkan mereka memang sudah tidak berkonek sejak kecil. Barang rare bang, harganya sedikit mahal. 

  Semua di meja mengangguk angguk mendengar penjelasan budak lelaki berbaju melayu lusuh tersebut. Tangan masing masing berada di bawah meja memegang konek sendiri. Bimbang luruh dan menjadi barang dagangan budak lelaki tersebut. Lalu aku bertanya, dik, konek konek ni dapat mana? Menarik nafas panjang dan melepas sedikit keluhan suram, budak tersebut berkata,

   Ini adik kutip dekat bangunan Parlimen bang.

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Umum

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) keras satira ni
    18 PA! heheh

    menarik!
  • 2) ohsem!
  • 3) hahaha...aku suka ni!
  • 4) baguih juga
  • 5) anak muda. hehehe. kena lalui semua ni sebelum jadi oldskool! mesej yang bagus.
  • 6) haritu nak baca dah, tapi batalkan kejap sebab takut parents nampak tajuk yang 'aik' tu.
    ni baru nak baca, hehe.
  • 7) ingatkan masuk bahagian satira. tapi masuk umum pulak. haha
  • 8) cerita yang mempunyai maksud yang sangat mendalam...
  • 9) ini genius ! mendalam benar maksud !
  • 10) Power penangan dia... Kih kih kih...

Cerpen-cerpen lain nukilan zombie

Read all stories by zombie