Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Cinta

Aku Dan Kamu; bahagian II

Cerpen sebelumnya:
Malam Pertama ke Bulan atau Bintang?
Cerpen selanjutnya:
Maaf, Cik! 3 : Juan Bangkit
Baru lima minit aku menunggu, aku dah tak sedap hati. Sebenarnya, masih jauh awal lagi dari masa yang ditetapkan, tapi aku je yang menggelabah. Yer r… dah sepuluh tahun tak jumpa dia. Aku menguis-nguis napkin dalam pinggan depan tu. Tiba-tiba bahu aku ditepuk, jantung aku berdegup laju. Entah mantera apa aku baca sebelum aku memberanikan diri untuk menoleh ke belakang. Wow... bisik hati lelaki aku, gatal. Dia still lawa, macam dulu. Dia menghulurkan tangannya kepadaku. Aku bangun… menyambut tangannya dan menarik satu kerusi untuk si dia.

“Kau apa khabar?” tanyaku, memulakan perbualan. Dia tersenyum dan mengangguk. Biar benar perempuan ni. Dia boleh cakap ke tidak sebenarnya? Semalam beria-ia telefon aku. Aku diam, sahaja menguji, menunggu jawapan dari dia. Selepas beberapa minit, barulah mulutnya terbuka, “Ibu macam mana sekarang?”

“Biasa je,” takkanlah tu je kot dia nak tanya. Apa-apa pun, aku menyambung lagi... kalau dia tak nak bercakap, biar aku saja yang cakap, “Ibu biasa je, tapi tak sihat sangat sebab ayah aku baru je meninggal. Kalau kau nak tahu, aku dah ada dua orang adik.”

Dia mengangguk lagi. Kesabaran aku tercabar. Kalau nak diikutkan hati, dah lama aku bangun dan balik, tinggalkan saja dia. Tapi... persoalan yang berlegar-legar di fikiran aku ni terlalu banyak. Kalau tak ditanyakan hari ini, nanti aku jugak yang menyesal. Beberapa minit berlalu dan kami masih tak dapat berbual macam dulu. Aku terasa kekok, macam berhadapan dengan orang asing je aku rasa. Atau memang dia telah jadi orang asing bagi aku?

Last-last, aku yang tak tertahan menghitung masa, mencapai kedua-dua tangannya dan merenung mata coklatnya dalam-dalam, seperti yang aku biasa buat satu ketika dulu, “Jangan buat aku macam ni, please... explainlah... aku still tak faham apa yang terjadi antara kita,” dia melarikan bola matanya, bersahaja, menunduk memandang pinggan. Aku memegang dagu si dia dan memaksa dia memandang mataku. Kali ini, dia menarik tangannya.

“Kepastian apa yang kau nak?” soalku lagi. Dia menghembuskan nafas berat, “Aku tak tahu macam mana nak mula,” jawabnya jujur.

Aku cuba untuk berfikir secara waras dan memberikan ruang kepada dia untuk bercakap, “Kenapa kau tak balas semua surat-surat aku?”

Dia menarik nafas panjang dan mula bercerita, “Aku sangat terasa dengan tindakan kau dulu. Aku tak dapat terima yang kau bakal pergi jauh. Aku pergi lapangan terbang hari tu pun, sebab mak aku yang pujuk. Tapi, kau hampakan aku.”

Aku memotong cakap dia, “Kau tahu aku tak ada pilihan kan.”

“Aku pun tak tahu dari mana aku dapat kekuatan untuk bercakap hari tu tapi aku betul-betul tak mahu kehilangan kau,” dia menyambung lagi tanpa memperdulikan aku, “Kau tak faham perasaan aku waktu kau masuk jugak balai berlepas tu. Lepas kau pergi, aku jadi lebih teruk daripada trauma, aku jadi paranoid kau tau tak.”

“Aku terus-terusan merajuk. Mak aku pun tak tahu nak buat macam mana lagi... sebab tulah dia hantar surat kat kau. Tapi kau tak balas pun surat tu. Waktu tu aku sedar yang aku dah buat silap. Aku rasa sure kau dah benci dengan aku sebab tu kau tak nak balas pun. Aku yakin kau dah berubah.”

Aku membongkok ke depan, merapati muka si dia. Salah faham antara kami dah jadi makin teruk, makin luas jurangnya, “Kau tahu tak kenapa aku tak balas surat tu,” aku cuba slow talk dengan dia, “Sebab aku rasa bila kau dah habis merajuk, kau akan tulis surat untuk aku sendiri. Aku tak sangka pun yang biar punya biar... sampai sepuluh tahun kau merajuk, tak contact aku,” dia terdiam sebentar. Aku bersandar balik ke kerusi dan meneguk air kosong di depanku. Dia memintal-mintal hujung lengan bajunya dan membuka mulut semula.

“Untuk tempoh sepuluh tahun ni, aku bertekad nak betulkan balik kesilapan aku. Dengan semangat tu, aku cuba untuk terus bersuara, cuba untuk bersedia kalau-kalau aku akan jumpa balik dengan kau. Sebab kau dah janji. Kau dah janji akan lawat aku satu hari nanti. Tapi kau tak pernah datang.”

Dia memandang aku dengan pandangan menuduh, meminta penjelasan. Aku tak mahu mengalah, “Aku janji nak lawat kau kalau ada kesempatan kan. Masalahnya aku tak pernah ada peluang lawat kau.” Dia memandang ke luar tingkap, ke arah hujan rintik-rintik kat luar sambil memuncungkan bibirnya. Aku tunggu je. Apalagi alasan dia nak bagi? Apa lagilah yang dia nak salahkan aku?

“Sebenarnya, kau tak pernah fikir pasal aku pon dalam sepuluh tahun ni kan!” Aku terkedu jap. Kenapalah bidadari depan aku ni tak faham-faham. Hidup aku bukan untuk dia je, aku ada banyak lagi tanggungjawab, tapi for surelah aku still ingat kat dia. Aku baru je nak membuka mulut bila dia bangun dan melangkah keluar dari kedai itu. Aku terus terpaku atas kerusi rotan tadi, tak tahu nak buat apa.


**********


Tuk! Tuk! Tuk!

“Masuk!” aku malas nak mengangkat muka. Kerja kat office ni macam tak pernah-pernah nak habis, “Ada sorang perempuan nak jumpa bos,” suara cik Mary terdengar di hujung pintu. Aku mengangkat muka dan merenung ke luar tingkap pejabat. Si dia tengah duduk atas sofa merah kat ruang tetamu. Aku berkira-kira sendiri dalam hati, nak jumpa dia ke tak nak.

“Suruh dia masuk,” aku menoleh memandang cik Mary. Cik Mary memprotes, “Tapi dia tak ada appointment bos.” aku tahu… for surelah aku tahu dia tak ada appointment. Tapi aku suruh cik Mary bagi dia masuk jugak. Sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam officeku, aku menutup pintu dan merenungnya dalam-dalam. Apalah erti semua ini?

“Kenapa kau datang carik aku ni?”

“Maafkan aku sebab pergi macam tu je semalam. Emosi aku tak stabil.” Aku tergelak kecil. Satu masa dahulu, aku sangat kenal wanita ini, sama ada emosinya stabil atau pun tak stabil. Aku rindukan waktu dahulu, “Apa lagi yang kau nak kalau macam tu?” aku terasa macam agak kasar pulak melayan dia macam tu tapi biarlah.

“Aku still nakkan kepastian dari kau.”

“Kepastian apa lagi?”

“Boleh tak kalau kau jangan dingin dan kasar kat aku macam ni,” suara dia sedikit meninggi. Aku menghembuskan nafas, keras, dan menyambung semula kerja. Tak tahu kenapa tiba-tiba aku terasa sangat sakit hati dengan dia, “Aku perlukan kepastian dari kau.” Aku terus diam tak menjawab, “Nampaknya, kau dah lupa apa yang aku cakap kat kau waktu kita berpisah dulu.”

Aku mengangkat muka, terkejut mendengar ayat itu, “Aku sayang kat kau. Sebab sayang tulah aku mampu hidup sampai hari ni.” Aku tercengang memandang muka dia. Dia menyambung lagi, “Aku sangat terkilan bila tengok reaksi kau. Kau macam dah hilangkan aku dari hidup kau,” tak semena-mena air matanya mengalir. Aku bagaikan terkelendat. Dia mengeluarkan sehelai kertas.

“Ni... aku punya alamat hotel. Tolong. Aku perlukan kepastian dari kau. Sama ada kau perlukan aku dalam hidup kau ataupun tidak,” dia melangkah ke pintu. Aku memandang setiap gerak-gerinya. Sebelum keluar, dia menoleh dan memandang tepat ke dalam mataku. Air matanya masih mengalir. Hati aku tersentuh sedikit. Aku bangun dan merapatinya. Aku cuba menyapu air matanya dengan ibu jariku. Tetapi, dia hanya menunduk dan terus berlari keluar dari officeku.

Aku melangkah mengikutnya setapak, dua tapak, tapi kemudian aku biarkan sahaja. Aku memandang arah menghilangnya kelibat dia walaupun dah dua tiga minit dia pergi. Pening kepala aku memikirkan semua ini.

“Siapa tu?” Cik Mary menyoal dari belakangku. Dia memandang tepat ke arahku dan kemudian tunduk balik menghadap mejanya. Aku berjalan masuk ke ruang pejabatku semula tetapi sampai di pintu aku terhenti. Aku menjeling ke arah Cik Mary yang masih lagi tertunduk.

Aku berjalan ke arah Cik Mary dan mencubit pipinya, “Jeles ke?” soalku sambil tersenyum nakal. Dia mencebikkan bibirnya, “Siapa tu?”

“Kawan lamalah... kawan kat UK dulu,” Cik Mary mengangguk-angguk mendengar penjelasan itu. Dia mencapai tanganku dan menggenggamnya erat. Jauh di sudut hati, aku berterima kasih kepadanya kerana mempercayaiku, “Bila nak tetapkan tarikh?” Aku tersenyum mendengar soalan tu. Tiba-tiba muka Cik Mary bertukar jadik merah. Sebenarnya, aku dah pun menyarungkan cincin di jari manis Cik Mary... Cuma kami belum bertunang secara rasmi lagi.

“Nantilah dulu Maryam,” aku mencubit pipinya sekali lagi, “hidup I tengah tak terurus ni. Minggu depan, I cakap ngan mak, okay?”


**********


Aku memandu pulang ke rumah dengan hati yang tak tenteram langsung, kalau boleh aku tak nak balik rumah, tapi aku tak tahu nak pergi mana. Lagi pun dah malam dah ni, mak sure risau nanti. Aku cuba untuk mengosongkan fikiran tapi tak berjaya. Aku still teringatkan alamat hotel yang aku selitkan dalam briefcase aku di dalam but kereta. Apa yang perlu aku jawab? Aku pun tak pasti apa perasaan aku sekarang ni. Aku rasa, lama-lama boleh condemn hati aku ni sebab semua perasaan ada. Dengan otak yang meracau, tangan aku melilau memasang radio. Kebetulan...

kau senyum mesra,
mungkin tak mengapa,
tapi ku tak bisa,
pasti ada yang kan terluka,
jangan ditunggu,
pasti takkan berlaku,
walau ku cinta kamu,
biar disimpan,
adakan sempadan,
aku dan jua dirimu.

Sampai sahaja di rumah, aku menguncikan diri di dalam bilik. Cuba untuk mencari ketenangan dan cuba membuat keputusan. Sebaik sahaja jam berdenting pukul dua belas, aku mencapai pen dan kertas. Aku dah pun membuat keputusan. Aku menyalin balik lirik lagu yang aku dengar di dalam kereta tadi untuk diberikan kepadanya. Aku rasa itulah jalan yang terbaik. Aku tak boleh terus hidup dalam kisah silam.


**********


Dah sebulan peristiwa itu berlaku. Dia tidak lagi menghubungiku. Aku rasa rajuk si dia kali ini mungkin untuk selama-lamanya. Aku mengaku, aku masih rindu terhadap persahabatan dengannya tapi dia mahukan yang lebih dari itu, aku tak dapat nak memberinya. Mungkin petang di pejabat aku hari itu, adalah kali terakhir aku dapat jumpa dengannya. Kali terakhir aku menatap wajah kacuknya. Kali terakhir aku menatap mata perang itu.

Mungkin aku jugak yang bersalah. Aku terlupa aku pernah membina syurga bersamanya. Betul kata dia, syurga tu dah roboh dan aku tak dapat membinanya semula bersama dia. Aku terlupa juga kisah pokok mangga mandul tu.Banyak betul yang aku terlupa. Sebenarnya aku terlupa yang memang ada secebis hati ini untuk dia. Secebis hati yang memang dia dah tawan lama dahulu tika dia muncul di pintu rumahku sambil membawa biskutnya.

Aku tak tahu apa perasaan dalam secebis hati tu tapi firasat aku mengatakan yang aku patut melepaskannya. Maka, aku lepaskan dia. Waktu itu aku tidak tahu mengapa. Tapi sekarang semua sudah mula nampak jelas. Sekeping surat yang aku masih lagi berharap aku tidak teirma, menjelaskan segala-galanya.


**********


Daniel,


Waktu kau baca surat ini, aku mungkin telah tiada. Sebenarnya, trauma yang ku hidapi satu ketika dulu, bukannya trauma biasa. Selepas kau pergi dari United Kingdom, aku berusaha untuk menyembuhkan diri. Aku berjumpa dengan pelbagai doktor, tapi semuanya memberikan jawapan yang sama, aku menghidapi sejenis penyakit psychology yang boleh mengganggu fizikalku.

Oleh kerana dah bertahun-tahun aku tidak bercakap, penyakit aku makin sukar diubati. Tapi, satu ketika dulu aku percaya yang cinta aku pada kau boleh mengubah segalanya. Aku terus berusaha untuk sembuh. Mungkin cinta aku bukan cinta sejati. Tak pun, mungkin sejak dulu lagi, kau memang bukan milik aku.

Penyakit aku bertambah kronik. Sampai satu tahap, doktor kata aku dah tiada harapan. Aku pasrah bertemu dengan ajal, tapi aku teringin sangat nak berjumpa dengan kau.

Sebulan sebelum ni, aku datang ke Malaysia mencari kau. Jawapan dari kau hari tu memang mematahkan hati. Nasib baik juga, hayat aku dah tak lama, tak payah lah aku berduka lama-lama. Mungkin baik juga kau memberikan jawapan sebegitu. At least aku tak memberikan kau harapan untuk sebulan sahaja dan pergi selamanya. Aku percaya kau boleh hidup tanpa aku.

Memanglah terkilan sebab aku baru tahu yang kau dah hilangkan aku dari hidup kau. Biarlah. Biar aku terus menjaga syurga kita. Biarkan aku terus bahagia dengan perasaan ini. Tak tahu kenapa tapi aku masih lagi percaya yang aku berada dalam hati kau, walau tak banyak. Memori kau dan aku, aku akan bawa bersama hingga ke mana sahaja roh aku ni pergi. Nanti, aku tunggu kau di pintu syurga yang sebenar.


aku akan terus hidup dalam kenangan kau,
NATALIA FARIDA.










how can you see into my eyes like open doors
leading you down into my core
where I’ve become so numb
without a soul
my spirits sleeping somewhere cold
until you come and set me free
bring me to life
wake me up inside, wake me up inside
call my name and safe me from the dark
bid my blood to run
before I come undone
call my name and safe me from the dark
now that i know what I’m without
you cannot leave me
breath into me and made me breath
bring me to life
falling insane without your touch
without your love honey
only you are the light upon the dead
Cerpen sebelumnya:
Malam Pertama ke Bulan atau Bintang?
Cerpen selanjutnya:
Maaf, Cik! 3 : Juan Bangkit

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
4.0
5 Penilai

Info penulis

Ungku Laila Hanna Binti Ungku Mohsin

im your best kept secret and your biggest mistake
valium | Jadikan valium rakan anda | Hantar Mesej kepada valium

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya valium
Sudut Orang Ketiga | 3617 bacaan
Wahyu | 2267 bacaan
Kata Penjual Susu | 2584 bacaan
The Ragged Doll | 3473 bacaan
M01S05 - Tanah Hanyut | 4206 bacaan
Dari Langit | 2428 bacaan
Kepada Arman | 2593 bacaan
Bisu | 2955 bacaan
Terbang | 2573 bacaan
Dialog Tolak Tambah Edisi Musik Ketuhanan | 3107 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

7 Komen dalam karya Aku Dan Kamu; bahagian II
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik