Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Umum

Bukan Cerita 1001 Malam

Cerpen sebelumnya:
Kiting Ke Kedai
Cerpen selanjutnya:
LEMBUT

Di sebuah kampung yang tak berapa nak moden, tinggal seorang jejaka kacak yang namanya perlu dirahsiakan buat masa ni demi mewujudkan saspen.

Jejaka tersebut tinggal di sebuah rumah yang boleh tahan kokaknya, tapi masih mampu menampung jejaka tiga beradik yang yatim-piatu. Saban hari, sebelum nampak cahaya mentari pagi lagi, jejaka itu sudah keluar ke hutan, demi mencari rezeki buat adik-adiknya.

 

Pada suatu hari, sedang jejaka kacak itu memasang jerat di hutan, cuping telinganya menangkap bunyi haiwan mendengus. Lemah bunyinya. Seram sejuk juga jejaka itu namun dia cuba mengawal kekacakannya, jadi jejaka itu hanya buat-buat berani. Diintainya dari celah pepohon.

 

"Awang!,"

 

Terkejut juga si jejaka kacak apabila namanya dipanggil. Cis, tak kacak mana lah kalau nama Awang. Sepatutnya diletakkan nama Brad Pitt atau Ludacris, misalnya, barulah nampak juga kekacakannya. Rupa-rupanya suara tersebut hanya mainan  minda Awang. Mana ada makhluk lain selain dia dan haiwan di hadapan matanya.

 

Terbit rasa kasihan di hati Awang apabila visual semakin jelas. Ada seekor anjing coklat (mungkin berjenis Golden Retriever, tapi mana mungkin Awang tahu, betul tak?) terbaring lemah di pinggir pokok Awang selalu kencing berdiri. Badannya hampir diseliputi darah dengan luka-luka yang tak sempat Awang nak kira kerana terlampau banyaknya. Kesimpulan mudah di kepala Awang, mesti ada babi yang sondol anjing ni.

 

Oleh sebab hati naluri murni yang diterapkan arwah ibu dan ayah Awang, Awang pikul anjing tersebut dan bawa pulang ke rumahnya. Dalam perjalanan pulang, sempat juga Awang mengutip daun-daun hutan bermanfaat tinggi yang sudah tentunya bukan tongkat Ali, untuk dijadikan ubat. 

 

"Ah, alang-alang nanti samaklah sekali. Kencing sendiri je pun," bisik hati Awang.


Sejak hari itu, anjing coklat berbulu lebat itu dijaga sepenuh hati oleh Awang laksana buah hatinya sehingga sembuh segala jenis luka di badannya. Selang beberapa purnama, anjing Awang yang dinamakan Choco itu semakin cantik dan terurus sehingga timbul pula rasa dengki di hati adik-adik Awang. Maka, menyepilah kedua adik-adik Awang kerana rajuk terhadap abang yang hilang separa perhatiannya pada mereka.

 

Purnama berganti purnama. Choco semakin rapat dengan Awang tetapi setiap kali Awang bersedih dengan hasil hutan yang diperolehinya dan dicarinya Choco untuk menjadi tempat mengadu, Choco pasti menghilangkan diri. Maka, frasa "anjing adalah sehabat baik manusia" itu ditolak mentah-mentah oleh Awang. Di kala sedihnya sudah diubat sendiri, kembalilah Choco sambil menggoyang-goyangkan ekornya.

 

Sudah beberapa purnama seluruh kampung dilanda kemarau teruk. Awang terpaksa keluar dari rumah lebih awal dan pulang awal untuk mengelak bahang matahari yang seolah sedepa dari kepala panasnya di tengah hari. Bekal makanan semakin berkurang untuk mereka tiga beradik.

 

Awang buntu. Dia sayangkan adik-adiknya. Sudah tanggungjawab dia menjaga amanah ibu dan ayahnya, tetapi sejak beberapa purnama ini, mereka asyik kurang makan. Terasa sedikit beban dengan kehadiran Choco. Sudah lah asyik menghilangkan diri, penat di cari, kembali. Buat Awang terhambat rasa hati. 

 

Semalam Choco gigit betis Awang apabila Awang menghampirinya. Awang hendak memukul Choco, tetapi kerna sayang, ditahan amarahnya, diubat sendiri kakinya yang sakit. Awang fikir, Choco mesti bersifat begini kerana kurang diberi makan dan Awang sendiri sudah jarang bermain-main dengan Choco kerana runsing fikirannya.

 

Masakan Choco boleh faham? Choco hanyalah seekor anjing. Perasaan manusia, takkan mungkin Choco faham walau seribu tahun dicuba. Saban malam, Choco menyalak di luar rumah sehingga mengganggu tidur Awang adik-beradik. Awang masih bersabar. Sayang, bisik hatinya. Sakit hati timbul juga sekali-sakala.

 

Hampir dua purnama Choco berperangai demikian. Salakannya makin menjadi-jadi saban hari. Acapkali, Awang digigitnya walaupun ketika Awang cuba menghulurkan makanan buat Choco. Sakit hati Awang. Pedih digigit Choco. Gigi Choco bukannya pendek. Tajam pula. 

 

Malam itu, di kala Choco sedang tidur, Awang menetaknya berkali-kali. Awang juga tak sempat nak kira berapa kali dia menetak Choco dengan parang panjang warisan ayah. Bukan Awang tak kasihan, tetapi dia juga mahu teruskan hidup. Choco sudah melampau. Sampai bila harus Awang tabur bakti pada Choco sedangkan adik-adiknya sendiri hampir kebuluran? Sampai bila Choco mahu bergantung hidup padanya sedangkan sudah diajarkan pada Choco cara memburu binatang hutan? Apa harus dikorbankan adik-adiknya demi Choco? Apa harus dikorbankan dirinya pada Choco?

 

Ah, emosi. Emosi tak mampu beri Awang makanan. Salahkah Awang mahu yang terbaik buat dirinya? Buat adik-adiknya? Choco sudah tidak bernyawa. Pernah singgah di hati Awang sebagai anjing coklat sedikit comel tapi tidak lagi. Pernah buat Awang tertawa tapi tidak lagi. Tidak lagi - sejak Choco mahukan segalanya dari Awang. Awang juga manusia. Awang juga perlukan ruang. Awang juga mahukan hidup.

 

Salakan anjing coklat itu masih terngiang-ngiang saban hari, jika bukan pada realiti, dalam kotak memori Awang. Salakan bingit. Salakan anjing yang tak kenang budi. Salakan anjing yang diberikan ruang bahagia buat dia dan dia mahukan segalanya. Kala ini, anjing itu sudah menemui ajalnya. Maka, Awang tidur dan tutup kotak memori. Salak anjing itu semakin sayup.

 

Anjing.Apa yang nak diharap dari dia selain salak tak ingat dunia sedang aksi entah bila.

 

Anda ada bela anjing seperti ini?

Tidak?

Oh, mungkin masa ini dia belum menyalak lagi.

 

Disclaimer : Cerita yang tiada kena-mengena dengan yang sedang, separa, mahupun sudah putus nafasnya. Harap tiada yang sakit punggung.

 

Ini cerita entah apa-apa. 

Cerpen sebelumnya:
Kiting Ke Kedai
Cerpen selanjutnya:
LEMBUT

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
4.0
1 Penilai

Info penulis

EmmaAmir

Penari pentas opera yang berjudul Hidup
EmmaAmir | Jadikan EmmaAmir rakan anda | Hantar Mesej kepada EmmaAmir

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya EmmaAmir
Read Me If You Can | 4109 bacaan
Pagi Itu | 1766 bacaan
Diari Athena Bulan Jun | 2192 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

2 Komen dalam karya Bukan Cerita 1001 Malam
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik